Kuasa Kebebasan Bersuara

Tajuk ini dirasakan ‘harus’ apabila saya memasang niat untuk memulakan satu blog – yang sebelum ini sudah atau bakal dijadikan semacam satu propaganda untuk menyuarakan pendapat, meluahkan isi hati dan melagakan sentimen individu.

Saya tidak menafikan saya suka membaca, selain menambahkan pengetahuan tentang isu yang diperkatakan dalam sesuatu jangka masa dan aliran yang tidak menentu, saya turut suka melihat bagaimana gejala yang sedang berlaku dalan dunia penulisan. Semakin banyak kita membaca, saya membuat kesimpulan semasa bahawa kita akan mendapati setiap individu mempunyai gelagat yang bermacam apabila meraka diberi peluang untuk ‘menyuarakan’ pendapat masing masing. Bila masa saya menjadikan ‘suka menulis’? Itu menjadi cerita yang terkemudian daripada tajuk yang diperkatakan kali ini. Golongan yang suka bertulis saya sifatkan mereka mempunyai sifat yang sebenarnya ‘memendam’. Golongan ini mempunyai terlalu banyak ‘niat’ atau dalam bahasa halusnya ‘impian’ yang sukar terlaksana. Umpamanya seseorang yang suka menulis tentang seks, bahawasanya golongan ini mempunyai kecenderungan seks yang tidak terhad. Begitu juga golongan yang mempunyai minat untuk menulis dalam bidang politik, golongan ini sebenarnya gila kuasa. Begitu juga seseorang yang suka menulis mengenai hiburan, mereka gila glamour.

Minta maaf saya menggunakan bahasa yang bersifat kurang ajar. Tetapi akar umbi saya memulakan satu blog ialah untuk menulis berdasarkan etika penulisan yang saya fikir beginilah yang sewajarnya. Pemilihan diksi yang lebih ‘berpatutan’ tetapi telus adalah ciri ciri yang selama ini saya perjuangkan apabila memberi komentar, sama ada secara kolektif yang mewakili khayalak umum atau secara persendirian – yang mana tidak bersangkut paut dengan yang hidup atau yang sudah mati.

Kenapa saya katakan demikian? Kerana minat menulis ‘blog’ di Malaysia sudah berleluasa, menjadi kurang terkawal. Banyak blog yang bersifat koleksi lakaran minda persendirian telah dijadikan tatapan umum. Tanpa perlu ditapis. Web Blog tidaklah perlu melalui tapisan pihak ‘tertentu’. Jadi, impak tersandar daripada gejala ini bukan sahaja menjadikan bahan bacaan kini tidak terkawal kesahihannya, tetapi turut menjadi medan lagaan pemikiran individu.

Saya masih menghormati para ‘penulis’ blog yang mungkin tidak mempunyai ‘lesen’ yang bertauliah. Tetapi melalui blog DAN HATIKU MULA BERBISIK ini saya janjikan ketelusan yang saya sendiri gariskan untuk menjaga etika penulisan yang saya perjuangkan. Saya tidak perlu menjadi Dr A Farish Nor atau SM Muzaffar yang terkenal dengan hasil tulisan mereka yang jamak dan sekaligus menjadi bahan perbalahan umum. Biarlah saya menjadi terkenal suatu hari nanti dengan hasil tulisan saya yang telus tetapi turut menjadi bahan perbalahan orang ramai. Insya Allah.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on February 21, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: