Dasar etika yang saya perjuangkan

Baru tadi saya beriya iya memperkatakan mengenai ‘etika’. Tetapi saya tidak memperincikan perbincangan ini. Ya, memang disengajakan – supaya saya boleh memberi tatapan yang lebih khusus dalam archieve harian yang berlainan.

Jadi apakah kod etika sebenar yang saya perkatakan? Ia sewajarnya meliputi beberapa perkara berikut:

1. Pegangan – Jangan ada yang kata dia itu bersifat berkecuali. Itu sebenarnya anda tidak ada pegangan. Seperti apabila saya tanya kepada seseorang yang mengetahui insan bernama Anwar Ibrahim – adakah anda percaya Anwar Ibrahim itu melakukan liwat? Jawapannya antara ya atau tidak sahaja. Abstrak? Anda mungkin mengatakan saya rakus kuasa dan terselitnya unsur paksaan dalam pemilihan jawapan. Tetapi bagaimana kalau saya tanya kepada seorang penganut agama Islam adakah dia percaya dengan Hari Kiamat? Jawapannya pasti ya. Pegangan yang saya pegang disini merujuk kepada beberapa kriteria. Yang pertama sekali seseorang itu sudah mengetahui perkara yang diperkatakan. Yang kedua dia tidak perlu disogok dengan pendapat yang terlalu personel. Dan yang ketiga, apa yang dia baca haruslah dijadikan rujukan sahaja, bukannya kepercayaan. Jadi pegangan seseorang penulis harus telus, menyampaikan yang benar, dengan jiwa dan perkataan yang ‘wajar’ dan bukannya sewenang wenangnya.

2. Adab – Mungkin tidak perlu saya perkatakan point ini secara mendalam. Blog yang tidak ada adab itu tidak perlu saya perkatakan secara lanjut. Buang masa. Ramai penulis blog yang famous mempunyai adab yang tinggi dalam pemilihan diksi dan frasa mereka. Cuma ada yang bersifat terlalu berhati hati, sehingga menimbulkan salah tafsir pembaca. Tetap itu bukan masalah yang tunjang. Saya sifatkan jiwa mereka terlalu lembut atau dalam bahasa halusnya jiwa mereka halus.

3. Hak cipta – Originalkan blog anda dengan nukilan anda yang berasal dalam minda fikir anda. Sia sia anda ciplak tulisan orang lain. Saya terus terang memandang rendah orang yang sedemikian. Tidak layak untuk dihormati. Lebih lebih lagi yang menciplak kemudian memindah milikkan hak cipta orang lain.

4. Hak penulis dan pembaca – Blogs yang sedia ada tidak mengehadkan anda menulis sesuatu yang berada di luar kebebasan bersuara kita, tetapi jikalau ada, pembaca harus bijak dalam usaha pemilihan dan penelaahan bahan bacaan tersebut. Anda mempunyai hak untuk membaca, begitu juga untuk tidak membaca. Sebagaimana blogger mempunyai hak untuk menulis, dan untuk tidak menulis. Tetapi hak pembaca dan penulis harus juga berdasarkan peraturan yang lazim. Unsur unsur kepalsuan/fitnah amat dilaknat.

5. Tindakan – Wajarkan tindak tanduk anda apabila membaca sesuatu yang tidak sependapat dengan anda. Berbalik kepada hak penulis dan hak pembaca, masing masing bebas dalam usaha menulis dan membaca.

Begitulah etika yang saya gariskan untuk diri saya sendiri. Sebelum apa apa yang bakal saya tulis ini menimbulkan sebarang reaksi, saya mengajak para pembaca telitikan petikan ini. Anda baca di bawah tanggungjawab sendiri sementara saya tulis di bawah tanggungjawab saya sendiri.

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on February 21, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: