Murtad

Mungkin anda hairan, kenapa isu “bukan semasa” ini dibangkitkan? Tetapi secara peribadi, saya rasakan topik ini bukanlah bersifat sama ada “semasa” atau “bukan semasa”. Ia lebih menjadi persoalan sepanjang zaman, bersifat sejagat dan selagi ‘agama’ itu ‘ada’ dan ‘wujud’. Dalam konteks perbicaraan saya kali ini, saya unjurkan skop kepada murtad dalam Islam. Bukan kristian, buddha atau yang lain lainnya.

Saya terbaca satu pernyataan yang kononnya dikatakan pengakuan murtad oleh seorang pelajar Malaysia yang menuntut di US. Agak popular pernyataan itu, sebelum ini pun saya pernah membaca mengenainya. Dan dengan semegah megahnya ramai yang mengutuk dan mengata, tidak kurang yang mencaci. Pertikaian saya bukanlah tindakan mereka, sebab itu soal peribadi, apa yang saya kesalkan ialah ada juga manusia yang lebih gemar menjaga tepi kain orang dan biarkan kain sendiri terkene kotor lumpur perjalanan kehidupan.

Bagaimana murtad? Murtad. Boleh terjadi dalam 4 keadaan.

1. Murtad dengan perkataan.

2. Murtad dengan Iktikad.

3. Murtad ketika mabuk, gila atau kanak kanak yang belum baligh.

4. Murtad kerana dipaksa.

Renungan yang ingin saya lemparkan di sini termasuklah:

1. Kalau tidak sembahyang? Sama ada yang fardhu atau yang sunat atau yang lain lainnya?

2. Kalau terang terangan mengaku pasangan bercinta pernah bersetubuhan – tak kira straights, gay atau lesbian?

3. Kalau suka minum arak, berdisco, berparti berpegangan sesama bukan muhrim tanpa rasa kesal dan berulang ulang?

4. Kalah memuja selain daripada Allah?

Kenapa 4 renungan ini saya tekankan dalam blog kali ini? Jawapannya senang kerana itu adalah gejala paling popular di Malaysia. Memang mulut kita takkan lupa untuk mengutuk seseorang sekiranya seseorang itu dengan terang terangan mengaku yang dia telah murtad. Tetapi kita cenderung lupa yang kita juga boleh menjadi murtad kalau kita lalai dan lena dihanyut ombak material. Saya tidak berlesen untuk membicarakan persoalan ini secara ilmiah dan mendalam kerana had pengetahuan saya amat minima. Jadi saya ajak para pembaca renungkan diri sendiri. Kalau kalau anda terjebak dengan salah satu kategori ini.

1. Tidak sembahyang? Memang ramai – sebab manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Itu memang benar. Bila azan berkumandang slumber kita buat buat tak tahu padahal kita tak buat apa apa pun. Bermacam alasan yang diberi. Tak mandi wajib, datang bulan dan seribu satu. Padahal kita sedang tidur, sedang menghadap komputer, sedang surf porno, sedang main ragnarok, pristontale, download MP3 dan macam macam. Gejala seumpama ini bakal berleluasa, itu pasti. Dan manusia akan menjadi semakin lalai sehingga Fatihah pun boleh lupa. Jadi apakah ini tidak akan membawa kepada suratan erti murtad secara diam diam dan tanpa disedari? A’uzubillahimina syaitonirajim. Dijauhkan.

2. Mula mula gay dan lesbian. Memang cukup nyata masa kini. Bacalah blog blog Melayu yang sedia ada dalam internet, ramai di antara mereka jatuh dalam kategori ini. Malah ada yang tanpa segan pilu membuka lembaran buku baru bercerita mengenai insiden asmara dan skandal mereka. Jika firtahnya sudah dilahirkan sebegini, mereka seakan tiada inisiatif untuk berubah. Tetapi semakin menjebakkan diri. Siap ada yang pasang boyfriend dan girlfriend perhubungan sejenis. Apakah zaman benar benar berubah? Buka saja face-pic.com search untuk kategori Malaysia. Hisaplah dengan ilmu matematik yang ada, tak kompleks, senang saja formulanya, hitung berapa ramai manusia yang mengaku dia ‘Straight’ daripada ketegori yang ‘selain’ daripadanya. Sex. Yang ini lagi terlampau. Bukan setakat artist yang melampau, pramugara pun melampau, si A dengan si B suka suka nak melampau, yang belum nikah pun melampau, apatah lagi yang sudah kahwin melampau rogol anak dara orang. Itulah hakikatnya, walaupun pasangan bercinta tersebut sudah kukuh hubungan mereka, ini tidak bermakna kita sudah boleh melakukan perhubungan seks hanya bersandarkan ‘kerelaan hati’ semata mata tanpa lafaz nikah yang sah berpandukan syariat Islam. Belum lagi kalau ada yang suka dedahkan aurat. Dalam internet, dalam rumah, dalam shopping kompleks. Apakah jenis contoh yang kita bagi kepada orang bukan Islam yang lain. Kalau ditegur slumber kita boleh kata ‘zaman skang ni dah berubah beb, ko jangan kolot sangat.. ntah pa pe…” Jadi jangan terkejut kerana cukup ramai yang terang terangan memperagakan alat sulit mereka sambil menyatakan status kecenderungan mereka untuk memancing golongan yang lemah iman. Saya tidak menafikan dengan adanya jiwa mereka yang open minded, mereka mempunyai potensi diri yang sangat tinggi untuk memberikan sumbagan kepada masyarakat. Tetapi explosure sebegini menjijikan. Tengah syok saya baca ulasan yang ada dalam satu blog ini tiba tiba keluar pula cerita asmara si fulan dengan si fulan. Jadi bagaimana hukumnya? Fikir fikirkan.

3. Kategori yang ketiga ini kategori glamour. Alkohol, pesta, parti pegang pegangan dan cumbu cumbuan. Ramai antara orang kenamaan menjebakkan diri secara aktif dalam kategori ini. Tak kurang pula golongan yang suka berpeleseran mencari partner. Orange? Warp? Planet Hollywood? Enporium? Beach Club? Kalau si fulan terjumpa si fulan tengah berdansa di kelab kelab sedemikian, reaksi zaman kini ialah JOIN SEKALI bukannya BERI NASIHAT lagi. Yalah, nanti kene cop ‘tak open minded’ betul! Nanti saya yang menulis blog ini sama sekali kene cop primitif, kuno, kolot dan sempit pemikiran. Kebebasan yang diberi kepada komuniti kita menyediakan ruang yang baik untuk mereka yang menawar dan menerima. Semakin seksi seorang artist ini, semakin ramai yang minat dengan dia. ‘Sekatilah, janji nanti aku tak kene tuduh bersubahat’.

4. Yang ini paling ketara. Kalau ditanya pasal Nabi Junjungan Besar kita Muhammad di manakah lahirnya, siapakah sahabatnya, apakah sejarah hidupnya… Alamat ramai yang tidak tahu. Tetapi kalau kita tanya pasal Siti Nurhaliza, Akademi Fantasia, Bintang Paling Popular, Justin Timberlake, Bunga bunga cinta. Khatam sama sekali! Dari A sampai Z, dari hujung rambut sampai hujung kaki dia tahu. Jadi akal kita tidak seimbang dunia – akhirat. Siap ada yang berbalah sampai bergaduh disebabkan aku lebih minat dengan Rosma, apa barang Nana. Khai lebih baik daripada Vince, apa kelas si Vince dapat juara. Kalau kita buka cerita zaman Nabi… dia lingkup. Jadi bagaimana hukumnya pula?

Setiap point ini sebenarnya bersangkut paut antara satu sama yang lain. Jikalau kita berani melakukan dosa dalam kelas sebegini, nanti sudah pasti kita memberanikan diri untuk melakukan dosa dalam kelas yang lebih berat. Itulah hakikatnya. Itulah janji syaitan.

Hakikatnya, manusia biasa juga boleh ‘termurtad’ kalau kita ingkar, lalai dan alpa. Jangan terlalu taksub dengan benda yang bersifat keduniaan, ia fana. Kalau nak juga kata zaman sekarang sudah berubah, maka ambil kiralah keseimbangan di antaranya. Insya Allah kita terselamat.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on February 22, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: