Universiti/Kolej Pilihan Anda

Tajuk ini mungkin bakal menjadi ‘hot topic’ dalam masa tidak kurang daripada 1 bulan dari sekarang iaitu sejurus selepas pengumuman keputusan 2 peperiksaan terpenting di Malaysia iaitu SPM dan STPM. Musim itu nanti bakal menyaksikan senario bagaimana para lepasan SPM dan STPM sibuk mengisi borang UPU, borang Unit Kemasukan dan Pendaftaran dan sebagainya. Bagi mereka yang lebih prihatin akan masa depan mereka, barangkali sudahpun mengunjungi pusat pusat pendidikan swasta pilihan elektif mereka untuk merisik ‘khabar’. Mungkin juga terdapat segelintir calon peperiksaan semasa yang sudah melanjutkan pelajaran mereka di dalam dan luar negara. Apapun pilihan mereka, saya pasti majoriti pelajar menanam hasrat unggul untuk menempatkan diri di menara yang lebih tinggi daripada KLCC, iaitu menara gading. Khususnya universiti tempatan.

Jika dahulu, segulung ijazah sudah mampu untuk menginterpretasikan bagaimana status intelektual seseorang. Persoalan ijazah yang ‘high class’ atau ‘low class’ tidak wujud. Zaman kecanggihan yang serba serbi masa kini sahaja yang menuntut manusia berfikiran sempit dan cerewet. Jika dahulu hanya 1 sahaja brand telefon bimbit yang ada, dan semua orang seakan menggunakan ia sebagai pas untuk bergelar ‘a versatile person’. Tetapi sekarang budak darjah 6 pun mampu memiliki handphone, kalau bernasib baik, handphone yang dimiliki mungkin lebih mahal daripada apa yang saya – seorang insan yang sudah hidup 23 tahun miliki. Itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Hidup di zaman Linkin Park tidak mungkin sama dengan zaman ketika Nirvana. Jadi pilihan yang ‘class’ menjadi faktor yang lebih afdal daripada ‘keperluan’. Begitulah juga dalam aspek pendidikan. Keluk penawaran dan permintaan universiti kerajaan tempatan yang sentiasa tidak sejajar bakal mendesak para lepasan tutup sebelah mata apabila menerima slip penawaran kemasukan ke universiti tempatan nanti.

Saya ingin gariskan sedikit panduan kepada anda. Layakkah saya? Tidak, tetapi saya aktif di dalam PMM dan persatuan inter-universiti yang popular semasa bergelar mahasiswa sedikit sahaja masa yang lalu. Berdasarkan lawatan, pengamatan laporan sama ada secara formal atau tidak formal, reputasi pelajar dalam aktiviti bersifat pertandingan, hasil kajian, penawaran tempat ke universiti berdasarkan keputusan, struktur bagunan dan populariti semasa – mungkin klasifikasi ini boleh membantu. Secara peribadi (tidak mewakili pendapat pakar), saya klasifikasikan 3 kelas untuk universiti temapatan yang ada di Malaysia.

Kelas 1 – UM, UKM, USM.

UM/UKM/USM – Ketiga tiga universiti ini cemerlang dalam segenap aspek dan merupakan universiti kebanggaan Malaysia. Reputasi universiti universiti ini tidak perlu disangkal. UM terutamanya sudah cukup kukuh sebagai universiti yang paling bersejarah (tertua) dan terunggul di Malaysia malah sering terseranai untuk mengisi senarai universiti terbaik di asia. Ramai orang kenamaan khususnya dalam arena politik tanahair pernah mendapat pendidikan di UM sehingga ia mendapat gelaran ‘The Malaysian’s Oxford’. Universiti ini juga merupakan syurga orang yang ‘berbahasa’ dan ‘bersastera’. Kecemerlangan ilmiah dan keseimbangan rohaniah merupakan ukuran terpenting untuk menilai standard UM. UKM pula dikatakan sarang himpunan insan insan Melayu cemerlang di negara ini. Universiti ini cukup digentari kerana berjaya melahirkan peguan peguam yang terkemuka di Malaysia.Mereka juga memiliki tradisi gemar ‘berkarniva” untuk memperkenalkan produk mereka. Sementara USM pula merupakan Universiti yang tercantik di Malaysia. Lanskapnya indah dan luas. Fakulti Sains Perubatan mereka memiliki segala kemudahan lab dan infrastruktur yang terlengkap di antara Universiti di Malaysia. Secara lazaim, ketiga tiga Universiti ini turut menjadi universiti yang paling sukar untuk mendapatkan tempat pengajian. Hanya pelajar lepasan STPM sahaja yang layak memohon. Purata paling minima (secara rawak) 4C bagi pelajar bukan bumiputra dan 2C/2D bagi pelajar bumiputra merupakan syarat paling minimum jikalau ingin bergelar mahasiswa UM. Pengajian seperti matrikulasi sains hayat, undang undang, perubatan, dan bahasa menjanjikan kecemerlangan tenaga pengajar yang paling berprestij di rantau ini. Selain itu, bagi mereka yang gemar dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah menengah, universiti ini pasti boleh mengambangkan bakat kepimpinan mereka. Universiti Malaya khususnya dikatakan menyediakan medan asahan minda yang terbaik untuk para mahasiswanya melakar figurasi masa depan PR mereka. Sama ada mereka ingin bergerak lebih aktif dalam aktiviti ko kurikulum atau tidak, semuanya ditentuklan oleh para pelajar mereka. Penyarah mereka jarang mengganggu kebebasan para mahasiswanya beraktiviti luar asalkan garis panduan yang agak longgar seperti yang dituntut semenjak minggu orientasi mahasiswa baru lagi dipatuhi dan dituruti. 1 kekurangannya yang paling nyata ialah karenah birokrasinya yang merumitkan orang awam. Mereka juga dikatakan ‘sengkek sijil’ kerana tidak memberikan sijil dengan sewenang wenangnya.

Kelas 2 – UIA, UPM, UTM, UUM, UPSI.

Universiti kelas kedua. Lebih mesra digelar universiti yang benar benar dimiliki orang awam. Universiti universiti ini juga melahirkan kuantiti pelajar yang ramai dan kualiti mahasiswa mereka juga memuaskan, UIA dan UPM kini sedang berusaha gigih untuk mengupdatekan diri agar sebaris dengan UM USM dan UKM. Kesemua universiti ini menerima keputusan SPM sebagai syarat minimum untuk bergelar mahasiswa mereka. UIA terkenal dengan kursus bersifat Islamiah. Mereka mempunyai paling ramai barisan Ustaz yang terkemuka dan paling breprestij di rantau ini. Kursus bahasa Arab mereka juga merupakan sandaran atau ‘moskot’ universiti ini kerana kecemerlangan yang ditunjukkan. UPM pula digelar universiti paling mesra alam kerena persekitaran kampus mereka yang menghijau nian. Universiti ini sederhana dalam segenap aspek dan ia menjadi terkenal semenjak dua menjak ini kerana berlangsungnya Akademi Fantasia yang menjadi bahan siulan pengunjung kedai mamak masa kini. UPM juga aktif ber’terteater’. Mutu hasil seni universiti ini semakin mendapat sambutan akhir akhir ini. UTMpula menawarkan bilangan kursus pengajian yang paling banyak di Malaysia dan mereka terkenal dalam bidang mekanikal, elektrik dan elektronik. UUM pula terkenal sebagai universiti yang melahirkan mahasiawa yang paling berdisiplin kerana universiti ini mempunyai peraturan yang amat ketat. UUM cukup terkenal dengan kursus pengurusan tidak kira perniagaan, perdagangan, atau ekonomi. UPSI pula dahulu kalanya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris. Sehingga kini mereka digelar universiti yang paling berhemah tinggi kerana rata rata para graduan mereka bakal bergelar guru. Satu yang hendak penulis puji mengenai UUM ialah tradisi sekolah tersebut yang sangat mementingkan interaksi antara mahasiswa dan tenaga pengajar. Berbanding universiti lain yang kebanyakan penyarah mereka mempunyai kerja sampingan di sampang mengajar, UUM mempunyai tenaga pengajar yang ‘full time’ dan berkomitmen tinggi terhadap kerjaya mereka. UIA pula merupakan universiti tempatan yang paling unggul dalam penguasaan bahasa Inggeris. Para pelajar yang beraneka etnik dan mempunyai peratusan pelajar asing yang paling tinggi di Malaysia. UPSI pula dikatakan universiti ‘orang orang tua’ kerana dikatakan ramai guru sekolah melanjutkan pelajaran ke UPSI setelah ‘seronok’ menjadi guru.

Kelas 3 – Unimas, UMS, UITM.

Unimas, UMS dan UITM dikatakan universiti kelas ketiga kerana hasil R&D mereka yang terlalu sedikit di samping populariti mereka yang tidak seberapa. Berbanding dengan UM, UKM, USM, UPM dan UUM, ketiga tiga universiti ini jarang mengeluarkan laporan penyelidikan dan pembangunan mereka. Ini mungkin disebabkan agihan kerajaan yang berat sebelah atau faktor faktor lain serta kawalan kualiti dalaman yang tidak diketahui umum. Ramai pelajar yang tidak berjaya ditawarkan tempat kajian di universiti ‘8 pilihan terutama’ ditendang masuk ke Unimas, UMS dan UITM terutama untuk mengisi kekosongan kursus kursus yang tidak popular seperti kajian persembahan tarian tradisional, kajian marin, kajian hutan tropika dan sebagainya. UITM terkenal sebagai ‘tongkat sakti’ pelajar pelajar bumiputra. Penulis tidak menafikan ramai pelajar cemerlang SPM diterima masuk ke UITM tetapi perangkaan secara informal menunjukkan jumlah pelajar korok jauh lebih ramai daripada pelajar cemerlang di dalam kampus UITM. Pelajar yang mempunyai pencapaian pangkat 3 dalam SPM juga boleh diterima masuk sebagai mahasiswa UITM dalam ‘syarat kemasukan khas’ dan ‘sistem kemasukan semester kedua’. Ini jelas membuktikan bagaimana mereka mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Para pelajar mereka juga kurang berkualiti dan sedikit sukar diterima oleh syarikat syarikat gergaji sama ada tempatan ataupun antarabangsa.

Swasta – MMU, UNITEN, UTAR.

3 Universiti swasta yang jauh lebih cemerlang dalam segenap aspek di Malaysia. MMU mempunyai struktur bangunan yang cukup solid dan bersifat futuristik. Sekali pandang seakan universiti teknologi luar negara. UNITEN dan Utar biarpun tidak mempunyai bangunan yang berkelas 1 tetapi mereka komited dalam usaha memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik. UTAR merupakan universiti kegemaran bangsa cina. Kolej Tunku Abdul Rahman pula menjadi ‘adik angkat’ mereka kerana para pelajar bebas ‘mengtransferkan’ jam kredit mereka ke UTAR. MMU merupakan universiti ‘bijak pandai’ yang sempoi dan kaya raya. Jangan sesekali pandang rendah kepada mahasiswa MMU kerana rata rata mereka ini biarpun tidaklah cemerlang dalam bidang akademik tetapi mereka ‘bijak’. Sentimen rakyat Malaysia gemar melihat keputusan peperiksaan sebagai bahan ukur ‘kebijakan’ seseorang tetapi secara peribadi, penulis tabik spring kepada para pelajar MMU kerana mereka ‘live’ dan moden. Mereka tidak perlu memerap dalam bilik sehari semalam untuk menelaah buku jika ingin lulus peperiksaan. Tetapi mereka dikatakan bijak kerana hanya dengan ‘aku pernah dengar’ atau ‘aku pernah lihat’ sahaja, mereka sudah boleh menjawab soalan peperiksaan Atau dengan kata lain, mereka tidak rajin, tetapi mereka pandai. UNITEN pula menjadikan pilihan ibu bapa elit yang ingin memberikan pendidikan aliran English tempatan yang terbaik dalam bidang ‘building’, QC, ‘construction’ dan sebagainya. UNITEN juga mempunyai para mahasiswa yang ‘bijak’ tetapi sedikit sombong kerana mereka orang kaya.

Ringkasnya, penulis menyarakan para pelajar agar berfikir semasak masaknya jikalau ingin belajar di universiti tempatan. Anda mungkin sukar melihat iklan yang berkehendakan pelajar UITM untuk mengisi kekosongan jawaran yang ditawarkan tetapi iklan yang berbunyi ‘Lepasan Kolej TAR, MMU dan Uniten digalakkan memohon’.

p/s: Nukilan ini dihasil hanya berdasarkan pengamatan, pengalamana dan pendapat individu bertulis semata mata. Tidak mewakili mana mana pihak berkuasa dan berkenaan.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on February 28, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: