Kelas Yang Berbeza

Menyaksikan Anugerah Oscar ke-76 secara live di TV tidak banyak meninggalkan mesej kepada saya. Besar kemungkinan diri penulis ini seorang yang agak ‘ketinggalan’ zaman menurut tafsiran orang ‘moden’. Menyaksikan para selebriti bergaya seksi adalah satu nikmat dalam derita. Takut nanti Dia tanya:’Kamu seronok melihat Charlize Theron berpakaian seksi sebegitu?”… Penulis keberatan untuk memberikan review mengenai pemenang malam tersebut kerana tidak layak. Bagaimana seorang penonton anugerah yang paling berprestij di dunia ini boleh memberikan review sedangkan dia sendiri tidak habis menonton semua filem yang dipertandingkan? Tetapi meminjam sinar kegemilangan malam Oscar yang menjadi bualan orang-orang ‘intelek’, satu-satunya mesej yang saya dapat daripada AA(Academy Awards) kali ini ialah kelas kita berbanding mereka – masih jauh berbeza.

Tidak kira Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Era, Anugerah Industri Muzik atau anugerah-anugerah lain yang sewaktu dengannya. Dukacita penulis katakan, kelas kita jauh ketinggalan. Pertikaikan mutu filem yang bertanding, yang penulis ingin diskusikan di sini lebih kepada aspek fizikal dan etika pengelolalaan anugerah tersebut. Dari aspek prop pentas, kualiti pengacaraan, penataan cahaya, sound sistem, persembahan iringan, muzik iringan, red carpet, perjalanan majlis, hinggalah awards presenter serta aspek aspek yang boleh dibawa bincang di sini, kita jauh ketinggalan. Penulis pasti terdapat insan lain di luar yang ‘perasan’ akan hal ini tetapi mungkin mereka memilih untuk mendiamkan diri sahaja sebelum apa apa kontroversi yang berbangkit timbul lantaran luahan seumpama ini. Bagi diri penulis, saya ingin sekali menyuarakannya. Bagaimana kita ditinggalkan? Profesionalisme.

AA sering meninggalkan memori terindah kepada semua penerima anugerah. Bagi mereka yang tidak bertanding, mereka bukan sahaja sekadar menumpang gembira atas kemenangan artis dan filem pilihan mereka tetapi yang afdal, keanggunan majlis tersebut tetap menjadi satu memori yang sukar dikikis sampai bila bila. Pentas utama AA kali berkonsepkan abstrak kontemporali. Mempunyai nilai komersial yang tinggi tetapi nilai estetiknya terpelihara. Ia cukup grand dengan penataan cahaya yang sistematik dan teratur. Ruang pentas cukup luas, tidak banyak berhias tetapi anggun dengan set jubin lantai yang disilaui cahaya terang. Alunan muzik orchestra yang mengiringi majlis diserasikan dengan suasana majlis yang anggun turut menjadi pemanis dan penyeri majlis tersebut. Pilihan core yang bernada pelbagai tidak kira girang atau romantik diselitkan dengan konsep ‘imbasan kegemilangan Oscar’ membuai setiap jiwa penonton kembali mengimbas bagaimana kegemilangan industri filem barat genap satu tahun yang sudah. 76 tahun sejarah pengelolaan Oscar. Bayangkan pengamalan yang mereka miliki.

Penulis secara peribadi sangat menyukai kumpulan orchestra yang mengiringi malam AA. Sangat profesional. Penulis beberapa kali berjunjung ke konsert orchestra di Menara Petronas tetapi kepuasan mendengar philharmonic AA secara live cukup memuaskan sehingga saya lupa ini anugerah AA bukan konsert philharmonik. Secara peribadi, penulis lebih suka jikalau pengacara majlis Billy Crystal kurangkan jenaka yang berbaur mengancam pihak lain yang tidak layak bertanding. Beliau seorang host yang sangat versatile dan bakat beliau jauh sekali sekadar menjadi pengacara AA. Pengalaman beliau mengacarakan AA sedikit sebanyak membantu beliau mengetepikan calon calon lain khususnya Whoopi Goldberg untuk bergelar host AA. Kredibiliti beliau bermula sekitar tahun 80an yang lalu, apabila beliau ‘mencipta’ karektor ‘gay’ secara terbuka dan menjadi tatapan penonton TV berkabel di Amerika. Apakah beliau gay? Persoalan ini agak wajar dijawab oleh pengulas ala blog terkemuka dan barangkali berlesen yang lain. Sebagai seorang Muslim yang sangat menjujung tinggi ajaran Islam, penulis risau sekiranya dikecam oleh golongan ‘Muslim human rights defender’. Dan penulis akui pena penulis tajam dan sangat telus. Agak sukar untuk penulis memendamkan kebencian dalam penulisan.

Pemenang diraikan secara sederhana selepas majlis berlangsung. Kegembiraan jelas terpapar menerusi mimik muka masing masing. Secara peribadi, pilihan utama penulis ialah Sean Penn menerusi Mystic River, dan filem Cold Mountain untuk Filem terbaik namun The Lord of the ring tampak begitu bergaya untuk merangkul gelaran ‘The Best’, apapun kepada semua pemenang, tahniah virtual untuk kalian. Satu persoalan yang timbul ialah bagaimana Charlize Theron boleh menjadi pemenang Actress in a leading role. Nampaknya penulis perlu membeli DVD Monster sedikit masa lagi. Judd Law menerusi Cold Mountain sebenarnya amat cemerlang dalam lakonannya tetapi filem CM sedikit berbaur gosip asmara dan skandal bobrok. Tetapi score muzik untuk CM cukup cemerlang. Penulis cukup menggemarinya.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 1, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: