Cinta 7-eleven



::: Versi Lelaki :::

Agak lama juga aku menyedari kehadirannya. Gadis cashier baru itu.

Namun saat aku mula memerhati dia secara teliti, hanya bermula seminggu yang lalu.

Aku mahasiswa UM. Dia pekerja 7-eleven. Shift pagi.

Naluriku berkata dia lepasan SPM. Seragam 7-elevennya tidak bisa menenggelami pesona keremajaannya.

Gerak gayanya indah, suara gemersik. Tudung mininya putih Selembut sutera. Sekilas pandang sentumannya mirip Misha Omar. Bunga bunga cinta.

Tepat pukul 10 aku bertolak dari rumah. Scooter hiphop kenderaanku.

10.10 aku sampai ke kedai. Itu rutin.

Sebelum melangkah masuk, aku akan angkat sediki cermin mataku. Kadaran 45 darjah.

Supaya pandanganku lebih jelas.

Aku suka memerhatikannya.

Utusan Harian pilihan tetap. Aku gemar berita sukan.

Lepas itu susu dutch lady’s full flavor. 2.30 sebotol.

Breakfast yang ideal. Makan lebih aku mengantuk. Kalau kurang aku lapar.

Macam ini cukup-cukup. Tidak kurang tidak pula lebih.

Tempoh hari tabung duit aku terjatuh. Pecah.

Nampak gaya sudah suratan takdir. Syiling terlalu banyak agaknya.

Lazimnya aku bagi 1 keping syiling emas nilai seringgit. 2 keping 50 sen dan 3 sepuluh sen.

Aku manusia statik. Kalau dari awal aku tetapkan begini, maka aku jarang merestui perubahan.

Dia pasti bertanya:’Nak plastik, cik?’ Mesra.

Aku membalas dengan sekuntum senyuman. Sambil menggeleng.

Bukan aku tidak mahu mengajaknya berbicara. Nanti mamat satu lagu kata aku mengorat dia. Lagipun aku sahut saranan kerajaan, kitar semula.

Kalau tidak pasti aku campak dalam tong sampah depan 7-eleven ini. Membazir.

Dia akan letakkan resit bayaran di atas tapak tangan yang kubentang luas. Bila jarinya tersentuh tapak tanganku, haba mengalir pada kadar 36 darjah celsius.

Suhu badan manusia biasa.

Dia ucap ‘thank you, come again’. Aku tersenyum lagi, masih tidak menyahut.

Buat buat pendiam.

Sejurus selepas melangkah keluar dari 7-eleven aku akan memerhatikan kenderaan yang berlalu lalang. Sambil berfikir kosong.

Habis minum susu aku akan penyetkan botok susu tersebut. Baru aku campak ke dalam tong sampah. Dia mesti puji cara aku. Mesra alam.

Surat khabar aku masukkan dalam beg. Sebelum beredar aku akan mencari pandangannya sekali lagi, setiap kali dia pasti menghantar perjalanan aku dengan sekuntum senyuman.

Dan pasti aku membalas. Biarpun bersempadankan cermin kedai.

Semalam rutin ini berulang.

Tapi syilingku kehabisan.

Aku hulurkan not biru RM50. Dia tercegat.

Kami bertukar pandangan. Terkumat kamit aku meminta baki bayaran.

Tiba tiba terasa lucu. Kami ketawa kecil. Frekuensi itu bertebaran ke setiap penjuru 7-eleven.

Gusar hatiku. Masakan dia tak mahu bagi baki? Duit itu bekalan untuk seminggu.

Aku herdik. ‘Cik, baki mana?’

Dia tunduk malu. Aku terus bertanya: ‘Esok you tak akan lupe bagi baki kan?’

Dia tersenyum. ‘I akan sediakan bakinya sebelum you datang.’

Hari ini aku bersiap lebih awal. Beg yang sekadar berisi kunci bilik aku galas di bahu. Hari ini sebenarnya tiada kelas. Penyarah cuti.

Aku ingat perjanjian kami. Aku mahu rutin aku berjalan seperti sedia kala.

Baki semalam masih ada. Tapi aku nekad memberi not RM50 lain kepadanya.

Sebelah kanan bersebelahan potret Tunku Abdul Rahman, aku contengkan nama timanganku.

‘Taufiq’. Halus.

Ini ilham dari cerita TV3 yang aku tonton semalam.

Mamat cashier kata dia sudah berhenti. Semalam last day dia bertugas.

Result SPM sudah diumumkan. Dia terus sambung belajar.

Kemudian dia hulurkan baki bayaran. Mamat kata dia pesan baki ini khas untuk aku.

Dia menepati janjinya.

Aku berpesan dengan mamat, kalau ada customer yang bagi not 50, tukarkan. Dan kalau boleh serahkan not 50 ini pada dia.

Gadis cashier baru sebelahnya tersenyum. Mirip senyuman dia.

Tiba tiba aku merindui senyuman Misha Omarnya.

‘Dia tau ke nama aku Taufiq?’

Bisik hatiku…

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 3, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: