Cinta 7-eleven



::: Versi Perempuan :::

Agak lama juga aku menyedari kehadirannya. Abang cool itu.

Namun saat aku mula memerhati dia secara teliti, hanya bermula seminggu yang lalu.

Aku pekerja 7-eleven. Dia pelajar, agaknya.

Naluriku berkata dia mahasiswa UM. Beg sekolah dia tidaklah terlalu berisi. Mahasiswa jarang perlu pakai buku teks yang banyak. Pakaiannya ala ala hiphop.

Aku pernah ternampak motorsikal dia berhenti depan car park pejabat tadbir UM.

Gerak gayanya moden, suara macho. Janggut nipisnya mirip Justin Timberlake. Kacak.

Tepat 10.10 dia pasti sampai ke kedai ini. Itu rutin.

Sebelum melangkah masuk, dia akan angkat sedikit cermin matanya. Kadaran 45 darjah.

Tidak pasti apakah maksudnya.

Aku suka memerhatikannya.

Utusan Harian pilihan tetap. Dia akan membelek ruangan sukan sebelum bayar.

Lepas itu susu dutch lady’s full flavor. RM2.30 sebotol.

Lazimnya dia akan bagi 1 keping syiling emas nilai seringgit. 2 keping 50 sen dan 3 keping sepuluh sen. Banyaknya syiling.

Aku pasti bertanya:’Nak plastik, cik?’ Mesra.

Dia membalas dengan sekuntum senyuman. Sambil menggeleng.

Sengaja aku ajukan soalan itu. Aku tidak mahu pertemuan dengannya setiap pagi begini diselubungi sunyi yang aneh. Kalau aku tak tanya, aku hilang idea apa yang hendak dibualkan dengannya. Dia pendiam.

Aku akan letakkan resit bayaran di atas tapak tangannya yang terbentang luas. Bila jariku tersentuh dengan tapak tangannya, haba mengalir pada kadar 36 darjah celsius.

Suhu badan manusia biasa.

Aku ucap ‘thank you, come again’. Dia tersenyum lagi, entah kenapa dia tidak pernah sahut.

Sejurus selepas melangkah keluar dari 7-eleven dia akan memerhatikan kenderaan yang berlalu lalang. Sambil berdiri tegak tidak bergerak.

Habis minum susu dia akan penyetkan botol susu tersebut. Baru dia campak kedalam tong sampah. Kitar semula agaknya. Mesra alam sungguh.

Surat khabar dia masukkan dalam beg. Sebelum beredar dia akan memandang ke arah aku.

Aku tidak pasti mengapa.

sekali lagi, setiap kali aku pasti menghantar perjalanannya dengan sekuntum senyuman.

Dan pasti dia membalas. Biarpun bersempadanankan cermin kedai.

Semalam rutin ini berulang.

Tapi dia hulurkan sehelai not biru RM50. Aku tercegat.

Mana ada kedai 7-eleven yang ada baki kecil sebanyak itu?

Sel sel otak aku mati.

Kami bertukar pandangan. Terkumat kamit dia meminta baki bayaran.

Tiba tiba terasa lucu. Kami ketawa kecil. Frekuensi itu bertebaran ke setiap penjuru 7-eleven.

Gusar hatiku. Masakan aku hendak serahkan bakinya pakai duit sendiri? Baki kecil tidak ada.

Dia herdik. ‘Cik, baki mana?’

Segera aku ambil duit aku sendiri dan hulur kepadanya.

Aku tunduk malu. Dia terus bertanya: ‘Esok you tak akan lupe bagi baki kan?’

AKu tersenyum sipu. ‘I akan sediakan bakinya sebelum you datang.’

Sebenarnya hari ini last day aku bertugas di sini. Result SPM sudah diumumkan.

Ayah aku suruh aku sambung belajar terus di Tingkatan 6 terlebih dahulu.

Kalau ada rezeki aku boleh masuk Universiti.

Aku ingat perjanjian kami. Dan aku tahu 7-eleven tidak akan ada baki sebanyak itu awal-awal pagi begini.

Aku sediakan duit baki untuknya. Duit RM5 yang akan diberi kepadanya sengaja aku contengkan nama timangan aku.

‘Ayu’. Halus.

Ini ilham dari cerita TV3 yang aku tonton semalam.

Aku serahkan duit kepada mamat cashier. Aku berpesan kalau ada pelanggan yang beli Utusan Malaysia dan susu dutch lady 2.30 sebotol dengan not RM50 harus dia berikan duit baki ini.

Dan aku beritahu sebab aku berhenti.

Mamat tersenyum. Kali pertama dia tersenyum mesra. Mirip senyuman dia.

Tiba tiba aku merindui senyuman Justin Timberlakenya.

‘Dia tau ke nama aku ayu?’

Bisik hatiku…

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 3, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: