Fesyen Bintang Popular Di Anugerah Oscar ke 76



Kalaulah kehebatan lakonan Charlize Theron dalam filem Monster setanding dengan evening gaun yang digayakan pada malam tersebut, saya pasti tiada sesiapa yang mempertikaikan kemenangan beliau untuk ACTRESS IN A LEADING ROLE AA ke 76 kali ini. Gaun yang berpotongan seksi dan body fit ini diserlahkan dengan kerdipan butiran manik(?) ini begitu sesuai digayakan oleh Charlize yang mempunyai kulit blonde. Make up beliau agak smookie dan sedikit up-town. Mantap Charlize. Tetapi saya kira Charlize pasti lebih menawan sekiranya beliau boleh mengupah Hair Desinger Jeniffer Lopez untuk mendandankan rambutnya. Mengapa? Kerana kalau Charlize memilih untuk menawan pada outfit, pastinya beliau juga harus lebih prihatin akan penampilan fizikalnya.



Pemenang ACTRESS IN A SUPPORTING ROLE AA kali ke 76 Renee Zellweger sememangnya mempunyai perwatakan yang sangat anggun. Beliau tidaklah secantik Nicole Kidman – partner beliau dalam Filem Cold Mountain tetapi beliau berjaya mencuri perhatian orang ramai setiap kali kemunculannya dengan gaya yang cukup tersendiri. Dalam anugerah Golden Globe Awards misalnya beliau mendapat pujian yang rata rata mengatakan beliau sangat versatile dengan pilihan evening gaun beliau. AA kali ini menyaksikan Renee bergaya sekali lagi dengan gaun berwarna putih. Set pakaian yang versatile ini sungguh sesuai dipadankan dengan solekan beliau yang anggun dan menarik. Ala ala wanita bangsawan tahun 70an. Pakaiannya mengingatkan saya kepada Julia Stiles, pelakon Save the last dance. Mana cantiknya Julia tetapi mengapa Julia masih menjadi pujian ramai? Kerana gaya, apa yang mereka pamirkan ialah kesenian ciptaan Tuhan. Tidak perlu berseksi seksa tetapi cukup dengan konsep yang diketengahkan. Anggun!



Tidak sah sekiranya saya tidak memberi komen kepada fashion icon tersohor abad ini. Namun penulis secara peribadi tidaklah terlalu minat akan gaya yang dibawa Nicole dalam AA kali ini. Terlalu terdedah! Nicole sepatutnya menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk menarik perhatian media. Beliau berkulit putih gebu dan sangat menawan dengan rambut beliau yang blonde mengurai. Tetapi pilihan Nicole kali ini menenggelamkan kejelitaan Nicole kerana warna biru laut ini sebenarnya menyebabkan Nicole nampak pucat dan hilang seri. Potongan pada bahagian dada yang sangat terdedah amat memualkan. Ini teringatkan saya kepada lakonan beliau dalam Eyes Shut Wild bersama bekas suaminya Tom Cruise. Kenapa tidak pecahkan saja gelasnya, biar ramai… biar mengaduh sampai gaduh?!!!



Wanita yang tidaklah terlalu cantik ini berjaya menangkap perhatian saya untuk terus memerhatikan gerak gayanya. Wow! Exotic! Jada Pinkett Smith bukanlah seorang pelakon yang sangat popular di Asia tetapi beliau seorang pelakon yang mempunyai kredibiliti yang tersendiri. Pilihan beliau kali ini sangat ‘lua biasa’ kerana ia seakan nampak hodoh pada pandangan orang kenamaan kerana terlalu ‘berbunga bunga’ dan bercorak. Tetapi cara beliau menggayakan gaun ini harus diberi pujian. Beliau menampilkan keyakinan diri yang tinggi semasa memasuki arena red carpet. Sekilas pandang… mesra alam pula dirasakan.



Liv Tyler. Wanita yang diberi jolokan penampilan paling sempurna AA kali ini. Penulis tidak mahu memberikan review mengenai cara pakaian bintang terkenal ini kerana ramai lagi yang lebih bertauliah menulis mengenai beliau. Anggun tetapi … biasa.



Kate Beckinsale. Apa dia ingat ini acara walk untuk Fashion Festival paling Weird atau apa? Amat tidak sesuai bintang Peral Habour ini mengetengahkan pakaian ala ala DIY ini. Buah dadanya seakan ‘terluncur’ keluar kerana potongan blause ini terlalu mengikut naluri desinger yang gila seksi dan gila gaya. Saya percaya fabriknya amat bermutu, tetapi please la Kate, anda nampak gersang, atau telusnya, anda seperti seorang pelacur!





Sandra Bullock, Oprah Winfrey dan Jennifer Garner. Antara fashion yang wow pada pandangan penulis biarpun tidak mendapat pujian daripada pemerhati fesyen antarabangsa yang tersohor kini. Sandra Bullock biarpun sering membawa watak wanita gelojoh di layar perak namun sebenarnya bintang ini menginterpretasikan beliau ini seorang gadis yang sangat down-to-earth dan easy-going. Tetapi penulis harus memuji Sandra kerana beliau tahu bagaimana membawa diri pada majlis yang grand seperti AA ini. Gaun 2 tingkatnya biarpun tidak memberikan kesan yang terlalu ‘wow’ tetapi Sandra nampak cute malam itu. Oprah Winfrey memang suka dengan warna warna yang pudar seperti grey dan khakis, sepadan dengan usianya. Gaya Winfrey cukup anggun malam tersebut tetapi fabrik pilihan Winfrey agak sedikit ‘seloroh’. Kenapa saya katakan demikian kerana setiap kali beliau berjalan, geseran fabrik gaunnya berbunyi! Amazing bukan! Jeniffer Garner pula, erm… ketinggalan zaman sedikit dengan pemilihan gaun berwarna silky orange ini. Biarpun tidak bertepatan dengan theme majlis AA kali ini, tetapi Jen masih nampak cantik dan funky. Sikap beliau yang gila gila turut menjadi perhatian pihak media pada malam tersebut.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 6, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: