Ramalam Anugerah Bintang Popular 2003 oleh Taufiq ar-Rasyidin

ABP 2003

Lebih kurang 1 minggu sahaja lagi dari sekarang, Anugerah Bintang Popular 2003 bakal menemui peminat seni hiburan pada 14 Mac 2003 di Arena All Stars Genting Highland. Siapakah yang layak bergelar ‘paling popular’, populariti sepanjang tahun 2003 dinilai dan pemenang dipilih 100% berdasarkan undian peminat pembaca berita harian. Tahun ini juga menyaksikan kategori yang paling kontroversi iaitu ‘Bintang Paling Popular’ ditukar format pengundiannya. Jika tahun tahun yang sudah kategori ini layak dimenangi oleh bintang yang mempunyai undian yang terbanyak, tahun ini kategori ini dinamakan oleh peminat masing masing tanpa sebarang pencalonan. Apakah Siti Nurhaliza masih gah di mata hati peminat seni hiburan tanah air, penulis jangkakan ia adalah satu persaingan yang maha sengit antara beliau bersama Misha Omar, Rosyam Nor dan mungkin Eera Fazira. Sedikit peringatan: Ini hanyalah satu anugerah yang diberi untuk memuaskan hati peminat. Bagi artis yang mempunyai bakat dan populariti yang tidak seiring, usahlah memandang terlalu berat akan anugerah Gila Glamour ini. Ramalan dan analisis penulis untuk kategori-kategori yang bertanding adalah seperti berikut:

A. PENGACARA TV LELAKI POPULAR
01 Ally Iskandar
02 Andy Hakim
03 Aznil Nawawi
04 Bob Lokman
05 Zainal Ariffin Ismail

Sekilas pandang Aznil Nawawi mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi kategori ini. Aktiviti pengacaraan beliau pada tahun lepas meletakkan populariti beliau pada tahap yang paling tinggi. Bukan setakat Akademi Fantasia, nama beliau terus gah menyandang gelaran Pengacara untuk rancangan Melodi yang selama ini hanya dipegang oleh pengacara yang ter’laser’ dan paling sensasi. Sandaran nama beliau di Akadem Fantasia turut meletup-letupkan nama Aznil Nawawi. Penulis menjangkakan persaingan yang lebih sengit jikalau ‘kawan’ baik Aznil iaiti Azwan Ali, host celupar tak ingat dunia Cit Cat Azwan turut dicalonkan. Namun sayang seribu kali sayang pengacara ‘versatile’ ini ‘terkeluar’ dari pencalonan. Aznil pasti berjaya meraih golongan peminat beliau yang ‘sama citarasa’ dengan beliau. Bagi golongan peminat seni tanahair yang lebih ‘tegas’ dalam soal etika dan budaya, saya kira Ally Iskandar boleh mencelah. Bob Lokman dan Andy Hakim mempunyai bakat pengacaraan yang tidak boleh dinafikan tetapi mereka belum layak bergelar ‘Paling Popular’ kerana rancangan yang dihostkan mereka berdua belum ada ‘ummp’ di hati peminat. Saya kira Wan Kamaruddin NTV 7 untuk Edisi Siasat layak dicalonkan untuk kategori ini. Zainal Ariffin Ismail pula sekadar memenuhi kuata untuk 5 orang pencalonan.

B. PENGACARA TV WANITA POPULAR
01 Ary Malik
02 Nor Azlina Redzuan
03 Normala Samsudin
04 Raja Azura
05 Zakiah Anas

Kategori yang penulis kira ‘sangat menarik’. Penulis secara peribadi meminati bakat ulung ‘Wanita Tercantik di Malaysia’ Normala Samsudin dan gaya slumber ‘Kak Engku’ Raja Azura tetapi ini tidak bererti calon-calon yang lain itu calang calang orangnya. Ary Malik sebagai Pengacara Muzik Muzik dan Norazlina Redzuan sebagai pengacara ala ala feminin mempertaruhkan bakat bukannya populariti dalam kategori ini. Yang ramai mempunyai peminat penulis kira hanya 2 orang iaitu Raja Azura the great dan Normala Samsudin the sensasi. Penulis jangkakan Raja Azura bakal memenangi kategori ini biarpun beliau kini tidak lagi bergelar pengacara Melodi. Beliau boleh singkirkan saingan dekat beliau Normala Samsudin kerana Normala terlalu kontroversi. Normala akhir akhir ini jarang kemunculan di kaca TV kerana sudah melepaskan tanggungjawab beliau sebagai pengacara Wanita Hari Ini dan Nona.

C. PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
01 Halim Othman
02 Isma Halil
03 KCIsmail
04 Nasaruddin Abdul Karim (Nasa)
05 Seelan Paul

Tahun lepas kita disogokkan dengan kemenangan yang seakan tidak direstui ramai pihak. Andy Halim mencuri perhatian majlis yang gilang gemilang ini dengan menyingkirkan nama nama besar seperti Halim Othman dan Khairil Rashid. Penulis kira populariti Andy Halim sebenarnya bermula hanya selepas namanya diumumkan sebagai pemenang untuk kategori ini. Dan peminat beliau sebenarnya menang terdiri daripada golongan pembaca ‘Berita Hatian’. Tahun ini penulis menjangkakan Halim Othman dari Radio Era bakal bertarung hebat dengan rakan setugas cum boss baru beliau Seelan Paul. Halim mempunyai pakej yang mencukupi untuk menggondol anugerah ini. Jangan lupa beliau turut bergelar ‘my dream bachelor of the year’ tahun lalu. Nasa, Isma dan KC sebenarnya mempertaruhkan bakat agung mereka untuk kategori ini. Popular? Popular juga tetapi belum boleh menandingi Halim dan Seelan yang rata rata mempunyai ramai peminat daripada golongan pengundi sasaran iaitu para remaja. Penulis secara peribadi merupakan peminat setia Khairil Rashid yang lebih sempoi dan tidak ‘mengada ngada’. Apakan daya, Khairil tidak termasuk dalam senarai pencalonan.

D. PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
01 Abby Fana
02 Hana
03 Linda Onn
04 Shahanaz
05 Suzana

Linda Onn! Beliau kini bukannya setakat juruhebah popular tetapi turut pelakon wanita yang sedang meniti populariti. Gila Bola lakonan Linda bersama Fazley memang ada chemistry dan filem ini turut mengangkat populariti beliau pada tahap yang lebih tinggi biarpun tahun ini beliau bakal dicabr oleh Abby Fana THR. Namun sejurus selepas penulis mengetahui para calon untuk kategori ini, penulis terpana, mana nama Nadira Azizan rakan setugas Linda Onn?Bagaimana Nama Suzana dan Hana boleh menandingi nama Nadira Azizan? Saya kira kategori ini sangat tidak telus kerana ia seakan memberi lebih banyak laluan kepada saluran radio lain untuk ‘memperkenalkan’ DJ mereka sedangkan radio Era sudah sedia ada pengacara yang berbakat besar. Sekejab, penulis ingin tahu siapa Shahanaz yang gamak dicalonkan untuk Penyampai Radio Wanita Popular?

E. ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
01 Afdlin Shauki
02 Azlee
03 Lan Pet Pet
04 Saiful Apek
05 Yassin

Semestinya Saiful Apek. Saya kira kemunculan beliau dalam layar perak tahun lalu adalah yang paling kerap berbanding mana mana artis yang lain. Beliau ada gaya yang sangat tersendiri untuk meraih hati peminat dan cara lakonannya amat mencuit hati. Azlee dan Lan Pet Pet bakal memberikan sedikit saingan namun belum mampu merebut gelaran kategori ini dari tangan Saiful. Populariti Yassin ditenggelami isu dadah yang melibatkan nama baik beliau semasa bergelar anggota Senario sedikit masa yang lalu. Afdlin mempunyai bakat komedi yang boleh diketengahkan lagi. Beliau popular mungkin dalam kategori yang lain. Rasanya bukan ini kategori ini.

F. ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
01 Aliza Abdullah (Enot)
02 Kartina Aziz
03 Norlia Ghani
04 Rosnah Mat Aris
05 Sheila Rusly

Tiada sapa sapa yang lebih lawak daripada Norlia Ghani, Rosnah Mat Aris dan Sheila Rusly di Malaysia buat masa kini. Penulis secara peribadi meminati bakat Rosnah Mat Aris. Undian beliau dijangka akan dikongsikan bersama Norlia Ghani menjadikan kemenangan mungkin berpihak kepada Sheila Rusly. Kenapa? Ini kerana Norlia dan Rosnah berada pada tahap dan standard yang sama pada masa kini. Yang meminati Rosnah mungkin tidak meminati Norlia Ghani. Sheila pula menyusur selepas mereka berdua dan beliau mantain mempunyai golongan peminat yang bijak memilih. Mana humor Norlia Ghani? Dari segi perwatakan, saya kira Rosnah Mat Aris jauh lebih layak untuk bergelar Artis Komedi Terbaik. Tetapi ABP hanya memberi pengiktirafan kepada mereka yang mempunyai undian terbanyak. Jangkaan penulis untuk kategori ini ialah Norlia Ghani. Kawan baik Mat Laser of the century. Azwan Ali. Cit Cat Azwan.

G. ARTIS BARU LELAKI POPULAR
01 Ezany
02 Hazami
03 Munir (Phyne Ballerz)
04 Puteh
05 Rashid Salleh

Ezany dan Puteh nyata mempertaruhkan paras rupa mereka yang tampan untuk meraih undian peminat. Yang benar benar berbakat secara peribadi penulis rasa hanya Hazami dan Rashid Salleh. Munir terlalu dibayangi kedudukan beliau di Phyne Ballerz. Penulis menjangkakan kemenangan bakal berpihak kepada Hazami biarpun para peminat wanita dan golongan *** cenderung memberikan undian mereka kepada Ezany yang punya rupa yang tampan dan fresh. Peminat yang benar benar menghargai bakat Hazami pasti memberikan undian kepada beliau. Peminat yang lebih versatile dan bercita rasa tinggi akan memberikan undian kepada Rashid Salleh pelakon teater berasal dari Bumi Kenyalang yang salih berbahasa Inggeris. Penulis mempertikaian satu perkara. Mana nama Zed Zaidi dan Farid Kamal?

H. ARTIS BARU WANITA POPULAR
01 Aliza Abdullah (Enot)
02 Ezlynn
03 Misha Omar
04 Sarah Raisuddin
05 Waheeda

Ketepikan terlebih dahulu nama Enot. Yang layak bergasak untuk kategori ini sebenarnya hanya ada 4 orang iaitu Ezlynn, Misha, Sarah dan Waheeda. 4 orang artis baru wanita yang tengah top dan membawa genre muzik yang berlainan dalam dunia seni suara tanahair. Ezlynn dengan pop rock, Misha malay pop, Sarah R&B pop dan Waheeda world muzik. Meriah dan ini merupakan kategori yang paling mendapat perhatian selepas kategori Penyanyi Wanita Popular. Secara analisis, penulis memilih Misha Omar untuk membawa pulang trofi Paling Popular berdasarkan populariti semasa yang dimiliki beliau. Selepas berjaya bergelar Best New Artist di AE03 dan Juara di Festival Muzik Shanghai, populariti beliau turut memuncak pada AJL03 yang lalu apabila berjaya mengetepikan Siti Nurhaliza untuk Juara Lagu Keseluruhan melalui lagu azimat Bunga Bunga Cinta. Sarah sedikit tenggelam kerana penampilannya yang sedikit over dan bayangan kesombongan yang dimilikinya. Ayahanda beliau penulis kira terlalu berani dan lantang mengeluarkan statement dalam media. Ini sudah pasti memberi sentimen bagaimana sebenarnya Sarah ini seorang yang ‘demand’ dan angkuh biarpun baru setahun jagung dalam dunia seni. Bagaimanapun Sarah merupakan saingan sengit Misha kerana Saat Kau Hilang Di Mata lagu baru yang terselit dalam album baru Sarah amat popular dan menjadi pilihan di kebanyakan saluran radio. Waheeda dan Ezlynn popular, tetapi belum mampu menggugat kedudukan Misha.

I. ARTIS BUKAN MELAYU POPULAR
01 Accapan
02 Angeline Tan
03 Hans Isaac
04 Janet Khoo
05 Sathiya

Hans Isaac. Saya rasa kemenangan ini hampir pasti. Kategori yang tidak menarik dan kurang mendapat perhatian. Penulis bosan dengan kemenangan Sathiya tahun tahun yang lepas. Nasib baik Hans Isaac berjaya menghalang monopoli Sathiya. Angeline Tan, Lucy dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu memang kelakar tetapi kurang popular. Janet Khoo sedikit popular selepas muncul dalam Filem Paloh. Tetapi belum mampu meraih hati peminat. Kategori ini wajar dimansuhkan kerana berbaur isu perkauman.

J. PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
01 Afdlin Shauki
02 Faizal Hussein
03 Norman Hakim
04 Saiful Apek
05 Rosyam Nor

Afdlin Shauki sekali lagi muncul dalam kategori yang tidak harus terselit nama beliau. Mana nama Yusry KRU, Eizlan Yusuf, Zed Zaidi dan Azhar Sulaiman yang jauh lebih popular berbanding Afdlin Shauki. Bukanlah saya berpandangan pesimistik dengan Afdin tetapi saya juga tidak boleh memandang terlalu optimis dengan mereka yang benar benar layak! Tetapi tidak mengapa. Rosyam Nor pasti mampamerikan soldadu sasanya untuk sekali lagi bergelar Pelakon Filem Lelaki Paling Popular. Kedudukan Rosyam Nor kini bukanlah seperti Rosyam Nor tahun tahun yang dulu. Beliau adalah Shah Rukh Khan Malaysia. Tidak perlu beliau berpartner dengan heroin yang terlalu jeliti pun (walaupun hakikatnya memang partner beliau seorang artis jelita) beliau masih boleh menjanjikan mutu lakonan yang baik. Saiful boleh mencelah tetapi kebarangkaliannya terlalu sedikit. Saiful boleh popular di mata hati peminat kerana lawak jenakanya tetapi apabila tiba di platform yang lebih serious dan versatile. Kredibiliti beliau sebagai pelawak akan diperlekeh. Norman Hakim dan Faizal Hussein antara pelakon lelaki Malaysia yang berkredibiliti besar namun bakat mereka tidak setanding dengan populariti.

K. PELAKON FILEM WANITA POPULAR
01 Ellie Suriaty Omar
02 Erra Fazira
03 Nasha Aziz
04 Nisdawati
05 Rita Rudaini

Satu kategori yang nyata ‘bakat bukan tiket untuk popular’. Eera Fazira seakan jatuh pada kategori ‘who let’s the dog out’ apabila nama Abby Abadi, Amy Mastura dan Sharifah Aleeya tidak dipertandingkan. Bayangkan bagaimana Nasha yang mungkin sedikit menyaingi Eera boleh menandingi populariti semasa Eera sedangkan VCD perkahwinan beliau dengan Yusry juga lebih laku dari Kehidupan Seorang Pramugara Yang Terlampau? Dari Cinta Kolestrol, Mr Cinderella I / II, Kuliah Cinta sehinggalah 7 Perhentian, rezeki beliau selepas kahwin nyata mencurah curah sehingga tertumpah tumpah. Beliau kini adalah DIVA Filem Melayu Malaysia.

L. PENYANYI NASYID POPULAR
01 Hijjaz
02 In-Team
03 Rabbani
04 Raihan
05 UNIC

Kategori yang suci. Penulis secara peribadi meminati bakat Raihan dan imej Rabbani. Mereka adalah penyanyi Nasyid yang mempunyai kredibiliti agung. UNIC dan In-team memiliki lead singer yang menjadi kegilaan ramai wanita dan *** biarpun sekadar memiliki vokal yang gitu-gitu sahaja. Saya jangkakan tahun ini nasib bakal menyebelahi Kumpulan In-Team memandangkan nama kumpulan Rabbani agak tenggelam tahun lepas mungkin disebabkan kekurangan produk yang boleh menandingi Intifada. Raihan pula terlalu low profile dan versatile. Hijjaz hanya sandarkan lagu Sumayyah yang kini agak outdated dalam carta mana mana stesen radio

.

M. PENYANYI LELAKI POPULAR
01 Anuar Zain
02 Hazami
03 Jamal Abdillah
04 Yassin
05 Yusry

Antara Anuar Zain dan Yusry. Penulis adalah peminat setia Jamal Abdillah dan M Nasir. Hakikat sebenar memang pahit ditelan tetapi itulah realiti hitam putih kehidupan. Penulis jangkakan kemenangan bakal berpihak kepada Anuar Zain biarpun dicabar hebat oleh Yusry yang diangkat menjadi penyanyi solo paling popular masa kini berbekalkan lagu Dekat Padamu ciptaan KRU sendiri. Yassin mempunyai gaya seniman yang tidak boleh diperlekeh tetapi belum tentu berjaya meraih undian peminat. Muzik yang Yassin pertaruhkan bukannya muzik mainstream. Analisis penulis mengatakan Anuar Zain bakal menyerlah malam tersebut kerana beliau solo. Belum berpunya berbanding Yusry yang sudah bergelar suami orang.

N. PENYANYI WANITA POPULAR
01 Ezlynn
02 Misha Omar
03 Sarah Raisuddin
04 Siti Nurhaliza
05 Waheeda

Kategori yang sudah pastinya menjadi perdebatan paling hangat kerana mereka inilah yang sebenarnya paling popular di Malaysia buat masa kini. Saya lebih suka kalau nama Ezlynn atau Waheeda digantikan dengan nama Ning Baizura atau Dayang Nurfaizah kerana dirasakan 2 orang artis ini jauh lebih popular daripada mereka berdua. Buktinya AE03. Ning Baizura mendapat undian terbanyak untuk ketegori Penyanyi Wanita Terbaik sebagaimana Dayang Nurfaizah yang sering diundang untuk majlis keramainan yang melibatkan orang kenamaan. Saingan sebenar dalam katogoti ini ialah Misha Omar dan Siti Nurhaliza memandangkan Ning dan Dayang tidak termasuk dalam carta. Perbezaan undi pasti tidak terlalu banyak. Saya masih jangkakan kemenangan Siti Nurhaliza biarpun undian saya tidak pergi kepada beliau. Tetapi saya pasti ramai pemerhati dunia hiburan tanah air yang tidak yakin akan kemenangannya. Biarpun dalam MTV Asia Awards dan APM 2003 yang lepas Siti masih meraih kategori yang melibatkan ‘wanita’ tetapi itu tidak mampu membuktikan apa apa. Undian dari Singapore, Brunei dan Indonesia pasti memihak kepada beliau kerana rata rata mereka tidak mengenali nama Dayang Nurfaizah atau Misha Omar. Tetapi keadaan ini jauh berbeda di Malaysia. Setiap kali sesudah Misha Omar melakukan persembahan, beliau pasti disorak hebat sehingga satu dewan bergegar kuat berbanding Siti Nurhaliza. Dan secara peribadi, saya harapkan keajaiban akan berlaku dan kemungkinan ini juga amat besar iaitu Misha Omar bakal mengetepikan Siti Nurhaliza untuk bergelar Penyanyi Wanita Paling Popular tahu ini dan rasmilah Misha Omar menjadi bunga kebangsaan Malaysia.

O. ARTIS BERKUMPULAN/DUO POPULAR
01 Achik & Nana
02 Exists
03 Jamal Abdillah & Siti Sarah
04 KRU
05 Too Phat

Too Phat sebenarnya mempunyai jumlah peminat yang lebih ramai tetapi golongan ini saya rasa ‘jarang’ membaca berita harian. Jadi jangkaan saya KRU boleh menggondol anugerah ini tanpa waswas. Populariti Jamal dan Sarah berakhir selepas populariti lagu berhantu mereka Sandarkan pada kenangan berakhir. Achik dan Nana? Oh tidak! Kategori ini dirasakan lebih meriah jikalau Ruff Edge, VE, OAG, dan Flop Poppy dicalonkan bersama menggantikan Achik/ Nana yang ‘entah apa apa’. Barulah bakat Exists yang sebenar boleh dirasai.

P. PELAKON TV/VCD LELAKI POPULAR
01 Faizal Hussein
02 Jalaluddin Hassan
03 Saiful Apek
04 Rosyam Nor
05 Zamarul Hisham

Faizal Hussein tahun lalu tidak banyak produktivitinya untuk dipamerkan kepada penonton. Tidak kira TV atau VCD. Jalaluddin Hassan muncul dalam Astana Idaman, Rosyam Nor pula berjaya mengumpan penonton untuk berpesra airmata dalam Pondok Buruk 1 dan Pondok Buruk 2 manakala Zamarul Hisyam pula menunjukkan kehebaran beliau dalam VCD dan Ampunkan Dosaku bersama Fauziah Nawi. Naluri penulis berkata Rosyam Nor adalah pilihan terbaik. Satu satunya artist Malaysia yang mempunyai bakat dan populariti yang seiring.

Q. PELAKON TV WANITA POPULAR
01 Abby Abadi
02 Ellie Suriaty
03 Nasha Aziz
04 Sheila Rusly
05 Umie Aida

Mana nama Fauziah Nawi dan Wan Maimunah? Mereka lebih popular bergelar pelakon TV dan VCD! Apa ini kategori Pelakon TV palong jelita? Sekilas pandang saya jangkakan kemenangan Abby Abadi Gerak Khas. Jikalau Drama Maya Mira Nasha Aziz bersama Rosyam Nor dan Hans Iscaac menemui peminat tepat pada musimnya, tidak hairan juga Nasha boleh mengetepikan Abby. Umie Aida sekadar memenuhi kuata. Sheila Rusly popular kerana berita sensasi beliau bertengkar mulut dengan Norlia Ghani. Bakat beliau sukar diakui.

ABP sebenarnya antara anugerah yang secara peribadi paling tidak penulis gemari. Malam gila glamour dan tidak meninggalkan sebarang mesej. Apa yang ingin dibuktikan sekadar melagakan para artist dan peminat mereka dan kemudiannya menimbulkan kontroversi murahan kononnya si anu tidak harus dicalonkan dan si fulan tidak wajar menang. Bakat yang ada pada insan insan seni yang benar benar berkualiti tidak dihargari. Sebagaimana Akademi Fantasia, program nyanyian kononnya realiti yang menjadi kegilaan ramai manusia manusia yang anti-peace in mind. Tidak telus dan tidak bermotif. Sia sia sahaja mengundi.

~ by Taufiq Lazyduck on March 8, 2004.

Leave a comment