Hyundai Coupe

Hyundai Coupe, antara kenderaan eksklusif yang standing dengan rangkaian kereta mewah yang menjadi idaman orang ramai seperti BMW, Mitsubishi Evolution, Mercedes Benz dan Volvo. Pertama kali penulis melihat kereta ini ialah sekitar bulan Januari 2003 yang lepas. Masa itu anak sulong uncle Sidek datang menghantar kad jemputan majlis perkahwinannya. Ayahanda dan bonda pula tiada di rumah kerana menziarahi rumah nenek di kampung. Maklumlah, musim perayaan. Hati terus terpaut melihat kereta milik Abang Ike (penulis tidak pasti nama penuhnya kerana tidak pernah bertanya) yang berwarna merah itu meluru masuk menuju parking area di laman rumah. Cun habis! Kebetulan saya yang berada di ruang legar terus turun menyambut kedatangan kereta Hyundai Coupe tersebut. Owner kereta tersebut dilupakan sebentar.

Saya sebenarnya tidak begitu kenal dengan abang Ike, sekadar tahu dia lulusan Universiti of London, seorang Accountant yang bertugas di Syarikat Shell. Ayahanda suka menyebut-nyebut nama abang Ike, abang Ike kerana kredibilitinya yang mampu memiliki rumah mewah, kereta mewah dan awek mewah dalam usia beliau yang baru mencecah 24 tahun. Entah mengapa pertemuan saya dengan kereta Hyundai Coupe, maksud saya Abang Ike buat kesekian kali tersebut saya berani bersembang rancak dengannya. Dan topik perbualan kami tidak lari daripada kereta tersebut.

Sebenarnya selama ini saya sudah mempunyai kereta idaman sendiri. Iaitu sebuah BMW mini warna silver 7 series yang sangat menawan itu. Penulis sentiasa memasang angan angan bagaimana gelagat gadis gadis kampus mendampingi saya kerana kereta dan perwataran saya yang tidak tumpah seperti Hithrik Roshan dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham. Masa itu saya hanya mampu memandu kereta Wira ke kampus. Itupun sudah kira mewah kerana majoriti mahasiswa UM masa itu hanya memiliki motorsikal. Manakala mahasiswinya pula mengambil bas ke kampus. Golongan yang mempunyai kereta dicap sebagai orang kaya dan pastinya mereka lebih senang mendapat awek. Saya tidak persia siakan kelebihan ini. Buktinya 4 tahun bergelar mahasiswa UM, saya mempunyai jumlah awek seramai 4 orang. Purata seorang dalam tempoh 12 bulan. Selama 4 tahun saya berada di UM, kereta saya tidak pernah sunyi. Purata pasti ada 1 orang penumpang setiap hari. Kekadang mencecah 4 orang sebagai angka maksima. Kenangan yang cukup manis biarpun bilangan ini nampak kerdil pada kasanova kasanova yang rakus bekalan awek.

Kemudian Angah melanjutkan pelajaran ke KDU, Kolej Damansara Utama. Saya berkesempatan menghantar sendiri adik saya ke kampusnya. Sebelum itu penulis memang pernah terdengar yang KDU itu sarang anak orang kaya. Sekali masuk ke dalam KDU, baru saya terbeliak mata melihat suasana sebenarnya kampus KDU yang dikatakan sarang anak orang kaya itu. Mula mula seorang awek Melayu seksi memandu kereta Estima berlalu di depan kami. Kemudian seorang amoi Tionghua memandu Honda CRV. Yang paling aneh, seorang rakan saya yang merupakan ex-KDUian itu menudingkan jari beliau kepada sebuah kereta BMW. Allahaakhbar, itu kereta idaman saya! BMW mini 7 series. Dan kata beliau, itulah kereta milik anak Datuk Yusuf Haslam yang belajar A-Level di situ. Terasa begitu kerdilnya kereta Wira yang saya pandu ini. Kemudian kami bergegas ke car park. Bermacam macam jenaka kereta ‘dilelong’ murah di situ. Hati saya mula berbisik. Apakah ini pusat pelancongan kereta mewah? Diri ini terasa begitu geram dan menjadi moody. Hati saya berbisik saya mahu BMW saya sekarang juga.

Pengalaman itu satu pengalaman yang mengerikan. Saya menjadi fobia dengan nama nama seperti The One Academy, Lim Kok Wing, Sunway, Inti, Stamford, KDU, KBU dan yang sewaktu dengannya. Tetapi itu merangsang nekad saya untuk terus berjuang demi kereta idaman saya. Kini penulis berusaha menuju ke arah impian itu. Hyundai Coupe atau BMW. Paling idea saya memiliki kedua dua kereta ini dalam satu masa. BMW lebih padan dan elegan untuk dipandu ke pejabat. Manakala Hyundai Coupe pula lebih sporty dan sempoi untuk membawa awek cun seperti Maya Karin atau Nasha Aziz bersiar siar di Jalan Bukit Bintang, TTDI, Jalan Telawi, Bangsar, uptown dan tempat tempat eksklusif yang sewaktu dengannya.

Pergh!!! Gila glamour! Benar kata pujangga, manusia tidak merasa cukup dengan apa yang dimiliki. Apatah lagi terasa bersyukur ke atasnya. Ya Allah, peliharalah hambaMu ini daripada perasaan riak dan takbur! Amin.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 12, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: