Anugerah Bintang Popular 2003

Keputusan Penuh ABP-BH 2003

Bintang Paling Popular – SAIFUL APEK

Anugerah Seniman Veteran: DATUK MUSTAPHA MAAROF

Anugerah Biduanita Veteran: DATIN ORCHID ABDULLAH

Anugerah Khas Bintang Popular: DATUK SHARIFAH AINI

Pelakon Filem Lelaki Popular: ROSYAM NOR

Pelakon Filem Wanita Popular: ERRA FAZIRA

Penyanyi Lelaki Popular: ANUAR ZAIN

Penyanyi Wanita Popular: SITI NURHALIZA

Artis Berkumpulan/Duo Popular: EXISTS

Penyanyi Nasyid Popular: RABBANI

Pelakon TV/VCD Lelaki Popular: SAIFUL APEK

Pelakon TV/VCD Wanita Popular: ABBY ABADI

Artis Komedi Lelaki Popular: SAIFUL APEK

Artis Komedi Wanita Popular: SHEILA RUSLY

Artis Baru Lelaki Popular: HAZAMI

Artis Baru Wanita Popular: MISHA OMAR

Artis Bukan Melayu Popular: HANS ISAAC

Pengacara TV Lelaki Popular: AZNIL NAWAWI

Pengacara TV Wanita Popular: NORMALA SAMSUDIN

Penyampai Radio Lelaki Popular: JALIM OTHMAN

Penyampai Radio Wanita Popular: LINDA ONN

‘Tangga’ (ABP bukan rumah) siap pahat masih berbunyi. Tidak kira apa jenis malam anugerah sekalipun, para peminat cenderung mencari bahan ulasan untuk dijadikan imbasan, sama ada secara kritikal atau analitikal. ABP-BH 2003? Cukuplah penulis kata: INILAH KESUNGGUHAN ORANG ORANG KITA. Penulis juga tidak membantah atau menyokong mana mana keputusan untuk mana mana kategori. Cukuplah penulis kata: INILAH PILIHAN ORANG ORANG KITA. Tetapi sedikit rungutan di sini: What was going with Sharifah Aini?

Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 nyata milik Saiful Apek. Satu satunya bintang yang dicalonkan untuk 3 katergori dan berjaya menggondol 2 anugerah iaitu Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Paling Popular dan Anugerah Bintang Paling Popular, hasil undian para peminatnya dalam satu masa. Beliau tidak perlu bersedih atas kekalahan beliau kepada Shah Rukh Khan Malaysia, Rosyam Nor kerana kelas dan kredibiliti beliau memang berbeza berbanding Rosyam Nor. Ironinya, beliau turut mengetepikan favorite yang diura-ura bakal merampas kembali Anugerah Bintang Paling Popular, Siti Nurhaliza. Seperti apa yang Rosyam Nor lakukan pada tahun yang sudah.

Penulis pada awalnya meramalkan kemenangan bagi Misha Omar untuk bergelar Anugerah Bintang Paling Popular sekaligus meletakkan beliau sebagai Artis Paling Popular di Malaysia buat masa kini dengan mengetepikan Siti Nurhaliza, yang sudah terlalu lama bergelar ratu pop Malaysia namun penulis terpaksa akur. Rebutan undi antara Misha dan Siti nyata memecahkan gayung kedua artis ini untuk berdiri di kemuncak majlis. Saiful berjaya mencelah dengan kutipan undi yang nyata menakjubkan. Keadaan ini juga sama seperti tahun lepas, apabila Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza berperang untuk undian terbanyak, keputusan muktamad mengiktiraf Rosyam Nor sebagai sang juara. Tetapi harus penulis ingatkan para pembaca yang budiman. Ini adalah Anugerah yang dipilih oleh pembaca pembaca Berita Harian sahaja. Penulis tidak pasti berapa ramai pembaca Utusan Malaysia, Metro Harian, The Sun, NST, dan The Star yang sanggup membeli BH semata mata untuk mengundi artis kesayangan mereka. Sekurang kurangnya penulis sebagai peminat setia Misha Omar dan pembaca Utusan Online tidak berbelanja untuk tujuan tersebut. Dan angka ini juga tidak termasuk golongan yang tidak membaca suratkhabar, sekadar mendengar berita di kaca TV. Begitu juga golongan yang hanya berkongsi surat khabar di pejabat, perpustakaan awam, perpustakaan mini, gerai gerai surat khabar dan kedai kedai buku. Pastinya juga angka ini tidak termasuk golongan yang sanggup membeli selonggok berita harian semata mata untuk mendapatkan borang borang undian setiap harian.

Penulis lebih suka menilai sesuatu hasil dari sudut keberkesanan teknikalnya. Ini kerana populariti adalah sesuatu yang memerlukan kutipan suara majoriti. Namun ini tidak menjadi penghalang kepada masyarakat untuk menilai bakat seseorang artis. Penulis cukup tidak bersetuju dengan kata kata Siti Nurhaliza, beliau kata, populariti bermakna yang terbaik. Ning Baizura adalah yang baik, Syafinaz, Dayang Nurfaizah, Azharina malah Adibah Noor juga antara yang lebih baik daripada beliau tetapi kenapa populariti meraka tidak setanding? Kerana dunia seni suara tanahair tidak menilai penyanyi dari sudut bakat seseorang penyanyi itu semata mata. Peminat Malaysia lebih cenderung menilai seseorang panyanyi itu dari sudut yang lebih pelbagai. Jikalau penyanyi di barat lebih dikenali kerana kredibiliti mereka dari segi mutu persembahan, peminat di Malaysia pula lebih cenderung menilai seseorang penyanyi dari sudut penampilan, perwatakan dan nilai komersial yang lain. Contohnya P.Diddy, seorang gangster, R Kelly seorang penjenayah, Whitney Houston, seorang pengambil dadah, Elton John, seorang pelaku homoseksual, Pamela Anderson, seorang superstar majalah Playboy namun kredibiliti mereka masih diiktiraf kerana kebolehan mereka. Tetapi di Malaysia, Ning Baizura mengambil masa lebih kurang 3 tahun untuk membersihkan diri daripada fantasi seks beliau yang dikatakan melanggar tatasusila dan cara pemikiran orang Malaysia. Rata rata selebriti di Malaysia dianggap ‘harus’ sempurna dan ‘wajar’ membawa contoh yang baik, sedap dipandang dan mewakili konteks Malaysia. Inilah bezanya. Sebab itulah penulis tidak pernah mengiktiraf anugerah yang berbentuk undian. Penulis cenderung melihat anugerah seperti ini sebagai anugerah picisan yang sekadar melaga lagakan sentimen individu sambil memuaskan hati peminat yang terlalu taksub dan fanatik terhadap seseorang artis. Bukan ABP-BH sahaja, malah APM, AE, MTV Asia MA, dan AF juga sama. Apa yang benar benar menarik perhatian penulis ialah persembahan sesorang artis yang dijemput untuk menyerikan majlis tersebut.

Apapun sekali, malam ABP-BH 2003 menampilkan beberapa persembahan yang agak unik dan menyelerakan. Antaranya:

1. Anita Sarawak

Bukan selalu dapat melihat persembahan Anita. Malam itu Anita tampil dengan gaya yang cukup elegan yang professional. Kredibiliti beliau sebagai superstar memang tidak pernah dipertikai semenjak era 70an lagi. Dengan lagu ciptaan KRU yang diberi nama Seksis, Anita memulakan persembahan dengan energy yang luar biasa lincah sehingga penulis sendiri terpana dengan keberkesanan beliau dalam usaha mempamerkan bakat sambil berinteraksi dengan penonton. Persembahan beliau cukup bersahaja dalam kelas yang belum ada mana mana artis di Malaysia yang mempu menandingi kredibiliti beliau. Inilah kali pertama penulis ‘menghayati’ persembahan beliau secara total kerana penulis bukanlah seorang peminat setia beliau. Berbanding Sheila Majid, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Jamal Abdillah dan kumpulan-kumpulan underground lain seperti Pop Shuvit, Butterfingers, John Mistress, OAG, Ruff Edge, VE, Innuendo dan Vipe yang biasa penulis hadiri setiap kali gigs mereka, saya kata Anita Sarawak was pretty superb. Bersama 6 orang penari yang ‘berwarna ceria’ dressing code beliau juga wajar menjadi ilham mana mana artis Malaysia yang ingin tampil dengan gaya yang lebih vogue dan se-sparkling majlis yang dianggap sangat versatile ini. Karya sentuhan KRU yang lebih up-to-date dan catchy nyata sesuai dengan darah seni agung milik Anita Sarawak. Beliau berjaya membunga bungakan alunan melodi dengan stabil dan tidak ‘diada adakan’. Ini menjadikan suasan majlis yang ‘dingin’ dengan air-condition yang mencecah suhu di bawah paras 15 darjah Celsius itu ‘hangat’ seketika. Persembahan beliau mengingatkan penulis terhadap seorang Diva R&B Soul barat Mary J Blige semasa mendendangkan lagu No More Drama pada Grammy’s Award beberapa tahun yang lepas. Well done Anita.

2. Ziana Zain

Bukan. Itulah bekalan lagu yang disajikan kepada penonton ABP kali ini. Lagu Pop Contemporary ini nyata tidak berjaya mengayat. Respon penonton juga tidak menggalakkan. Ziana seakan teragak agak untuk melakukan persembahan dan beliau tidak menghayati tempo apatah lagi lirik lagu tersebut. Seperti sediakala, Ziana sebenarnya cuba meng’hoo-haa’kan suasana majlis dengan pull-out vokalnya tetapi sayang tidak menjadi. Kemudian beliau cuba ‘menghidupkan’ persembahan beliau dengan pergerakan tubuh beliau. Nyata usaha ini juga tidak menjadi. Persembahan Ziana diakhiri dengan hambar dan tidak bermaya. Penulis rasa memang lebih baik Ziana menyanyikan lagu berentak balada berbanding pop. Apapun perubahan ini wajar dipuji, sekurang kurangnya Ziana cuba untuk tampil dengan lebih muda, dan lari dari kepompong vocal high pitchnya itu.

3. Ruff Edge, VE dan Jatt

Lagu khayalan yang menjadi kegilaan ramai remaja hiphop dan bounce kali ini digandingkan bersama Jatt, bekas anggota Black Dog Bone. Persembahan VE dan Ruffedge kali ini nyata lebih kemas dan teratur. Tiada manusia manusia yang berpeleseran di atas pentas seperti sediakala setiap kali kumpulan hiphop sebegini melakukan persembahan. Tetapi sekilas pandang, memang seperti ada yang tidak kena tetapi tidak tahu di mana punca dan sebab musababnya. Mungkin disebabkan oleh tarian mereka yang menjadikan mereka sedikit kaku dan terikat pergerakan mereka. Mungkin juga response penonton yang kurang sporting. Vokal mereka yang mantap belum mampu menutupi kelemahan ini. Saya sarankan RE dan VE berusaha lebih gigih dalam showmanship mereka. Eminem dan D12 juga mempunuai bilangan ahli yang ramai tetapi persembahan mereka nyata lebih fresh dan bertenaga kerana pasti ada sesuatu kelainan yang ingin mereka tampilkan. Penulis secara peribadi memuji Zain dari kumpulan Ruff Edge dan Lah dari kumpulan VE yang mempunyai semangat beriya iya untuk menghidupkan persembahan mereka. Telatah mereka di atas pentas memang menciutkan. Artis lama Jatt juga berjaya memberikan persembahan yang baik, biarpun sedikit teragak agak.

4. Roy, Francessca Peter, Ajai dan Nurul

Persembahan yang sederhana dan simple. Francessca yang sedikit chubby dirasakan kurang sesuai menggayakan pakaian yang sebegitu. Roy seakan sangat pasif dan tidak bermaya. Ajai dan Nurul yang sebenarnya bertindak sebagai penyelamat suasana dengan gelagat mereka di aras pentas. Fran berkali kali seakan mengajak Roy yang nampak teragak agak tetapi ajakan diperendahkan. Nasib baiklah lagu Tak Kenal Maka Tak Cinta itu memang sedia ada chemistry untuk menarik perhatian. Gandingan yang janggal tetapi fresh.

5. Sketsa Afdlin Shauki, Joana Bassey dan Rashid Salleh

Satu kelainan yang benar benar mencuitkan hati ramai penonton termasuk penulis sendiri. Joana Bassey dan Rashid Salleh sebenarnya memang diiktiraf kredibiliti mereka dalam dunia teater dan drama tetapi inilah kali pertama penulis melihat aksi mereka secara live. Sketsa yang mempunyai tema yang agak kabur ini biarpun tidak diselitkan dengan core muzik latar yang seram dan penuh nilai estetika, tidak pula berlatar belakangkan mana mana set lokasi, masa atau waktu, masih lagi ada formasi yang mampu meraih hati penonton. Celoteh Afdlin Shauki memang slamba, beliau berpotensi untuk menggantikan Aziz Satar yang memang terkenal dengan variasi suara tiruan suatu hari nanti jika diberi peluang untuk terus berkembang dalam bidang ini. Joanne Baisey dan Rashid Salleh juga menunjukkan bakat mereka yang ada ‘umph’ itu. Berasal dari Sarawak dan berketurunan Melanau, Rashid sedikit kekok dalam pertuturan bahasa ibundanya. Penulis rasa Joana dan Rashid lebih cemerlang dan berkesan aksi mereka jika berinteraksi dalam bahasa Inggeris.

6. Too Phat, Yasin Sulaiman, Ahli Fikir dan DJ T-Bone

Kali pertama penulis melihat Too Phat boleh ‘menyanyi dengan diam’ tanpa ada b-boys dan gelagat hiphop mereka. Lagu Alhamdullilah yang dinyanyi bersama Yassin dan Ahli Fikir begitu memukau dan benar benar memberi satu persembahan yang unik dan boleh dibanggakan. Adaptasi persembahan mereka yang diiringi dengan intrumen yang tradisional berjaya menjadi penyeri persembahan mereka. Too Phat antara penyanyi yang berbakat besar. Mereka bukan sekadar menyanyi gigs atau majlis yang hiphop, tetapi kredibiliti mereka turut diiktiraf sebagai penyanyi yang boleh melakukan persembahan yang formal, agung dan popular. Tahniah Too Phat! T-bone juga berjaya membuktikan beliau sememangnya DJ terbaik di Malaysia, spinner beliau berjaya menyerikan persembahan ini biarpun tidak terlalu menyerlah. Penulis percaya persembahan mereka sebenarnya boleh lebih menjadi sekiranya respon penonton memberikan sorakan dan tepukan yang gemuruh.

7. Yusry dan Eera

Pasangan suami isteri yang sensasi. Persembahan Jika Kau Tiada, lagu tema daripada filem Kuliah Cinta yang fresh dan gandingan yang ideal biarpun response penonton sebenarnya kurang memberasangkan juga. Tetapi corak persembahan yang stereotyped, sedikit meniru gaya Ajai dan Nurul. Pasangan suami isteri ini perlu lebih peka terhadap isu ‘suami isteri’ yang menjadi pasangan duet agar tidak dicap meniru Ajai dan Nurul.

8. Misha Omar, Siti Nurhaliza dan Datuk Sharifah Aini.

Diva dulu, kini dan akan datang berentap beradu suara. Sebelum persembahan dimulakan lagi mereka mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh daripada penonton. Misha Omar memulakan persembahan dengan menyajikan lagu Bukan Cinta Biasa, the current popular song by Siti Nurhaliza. Persembahan Misha dimulakan dengan penghayatan yang romantis. Vokal yang dilontarkan untuk verse permulaan sangat harmonic dan sweet. Tenang dan fantastic. Kemudian beliau mencari cari saat dan waktu untuk melontarkan vocal secara total pada bahagian chorus. Tidak tahu kenapa penulis rasa Misha sedikit teragak agak. Beliau mempunyai showmanship yang sangat cemerlang. Berbanding dengan Siti Nurhaliza, Misha berjaya membunga bungakan lagu BCB dengan cara yang tersendiri sekaligus memberi nafas baru terhadap lagu ini. Pergerakan 4 sudut di atas memberikan pandangan yang ‘penuh’ biarpun sebenarnya Misha tidak diiringi penari latar. Alunan nada Misha yang berfrekuensi sederhana dan semi-balada memang mengasyikkan. Lebih lebih lagi Misha memiliki sekumpulan peminat fanatic yang sanggup berpecah tekak untuk memberikan semangat kepada beliau. Tetapi respond penonton pada malam ABP-BH kali ini nyata kurang sporting berbanding AE03 dan JL03. Ini menjadikan Misha hilang kawalan dan sedikit terumbang ambing. Lontaran vokal beliau menjadi sedikit lemas kerana teknik pernafasan yang tidak terkawal. Saya pasti Misha akan lebih cemerlang dan bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik sekiranya penonton-penonton di bawah pentas memberikan sorakan yang lebih gemuruh. Secara peribadi, penulis menyarankan Misha agar berusaha lebih gigih untuk memperbaiki teknik pernafasan beliau agar lebih sempurna sinar bintang beliau. Siti Nurhaliza berjaya menyerlah dan mencuri perhatian penulis dengan lagu Hapuskan Air Matamu. Penghayatan Siti memang luar biasa bagus dan vokal yang dilontarkan benar benar menguji kredibiliti Siti sebagai penyanyi nombor 1 negara. Penulis cukup terpana dengan kebolehan Ramli MS yang penulis kira berjaya menyusun semula melodi lagu ini dengan cemerlang. Musical Instrument yang digunakan sangat serasi dengan jiwa lagu ini menjadikan nyanyian Siti Nurhaliza bertambah mengasyikkan. Penulis seakan berada di konsert unplugged Siti Nurhaliza kerana tidak ada bunyi bass, guitar elektronik, dan drum yang menggangu penghayatan penulis terhadap vokal Siti Nurhaliza. Showmanship Siti nyata cemerlang dan terpacaknya beliau di atas pentas dengan tumpuan seratus peratus terhadap vokal berjaya meng’hoo-haa’kan majlis. Good job Siti Nurhaliza. Penampilan Sharifah Aini benar benar menyedihkan penulis dan pastinya ramai penonton ABP yang lain akan bersetuju dengan penulis. Beliau bukan sahaja tidak menghafal lirik Bunga Bunga Cinta, the song of the century dengan baik malah beliau ‘berjaya’ mencacatkan satu majlis yang begitu berjaya ini. Saya pasti Ogy Ahmad Daud will say oh Godness, what’s going on with our Diva. Penulis menjadi marah dan marah itu menjadi bara sejurus selepas penulis menutup TV dan on switch computer untuk menaip review ini. Beliau benar benar ‘melepaskan batuk di atas pentas’. Sebermula Sharifah Aini membuka mulut lagi penulis sudah dapat terhidu sesuatu yang agak janggal. Ayat pertama yang keluar dari mulut Sharifah Aini sudah menjelaskan kegusaran penulis. Memang Sharifah Aini tidak bersedia dengan lagu ini. Misha dan Siti kelihatan cuba menyelamatkan suasana namun hambar. Lagu kegemaran penulis diakhiri dengan mainan music yang cemerlang tetapi persembahan yang hambar. Hasrat penulis untuk melihat lagu BBC dinyanyikan secara live oleh 3 orang diva hancur berkecai. Penulis tidak pernah menafikan kebolehan dan professionalism Sharifah Aini yang telah melahirkan 92 buah album dan penulis juga cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif. Penulis memujuk hati sendiri dan beranggapan ini mungkin satu accident tetapi ia tidak seharusnya berlaku pada malam yang sangat versatile ini. Seluruh peminat muzik tanahair menyaksikan kecacatan yang beliau hadiahkan kepada ABP-BH 2003 dan tirai majlis ditutup dengan gilang gumilangnya oleh kecacatan yang beliau lakarkan untuk ABP.

After all, ia satu majlis yang hebat! Gandingan Ogy Ahmad Daud dan Saleh Yakob was simply one of the best walaupun setup pentas ABP tahun ini nampak old-fashioned, tidak vogue seperti tahun lepas di mana Kak Nita dan Kak Engku mejadi host untuk ABP-BH 2002. Pemilihan set pentas yang terlalu simple, tidak bertema dan tatacahaya yang tidak ke mana menampakkan majlis ini seakan kelolaan Konsert Ghazal Untuk ‘Fauziah’ oleh RTM 1 atau RTM 2. Mujurlah core dan background music yang diketuai oleh Ramli MS berjaya me-maintain-kan sinaran majlis. Kredibitili Ogy Ahmad Daud masih ada di situ dan beliau bakal menjadi lagenda. Celoteh beliau begitu bersahaja dan penuh sense of humor. Paling menakjubkan ialah beliau jarang melakukan kesilapan. Biarpun terdapat kesilapan yang minor, beliau berjaya menutupinya dengan baik. Saleh Yakob dilihat lebih cenderung bertindak sebagai pelengkap dewan host. Beliau digandingkan untuk menjadi ‘bahan’ cerita dan ‘bahan’ sembang Ogy Ahmad Daud. Watak beliau masih diperlukan. Penulis secara peribadi sangat berharap agar gandingan Ogy Ahmad Daud dan Raja Azura dipersembahkan dalam majlis terunggul seperti ABP. Begitu juga gandingan Normala Samsudin dan Norazlina Reduan yang sama ayu dan jelitawan, Amy Mastura dan Sarimah Ibrahim yang seorangnya suka melatah dan seorang lagi suka menjadikan orang lain melatah, Ziana Zain dan Liza Hanim dan boleh dingin dan boleh hangat, Mas Idayu dan Sheila Rusly yang laser bertempat dan laser tidak bertempat, Aznil Haji Nawawi dan Azwan Ali yang seorang kawan seorang lawan serta Wan Kamarudin bersama Afdlin Shauki yang seorang serius dan seroang lagi gila gila pengantin.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 15, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: