Menulis, Penulis dan Penulisan

Orang dahulu menulis bukan kerana suka suka. Berbeda dengan era yang dibanjiri internet, Honda Coupe, Akademi Fantasia dan Marat Safin sekarang. Mereka mempunyai agenda yang benar benar mustahak untuk disampaikan kepada masyarakat. Dunia penerbitan adalah wahana untuk menyampaikan propaganda. Dan lazimnya hanya golongan intelek sahaja yang menulis. Mereka menulis untuk menimbulkan kesedaran. Mereka menulis untuk menyuarakan hak orang orang Melayu, untuk melepaskan orang orang Melayu dari belenggu penjajahan dan isu besar yang lain. Hanya rakyat jelata yang tidak punya apa apa agenda sahaja yang suka menulis puisi yang bukan bukan. Kata orang ‘bermain dengan bahasa’. Dan mereka ini adalah majoriti dalam masyarakat. Sajak, puisi, pantun dan syair adalah cabang puisi yang lahir daripada golongan ini. Kenapa penulisan yang berkias kias ini lebih disukai? Seorang penyarah di Universiti pernah berkata: ‘Orang zaman dulu ada ‘kemaluan’. Pemikiran depa sangat halus. Kalau dulu ko kata I Love You untuk girlfriend engkau. Ko tu orang kata gila! Zaman dulu orang kene kiaskan perasaan dalam hati kepada perumpaan yang sangat simbolik. Supaya nanti orang tak marah ko tu tak beradat.’ Kata kata ini sangat memberangsangkan. Ia memberi 2 persepsi kepada saya.

1. Orang zaman dulu sangat romantis. Mereka mempunyai jiwa yang sangat seni. Kata kata mereka sangat indah dan sehingga kini, kita menggelarkan kebanyakan kata kata yang ‘bersahaja’ itu sebagai kata kata pujangga. Dan orang Zaman kini orang yang materialistik. Mereka lebih suka sesuatu yang memerlukan formula daripada penghayatan naluri. Jadi orang sekarang sebenarnya kayu yang tunggul. Tidak romantis.

2. Orang Zaman dulu memang kuno. Ketinggalan zaman. Apa barang kumbang, bunga, purnama itu semua? Ayat ayat buaya untuk memancing gadis sunti. Apabila sudah berjaya memetik bunga yang dihajati maka bermulalah episod kehidupan yang papa kedana. Kata tak serupa bikin. Zaman sekarang nyata lebih realistik. Kalau berhajat untuk berpacaran pun kena tengok dulu berapa yang ada dalam dompet. Kalau duit tidak ada, tahun depan boleh cuba lagi. Tidak menyusahkan diri dan orang lain.

2 persepsi yang nyata berbeda. Kalau anda seorang peminat filem Apa Ada Dengan Cinta, anda sebenarnya pendokong corak pemikiran yang pertama. Jika anda seorang peminat Matrix Reloaded, anda sebenarnya pendokong corak pemikiran yang kedua. Bagaimana jika anda tidak meminati kedua dua filem ini tetapi anda lebih suka filem seperti Lagi Lagi Senario? Tahniah, kerana anda tidak terikat dengan mana mana corak pemikiran. Anda lebih suka menyesuaikan diri mengikut situasi. Ada masanya bagi anda untuk berpuitis sakan tetapi anda tidak akan lupa dompet anda berisi atau tidak.

Permainan psikologi? Tidak, sekadar ilham yang berputar di kotak minda. Lalu penulis susun dalam bentuk tulisan untuk dijadikan tatapan. Penulis manusia yang bagaimana? Penulis manusia yang kedua. Tetapi penulis disogokkan dengan teori teori corak pemikiran yang pertama. Hasilnya, penulis cenderung menjadi manusia yang realistik tetapi pandai berkata kata. Dan terus terang penulis katakan, penulis pandai beradaptasi dengan corak pemikiran yang pertama dan kedua. Penulis menjadi pretender yang sangat berjaya hasil daripada asimilasi ini. Penulis boleh menjadi puitis semata mata untuk menipu gadis yang dihajati, tetapi sebenarnya penulis tidak akan ulangi kata kata itu lagi apabila gadis itu sudah berada dalam genggaman.

Kadang kadang penulis memilih untuk menjadi bodoh biarpun penulis tahu diri penulis diperbodohkan. Kerana apabila orang sudah beranggapan kita ini bodoh, kita sebenarnya sudah boleh memperbodohkan orang lain. (Off topic)

Penulis suka menulis kerana penulis suka membantu orang lain mencari pendirian yang wajar dengan kata lain penulis suka mempropagandakan sentimen individu agar ia menjadi ikutan. Gila kuasa. Tetapi pembaca yang bijak sebenarnya boleh menilai bagaimana keikhlasan seorang penulis. Sama ada penulis itu berniat untuk memperbaiki sesuana atau untuk memburukkan lagi keadaan. Penulis menulis berdasarkan situasi dan pandangan dari pola pemikiran sendiri. Penulis tidak cenderung untuk memperbaiki suasana biarpun pilihan penulis untuk menyuarakan apa yang benar boleh membawa kepada keadaan yang ‘memburukkan suasana’. Itulah pegangan penulis. Dan jarang sekali penulis mengehadkan espresi diri dengan bahasa yang ‘lebih sesuai’. Kalau penulis rasa cantik, serta merta penulis akan fikir dalam benak minda: Mak aih, rasa nak rogol je budak pompuan tu. Dan jika penulis rasa bodoh, penulis akan fikir: Dia ni bodoh gila babi sial. Dan kalau corak pemikiran ini dibenarkan dalam corak penulisan, penulis mahu mahu begini: pergi mamposlah dengan korang yang suka ke tak suka dengan apa yang aku tulis. Suka hati aku lah nak tulis.

Bunyi macam kurang ajar dan langsung tidak educated. Tetapi penulis sebenarnya juga rasa agak tertekan, kerana cara espresi diri yang penulis hajatkan tidak mungkin akan terlaksana – kerana Islam menuntut kita jaga budi pekerti hiasi peribadi.

Tetapi jangan pula limit seperti ini menjadikan karya kita nampak palsu. Penulis akui apa yang pembaca lihat akan dinilai sebagai cermin peribadi seseorang penulis tetapi penulis terasa jijik dengan penulisan yang palsu sebegini. Biarlah kita bersederhana dalam usaha menyampaikan buah fikir tetapi janganlah kita terlalu taksub untuk menyembunyikan keikhlasan diri.

Pada mulanya penulis ingat weblog boleh membantu penulis untuk menjadi diri penulis yang sebenarnya. Dan kini nyata terbukti pandangan penulis jauh meleset. Tiada bezanya antara penerbitan berbentuk virtual dan penerbitan berbentuk buku kerana kedua duanya tetap akan dibaca. Pembaca itu nanti juga akan memberi tindak balas yang pelbagai. Maka hati yang berbisik tidak semestinya boleh mengarah mulut untuk berbicara dengan total, kemudian maksud yang hendak disampaikan menjadi terlencong.

Apa sekalipun penulis masih mencari rentak untuk menghasilkan sesuatu yang ikhlas, yang telus dan yang murni. Biarkan sahaja penulis menjerumuskan diri dengan rentak muzik yang bingit dan bising untuk menikmati sauna jiwa yang hangat dan penuh dengan espresi. That’s the way I like it. Kerana jiwa penulis memang menggelodak seperti melodi yang berfrekuensi tidak menentu ini.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 17, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: