Incubus In Concert

Brandon - Incubus

Bukan penulis sengaja tidak mahu review Incubus In Concert tapi memang benar penulis tidak menonton secara total. Apatah lagi meng’hayati’ persembahan mereka. Penulis tidak mahu menyuarakan ketidak-puas-hati-an terhadap mana mana pihak kerana penulis masuk free. Tidak bayar seratus ringgit seperti para penonton live yang lain. Penulis masuk dengan pas. Dan ada sedikit komitmen yang dijanjikan bersama pihak penganjur apabila penulis bersetuju ‘memakai’ pas tersebut. Hasilnya penulis hanya menonton persembahan Pop Shuvit dan OAG sahaja. Jadi kalau anda beriya mahukan reviewnya, penulis akan menulis berdasarkan apa yang penuls ‘dengar’ dan sempat ‘lihat’ sekali sekala.

Penulis seakan terkejut kambing apabila mengetahui Linkin Park akan held consert mereka di Malaysia. Tetapi Incubus in concert was really a dream-comes-true kinda miracle. Kalau anda tahu, in current usage, incubus means a person or thing that oppresses, such as a nightmare. Saya tidak pasti garis panduan yang bagaimana pihak ‘berkuasa’ mengguna-pakai untuk membenar dan menghalang sesuatu band dari luar negara untuk mempersembahan konsert mereka di Malaysia tetapi penulis jangka pihak ‘berkuasa’ tidak memahami maksud Incubus itu sendiri. Berdasarkan apa yang penulis baca, lascivious male demon said to possess mortal women as they sleep and to be responsible for the birth of demons, witches, and deformed children. According to one legend the incubus and his female counterpart, the succubus, were fallen angels. The belief in these demons was especially prevalent in the Middle Ages, and stories of assaults by incubi were not uncommon. There are similar spirits in many cultures. Anda menjadi judge terhadap isu ini. Dan penulis tidak mahu menerangkan maksud Incubus secara lanjut. Apa yang pasti, Incubus seringkali dijemput untuk menjadi opening acts oleh Linkin Park setiap kali road show mereka. Jadi Incubus sebenarnya anak didik Linkin Park.

First of all, biar penulis rungut sedikit pasal venue yang dipilih. Bukit Kiara Equestrian Resort was a nightmare! Tiada sebarang public transport yang boleh sampai ke tempat destinasi. Jadi ramai yang memilih untuk memandu sendiri. Mereka yang tiada kerata terpaksa memikirkan inisiatif sendiri. Teksi perhaps. Kemudian keadaan car parknya juga amat menyedihkan. Kecil dan sempit. Jadi penulis percaya ramai yang terpaksa park kereta mereka di sekitar Damansara Heights. Some stalls were doing brisk business outside. Not very appetising tapi itu adalah satu satunya tempat makan ‘awam’ yang ada untuk mengisi perut yang kosong. Security yang ada juga tidak profesional. Mereka cenderung menjadi ‘simbol keamanan’ daripada menjalankan tugas yang sebenar. Memang pihak penganjur kurang prihatin terhadap isu isu seperti ini.

Persembahan dimulakan dengan Linkin Park wannabe Malaysia – Pop Shuvit. Mereka yang jarang menyertai gigs underground barangkali tidak mengenali nama ‘besar’ mereka kerana music mereka diharamkan di stesen radio tempatan dengan alasan terlalu bingit dan bising. Seperti biasa mereka mempunyai chemistry untuk meng’hoo-haa’kan majlis. Tidak tumpah seperti satu Gig hiphop-hard. Persembahan rap-core mereka biarpun tidak sehebat Linkin Park yang sebenar tetapi penulis dapat rasakan penerimaan penonton terhadap music mereka. Penonton melompat, menjerit dan berseronok dengan persembahan mereka yang bertenaga, sebiji Linkin Park versi Asia. Kemudian persembahan diteruskan dengan kumpulan yang paling slumber di Malaysia, OAG. Kali ini mereka memilih famous hitz English mereka dari album lama 60’s TV. Berbeza dengan Pop Shuvit, OAG sebenarnya sudah mempunyai sedikit populariti bukan sahaja dari golongan peminat Melayu sendiri tetapi juga peminat berbangsa Cina dan India. Jadi persembahan mereka lebih pop-rock, dan secara jujur, lebih mantap dan stabil dari pelbagai segi berbanding Pop Shuvit. Radhi – lead singer OAG sebenarnya mempunyai tarikan yang luar biasa meriah. Beliau mempunyai kredibiliti yang sangat disenangi ramai pemuda pemudi zaman kini. Peminat music nu-metal, hiphop-hard, punk rock dan funk rock di Malaysia rata rata sudah lali dengan pengakuan mana mana artis yang mengatakan mereka itu ‘mat gian’. Jadi mood dan penerimaan penonton malam tersebut seakan merestui bakat dan kredibiliti OAG. Penulis rasa Pop Shuvit perlu berusaha lebih gigih untuk meraih hati penonton terutamanya cara interaksi mereka dengan pentonton barisan depan yang benar benar peminat music bersifat ‘core’. Tidak semestinya lead singer harus bersembang dengan penonton tetapi beliau harus peka terhadap reaksi dan tindak balas penonton khususnya penonton barisan depan. Persembahan secara live bukannya penggambaran MTV, mereka harus perbanyakkan gerakan tubuh badan dan dalam masa yang sama, menyimbangi persembahan vokal mereka agar tidak nampak kaku dan tidak bermaya.

Sejurus selepas OAG berundur, jeritan ‘in-cu-bus’ mula berkumandang, suasana majlis mencapai suhu kemuncak apabila Incubus muncul dengan lagu pertama Megalomaniac. Dan menerusi apa yang penulis dengar, peminat memang cukup berpuas hati dengan persembahan mereka. Incubus kali ini lebih cenderung menyanyikan lagu dari album terbaru mereka Morning View, yang penulis pasti, ramai yang belum hafal lirik lagu lagu baru mereka. Lagu favourite penulis tidak kedengaran. Stellar dan Drive dari album Top mereka Make Yourself tidak dinyanyikan. Incubus jarang berbicara, seperti juga Linkin Park, mereka adalah teenage-icon yang menjadi ikutan, dari cara dressed-up, communication sehinggalah hairdo, penulis pasti ramai peminat fanatic mereka yang bakal mengikuti fashion yang mereka tonjolkan sepanjang AustraAsia mereka. Rata rata penonton mereka terdiri daripada orang orang Muda bawah 20 tahun. English educated dan late-modern generation.

Kini penulis ternanti nanti concert Matchbox 20 atau Jimmy Eat World di Malaysia. Mereka mempunyai pengaruh muzik yang amat kuat terhadap bands dari sekitar Asia. Dan secara peribadi, penulis sangat berhajat untuk menyaksikan konsert Coldplay, bukan di Malaysia, tetapi kalau boleh di Madison Avenue atau London. Feel menyaksikan konsert di Malaysia dan barat pasti berbeza.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 17, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: