You’ve got mail.

Karya Taufiq ar-Rayz

Setiap kali baca forworded email dari seseorang, pernah tak anda membaca signature si pengirim di barisan terakhir?

Sebab mungkin ada seseorang, dia sembunyikan bibit kerinduannya dalam butiran kata kata …

Kemudian dia forwordedkan secara rambang dan ramai

Dia tidak mengharap anda akan mengetahui isi hatinya,

Atau dia langsung tidak kisah bagaimana perasaan anda terhadap dirinya

Tetapi dia bahagia

Menyebarkan kerinduannya

Sambil ..

Bermain dengan kata kata.

Manusia tidak akan ‘menjumpai’ kebahagiaan miliknya,

Manusia hanya akan ‘terjumpa’ kebahagiaan miliknya

Hati hati dengan forwaded email anda

kalau anda kurang peka, nanti terlepas

‘U got the mail, I got you!’

You've got mail!

‘Biar betul engkau taufiq, engkau memang suka cerita ini atau engkau syok kat Meg Ryan tu?’

Rakan sekerjaku Khaled menyergah, lamunanku terhenti. Selempar senyuman bodoh hinggap di rona wajah. Persoalan yang singkat tetapi otak aku beku, aku tak reti hendak jawab soalannya.

Atau perlu aku akui aku memang minat gadis gadis manis sebegini. Iras iras Misha Omar.

Entah kali keberapa aku menonton VCD ini, lunch break aku pasang, time tak ada kerja aku pasang, Khaled si tuan empunya VCD ini belum pun sempat menontonnya, aku pula yang terhegeh hegeh.

Petang ini aku nak beli VCD original cerita You’ve got mail ini. Gerek.

‘Excuse me, saya nak tanya macam mana nak apply untuk jadi tutor?’.

Petang petang sebegini aku sebenarnya cukup fobia dengan sebarang pertanyaan. Kalau boleh aku tidak mahu diganggu. Aku mahu enjoy my civil moment. Kerana aku sedang bersenang hati, maklumlah perut kenyang.

Aku lebih suka mengelamun, paling tidak aku suka berinternet, menjenguk weblog orang lain, baca sedikit ulasan filem, bolehlah dijadikan rujukan kalau si dia ajak tonton filem. Atau aku akan buat comment tidak tentu pasal. Nanti pasti ada orang gila yang sudi melayan karenah aku.

Potong stim punya manusia, maklumlah semester baru baru bermula, application forms untuk permohonan tutor memang berlonggok. Itu yang paling aku tak suka kalau Kak Zai lupa nak letak sign ‘Lunch Break depan kaunternya. Tak pasal pasal aku terpaksa melayan.

Lebih lebih lagi sem ini aku diassign untuk uruskan hal Kak Midah yang masih dalam cuti bersalin. Terpaksa aku menjadi admin cum tutor. Tapi gaji tetap sama!

Kadang kadang kalau manusia yang masuk dalam ofis itu tak sedap mata dipandang. Boleh jadi aku buat bodoh sahaja. Paling tidak aku akan jawab: Would you mind to come back later, kami sedang lunch.

Tapi yang ini exclusive sikit. Wajahnya ayu bertudung ungu. Yes, that’s the way I like it! Ungu tandanya merisik cinta. Aik, belum berpunya rupanya si gadis ayu ini. Aku cuba mereka teka teki yang hanya aku sahaja yang tahu jawapannya.

Aku bangun sambil menghadiahkan sebuah senyuman ramah.

‘Yer sayer cik, cik perlu isi borang’

Aku membalas pertanyaannya dengan tenang, ramah dan penuh sifat kesopanan. Tapi aku masih ber-control supaya ekor musangku tidak terjelma saat saat begini.

‘Kalau sayer’

‘oh kalau cik, cik perlu’


Dia bertanya dengan cermat, aku membalas dengan hemah. Kalau anda tidak tahu bagaimana caranya untuk memulakan sebuah persahabatan maka bertanyalah kepada aku, Encik Taufiq ar-Rasyidin yang sememangnya terkenal dengan sifat kebuayaannya.

Dia angguk dengan anggun tanda understood dengan setiap penjelasanku. Gebu sungguh rona wajahnya. Bibirnya merah jambu. Ya, merah jambu maksudnya sunti dan murni. Ini lip gloss jenama apa ya? Bisik hatiku.

Belum genap 10 minit pun dia sudah jelas kesemua tatacara permohonan. Nyata aku seorang admin yang berjaya. Dia beredar dengan ucapan ‘thank you so much. Aku menghantar pemergian bebayangnya dengan penuh konsentrasi. Tudung berwarna ungu cair, baju kurung fabric sutera putih bertompok melati putih ungu muda, lemah gemalai berlenggang lenggok. Tak tumpah seiras gadis impian yang terlakar di benak fikirku zaman muda muda dulu.

Betapa indah dan anggunnya gerak gaya gadis ayu ini. Terusik benar sekeping hati yang masih mekar mencari cinta ini.

Ya, inilah bunga bunga cinta namanya.

Aku mula membelek belek borang permohonannya sejurus bebayangannya hilang dari pandangan mata. 22 tahun. Fresh graduate Universiti Sains Malaysia. Bayu Nurani Binti Haji Ishak. Aduh!!! Indahnya nama. Taman Tun Dr Ismail. Elegannya latar belakang. Ini sudah pasti stok anak gadis orang kaya.

Borang permohonan sebegini sebenarnya cukup banyak. Setiap hari aku berurusan dengan borang borang seumpama ini. Tetapi semuanya kurang menarik perhatianku.

Yang ini benar benar satu dalam seribu.

Aku savekan nombor telefonnya dalam handphone aku. Biarpun aku tidak terfikir tarikh dan masa aku akan menghubunginya.

3 hari kemudian aku terbaca emailnya dalam Inbox aku. Masa itu tidak terlintas langsung dalam otakku inilah Bayu Nurani yang aku datang ke ofis tempoh hari. Maklumlah email ini official email aku. Aku tidak memberikan email ini untuk urusan peribadi. Jadi semua email yang aku terima pasti berkaitan dengan bidang tugasku.

Banyak juga persoalannya. Dia ini pasti seorang yang cermat dan teliti. Bisik hatiku.

‘For further enquiry, kindly contact Mr Taufiq at 03-XXXXXXX’

Peliknya Bayu tidak pernah menelefon ke ofis. Aku pernah memberitahu adalah lebih cepat dan jelas berhubung dalam telefon mengenai sebarang persoalan tetapi Bayu memang tidak pernah menghubungi aku.

‘Kenapa cik tak telefon ke ofis? Bukanker lagi senang bercakap dalam telefon’.

Hari itu dia datang untuk sign agreement letter. Dia diterima. 2 minggu dari sekarang dia akan menjadi rakan setugasku. Hatiku berlagu girang. Bunga bunga cinta.. layu di pusara.

‘Minta maaf lah cik Taufiq, saya pernah call, tapi line selalu busy. Kalau tak saya kene tunggu lama receptionist passkan line untuk cik, lepastu die kate cik telah mengajar’

‘Lagipun membaca email kan sesuatu yang seronok, cik Taufiq tak suka baca email ker?’


Aik, nak survey market nampak gayanya minah ini.

‘Thank you so much la cik Taufiq, saya beredar dulu yah’

Aku belum sempat hendak berbicara, dia sudah beredar.

2 hari kemudian. Lunch time lagi. Seperti biasa aku lebih suka memerap dalam ofis. Tunggu si Khaled belikan nasi tapau untukku. Aku malas keluar kerana bahang matahari tepat pukul 12 boleh menyebabkan aku moody. Kalau aku moody aku cepat naik berang. Kalau aku naik berang aku akan hilang konsentrasi terhadap kerja aku.

Aku tidak mahu anak murid aku pergi complaint dekat Head of department aku. Susah, dia abang ipar aku. Nanti dia ingat aku makan gaji buta.

‘Fw: Jarak yang paling jauh’

‘Jarak yang paling jauh di dunia

bukanlah jarak antara KL dengan Paris,

bukan jarak antara bumi dan langit,

jarak antara hidp dengan mata lagikan dekat

jarak yang paling jauh di dunia

ialah aku sudah berada di depan mata

tapi kau tidak pernah mengerti

yang aku amat mencintaimu’


Diselitkan dengan midi lagu Ning Baizura, ‘selagi ada cinta’

Aku baca 2 3 kali. Inilah kali pertama email aku ini menerima email daripada orang yang bukan berhajat untuk berurusan denganku. Ini sekadar forworded email.

Aku tertarik dengan grafiknya yang cantik berwarna warni itu. Bintang malam yang jarang bertemankan purnama yang merindu. Seorang gadis dan sebuah basikal usang di tepi pokok.

Tangan gadis itu menggengam sekuntum mawar yang sudah layu.

Email ini menyebabkan aku tersentak. Sedikit menyayat hati.

Dan fikiran aku mula berpeleseran di awang awangan.

Permainan jiwaku mula menggelodak.

Lantas aku gapai Dunhill light di dalam laci, aku bergegas ke loby.

Perasaan aku menjadi dingin. Fikiran aku menemui jalan buntu. Simpati menyelubungi isi hati.

‘Kesian betul kalau aku lah orang yang sedang dilamun cinta tu’

Petang itu aku bermain dengan emosi. Aku pasti ini adalah kesan daripada gegaran email yang aku terima itu. Rupa rupanya beginilah perasaan seorang insan yang bertepuk sebelah tangan.

Dari minat, perasaan aku bertukar menjadi rindu. Ya, aku mula merindui seorang gadis yang baru seminggu bertandang dalam hidupku.

Dialah Bayu Nurani

Sangat unik, dan teristimewa.

Bermula hari itu setiap hari aku menerima fwd email darinya. Ada yang berupa petikan yang Bayu petik dari buku yang dia baca. Ada yang merupakan ilham rasanya. Kesemuanya telah dihiasi grafik dan gambar yang menarik. Berserta midi yang ringan.

Biarpun tidaklah terlalu cantik tetapi sangat seni. Lakarannya abstrak tetapi penuh estetik.

Ini cukup berbeda dengan perwatakan. Dia sepatutnya seorang gadis yang lemah gemalai. Rona wajahnya sedikit pun tidak menggambarkan dia seorang mahasiswa lulusan seni grafik dan reka cipta. Aku ingat dia lebih sesuai menjadi penyuri. Suri rumah tangga.

Perwatakannya mudah memberi persepsi sebenarnya Bayu seorang gadis yang manja dan sengat dependant. Masakan dia seorang pereka grafik.

Dan yang paling menakjubkan. Bayu bukan seorang yang jiwang tahap karat.

Bayu seorang gadis yang beralirkan darah seni.

Aku mula berteka teki dengan tindakannya menghantar forwarded email dengan aku. Nama aku diselitkan dalam CC.

Dia sengaja? Atau mungkin dia segan meluahkan isi hatinya kepada aku?

Aku menjadi perasan.

Umm

Maka aku mula suka dengan bidang tugas aku.

Aku layari setiap kirimannya dengan teliti. Aku mula mengenali peribadinya sedikit demi sedikit. Itupun jangkaan semata mata.

Kuasa dunia virtual memberikan sedikit ruang untuk aku mencari pasangan skandal

Menganyam episode cinta yang belum tentu ada kesudahannya.

Sukar untuk aku melupakan status sebagai seorang mahasiswa. Sebab aku masih terikat dengan kehidupan di kampus. Aku seorang tutor, masih berdepan dengan karenah pensyarah yang lain. Cuma sekarang aku mempunyai amanah yang aku anggap tidaklah terlalu berat untuk dipikul.

Rutinku masih seperti biasa, sama seperti zaman aku bergelar mahasiswa dulu.

Buku, Nota, dan Internet.

Selain itu aku masih giat beraktiviti riadah. Kalau anak buah aku mempunyai idea untuk mengelola sesebuah aktiviti, aku perlu ikut serta.

Aku masih perlu menghadiri banyak ceramah, seminar dan pameran berbentuk ilmiah dan pendidikan. Ada juga masanya aku dijemput menjadi urusetia perkhemahan, menjadi fasilitator pergerakan dan sebagainya.

Aku juga lebih disenangi oleh anak anak murid aku berbanding pensyarah yang lain. Kerana umur aku baru mencecah 23 tahun. Anak murid aku berumur dalam lingungan 19 hingga 22 tahun. Aku bukan bercakap kosong atau bercakap besar. Buktinya aku dipilih menjadi Pensyarah Paling Popular sempena minggu orientasi tempoh hari.

Kalau dulu aku bergerak ke sini ke mari berbekalkan sebuah motorsikal. Jadi aku sekadar parking di pintu belakang. Lebih dekat dan lebih senang. Sekarang aku sudah memiliki sebuah kereta. Aku perlu parking di depan car park yang jauhnya kira kira 200 meter dari Pejabat Pentadbiran.

Setiap petang sesudah habis kelas, aku perlu berjalan selama lebih kurang 10 minit untuk sampai ke car park di mana tempat kereta aku terletak.

Senja di laman kampus amat harmonis. Sesekali camar yang pulang ke sarang berdansa di ufuk senja. Bunga bungaan yang sedang bersedia untuk beradu sudah mula mengemas ngemas tapak mereka. Indah nian. Bayu menyapa lembut. Terasa diri ini begitu berharga untuk memiliki. Haa??

‘Bye Cik Taufiq.’

Teguran anak buahku mematikan pengamatanku.

Aku mengangkat tangan tanda selamat tinggal. Tidak menyahut.

Karenah mereka membayangkan betapa jiwa mereka dipisahkan dengan sempadan duka dan celaka. Senyuman mereka masih innocent, seakan tidak mengerti lumrah kehidupan.

Kekadang aku terasa juga jiwa aku tidak seiring usiaku.

Dalam umur 23 tahun sebegini aku sudah cukup dewasa untuk menilai sebuah kehidupan.

Aku mula mengerti sebuah perjalanan yang memerlukan pengorbanan dan keberanian.

Kalau malam menghadiahkan sepasang pandangan yang kelam, kita tetap memerlukan pasangan mata ini untuk mencari cahaya.

Aku percaya wayang adalah hidup, hidup adalah wayang. Skrip sememangnya sudah ditulis, dan direktornya hanya satu. Iaitu Allah.


Aku memetik kata kata Saiful Apek semasa ditabalkan menjadi Bintang Paling Popular tempoh hari.

Malam ini aku menonton filem Buli sutradara Afdlin Shauki. Si dia meragui taste aku yang selama ini jarang menonton filem Melayu. Aku nekad menonton filem ini kerana war-war filem ini tampak hebat. Kalau promosi filem semata mata sudah menelan beribu ribu ringgit, pastinya filem ini punyai agenda luar biasa yang mahu disampaikan. In the end of the show, it was nothing. Aku tidak mendapat apa apa selain aku terjumpa Lah kumpulan VE berada dalam pawagam yang sama denganku. Girl friend aku merungut sepanjang tayangan. Aku endahkan saja. Filem komedi yang tidak lawak langsung, katanya.

Tetapi aku rasa sense of humor Afdlin bukan pada persembahan mimik muka atau cara pengolahan bicaranya. Komedi Afdlin Shauki ada pada interaksinya bersama pelakon lain di samping permainan emosinya, pergerakan tubuhnya dan penghayatan wataknya sebagai mangsa buli.

Kalau anda penonton filem Melayu yang stereotype seperti si dia aku, anda lebih sesuai menonton filem lawak bodoh standard Saiful Apek. Sebagai insan yang punyai sedikit darah seni aku memilih untuk melihat sesuatu yang boleh mengembangkan minda fikir sambil memberi sedikit ruang untukku menafsir.

Aku tidak suka menjadi bahan sogok.

‘Oh mak kau terpijak’

Kaki aku dipijak tapi orang lain yang sibuk melatah.

Depan San Fran aku bertemu dengan gadis ini. Bayu Nurani.

‘Sorry, sorry’

‘It’s ok’

‘Eh, ini cik Taufiq kan? Awak ingat saya?’


Dia bersendirian. Kali ini tudungnya hijau muda.

Hijau muda maksudnya penantian. Dia menanti jejaka idamannya bertandang dalam hati?

Fikiran aku mula melayang

Lirikan mataku masih tertumpu pada senyumannya yang manis banget.

‘Fiq!’ Si dia menyergah.

‘Hmm.. yeah.

Ringkas. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaannya yang singkat itu. Bukan disebabkan girl friend aku berada di sisiku. Cuma ada benda lain yang bersarang dalam kotak mindaku. Dan aku tidak pasti apakah agenda itu.

‘Awak park kereta awak kat tingkat ini jugak ker?’

‘Ha’ah’

Masih lagi ringkas. Pertemuan aku dengannya berakhir dengan tragis. Mulutku terlalu berat untuk berkata kata. Useless.

Aku cuba meredakan gelodak di jiwa.

Alah pertemuan secara kebetulan saja tu. Tidak membawa erti apa apa. Aku memujuk hati sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Girl friend aku tidak terhenti berkumat kamit. Sedikit pun aku tidak berminat dengan ucapannya. Lagu Unwell yang berkemundang di Hitz.fm juga tidak berjaya memancing minatku. Sedangkan itu lagu favourite aku.

Esoknya aku menerima forwarded emailnya lagi seperti hari hari yang sudah. Kali ini aku menjadi berdebar debar. Mungkin sebab pertemuan tragis dengannya semalam menjadikan aku seakan akan mengharap. Aku ingat dia takkan kirimkan forwarded email dengan aku lagi. Barangkali dia fikir aku ini jenis manusia yang angkuh. Sombong dan besar diri.

‘Iklan kata: Disebabkan boleh berkongsi payung denganmu,

Aku mula suka dengan hari hujan.

Aku kata: Disebabkan boleh mendengar melodi nafasmu

Aku mula suka berjalan seiring denganmu.’


Formula perbandingan maksud yang cantik. Ya, mee too.

Aku tersenyum girang sendiri. Khaled melurukan buah ‘kepala’nya ke arah skrin komputer aku. Cepat cepat aku minimizekan paparan email.

‘Sibuk.’ Padan muka.

Aik, aras bawak email itu tertulis sesuatu.

‘Pertemuan dengannya memberi isyarat yang tersendiri. Rupa rupanya benar kata orang kalau perasaan cinta mula terbit, maka rantai bicara akan terkunci.’

Aisehman, maksud Bayu pertemuan semalam ke?

Reaksi aku menunjukkan signal ‘discovery’. Khaled sekali lagi memanjangkan lehernya kearah komputer aku.

‘Blah la mamat, ko ni kacau sial.’

Aku klik pada setiap email kirimannya yang terdahulu yang aku save dalam folder persendirian.

Rupa rupanya bahagian signature memang terisi sesuatu.

Email pertama dia tulis. ‘Pertemuan itu indah. Kerana pertemuan adalah satu harapan. Tetapi harapan memerlukan penantian. Kalau dia ditakdir menjadi milikku. Aku akan tunggu.’

Kemudian dalam email yang lain dia menyebut: ‘Bintang ini aku ikatkan sebuah kerinduan pada insan yang jauh. Kalau malam ini dia juga pengunjung malam yang setia pada bintang. Dia akan mencari bintang yang aku utuskan untuk membawa salam rindu itu.’

‘1 hari yang kulalui selepas jatuh cinta pandang pertama ialah seperti aku mengukur jalan yang panjangnya 1 tahun. Disebabkan jalan yang aku ukur ialah lebuhraya yang lengang, maka ia tiada sebarang kemalangan dan tidak berliku. Hanya aku sahaja yang rela mengukur jalan itu.’

Setiap forwarded emailnya pasti ada satu pujangga pada barisan terakhir emailnya.

Fikiranku mula bermundar mandir. Haruskah aku membalas emailnya? Tapi email itu tidak semestinya untuk aku. Forwarded email. Paling kurang ada 20 orang dalam list To dan CC nya. Tapi coretan bahagian signaturenya nyata ditujukan untuk aku. Sebab hari pertama dia kata dia berjumpa dengan seseorang memang dia jumpa dengan aku.

Ker masa dia balik dia jumpa pemandu teksi? Atau dia jumpa mat bangla masa dia singgah di canteen. Atau mungkin dia terjumpa pak guard depan pintu masuk.

Argh… berserabut betul.

Sebenarnya aku sukar untuk mengenal pasti adakah pertemuan yang dimaksudkan itu ialah pertemuan denganku.

Forget it. Pukul 6.30 petang aku putuskan untuk tidak berbuat apa apa. Kerana pukul 6.20 petang tadi si dia aku SMS. Dia ajak berjalan jalan di Hartamas Squaremalam ini.

Masakan aku lupa aku sudah ada girl friend.

4 hari sahaja lagi Bayu akan berkhidmat di tampat kerja aku. Tetapi sebenarnya sudah lebih kurang 2 minggu dia menemani aku di kala rindu datang bertaut. Meminta pada sesuatu yang tidak pasti.

Coretan singkatnya menjadi bingar di telingaku setiap malam yang dilanda lara sepi. Dan semenjak itu aku menjadi insan pengunjung malam yang setia pada bintang, menanti bintang yang Bayu utus untuk sampaikan salam rindunya. Aku suka menghayati kerinduan yang dia susun dalam bentuk bicara. Rasanya seperti kapucino yang pahit tetapi wangiannya tersendiri.

Hari Isnin. Hari yang penuh debaran. Bayu muncul juga akhirnya. Tapi sepanjang pagi dia dibriefing oleh senior lecturer India yang garang itu. Hari ini tiada email dari emailnya. Aku sebenarnya boleh agak sebabnya. Pasti dia berehat awal semalam kerana hari ini dia akan berjumpa dengan jejaka idamannya. Me!

Itu kata kata perasan. Pastinya sekarang dia berdebar debar dengan setiap penjelasan Mrs Kogila. Seperti saat dia mengisi borang permohonan dulu, dia pasti amat teliti dan cermat dalam setiap perkara.

Sehingga lunch break baru aku sempat menemuinya. Dia masih tercegat di tempat duduknya.

Dan sebagai gentlement, aku harus mulakan sesuatu.

‘Tak makan ker cik Bayu?’

‘Aha.. tak sebab masih dalam proses nak faham semua bende ni.’ ‘Habis awak tak keluar makan?’

‘Tak, saya suka makan nasi tapau je.’

‘Oh ye ker.’


Wajah bayu kelihatan ‘ketat’ hari ini. Mungkin disebabkan dia perlu memahami banyak benda dalam satu masa.

‘Awak baca ke buku yang tebal tu?’ Aku mendapati sebuah buku novel di atas meja.

‘Yupe, baru beli. Ingat boleh baca dalam ofis, tapi banyak sangat bende yang kene arrange buat skrang ini. Awak minat ke Ahadiat Akashah?’

Ahadiat Akashah rupanya. Aku mencapai buku tersebut dan baca sipnosisnya di belakang. Tanpa meminta izin darinya.

‘Jarak yang paling jauh di dunia..’

Aku tersentak. Kaku dan segala pancaindera ku tidak dapat berfungsi dengan betul dalam kadar 30 saat lamanya.

‘Kenapa?’

‘Oh tak de ape ape, bahasa dia indahlah.’

‘A’ahh.. bahasa dia sangat indah, saya paling suka novel dia ‘Penantian’.’

‘Penantian?’

‘Yeah penantian, dia kata pertemuan itu indah, kerana pertemuan adalah satu harapan’

‘Oh’

‘Saya suka forwardkan kata kata dia kepada kawan kawan saya. Best sangatlah ayat dia tu. Awak ada terima fwded email saya?’

‘Haa? Ada kot’

‘Fiq, nasi engkau!’

‘Letak atas meja luu.’


Aku sudah tidak tahu apa yang hendak aku perkatakan lagi pada saat dan ketika itu.

Aku tinggalkan Bayu dengan mejanya, PCnya, bukunya, Ahadiat Akashahnya dan mousepadnya. Nasi goreng kampung yang aku jamah petang itu dirasakan tawar tidak berperisa. Pandangan mataku kabur dan sel otakku tidak berfungsi dengan keaktifan yang normal.

Aku duduk kembali ke meja tulisku. Aku memandang Bayu dari belakang. Tudungnya berwarna putih. Putih bermaksud forbiddential. Kali ini signalnya forbiddential pula.

Buntu dan aku seakan kehilangan sesuatu.

Aku buka kembali email yang dia forwardedkan untukku.

Warna grafiknya masih sama tetapi perasaan aku sudah pudar. Nyata aku perasan saja yang lebih…

You’ve got mail. I got you!

Sehingga kini aku masih suka membaca signature pada bahagian terakhir email seseorang tetapi aku tidak akan terpedaya lagi dengan kata kata yang ala ala pujangga cinta itu.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 18, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: