Pilihan Raya

Saya tidak mempunyai kredibiliti yang cukup untuk mengupas sebarang isu mengenai pilihan raya. Tetapi sana sini orang memperkatakan kemenangan besar BN dan kecundangnya Keadilan – yang rata rata sudah langsung hilang perhatian dan pemerhatian rakyat. PAS cukup menyerlah dengan tindakan mereka yang memilih untuk bergerak secara low-profile selepas gagal mempertahankan Terengganu. Johor seperti yang dijangka jangka kukuh di dalam genggaman BN-MCA manakala DAP cukup gah di Kuala Lumpur – nadi segala aktiviti perdagangan seluruh Malaysia.

Apapun untuk sebarang review mengenai PR, saya sarankan anda pergi ke weblog Pakdi yang cukup popular dan mempunyai nama besar dalam hal ehwal sebegini.

Apapun Pak Lah sudah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi musim baru selama 5 tahun. Kini rata rata seluruh mata rakyat Malaysia tertumpu ke atas telatah, gelagat dan tindak tanduk Pak Lah sebagai Perdana Menteri ke-5 yang benar benar diiktiraf dan bertauliah, menggantikan Tun Dr Mahathir. Kemenangan besar beliau memang diduga, kerana saya kira ramai rakyat setempat yang menyambut baik pertabalan beliau sebagai PM yang dikatakan mesra rakyat, ‘kurang kecoh’ dan cenderung berpegang watak sebagai peace maker.

Sarawak menggondol 6 daripada 7 kerusi Parlimen, dengan kemenangan tanpa bertanding Datuk Peter Chin di bahagian Miri menjadi fokus utama saya semenjak isu Pilihan Raya mula diketengahkan. Miri – kampung kelahiran saya. Dan Datuk Peter Chin Fah Kui sememangnya seorang politikus yang ternama sebaris dengan nama sohor Deputy Chief Minister negeri Sarawak,Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan Hong Nam, merupakan anggota Alumni SMB St Joseph, Miri – juga bekas sekolah saya. Saya tidak memilih untuk mengulas secara lanjut, takut nanti banyak yang salah. Apa yang saya mahu perkatakan di sini ialah: renung – renungkanlah. Bagaimana bandaraya Miri yang mempunyai bilangan penduduk yang seingat saya sama ramai dengan Johor Bahru/ Petaling Jaya/ Penang tidak memiliki seorang pembangkang yang layak menandingi monopoli BN? Buka sejarah pembangunan bahagian Miri, dan anda akan tahu bagaimana BN berbakti kepada kami, penduduk Miri khususnya, dan penduduk Sarawak umumnya. Sejarah sudah membuktikan betapa malunya calon pembangkang lain yang cuba mencuri perhatian rakyat terpaksa menanggung malu yang tidak berhujung lantaran kekalahan teruk mereka. Inilah Miri. My Miri.

DAP – Parti pembangkang MCA yang paling gah dan berpengaruh pada masa kini. Lihat sahaja kemenangan mereka di kawasan high-pack seperti Seputeh, Cheras, Bukit Bintang (Kuala Lumpur), major provinces di Perak dan Pulau Pinang. Ini membuktikan golongan Cina sebenarnya sangat peka dengan isu politik tidak kira secara sogokan ataupun suapan secara maya oleh para politikus. Mereka nyata mengimpikan sesuatu yang digelar ‘kelainan’. Dan kelainan ini menurut ayahanda saya amatlah perlu untuk memberi signal kepada BN. We are diffrent. We are enlightened. Ia juga semacam satu amaran, BN harus sentiasa proaktif, hari ini mungkin kami digelar minoriti, tapi kalau BN tidak terus berwaspada, mereka akan bergelar majoriti. Golongan cina saya kira sejak dulu lagi terklasifikasi sebagai golongan yang berani mati, berani mengambil risiko. Dan risiko ini acapkali membuahkan hasil yang ‘luar biasa’. Sebab itulah esistensi mereka di bumi Malaysia tidak pernah dipandang remeh. Berbanding dengan kaum berbangsa India yang lebih stereotype. Terus memberi dan menerima. Implikasinya tampak, mereka cenderung menjadi ‘rakyat biasa’.

Mempolitikkan Islam atau mengislamkan politik merupakan satu tema yang cukup menarik perhatian saya. Siapa yang cuba menjadikan Islam sebagai propaganda untuk memancing pengundi dan siapa yang telah menjadikan arena politik tanahair diwarnai sinar murni Islam sangatlah afdal untuk para pemerhati tersohor kupas secara detail. An Islamic Scholar yang tersohor yang seingat saya menyandang tanggangjawab sebagai Imam Besar Masjid Negara Datuk Mohd Pirdaus turut turun padang menegakkan ideologi ‘demokrasi’ yang dimulakan oleh orang orang Yunani di Athens. Saya teramat sangat kepingin untuk mengetahui garis panduan bagaimanakah yang beliau guna-pakai untuk menilai kredibiliti dan keampuhan BN sehingga beliau sanggup menyertai BN – yang selama ini menegaskan ‘semua rakyat di Malaysia akan diberi layanan yang sama rata tanpa dibezakan berdasarkan ras dan agama’ tetapi pada pandangan peribadi saya membelakangi ciri-ciri pentadbiran Islam oleh seorang Ketua Negara yang beragama Islam.

Sandiwara dan kewujudan pretenders dalam politik memang sudah cukup jelas. Sesuai dengan tuntutan dan matlamat setiap parti politik, masing masing sebenarnya cuba menegakkan dukungan masing masing dan masing masing turut berusaha gigih untuk menjatuhkan lawan masing masing. Sebagai rakyat yang berfikiran waras dan rasional, saya rasa kedudukan saya sebagai rakyat Malaysia yang selama ini disanjung tinggi negara serantau diperlekeh dengan terang benderang. Lihatlah sendiri slogan masing masing semasa kempen PR masih ligat berlangsung. Dialog dialog itu saya kira cukup lawak, jauh lebih lawak daripada dialog Saiful Apek dalam cerita Jutawan Fakir. Dan saya sifatkan ia sebagai satu klise yang bodoh. Dan akan diulang 5 tahun dari sekarang.

Tahun ini jarang berdesing di telinga saya frasa NEGARA ISLAM. Ya, negara Islam yang tidak pernah lekang dari bibir Harun Din, Hadi Awang dan Nik Aziz. Begitu juga Hishamuddin, Mahathir dan Najib Tun Razak suatu ketika dahulu. Saya kira ramai umat Islam di Malaysia sudah bersyukur kerana paling tidak, Malaysia masih diakui secara lisan oleh masyarakat dunia sebagai sebuah negara Islam biarpun pada zahirnya, saya katakan TIDAK. Lambang negara Islam secara lisan yang kabur ini cukup dibangga-banggakan sehingga mampu mempertawakan kedudukan umat Islam di Singapore yang huru-hura. Tetapi jauh di sudut hati, saya masih bersyukur kerana masih ramai yang bersyukur dengan lambang yang sangat relatif ini. Syukur ini perlu ada. Setidak tidaknya, tidak seorang pun umat Islam dan juga yang bukan Islam yang berasa fobia dengan ‘negara Islam’, sekiranya mereka benar-benar faham, tahu dan mendalami apa itu sebenarnya negara Islam, sebagaimana yang pernah dibina dan dibentuk oleh Nabi SAW di bumi Madinah. Malah umat Islam harus berasa syukur dan bangga dengan wujudnya sebuah negara Islam di bumi Malaysia pula. Sebab ‘negara Islam’ itu sebenarnya bukan untuk ditakuti oleh sesiapa jua yang berakal waras. Allah menjadikan Islam ini sebagai deen atau agama bagi manusia atas namanya way of life bukan untuk menyusahkan manusia, bukan juga Islam ini dijadikan Allah sebagai agama yang menakut-nakutkan manusia dan hakikat, sebenarnya Islam itu adalah agama keselamatan, keamanan, persefahaman, perdamaian, ukhuwah, perpaduan dan permuafakatan. Nilai-nilai inilah yang dibawa oleh Nabi SAW, para sahabatnya dan para ulama warasatul-anbiya itu sejak dulu hingga ke hari kiamat. Matlamat suci Islam itu tidak berubah walau sepatah perkataan sekalipun.

Saya sangat tertarik dengan penipuan SPR yang dengan megah, bangga dan angkuhnya ‘mengumumkan’ sistem yang mereka pakai adalah yang TERBAIK di dunia. Dan saya cukup bersetuju dengan pertikaian Pakdi “Kalau 8 hari sudah cukup untuk menyediakan segala keperluan pilihan raya kenapa proses kemaskini daftar pemilih tidak boleh dibuat dengan cepat juga? Kenapa memerlukan 3 bulan? Tugas utama SPR juga adalah memastikan semua pengundi yang layak mengundi dapat mengundi, bukan menghalang mereka membuang undi.” Terbaik dalam erti kata yang bagaimana? SPR perlu tepuk dada tanya minda, jangan bercakap ikut selera.

Ok, cukup dengan luahan yang tersangat peribadi ini, masih banyak lagi agenda yang perlu kita ambil tahu dan mungkin, bertindak atas nama Islam. Israel dengan terang benderang telah mengalu alukan semua umat Islam untuk melawannya.

Dengan nama Allah yang masih pengasih lagi penyayang, betapa saya doakan secebis kesejahteraan yang ada di bumi Malaysia ini dikekalkan dan limpah kurniakanlah yang baik baik belaka untuk umatmu yang belum reti membaca peta dunia ini. Amin.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 23, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: