Kerajaan Baru

Seperti yang dijangka jangka, BN sekali lagi meneraju pucuk kepimpinan negara. Tatapi hasil pengamatan saya mengatakan, hampir semua pengulas dan pemerhati politik ‘membesar besarkan’ peranan watak pembantu filem terbaik yang dimainkan oleh BA umumnya, Pas khususnya. Saya masih ingat seorang pengulas akhbar mengatakan takhta kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu adalah kukuh seperti sepohon Nyiur yang akarnya tercengkam ke dasar. Namun hakikatnya nyiur itu bukan sahaja senang tumbang sekadar ditiup angin BN, malah kubu mereka yang dikatakan menyergam di Kelantan turut hampir musnah diserang BN. Belum lagi ura ura yang mengatakan Pas bakal merampas Pahang dari genggaman BN, semua ini saya sifatkan kilat kuat hujan tak ada.

Kemenangan kali ini menjadi sandaran Pak Lah untuk mengukuhkan kedudukannya di Parlimen sebagai PM Malaysia. Paling tidak beliau sudah boleh menarik nafas lega kerana UMNO masih begitu kukuh malah jauh lebih mantao berbanding zaman Dr M. Semua halangan telah ditangkis sedikit demi sedikit. Kegemilangan BN dan UMNO akan terus menyinar. Topik yang lebih hangat kini sepatutnya ialah kenapa sekonyong konyong angin berubah arah? Dan apakah latar belakang yang menyediakan perubahan scenario ini?

1. Prpaganda baru Pak Lah ‘PM baru untuk kerajaan baru untuk Malaysia baru’ berjaya menempis propaganda Pas dan Keadilan. Ini bukan sahaja menyalakan harapan orang orang Cina malah ia turut kembali memerangi hati orang orang Melayu. Pembangunan yang terancang di samping kejayaan Dr M dan konco konconya mengawal adegan kemelesetan ekonomi dengan berkesan nyata berjaya meraih keyakinan rakyat. Slogan Reformasi yang diwarwarkan Keadilan tampak lemah kerana rata rata tujuan mereka hanyalah mahu ‘bebeaskan Anwar’. Kelibat Pas yang mempersendakan nama Islam turut menjadikan meraka tumpas di tangan BN. Saya percaya jikalau Pas boleh mengurangkan ceramah ceramah politik jelek mereka di surau surau dan masjid masjid, nescaya Pas boleh menyaingi BN secara sengit. Mata hati pengundi sebenarnya cukup jelas, dan minda pengundi cukup telus untuk menilai siapa yang wajar dan siapa yang wajib.

2. Peribadi Pak Lah sebagai Melayu tulen dan umat Islam yang penuh dengan sifat merendah diri, murah hati, amanah dan tidak lekang dengan senyuman di bibir ketika berbicara sedikit sebanyak berjaya menawan kembali undi-undi orang melayu yang ‘terhalau’ oleh keberanian idea, kelantangan suara dan ketegasan ideologi Dr M. PM baru kita seorang PM yang peace-maker. Saya sendiri menyukai peribadinya sebelum saya pandai menilai keberkesanan beliau sebagai PM baru. Maka kemenangannya bukan di atas kertas, kemenangan getaran yang sama. PAS di Terengganu sendiri perlu mengambil iktibar daripada pengajaran ini. Hadi Awang yang menggantikan arwah bekas Ketua Menteri Terengganu nyata seorang yang agresif dengan kata kata tegasnya. Beliau terlalu lantang ketika menyuarakan undang undang hudud dan ini menyebabkan perkara luar biasa ini ditakuti semua termasuk orang Islam sendiri. Paling menyedihkan rakan seBA mereka DAP turut terhalau dengan kelantangan suara Hadi. Cuma orang orang Cina yang ‘patriotis’ malas memperdulikan semua hal peribadi ini. Masih ramai pengundi Cina yang mahu pemimpin mereka boleh ‘bermain mahjong’ bersama mereka. Sebab itulah Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras agak kukuh di dalam genggaman DAP – kubu kuat orang Cina. Tetapi 5 tahun yang akan datang bakal menyaksikan anjakan paradigma yang jelas kerana rata rata 5 tahun yang akan datang itu nanti menyaksikan generasi yang baru lebih bijak dan lebih gemar ‘menikmati’ kemajuan yang dirancang oleh BN sudah layak keluar mengundi.

3. Buka kembali lembaran buku sejarah, kita akan menyaksikan setiap kali pergolakan dalaman berlaku pada UMNO, pihak pembangkangnya akan mendapat tuah. Perebutan kuasa yang berlaku dalam UMNO pada tahun 1988 menggadaikan Kelantan kepada Pas. Pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 pula menghadiahkan Terangganu kepada Pas. Inilah yang saya lihat sebagai BN lawan BN. Menang dan kalahnya BN memang berada di dalam genggaman BN. Pak Lah yang memang terkenal sebagai peace-maker memberikan jawatan timbalan kepada Najib Tun Razak, calon timbalan favourite. Ini bukan sekadar mengelakkan pergolakan politik dalaman UMNO malah ia mengeratkan hubungan antara ahli UMNO yang rata rata mempunyai minat masing masing.

Saya masih melihat arena politik di Malaysia sebagai medan yang tidak banyak perubahan. Stereotyped. Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang tidak ingin mempunyai pendirian siapakah yang wajar menerajui negara. Persoalan ini hanya akan disogokkan pada tempoh pilihan raya sahaja. Golongan ini pencinta keamanan, dan mereka inilah yang sebenarnya golongan majoriti. Asalkan mereka hidup dengan damai dan sejahtera, undi mereka akan diberikan kepada kerajaan yang tidak banyak songeh, seperti BN yang tidak banyak bercakap, tetapi banyak bekerja.

Kemenangan Pak Lah mengiyakan pendapat orang ramai yang mengatakan undi orang Melayu akan mengalir balik sejurus selepas pengunduran Dr M. Ini sesuatu yang kejam jikalau timbangan jasa dan bakti Dr M dihitung hitung. Tetapi saya rasakan ini merupakan salah satu taktik untuk memberikan kejayaan kepada BN. Tempoh pilihan raya ini menyaksikan bekas PM berlawan dengan PM baru. Siapakah yang lebih layak bergelar PM paling popular, ini menjadikan undi BN bertambah kencang. Penyerahan kuasa yang tidak banyak isu berbangkit ini turut menggambarkan bagaimana UMNO sekarang berada dalam kemuncak kesatuan. Maka orang Melayu yang impikan kesejahteraan pasti tidak mahu keadaan ini digoncang oleh mana mana pasti yang disfatkan sebagai pengacau.

Kalau saya Pengerusi Suruhan Jaya Pilihan Raya, saya akan meletakkan jawatan saya sejurus selepas proses pilihan raya selesai. Kenapa? Demi kebaikan BN. Jikalau saya mahu membuktikan saya seorang yang setia kepada kerajaan. Amatlah wajar saya meletakkan jawatan. Bayangkan sepanjang PR berlangsung, yang kecoh semata mata hanyalah pengerusi yang seroang ini. Saya kira banyak perkara yang beliau lakukan tidak dirancang rapi sehingga memaksa keadaan PR berlangsung dalam keadaan yang huru hara. Tidak perlu saya nyatakan satu per satu dalil kenapa Pengerusi SPR wajar meletak jawatan. I still know what you did last election. Do you?

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on March 27, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: