Ulasan filem Win A Date With Tad Hamilton

Prolog

Ini sebuah filem komedi cinta yang cukup ringan. Lebih ringan daripada Apa Ada dengan Cinta. Plotnya tidak memaparkan klonfik dan kontroversi yang menggamat hati tetapi meninggalkan kesan dan mesej yang mendalam terhadap penonton. Apresiasi saya terhadap filem ini sama seperti bagaimana saya meminati filem ringan Sweet Home Alabama atau My Best Friends Wedding. Cuma bezanya saya langsung tidak mengenali mana mana pelakon yang menerajui filem ini sebelum menonton filem ini. Apa yang saya tahu, pengarahnya ialah Robert Luketic yang dikenali ramai menerusi filem Legally Blonde. Daya tarikan filem ini nyata tidak terletak pada unsur unsur teknikalnya yang membeliakkan mata penonton seperti filem gergasi Tom Rider, Lord Of The Ring, Harry Potter atau Titanic tetapi ia masih berjaya mengumpan citarasa penonton yang sentiasa inginkan sesuatu yang lebih ‘dekat’ dengan jiwa mereka. Paparan realiti kehidupan manusia biasa digambarkan dengan berkesan menerusi perwatakan Kate Bosworth sebagai Rosalee, Topher Grace sebagai Pete dan Josh Duhamel sebagai Tad Hamilton. Gandingan yang cukup ideal dan segar. Yang heroinnya comel dan cantik manakala heronya pula tampan dan bergaya. Sebagai sebuah filem kontemporali yang diterbit semata mata untuk tujuan menghiburkan penonton, ia tidak memerlukan penaakulan daya fikir yang bercakaran untuk memahami mesej dan jalan ceritanya.

Intro

Saya jangkakan jikalau filem sebegini dibarisi oleh pelakon Julia Robert atau Benjamin Bratt, anda pasti akan mengatakan filem ini bodoh dan gagal sebagaimana Kuliah Cinta arahan Prof Madya A Razak memilih Yusry dan Eera sebagai hero dan heroin filemnya. Ini klise yang pelik tetapi itulah hakikatnya. Win A Date With Tad Hamilton nyata sebuah filem remaja yang tidak memerlukan bintang Hollywood ternama untuk tujuan publisiti. Tindakan Robert Luketic ini cukup berisiko tetapi berjaya mengetengahkan pelakon baru ke layar perak Hollywood yang dibanjiri beratus buah filem untuk satu tahun yang lebih baik dan berkualiti. Berbanding dengan senario filem di Malaysia, mengambil seorang artis yang pernah beraksi bogel untuk menjadi hero filem pasti mengundang perdebatan dan kontroversi yang hebat. Namun keadaan ini cukup berbeza bagi Josh Duhamel – Tad Hamilton yang nyata lebih bernasib baik. Beliau kini menjadi sebutan dan gilaan berpuluh ribu gadis di Amerika yang mengidamkan one night stand dengan beliau biarpun ramai pengkritik yang dengki dengan rezekinya tidak terundang ini. Pelbagai kritikan dan kutukan yang pedas dilemparkan kepada beliau kerana dikatakan saiz alat sulitnya yang tidak selari dengan saiz 6 pack yang dimiliki oleh beliau namun pihak pengurusan filem tidak mengendahkan semua ini. Mereka cenderung melihat ini sebagai publisiti yang percuma. Hasilnya filem ini berjaya dari segi kutipan dan semua krew bergembira kerana mengaut keuntungan bersih yang berlipat ganda daripada jangkaan awal.

Filem ini mengisahkan Rosalee – seorang gadis muda yang bekerja di supermarket ‘Piggy Wiggly’ telah berjaya dipilih sebagai pemenang Win A Date With Tad Hamilton. Beliau diterbangkan dari kampungnya West Vagina ke Los Angeles untuk menemui Tad Hamilton – seroang superstar yang bergelumang dengan hidup glamour sebagai seirang artis ternama. Arak, rokok, perempuan, parti, dadah dan seks adalah rutin hariannya di samping kerjaya sebagai pelakon. Ironinya pertemuan yang singkat ini menjadikan Tad Hamilton jatuh cinta terhadap Rosalee dan sanggup berkunjung ke supermarket di mana Rosalee bekerja untuk menagih cintanya. Dalam masa yang sama, sahabat karibnya Pete juga menyimpan perasaan cinta terhadap Rosalee. Konflik percintaan ini diakhiri dengan happy ending. Rosalee memilih Pete sebagai pasangannya. Cerita yang sangat mudah. Pemilihan genre yang stereotyped dan typical tetapi masih menghiburkan.

Kritikan dan komentar

Daya tarikan filem ini nyata terletak kepada Josh Duhamel – Tom Cruise versi tinggi yang jauh lebih muda. Penghayatan watak beliau saya kira cukup baik dan berkesan dengan lagak bintangnya sebagai artis terkenal Hollywood dalam filem ini. Beliau nyata diketengahkan untuk menjadi tunjang dalam filem berbanding dengan Kate Bosworth sebagai Rosalee dan Topher Grace sebagai Pete. Josh Duhamel lebih menyerlah disebabkan beliau tidak perlu berlakon menjadi diri sendiri seperti watak yang diberi kepada Rosalee dan Pete. Lakonan Topher sebagai Pete agak rasional dan tidak banyak berkembang kerana terikat dengan watak dan perwatakan dirinya sendiri tetapi jika diamati dengan berhati hati, Kate Bosworth memang sedang berlakon untuk lakonannya. Beliau seakan lari daripada sense dan realiti apabila terlalu taksub untuk menonjolkan bakat lakonan yang ada – seorang gadis kampong yang innocent. Babak yang menyaksikan Rosalee pertama kali berjumpa dengan Tad memang berjaya di’lakon’ kan dengan baik sehingga saya sendiri terlupa apakah saya akan memberikan reaksi yang sebegini dramatik jikalau diberi peluang berjumpa dengan wanita idaman saya Courtney Love. Sebagai seorang pelakon baru, saya rasa Kate perlu lebih kerap ‘menonton filem’ agar beliau boleh mendapat inspirasi untuk menjadi pelakon yang berjaya. Beliau perlu seimbangkan lakonan dan realiti kehidupan. Penonton sekarang sudah semakin bijak untuk menilai kredibiliti seseorang pelakon dan keberkesanan lakonan beliau terhadap filem yang diterajui. Jadi jikalau anda tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap filem ini, saya jangka anda pasti menyukai filem ini. Paling tidak, anda pasti terhibur dengan gelagat mereka yang ceria dan meriah itu.

Satu mesej yang disampai secara terus tanpa bertapis kepada menonton menerusi filem ini ialah hidup sebagai seorang artist Hollywood yang bergelumang dengan dunia glamour. Perempuan, seks, dadah, alkohol dan rokok sudah sememangnya sebati dengan kehidupan mereka. Apabila gossip liar mulai terbit maka bermacam jenis pihak pengurusan buat untuk menutup keboborokan peribadi artis tersebut. Penonton cenderung mengingati perwatakan mereka yang baik, penuh dengan ciri – ciri lelaki idaman di dalam filem tetapi peribadi mereka yang sebenarnya diselindungkan oleh kecenderungan media. Jikalau anda diberi peluang seperti Rosalee yang sempat menemui dan mengenali Tad – bintang pujaan hatinya, anda akan merasakan sendiri kontradiksi watak realiti yang dimainkan oleh dua insan di dua dunia yang cukup berbeda. Filem ini antara lain cuba menyampaikan satu mesej yang sinis tetapi benar, pelakon popular juga adalah manusia biasa, mereka juga boleh melakukan ‘kesilapan’ – seperti manusia biasa, apabila duit menjadi tuan mereka, bukannya mereka yang menjadi tuan kepada duit. Rasa ingin menghayati kehidupan biasa memang tersemat di dalam hati para selebriti popular sepeti mana yang sentiasa dirintihi Denzel Washington, Celine Dion dan Rusell Crowe. Ini filem yang ringkas, tetapi penuh dengan mesej kemanusiaan yang kita selalu dengar tetapi tidak pernah menghayati, mendalami dan memahami apa yang kita dengar.

Antara glamour dan persahabatan, mana satu pilihan seorang gadis? Inilah tema yang menjalinkan plot dan urutan konflit filem ini. Robert Luketic nyata mengecewakan ramai orang termasuk saya sendiri. Beliau terlalu perfectionist dalam hal ini sehingga file mini menjadi sebuah fairy tale. Kelainan tema tidak diekspolitasi dengan baik. Apalah salahnya kalau Robert Luketic menggarapkan reality kehidupan dengan menonjolkan sifat kemanusiaan secara semula jadi? Saya percaya jikalau Luketic cuba mengaplikasikan eksperimentasi yang menyaksikan kelainan garapan penghujung cerita dengan memberikan laluan Tad Hamilton untuk memilik cinta Rosalee secara mutlak dan mengubah kehidupan seorang artist popular menjadi lebih baik dan terarah, beliau tidak akan dikecam hebat sebagai pengarah ‘sampah’. Tetapi saya perlu akur ini adalah permintaan pasaran dan kuasa penonton terhadap Robert Luketic. Cuba bayangkan kalau Eera dan Yusry tidak ‘dikahwinkan’ dalam Kuliah Cinta, apakah reaksi penonton. Pasti Prof Mohaideen dicop syok sendiri oleh sesetengah pengkritik yang berlagak seperti orang seni.

Epilog

Ini adalah sebuah filem lahir tepat pada masanya. Filem mutakhir terlalu berat dan sarat dengan agenda yang sukar difahami dengan unsur unsur karut – mengarut yang nyata lebih menyerlah. Jikalau anda bersetuju dengan saya, maka tontonilah filem ini. Ini sebuah filem yang cantik. Anda boleh dapatkan gambaran awal filem ini di sini.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on April 3, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: