Simple Plan

Pasti ramai yang masih mengingati persembahan bertenaga mereka di majlis berprestij MTV Asia Awards 2004 yang lepas. Dengan mempertaruhkan lagu Addicted dan Perfect, ramai orang kata sekelip mata sahaja mereka menjadi superstar, sehingga populariti mereka dikatakan tidak seiring dengan bakat mereka. Sebagai seorang peminat muzik genre rock, saya faham bagaimana perasaan dengki terhadap sesebuah band yang berjaya menandingi band favourite saya – sebagaimana suatu ketika dahulu Aerosmith, Alice In Chains, Led Zeppelin dan Bon Jovi dicabar hebat oleh band band berbakat besar dari generasi baru seperti 3 Doors Down, Incubus, American Hi-Fi, Lost Prophets sehingga Sum 41, Blink 182, The Calling dan sebagainya. Pelbagai ‘usaha’ telah dijalankan oleh peminat fanatik masing masing untuk menjatuhkan pencabar pencabar ini. Sebab itulah ramai orang kata, peminat muzik rock adalah peminat yang paling fanatik. Ya, memang benar dan agak sukar untuk saya menafikan kebenaran pernayataan ini. Dan berbekalkan semangat ini juga saya beriya iya menyediakan artikel Simple Plan ini untuk tatapan para pembaca.

Tetapi cut those fucking stupid craps, mereka tidak popular dalam sekelip mata. Simple Plan sebenarnya merupakan kumpulan punk – pop yang berasal dari Montral Canada dan telah ditubuhkan pada pertengahan 90an lagi. Saya tergelak besar melihat petikan sebuah majalah hiburan yang agak famous di Singapore yang mengatakan mereka ‘artis baru’. Nyata title sebagai sebuah majalah yang popular dan established menjadikan mereka malas untuk buat reseach sehingga pembacanya bulat bulat mempercayai kesilapan fakta yang dilakukan. Pada usia 13 tahun, vokalis Pierre Bouvier dan drummer Chuck Comeau telah sepakat menubuhkan kumpulan ‘Reset’. Biarpun pada usia sedemikian, mereka hanya layak untuk bergelar ‘budak hingusan’, tetapi kredibiliti mereka telah diiktiraf sebagai band punk muda di Canada. Buktinya, mereka telah diberi peluang untuk mengadakan tour bersama sama MxPx, Face To Face dan Ten Foot Pole. Malangnya Reset tidak dapat bertahan lama, kumpulan ini terpaksa dibubarkan kerana mereka terikat dengan pelajaran di sekolah. 2 tahun kemudian, Comeau dan Bouvier sekali lagi berganding semula dan diundang untuk menjadi opening act konsert Sugar Ray pada penghujung tahun 1999 di Canada. Berbekalkan bakat dan cinta mereka yang mendalam terhadap music punk rock, kumpulan Simple Plan ditubuhkan lengkap dengan barisan musicians yang berbakat besar. Mereka terdiri daripada Pierre Bouvier (vokalis), Chuck Comeau (drummer), Jeff Stinco (lead guitar), Sebastian Lefebrve (guitarist dan backup vocal) dan David Desrosiers (bass dan backup vocal). Kombinasi yang mantap ini berjaya meletakkan nama Simple Plan begitu bersinar di Canada dan peminat music punk rock di serata dunia biarpun tidaklah sehebat artist mainstream pop yang lain.

Mungkin sebagai peminat muzik bukan-rock, anda akan cuba bayangkan what I’m talking about are some music scene with it’s loud, ear-splitting songs. Tidak, itu bukan punk-rock, itu pure rock atau rock korok. Zaman ayahanda dan bonda kita dulu mereka mendengar lagu sebegitu tetapi zaman sekarang peminat ‘rocks’ lebih cenderung ke arah adaptasi dan asimilasi antara pop, hiphop dan punk rock, menjadikan music tersebut lebih fresh, ringan dan tidak membingit seperti pure rock zaman metalicca, dan nirvana. Music punk rock lebih rancak, lebih ringan dan lebih happy daripada pure rock yang pathetic, noisy dan heavy. And pleased to remind that mereka tidak perlu make up seperti kumpulan Amuk atau Marilyn Manson or whatever it is. The boys are clearly at their best when performing in front of a live audience – jumping, singing (not shouting!) and assaulting their drums and guitars. Take them offstage and then you’ll found these hyper lads fridgeting, without an outlet to scream or showcase their talent.

Sebagai artis ‘baru’ dalam music mainstream, mereka mempertaruhkan album debut ‘No Pads, No Helmit…Just Balls’ di bawah label Lava Record sebagai langkah pertama untuk penaklukan empayar mereka. Tetapi ramai yang memandang pesimis akan perjuangan band yang tidak punyai ‘hot stud’ seperti band band popular Travis, Vertical Horizon, Duran Duran, Matchbox Twenty dan lain lain. Tambahan pula tiada satupun lagu mereka dipruduce oleh The Neptunes – sebuah syarikat kilang pengeluar artis artis top barat. Tetapi berkat usaha mereka yang berterusan, mereka diberi peluang menjajah ke merata tempat dan bermain lebih daripada 300 konsert dalam masa setahun lebih. Album yang dikeluarkan pada Febrary 2002 ini telah diterbitkan oleh Arnold Lanni dan memuatkan 12 buah lagu track termasuk hits mereka yang meletup letup seperti Perfect, Addicted, I’m Just A Kid, I’d Do Anything dan You Don’t Mean Anything.

Satu keistimewaan yang membezakan Simple Plan dengan band yang lain ialah mereka tidak menulis lagu yang terlalu sukar untuk difahami dan berfalsafah besar seperti Drops Of Jupiter, dan Only God Knows Why. Lagu mereka sangat catchy dengan adaptasi lirik yang emosional. Mereka menulis berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui seperti jatuh cinta, menghampakan harapan orang tua, inginkan kebebasan dan sebagainya. Mereka juga menyedari hakikat bahawa proses ‘mendewasakan’ diri ini memang penuh dengan pergolakan mencari identity diri. Jadi sebagai golongan pendengar sasaran, Simple Plan telah menghasilkan muzik dan lirik yang cukup tepat dan sesuai untuk golongan remaja. No Pads, No Helmets… Just Balls says it like it is – that the band don’t merely go with the flow. In fact, most of it’s songs are anti-anthems about growing pains, alienation and bittersweet agony. Tetapi nampak gaya usaha gigih mereka untuk menjaja irama punk-pop amat berjaya sehingga album mereka mencapai gold status di Canada, Japan, Singapore dan Malaysia. Biarpun album tersebut dihasilkan 2 tahun yang lalu, tetapi album tersebut masih dijadikan taruhan untuk sesi perkenalan mereka bersama peminat di serata dunia – step by step. It’s remind me of Pop Shuvit dari Malaysia. Hmm…

Dalam dunia music sejagat yang rata rata didominasi irama pop, rap dan hip hop masa kini, adalah diakui irama punk pop dan pop rock agak tenggelam timbul dalam pasaran. Tetapi 10 tahun yang lalu semasa Green Day mengeluarkan album pertama mereka, ramai juga yang meremalkan esistensi mereka tidak akan bertahan lama seperti mana juga Blink 182. Tetapi perubahan demi perubahan telah diusahakan agar golongan minoroti ini tidak pupus dalam senarai carta. Simple plan telah melakukan sedikit peruabahan dalam single terbaru mereka Don’t wanna think about you – featured on the Scooby Doo 2: Monster Unleashed soundtrack dan ia memang jelas mempamerkan sebuah ‘keikhlasan’ dalam karya mereka. Album kedua mereka hanya akan menemui pasaran pada bulan Ogos ini.

No harm for give it a try. Saya percaya anda pasti akan berpuas hati dan berbaloi dengan RM42.90 yang anda laburkan untuk mendapatkan sebuah CD yang bermutu.

Introduksi

1. Pemain Bass Simple Plan David Desrosiers mempunyai vokal yang sangat baik dan ‘merdu’. Beliau sekali sekala akan menyanyi dalam track lagu mereka.

2. Jeff Stinco is the most articulate of the quintet. Yang lain jarang bercakap.

3. Music mereka sounds like Sum 41.

4. Mereka semua berusia 20an.

5. Biarpun mereka tidak handsome, mereka akui ada masanya mereka sangat sweet dan adorable.

6. Mereka bercita cita untuk menjadi Rolling Stones yang kedua.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on April 8, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: