Hanya sementara

Semenjak dua menjak ini tidaklah punyai event besar yang boleh dikongsikan bersama. Saya sengaja tidak menulis mengenai AIM 2004. SultanMuzaffar mempunyai ulasan yang agak lengkap dan serba serbi AIM 2004 yang diadakan khusus untuk Siti Nurhaliza dan orang kampungnya. Buang masa saya mengulas kerana saya bukannya baik hati seperti SultanMuzaffar Kalau saya suka, saya akan katakan suka. Kalau saya tak suka maka semuanya sampah. Jadi lebih baik saya diam. Saya boleh jadi agak poyo. Itu saya akui.

Sempena tidak ada apa apa yang boleh dibicarakan, saya suka masukkan entry peribadi dalam blog ini. Sekali sekala. Ada paparan menarik yang mahu saya rekomenkan untuk tatapan bersama.

1. Me, Khalil dan Munsyi – ia mengenai minat dan personel interests saya, kawan saya Khalil dan Munsyi. Banyak update mengenai handphone, games, perakam video, PC dan sebagainya. Juga ada gambar gallery. Webmaster Khalil masih single dan muka jambu. Apa lagi seranglah!

2. Kumpulan VE – sekarang ini lagu Party Like This adalah lagu fav saya. Kenali kumpulan ini lebih lanjut.

3. Keganasan = US; US = Keganasan– Saksikan sendiri erti dan definisi keganasan yang sebenarnya.

4. Pakdi – Seorang pemikir yang agak bagus entrynya untuk dibaca. Islamic oriented.

Gambar untuk menjamu mata. Maaf tiada gambar awek seksi yang dedah sini dedah sana macam Nana dan Nila Kurnia di Parti Cit Cat Azwan dan Siti Nordiana Gedik. Saya perturunkan gambar kumpulan Ruff Edge dan VE untuk personel snaps mereka sempena ABP-BH2003 yang lalu. Semoga seronok menjamu selera. Khekhekhe!

Damien Seet memang suka post mengangakan mulut. Mentang mentang gigi pendek(?). Si Azan macam sex maniac je dengan kacamata hitam zaman Latif Ibrahim. Zain rambut baru, gigi makin kuning. Tula, banyakkan rokok lagi.

Ini persembahan atas pentas bersama vokalis dan penyanyi asal lagu Khayalan – Jatt Black Dog Bone. Lah macam biasa penuh penghayatan. Zaf memang bagi persembahan mantap. Suara mengancam. Si Zain agak kelam kabut tarik suara tinggi.

Sesi latihan. Chem macam menari dangdut. Mode tak balik balik lagi dari Australia. Lama tak nampak Mode. Amir sempat lagi main main. Cat dengan Cham selamba ikut Azan dengan Zaf.

Bab makan memang la best. Awek Zain si Ervinna tak nampak pula malam tu. Amir dah kurus sekarang. Lah macam tention semacam je. Mana Ayu?

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on May 3, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: