My All Versi AIM 2004

Baru sebentar tadi saya menonton kembali persembahan My All (Segalanya) versi AIM 2004 yang dipersembahkan oleh Misha Omar, Ning Baizura, Sarah Raisudin, Liza Hanim dan Siti Nurhaliza secara live pada AIM 2004 yang sudah. Rumah siap pahat masih berbunyi, itulah yang mahu saya bangkitkan. Klip itu saya download daripada Laman Web Jiwang yang tidak disunting oleh mana mana pihak. Ia versi original dan saya dan 2 orang rakan saya yang baru sahaja sampai dari Indonesia, Jason dan Anto berkesempatan menonton klip tersebut over and over again. Banyak juga yang kami sempat persembangkan mengenai persembahan 5 orang diva in making ini. Kemudian saya, Jason dan adiknya Nop yang bakal menyambungkan pelajaran di Help Institute bersembang panjang mengenai persembahan ini. Jadi apa yang saya perturunkan ini adalah hasil diskusi yang kami dapat berdasarkan teori separa profesional. Saya dan Jason nyata bukan orang ‘dalam’ dalam bidang muzik tetapi Anto merupakan pelajar seni persembahan suara dan tari dari Universiti Medan, Indonesia. Ini adalah kali pertama saya berpeluang berbincang dalam seni muzik berdasarkan teori dan beberapa konsep penting penilaian seni suara.

Pertama sekali perlu saya tekankan lagu My All dari segi gubahan melodi dan susunan muzik adalah sebuah lagu cenderung kepada R&B soul. Berdasarkan temponya yang meleret leret kata Anto, lagu ini adalah R&B ballad yang hanya sesuai disampaikan secara R&B atau soul – iaitu asimilasi dan adaptasi permainan vokal yang berbunga bunga, tidak kira versi Melayu ataupun Inggeris. Kata sepakat ini kami persetujui kerana jikalau ia dinyanyikan secara balada seperti gaya nyanyian Celine Dion, ia tidak mampu menyengat kerana mid-verse nya agak rendah manakala endingnya pula terapung. Jadi lagu sebegini boleh diperindah dengan membunga bungakan penghujung verse dengan penghayatan sense of music seseorang penyanyi yang profesional seperti Mariah Carey.

Berdasarkan klasifikasi ini, barulah kami boleh berbincang secara lanjut mengenai persembahan secara keseluruhan 5 orang diva in making ini.

1. Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza diberi mandat untuk menyanyi most of the important part of the song. Jadi beliau merupakan orang pertama yang ingin kami perkatakan. Entah kenapa kami bertiga sepakat mengatakan Siti Nurhaliza TIDAK MAMPU membawa lagu ini dengan baik dan beliau merupakan penyanyi yang bukan sekadar merosakkan lagu ini malah mencacatkan persembahan lagu ini secara total.

Siti mempunyai kejituan nada suara yang paling tinggi antara 5 orang penyanyi ini dan mampu mencapai pitching maksima pada verse yang high pitch. Itu tidak boleh dpertikaikan. Buktinya beliau menyampaikan lagu Camar Yang Pulang, Kau Kekasihku, Nirmala, Wajah Kekasih, Nian di hati dan terbaru Dialah Di Hati dengan baik. Tetapi lagu ini adalah lagu yang ringan. Permainan intrumen muzik tidak kira versi asal oleh Mariah Carey dan versi AIM2004 merupakan pilihan yang cenderung kepada muzik akustik dan ia sangat ringan serta soulful sehingga boleh dikatakan ia dipersembahan secara plain. Penataan vokal penyanyi sewajarnya tidak harus menutupi alunan intrumen muzik yang memberikan kesan apresiasi yang tinggi terhadap lagu secara keseluruhan. Jadi suara minor atau suara palsu diperlukan agar tidak terlalu sarat. Lontaran vokal suara Siti yang teramat terancang perlu diaplikasikan untuk lagu seperti Hapuskan Air Matamu dan Salam Terakhir yang seringkala dinyanyikan oleh Siti dengan cemerlang tetapi seriously bukan untuk lagu genre R&B My All dan Percayalah.

Saya tidak pasti apakah Siti memang sengaja ingin beradu suara bersama 4 orang diva yang lain ataupun Siti memang hanya tahu melontar vokal sahaja. Maklumlah disepit 4 orang pencabar terulung. Tetapi perlu diingatkan 4 orang diva yang lain juga jauh lebih mampu untuk menghoohaakan majlid dengan vokal yang tinggi tetapi mereka mengambil part dan responsibility lagu My All ini dengan baik dan tidak ‘beriya-iya’. Teknik nyanyian lain seperti melaram – Misha Omar, sopranos – Ning Baizura, rendition creativity – Sarah, extreme vibrator – Adibah Noor, jazzy mood – Sheila Majid dan vocal smoothness milik Camelia harus divariankan lagi khusus untuk Siti Nurhaliza jikalau Siti masih ingin bergelumang dalam dunia muzik pop. Tepukan penonton agak gemurah apabila mendengar Siti menarik vokal, tetapi bagi penonton yang terasuh dalam bidang muzik. Siti dipertawakan. ‘Orang kampung yang beriya nak jadi diva.’ Sense of music Siti memang terhenti pada tahap lagu Cindai dan yang sewaktu dengannya.

Satu lagi kegagalan Siti yang paling nyata ialah penghayatan. Ini bukanlah kali pertama Siti menggagalkan lagu yang baik. Buktinya lagu Percayalah dan Bicara Manis Menghiris Kalbu – kedua duanya semasa Juara Lagu. Saya katakan Siti terlalu taksub dengan vokalnya yang lantang sehingga beliau melontar vokal sewenang wenangnya tanpa perlu pengamatan dan penghayatan yang sewajarnya. Jika Ziana Zain pernah dikutuk untuk alasan yang sama maka memang wajar Siti juga dikritik untuk alasan yang sama. Lenggok, bahasa tubuh, pergerakan dan mimik muka Siti juga paling corot antara 5 orang diva. Malah Siti kelihatan tersenyum bangga dengan sorakan penonton. Saya agak tidak suka dengan gerakan ‘tarian zapin’ Siti bersama senyuman ‘bangga’ dalam ‘sinis’ itu. Feel saya agak rosak dengan gaya Siti ini.

2. Sarah Raisudin

Saya memberi 5 bintang penuh kepada Sarah biarpun saya sebenarnya agak prejudis dengan keangkuhannya setiap kali mengeluarkan statement dalam press conference dan sebagainya. Tidak kira cara dadanan rambut, pakaian, penghayatan, vokal dan bahasa tubuh, saya harus akui Sarah menyerlah serba serbinya sehingga kami bertiga tidak dapat mencari kelemahan persembahan Sarah yang soulful itu. Beliau punyai peluang yang baik untuk beradu suara dengan 4 orang diva yang lain tetapi beliau tidak memilih untuk berbuat demikian kerana saya kira beliau tahu mengekalkan status beliau sebagai bintang baru yang versatile dan profesional. Lagu beliau Saat Kau Hilang merupakan medan terbaik untuk membuktikan kemampuan beliau tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana aplikasi teknik nyanyian yang sesuai untuk sesebuah lagu dipegang dengan penuh keyakinan. Sebaliknya beliau melontarkan vokal penuh girang dalam lagu Jangan Kau Mimpi. Beliau tidak banyak bergerak di atas pentasSatu kredit besar buat Sarah.

Sarah agak baik dari segi kepersisan dan ketepatan sebutan tetapi teknik alihan kesinambungan nafas apungan beliau terlalu terikat dengan gaya asal Mariah Carey tanpa disedari. Namun beliau tetap cemerlang dan vogue. Beliau tidak mempunyai vokal yang terlalu lantang tetapi beliau tahu menyekat dan melontar pada saat yang sesuai dan kawalan nada major dan minor beliau agak kemas.

3. Ning Baizura

Persis penyanyi kulit hitam Patti Labelle. Ning merupakan penyanyi genre soul yang tiada tandingannya di Malaysia. Identiti beliau sebagai penyanyi R&B juga teruji menerusi lagu ini dan beliau berjaya menyempurnakan tanggungjawabnya dengan sempurna cuma agak kelam kabut apabila peralihan nada dari rendah ke tinggi. Tetapi kelemahan ini boleh ditutup dengan prendition beliau yang stylo dan versatile.

Beliau sebenarnya tidak mempunyai vokal yang terlalu ‘cantik’ malah boleh dikatakan ‘tumpul’ untuk lagu berpitching tinggi tetapi teknik nyanyian beliau sangatlah unik dan dialun bersama penghayatan emosi yang luar biasa menjadikan lagu yang diberi bernafas dan berdiri dengan sendirinya. Contoh yang paling tepat ialah lagu berhantu beliau Kembalilah dan Selagi Ada Cinta. Julat suara beliau untuk membezakan low/mid dan high tuned-melodi amat bagus dan cantik cuma Ning tidak wajar terlalu menolak bunyi dari hidung tanpa beradu suara dengan perut dan paru paru. Beliau sesuai dengan lagu soul sebegini khususnya lagu Falling oleh Alicia Keys dan Family Affair oleh Mary J Blige.

Jika anda mengikuti perkembangan Ning, anda akan dapati Ning agak sesuai untuk lagu yang menjadi trend setter dan kurang menyengat untuk lagu yang simple. Jadi petikan gitar akustik pada lagu ini sepatutnya memberi ilham baru untuk Ning agar mencuba sesuatu yang ringan dan simple – agar tidak terlalu sarat.

4. Liza Hanim

Tidak perlu saya pertikaikan teknik nyanyian Liza kerana beliau memang pernah diangkat menjadi pemenang persembahan vokal terbaik menerusi lagu Gelisah Mimpi AJL yang sudah. Liza tidak punyai kejituan suara yang tinggi tetapi fasahah iaitu sebutan beliau amat kemas dan keluar dengan penuh. ‘S’ disebut ‘S’ dan ‘R’ disebut ‘R’. Penghayatan beliau yang tinggi memang merupakan kebolehan terbesar beliau dan beliau pergunakannya dengan baik dan sederhana dalam AIM kali ini.

Kemampuan vokal Liza masih belum benar benar teruji kerana belum lagi diberi lagu yang benar benar high pitch seperti Syurga di Hati Kita dan Menadah Gerimis. Tetapi kesederhanaan yang ditampilkan merupakan kredit besar kepada Liza agar tidak nampak ‘beriya-iya’. Saya sangat sukakan smokie eyes beliau malam itu.

5. Misha Omar

Sebagai peminat Misha, terlebih dahulu saya harus kata saya teramatlah suka dengan penampilan serba kuning beliau malam tersebut dan saya perhatikan beliau mendapat tepukan yang kedua gemuruh selain Ning. Misha untuk persembahan ini agak sederhana kerana agihan lagu yang agak sedikit. Biarpun begitu beliau menyengat dengan mimik muka dan bahasa tubuh yang paling cemerlang.

Misha nyata semakin yakin dengan bakat dan popularitinya. Jikalau anda pernah menyaksikan Misha di KL Tower untuk Minggu Setiausaha yang sudah, anda pasti terpana dengan beliau dan pastinya anda bertepuk gemuruh untuk persembahan beliau yang bertenaga persis Aishah ini khususnya untuk lagu Menghitung Hari dan I Will Survive.

Promosi sikit untuk Misha. Jangan lupa beli album terbaru Misha yang sudah berada di pasaran 5 May ini.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on May 4, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: