Konsert Ke-6 Akademi Fantasia

Prolog

Jangkaan saya konsert ini bakal menjadi satu konsert yang agak hambar (mungkin lebih hambar berbanding konsert ke-5) pada awalnya apabila melihat pembahagian lagu yang diamanahkan kepada para pelajar. Tetapi sejurus selepas melihat kritikan dan komentar daripada Hetty Koes Endang untuk Mas, hati saya berdetik: barangkali Hetty Koes Endang boleh melakukan sesuatu. Paling tidak secara psikologinya – dengan memberikan kata kata yang tidak perlu terlalu bertapis untuk para pelajar dan para pelajar bersedia menerima ‘kejujuran yang tidak terancang’ oleh Hetty ini. Ini barangkali boleh ‘membangunkan’ para pelajar AF untuk konsert ini.

Hakikatnya konsert ini menghiburkan. Para pelajar secara keseluruhannya memberikan persembahan yang agak bagus. Kesemuanya menjangkau paling tidak 5 bintang daripada 10. Itu penilaian peribadi saya.

Pengkritik

1. Hetty Koes Endang

2. Hani Mohsin

3. Kudsia Kahar

Persembahan Pelajar

Mas – Semakin Hari Semakin Sayang 7.3/10

Saya benar benar mengharapkan sesuatu yang bersifat miracle daripada Mas. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk menepis tohmahan, kritikan dan hina cacian daripada ‘pembenci’ beliau sekaligus menyakinkan ‘peminat’ beliau sendiri bahawa setiap SMS yang diafundikan kepada beliau adalah wajar dan berbaloi. Hakikaynya, persembahan beliau untuk kali ini agak ‘ok’. Paling tidak, tidak menghampakan dan agak bagus berbanding konsert konsert yang lepas. Bak kata pengkritik, suara beliau tenggelam timbul. Terutama part peralihan dari nada rendah ke nada tinggi. Tahap keyakinan diri Mas apabila beraksi masih lagi tidak banyak berubah – masih teragak agak. Cuma beliau jelas telah cuba untuk meningkatkan prestasi persembahan beliau. Kesungguhan ini amat penting untuk mengekalkan kedudukan Mas, jika Mas masih lagi tidak memberikan sebarang perubahan, kedudukan Mas pasti semakin berbahaya. Bukan setakat ‘pembenci’ Mas semakin lantang mengutuk, malah peminat asal juga akan lari. Mas tidak menampilkan ‘kejutan’ pada aspek vokal biarpun sebenarnya beliau mampu melakukan yang lebih baik. Beliau juga harus menyerlahkan attitude beliau sebagai seorang public figure yang senantiasa muncul di kaca tv untuk show. Saya rasakan beliau tidak punyai ‘direction’ dan self confident semasa menyanyi.

Kaer – Episod Cinta Dari Bromley 7.8/10

Satu persembahan yang sederhana daripada Kaer. Mungkin disebabkan oleh pertentangan citarasa dan apresiasi genre muzik yang didukung oleh Kaer dengan genre asal lagu Episod Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi M Hassan ini. Kawalan vokal beliau agak biasa dan persembahan pentas Kaer juga agak biasa. Beliau cuba mewarnai kesederhanaan lagu ini dengan cara yang tersendiri cuma feel terhadap lagu ini agak lari. R&B beliau tidak digunaka pakai tetapi feel R&B masih lagi di’ter’selitkan khususnya untuk bahagian ending. Beliau perlu lebih fokus dan konsentrad terhadap killer song sebegini khususnya apabila penyanyi asal tersebut memang mempunyai identiti yang cukup berpengaruh untuk membawakan lagu yang sesuai dengan nada mereka. Apapun saya suka dengan ‘patung jadian’ yang mengiringi persembahan Kaer. Paling tidak, pentas tidak nampak kosong dengan kehadiran ‘patung’ ini.

Farah – Ya Maulai 8/10

Farah memberikan persembahan yang memberangsangkan untuk lagu Ya Maulai. Gabungan konsentrasi, sebutan dan persembahan pentas yang agak terancang dan teratur memberikan impak yang agak ‘indah’. Jikalau ketiga tiga aspek ini dipertingkat secara keseluruhan, saya rasakan Farah mampu menyerlahkan lagi persembahan beliau. Farah mempunyai 2 kelebihan yang tidak beliau pergunakan iaitu suara beliau yang lantang dan sebutan beliau yang jelas. Kombinasi penari latar dengan pergerakan Farah juga kurang chemistry. Latihan yang lebih kerap mungkin boleh melancarkan lagi persembahan Farah.

Bob – I Can See Clearly Now 8.5/10

Saya perlu akui Bob mempunyai vokal yang bagus dan lantang. Cuma diction English beliau tidaklah terlalu bagus. Persembahan Bob secara keseluruhan menampakkan keinginan Bob untuk terus kekal di dalam AF adalah cukup besar. Kesungguhan yang beliau pamerkan inilah sebenarnya antara elemen yang boleh mengekalkan kedudukan Bob di dalam AF. Dari konsert yang pertama sehinggalah konsert yang terkini, persembahan beliau sebenarnya agak bagus cuma beliau hadir tanpa pakej rupa dan personaliti. Beliau membawa bakat kurniaan Allah semata mata dan itu tidaklah mencukupi. Beliau perlu ‘low profile’ sedikit. Usahlah terlalu ‘mesra’ sehingga meloyakan. Persembahan Bob untuk lagu ini mempunyai gabungan stail persembahan yang menjadi, bak kata Kudsia Kahar. Saya tertarik dengan gaya Elvis beliau. Mood lagu ini lebih jazzy dan blues hasil kombinasi yang berjaya ini.

 

Adam – Keroncong Untuk Ana 7/10

Jelas ‘kecorong’ ini tidak sesuai untuk Adam. Latihan yang bertubi barangkali memberikan sedikit keyakinan asas kepada Adam tetapi persembahan beliau sebenarnya sedikit membosankan. Peminat Adam barangkali gusar melihat persembahan Adam kerana kebolehan beliau cukup dibatasi dengan keroncong ini. Penghayatan beliau terhadap keagungan seni lagu stail M Nasir masih belum mencukupi. Beliau melakukan persembahan semata mata untuk melakukan persembahan. Falsafah lagu ini lari bersama ‘kecorong’ stail Adam ini hasil daripada apresiasi yang tidak sampai. Ia menghiburkan cuma tidak ada erti pada persembahan Adam. Vokal beliau tidak stabil dan kedengaran tidak bermaya apabila espresi wajah beliau menampakkan beliau seakan bersungguh untuk menyampaikan lagu ini. 

 

Zarina – Penantian 7.5/10

Persembahan yang ada identiti daripada Zarina. Zarina memberikan persembahan yang semakin ‘konsert’ semakin menyakinkan sebenarnya dari konsert ke konsert. Espresi wajah beliau bersama pergerakan tubuh yang cukup ‘indah’ daripada Zarina sebenarnya telah menutupi kelemahan vokal beliau. Identiti beliau terletak pada gaya persembahan beliau yang tersendiri dan lirikan mata yang ‘kena’ pada lagu lagu yang diberikan kepada Zarina. Vokal Zarina agak low berbanding Bienda untuk lagu ini. Jadi saya rasa Zarina boleh mevariasikan kembali lagu ini mengikut lentok yang mungkin berbeza daripada Bienda untuk mengalihkan tumpuan penonton terhadap isu ‘perbandingan suara bernada tingga dan rendah’. Secara keseluruhan Zarina telah memberikan persembahan yang ada kelas yang tersendiri. Paling tidak, beliau mewujudkan identiti milik Zarina sendiri untuk para penonton. Bukan semua pelajar di AF kini ada identiti semasa menyanyi. Zarina antaranya.

 

Nurul – Ku Mohon 6.5/10

Ini adalah persembahan terbaik daripada Nurul selama beliau berada di dalam AF. Tahap keyakinan beliau menampakkan perubahan yang agak positif cuma sayangnya beliau masih lagi ada gaya seperti seorang pelajar sekolah yang menyertai pertandingan cerita. Feel lagu ini sebenarnya sudah ada pada Nurul. Cuma ‘bunga-bunga’ pergerakan tubuh Nurul agak merosakkan feel asli yang wujud dari persembahan Nurul. Suara beliau agak berserabut pada verse awal sehinggalah part ‘ku mohon’ yang sebenarnya iaitu bahagian ‘oh Tuhan, terangkan hati…’. Persembahan beliau semakin menyakinkan pada bahagian penghujung tetapi masih gagal menutupi kelemahan vokal yang rosak pitchingnya di sana sini. Saya pernah terbaca satu komen pembaca sultanmuzaffar yang mengatakan Nurul menyanyi stail dangdut untuk lagu ini. Bila diteliti dan direnungkan kembali – ya, memang ada. Sedikit.

Zahid – Where Is The Love 9.5/10

Persembahan yang menakjubkan. Beliau seorang bintang dalam pembikinan. (A star in making) Showmanship beliau memperlihatkan beliau seakan seorang superstar yang sudah berpengalaman luas mengendalikan pertunjukan pentas. Penguasaan pentas beliau tidak dibatasi biarpun kesemua pelajar AF muncul untuk ‘mengganggu’ persembahan beliau. Diction yang agak bagus dan energy beliau dikawal dengan seimbang. Tayar beliau tidak pancit biarpun peminat beliau mungkin gusar kalau kalau ada ke’ter’jadinya hal sebegini seperti yang pernah terjadi pada Mas, Linda dan beberapa orang pelajar fav yang lain. Outfit yang kena dengan mood yang kena. Saya kata persembahan Zahid selari dengan respon penonton di dalam dewan. Espresi wajah dan penghayatan terhadap lirik beliau juga cemerlang. You go Zahid!

Linda – Panti Asuhan 9/10

Vokal yang cukup mantap. Penghayatan Linda untuk lagu ini nyata sampai berbanding lagu Madah Berhelah dan Semoga Abadi. Espresi wajah sedih beliau memberikan mood yang lebih tepat kepada penonton dan kehadiran Hetty Koes Endang menambahkan lagi ‘harapan’ yang dipertaruhkan kepada Linda. Nyata persembahan Linda tidak menghampakan. Beliau antara pelajar yang punyai vokal yang unik dan lantang cuma belum menemui identiti diri. Linda harus built personel identity beliau agar pesona bintang beliau diserlahkan lagi. Beliau harus mengehadkan sedikit pergerakan tangan dan kaki beliau semasa menyanyi. Linda juga antara pelajar yang saya rasa mampu pergi jauh dalam bidang seni suara tanahair.

Kolaborasi Memories

Satu persembahan yang ada jiwa. Lontaran vokal Bob, Zahid, Linda dan Mas agak berkesan dan keseluruhan lagu ini merupakan antara persembahan terbaik pada malam tersebut. Mas memberikan fokus dan feel yang agak luar biasa untuk part beliau pada lagu ini. Jikalau feel ini boleh dikerah untuk persembahan solo beliau saya kira ini saya kredit besar terhadap peminat beliau. Bob, Zahid dan Linda memainkan peranan yang cukup besar untuk menjayakan lagu ini secara keseluruhan.

Epilog

Selamat Jalan Zarina

Saya sebenarnya boleh menjangkakan penyingkiran Zarina. Dan saya seperti masih mahu menyalahkan seseorang yang tidak sepatutnya dikekalkan, sama seperti sewaktu Rosma AF1 disingkirkan. Tetapi inilah hakikat reality TV show ini. Jikalau Zarina boleh terima dengan hati yang terbuka kenapa tidak pula saya! Tetapi yang paling mengejutkan ialah ketika entry ini ditaip, peratus undian Nurul merupakan yang kedua tertinggi selepas Zahid iaitu sebanyak 18%. Bak kata Aznil, semua ini terletak di dalam tangan anda. Kredit anda yang menentukan hala tuju pelajar pelajar ini. Sekadar renungan dan tatapan kita bersama, saya petik kata kata webmaster astro di dalam laman web rasmi Akademi Fantasia.

“Suasana di Dewan Sivik, MPPJ bertukar menjadi “panas” apabila Aznil mengumumkan nama pelajar yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia, malam tadi. ZARINA yang dinobatkan “pelajar contoh” oleh Pengetua, Ramli MS mengikut jejak langkah dan nasib EDLIN, FITRI dan ANDING. Para penonton di Dewan Sivik, MPPJ tidak dapat menerima keputusan itu dan menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak mengundi dengan bijak. Namun, seorang pelajar harus pergi dan malangnya malam tadi merupakan giliran ZARINA. Disebabkan undian andalah, ZARINA tidak berkesempatan untuk terus menuju ke puncak! Jangan biarkan perkara sebegini berlaku lagi! Undilah pelajar yang benar-benar berbakat! Mulakan undian anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, klik AFUNDI.”

Renungkanlah ayat ini “…Disebabkan undian andalah, ZARINA tidak berkesempatan untuk terus menuju ke puncak! Jangan biarkan perkara sebegini berlaku lagi! Undilah pelajar yang benar-benar berbakat!..” Persoalan saya ialah siapa yang dimaksudkan dengan tidak berbakat pula? Tepuk dada, tanya minda.

 

Persembahan Terbaik menurut fiqarash:

1. Zahid – Where Is The Love 9.5/10

2. Linda – Panti Asuhan 9/10

3. Bob – I Can See Clearly Now 8.5/10

4. Farah – Ya Maulai 8/10

5. Kaer – Episod Cinta Dari Bromley 7.8/10

6. Zarina – Penantian 7.5/10

7. Mas – Semakin Hari Semakin Sayang 7.3/10

8. Adam – Keroncong Untuk Ana 7/10

8. Nurul – Ku Mohon 6.5/10

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 17, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: