Bintang Di Hujung Jari

Prolog

Demam Akademi Fantasia yang melanda bukan sahaja berjaya tersebar di seluruh pelusuk bumi Malaysia, malah ia berjaya menular di kalangan penonton pelbagai bangsa di bumi ini. Ketika artikel ini ditulis, seluruh peminat rancangan realiti TV ini sedang menanti konsert kesembilan AF2 di mana kita akan disogokkan dengan penyingkiran seorang lagi pelajar untuk mencukupkan kuata 5 orang pelajar yang layak ke konsert penentuan juara. Minggu lalu seluruh peminat AF dikejutkan dengan penyingkiran pelajar favourite, Linda yang pernah digelar pesona bintang oleh pengarah tersohor tanahair, Datuk Yusuf Haslam – satu penyinkiran yang meninggalkan impak besar kepada peminat seni suara tanah air. Lantaran itu timbul pelbagai spekulasi mengenai ketelusan rancangan berbentuk realiti ini – sama ada untuk melahirkan ‘bintang’ yang berkualiti atau bintang yang sekadar ‘popular’ di mata peminat.

Adalah sukar untuk dinafikan ‘lain mata lain pandangannya, lain hati lain citarasanya’ kerana ‘rambut sama hitam, hati lain-lain.’ Kecenderungan minat dan benci seseorang itu terletak kepada citarasa individu dan ia sangat subjektif sifatnya. Tidak perlulah peminat pelajar yang tersingkir bertindak ‘menyerang’ pelajar yang masih kekal di dalam akademi kerana segalanya sudah terbukti – pelajar yang masih kekal itu mempunyai golongan peminat yang tersendiri dan undian mereka lebih banyak. Penulis melahirkan rasa kesal melihat beberapa ulasan, pendapat dan luahan individu yang berbaur dengki sehingga menyentuh soal peribadi untuk menjatuhkan kedudukan pelajar yang masih tinggal. Bagi penulis, biarpun ini dosa pahala masing masing tetapi asasnya tetap sama. Akademi Fantasia hanyalah suatu rancangan berbentuk hiburan semata mata. Tidak perlu terlalu serius dalam persoalan ini.

Dalam masa yang sama, penulis merakamkan jutaan tahniah kepada Astro kerana berjaya mengetengahkan pelajar yang mempunyai pelbagai karenah, karektor dan bakat yang berbeza untuk memenuhi kehendak citarasa peminat seni suara Malaysia yang pelbagai dan berbeza – beza. Kuantiti 12 orang pelajar yang diketengahkan setiap musim merupakan bilangan yang ideal dan tidak ‘berat’ untuk ditelaah peminat AF. Jikalau AF musim yang pertama berjaya memperkenalkan Vince, Khai, Azizi dan Nana yang agak menyerlah di industri hiburan tanahair tidak kira dalam bidang nyanyian, pengaracaan atau lakonan; musim yang kedua ini pula penulis rasakan Zahid, Linda, Kaer dan Adam adalah 4 pelajar yang bakal menyerikan lagi industri ini dengan kehadiran mereka yang cukup dinanti-nantikan.

Kualiti Pelajar dan Kualiti Pengundi

Penulis secara peribadi merupakan peminat fanatik Zahid dan Linda. Namun selepas menyaksikan persembahan terbaik Kaer untuk lagu Mantera Semerah Padi yang penulis rasa ia merupakan persembahan terbaik yang pernah dilakukan oleh mana mana pelajar dalam sejarah Akademi Fantasia, penulis mula memberi tumpuan kepada Kaer. Begitu juga Adam yang berjaya menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan tidak kira dari segi mutu vokal, kualiti persembahan dan initiatif untuk berjaya dalam bidang ini.

Bidang hiburan merupakan bidang yang tidak panjang jangka hayatnya. Generasi baru muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan untuk menggantikan generasi lama. Era demi era kita menyaksikan wajah wajah baru seperti Siti Nuhaliza, Misha Omar dan Siti Sarah menggantikan Ziana Zain, Fauziah Latif dan Aishah. Ini adalah perkembangan yang cukup positif tetapi tidak ramai pendatang baru yang mampu bertahan di dalam arus bidang ini yang penuh pancaroba. Bidang ini bukalah bidang untuk cubaan semata mata. Hanya yang benar benar ‘layak’ mampu bertahan.

Penulis merasakan ‘attitude’ adalah aset yang cukup penting selain bakat. Faktor rupa paras adalah bonus bagi seseorang pendatang baru namun 3 elemen ini belum mampu menyerlahkan pesona bintang pendatang baru ini. Seorang pendatang baru harus mempunyai identiti yang tersendiri – yang mampu menandakan kehadiran bintang yang mampu memberikan saingan kepada generasi lama. Paradigma ini memakan masa yang agak lama. Bukan sehari dua. 4 kriteria inilah yang penulis berjaya jumpai di dalam diri Zahid, Linda, Kaer dan Adam terumatanya Zahid. Andai Zahid bekerja lebih keras untuk mara setapak ke hadapan, Insya Allah beliau mampu meraih hati peminat yang lebih ramai.

Akademi Fantasia IIZahid

Zahid merupakan seorang pelajar yang cukup kental pada pandangan penulis. Sekilas pandang, beliau tidak mempunyai bentuk fizikal yang tinggi seperti Hairi Othman, beliau tidak pula memiliki vokal yang advance seperti Anuar Zain, tidak juga beliau sekacak Zed Zaidi namun ketrampilan beliau terletak kepada attitude yang beliau persembahkan kepada penonton. Beliau ikhlas dan mempunyai keinginan yang begitu besar semasa beraksi di atas pentas, semua genre lagu yang ditugaskan kepada beliau dinyanyikan dengan cemerlang. Beliau mencuba biarpun berada dalam keadaan terdesak melihat kedudukan pelajar lain lebih baik daripada beliau pada awal konsert atau diberi lagu tugasan yang lebih popular daripada beliau. Tambahan pula beliau mampu memberikan kepuasan maksima dengan penghayatan beliau yang begitu bagus. Kawalan emosi Zahid cukup kena pada mesej lagu yang disampaikan sehingga nyawa sebuah lagu yang layu kembali bersinar pada tempo dan rentaknya biarpun zaman sudah tidak sedondon. ‘Feel’ beliau di atas pentas sederhana dan nyanyian beliau pula berjaya diadptasikan dengan gaya beliau yang amat tersendiri. Penulis ingin memberikan kredit besar kepada Zahid kerana berjaya membawa identiti diri yang begitu unik kepada penonton iaitu ‘sempoi’.

Akademi Fantasia IILinda

Linda merupakan sebutir permata yang tercicir di dalam akademi. Namun tersingkirnya Linda tidak bermakna Linda sudah ‘kalah’. Linda mempunyai pakej yang mencukupi untuk mara selangkah lagi ke hadapan. Tone beliau amat unik cuma beliau masih perlu mencari lebih banyak pengalaman untuk mewarnai corak persembahan Linda dengan cara yang tersendiri. Identiti beliau masih sedikit samar tetapi attitude, bakat dan rupa paras Linda telah terlebih dahulu menjadikan Linda gilaan ramai jejaka Malaya. Ramai peminat Linda tidak dapat menerima hakikat bahawasanya Linda telah diAFUNDI keluar dari Akademi Fantasia. Penulis rasakan pasti ada hikmah di sebalik penyinkiran tersebut. Berbekalkan pakej yang dimiliki oleh Linda, pengarah Datuk Yusuf Haslam barangkali mempunyai rancangan yang tersendiri untuk diusahakan bersama Linda. Kita celikkan mata dan nantikan kemunculan Linda di layar perak!

Akademi Fantasia IIAkademi Fantasia II

Kaer dan Adam

Kaer dam Adam sebenarnya mengalami masalah yang sama iaitu kekuatan emosi. Mereka senang terganggu dengan faktor minor dari persekitaran tetapi penulis tidak merasakan ia merupakan permainan emosi yang sengaja dirancang. Kaer dan Adam mempunyai sifat yang amat ‘indah’ dan ‘sedap’ mata memandang biarpun agak beremosi. Mereka jujur dalam penampilan dan menangis apabila sedih, ketawa apabila gembira biarpun terpaksa berhadapan dengan 13 pacakan kamera di sekeliling mereka. Kaer mempunyai corak nyanyian yang agak tersendiri namun belum cukup menyerlah mungkin disebabkan pembahagian lagu yang tidak menepati citarasa beliau. Faktor bakat dan rupa paras adalah aset Kaer yang terpenting. Beliau harus tahu menyeimbangkan dengan attitude beliau untuk menjadi seorang bintang. Begitu juga Adam. Beliau harus tahu bagaimana untuk beradaptasi dengan cabaran yang tidak boleh dipalingkan ke belakang di dalam akademi. Beliau harus lebih berusaha dari pelbagai aspek untuk mencari keseimbangan diri untuk menyerlah dan menonjolkan diri sebagai seorang bintang. Titik keseimbangan ini ada pada diri Adam dan Kaer, cuma mereka mungkin tidak sedar – berani. Mereka harus berani pada tempatnya. Jangan menyimpan kerana tidak berani, jangan pula terlalu berani untuk mengeluarkan sesuatu yang terlalu peribadi.

Akademi Fantasia IIAkademi Fantasia II

Penulis tidak menafikan bakat yang dimiliki 11 pelajar yang lain namun mereka harus mempunyai attitude yang baik bukan sahaja disebabkan mereka kini sudah bergelar public figure atau segala tindak tanduk mereka akan dipertontonkan kepada umum namun mereka harus ikhlas. Strategi yang terbaik untuk promosi diri ialah jadi diri sendiri di hadapan kamera. Penonton lebih bijak untuk menilai keikhlasan air mata, peluh dan keluhan para pelajar. Selama lebih kurang 10 minggu bersama Akademi Fantasia, penulis cukup berpuas hati dengan perwatakan dan cara pembawaan diri Zahid. Sikap inilah yang menjadikan Zahid tampan dan kacak di mata peminatnya.

Ketelusan krew produksi AF untuk menjayakan program ini sewajarnya harus dipuji bukannya dipertikaikan lagi atas dasar kesungguhan yang ditunjukkan. Nama nama besar seperti Ramli MS, Adnan Abu Hasan, Siti Hajar, Fauziah Nawi dan lain lain merupakan yang terbaik di dalam bidang masing masing. Mereka yang ‘terbaik’ ini telah dilantik untuk mencurahkan ilmu, pengalaman dan pendapat mereka kepada 12 orang pelajar yang tidak perlu berbayar apa apa. Kesungguhan Astro untuk mempromosikan seorang pelajar yang dahulunya belum pernah ‘masuk’ TV secara percuma adalah satu usaha yang begitu bagus untuk mengetengahkan bakat seorang insan yang bercita cita untuk bergelar insan seni.

Epilog

Propaganda ‘penonton yang bijak’ tidak harus dilaungkan. Penulis hanya rasa ‘penonton yang berhak’ menentukan hala tuju siapa yang mereka minati. AFUNDI-kan hak anda tanpa perlu dipengaruhi kerana ‘bintang’ ada di hujung jari anda.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 6, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: