Anwar Sebagai Pahlawan Asia

Thursday, September 30 @ 11:52:51 MYT

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Hrkh)- Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor menyeru rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada Dato’ Seri Anwar yang dicaonkan sebagai salah seorang ‘Pahlawan Asia’ oleh sebuah majalah terkemuka, Time Asia.

Anwar adalah salah seorang daripada 20 tokoh-tokoh Asia yang dicalonkan untuk diundi secara online di laman web rasmi majalah tersebut.

Dalam undian yang masih berjalan sekarang, Anwar yang dibebaskan pada 2 September lepas berada di tempat ketiga di belakang tahanan politik Burma, Aung San Suu Kyi dan pejuang kemanusiaan Tibet, Dalai lama.

Setakat berita ini ditulis, Anwar memperolehi 9.7% undi , manakala Suu Ky memperolehi 46.4% dan Dalai lama 39.5%. Anwar adalah satu-satunya calon dari Malaysia yang menerima pencalonan tersebut.

Sehubungan itu, menurut Ezam, rakyat Malaysia seluruhnya harus berbangga dengan pengiktirafan ini dan mengambil bahagian dalam pengundian yang masih berjalan sekarang.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik dan kaum supaya memberi sokongan kepada Anwar dengan meluangkan masa melayari laman tersebut dan mengundi Anwar sebagai tanda sokongan, ” kata Ezam kepada Harakahdaily.

Pelayar laman web boleh mengundi untuk memilih tokoh masing-masing.

http://www.time.com/time/asia/2004/heroes/.

Keputusan akan diumumkan pada 4 Oktober 2004.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on October 2, 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: