Di Sebalik Tsunami

Assalammualaikum w.b.t,

Seperti sukar untuk dipercayai apabila memikirkan bencana alam yang dasyat masih mampu menyentuh tanahair kita. Tapi, itulah hakikatnya. Tidak pernah dicatatkan dalam sejarah negara, ombak besar setinggi pohon kelapa datang ke pesisir pantai membunuh lebih 50 mangsa dan menyebabkan ribuan orang hilang tempat berteduh. Buat pertama kalinya, Hopital Selayang, PUSRAWI dan HUSM terpaksa dikosongkan kerana akur bergoyang pada gempa bumi berskala 8.9 Richter.

Pada skala Richter, ‘severity’ :

<6 = mild

6-8 = moderate

>8 = severe

Sebenarnya, jarang atau tidak mungkin mengikut Skala Riechter, ukurannya melebihi 8.9. Ini kerana Skala Richter bererti 10 kali ganda , misalnya pada pada 2 Riechter, bererti 10 kali ganda lebih kuat dari 1, 3 bererti 100 kali ganda lebih kuat dari satu dan seterusnya. Pada skala 9 ini bererti 100,000,000 kali ganda lebih kuat dari satu.

Gempabumi di Bam yang membunuh 41,000 nyawa pun hanya berukuran 6.5 Richter.

Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah tarikh ‘maut’.

Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.

Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat..

Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa. Adakah semuanya ini ‘coincidental’? Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember di banyak tempat di dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan, mabuk dan berpoya-poya? Pada pagi 26 Disember 2004, di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda..

Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yang berlaku tetapi sekadar menginsafinya sebagai peringatan.

Kita sering mendengar dalam pengajian al-Quran dan hadis bahawa Allah Azza Wa Jalla telah menghukum umat-umat dahulu yang engkar dengan siksaan yang dahsyat kebanyakannya dalam bentuk natural disaster yang ada sekarang. Cuma kita tak terbayang bagaimana teruknya azab yang mereka terima. Walaupun kita sering melihat dokumentari dan berita mengenai gempa bumi, tsunami, ribut, twister dan sebagainya, kita tak berapa terasa kesannya. Tetapi, apabila jadi di negara sendiri, Masyaallah. Na’uzubillah, janganlah Allah turunkan lagi siksaan begini!

Kita berharap ramai yang mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Tapi nampaknya tidak begitu. Persiapan untuk Countdown 2005 makin hebat. Perpuluh pesta dan konsert sedang menanti. Amat memeranjatkan sebaik sahaja warta berita selesai dipenuhi berita bencana tsunami tersebut, bertubi-tubi pula iklan mengenai sambutan Tahun Baru ke udara. Semuanya mengajak orang ramai melupakan diri pada malam yang dibintangi segala macam artis popular. Perkhidmatan kenderaan awam akan dilanjutkan sehingga jam 2-3 pagi. Adakah ini reaksi kita terhadap peristiwa bencana yang dipertontonkan? Jauhnya masyarakat kita ini dari kesedaran! Bukan istighfar dan

insaf, tapi makin galak nak lakukan maksiat!

Kepada semua, jangan lupa berdoa dan berusaha. Jangan terleka dengan comfort zone kita dan melakukan rutin harian tanpa sebarang rancangan untuk memacu umat ke taraf yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

p/s: Artikel ini dipetik dari salah sebuah forwarded email yang saya terima.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on January 2, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: