Sekadar renungan bersama

Artikel ini dipetik dari laman web <a href=”http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan/20041231081548/Article/

” target=”_blank”>Berita Harian bertarikh 31 Disember 2004. Saya pernah membaca berita mengenai salji turun di Arab kalau tidak silap saya awal tahun 2002. Ketika itu terdetik juga di hati saya bahawasanya barangkali dunia menghampiri kiamat jikalau merujuk kepada beberapa hadis yang dipadankan dengan kenyataan akhbar ini. Tapi disebabkan kelalaian terhadap dunia saya alpa. Kali ini kesan dentuman berita ini terasa lebih kuat. Sebelum saya perturunkan petikan akhbar mutakhir, saya paparkan juga berita salji turun di Arab versi 2002 yang saya petik dari laman web True Story

Salju Telah Turun Di Dataran Arab Sebagai Salah Satu Tanda Datangnya Hari Kiamat

Sebagimana diberitakan oleh TV Arab Saudi dan diberitakan kembali oleh Nuansa Pagi RCTI – Indonesia (Selasa, 15 Januari 2002), bahwa pada Hari Minggu, tanggal 13 January 2002, di Arab Saudi yang merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas dimana matahari bersinar sepanjang hari, telah terjadi suatu fenomena alam yang pelik, iaitu dengan turunnya salji dengan lebatnya. Tepatnya di darah Tabuk 1500 km dari Riyad (Ibukota Arab Saudi) ketebalan salji mencapai 20 cm, dan di Yordania suhu mencapi titik beku (0 derajat celcius). Ternyata tahun-tahun terakhir ini di Jazirah Arab yang notabenenya gurus pasir panas, turunnya salju ini telah sering terjadi, tetapi hal ini ditutup-tutupi atau tidak dipublikasikan secara luas. Ada apa gerangan dengan terjadinya fenomena alam tersebut? Bagi umat Islam yang telah memahami ajaran Islam, turunnya salji di arab saudi ini bukan merupakan hal yang aneh, karana hal ini telah diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu. Ketika para sahabat menanyakan kepada Rasulallah SAW mengenai kapan datangnya hari kiamat. Rasulallah SAW menjawab, bahwa pengetahuan mengenai datangnya hari kiamat hanya ada pada sisi Allah SWT. Tetapi Allah SWT telah memberitahukan tanda-tandanya kepada Rasulallah SAW, antara lain sebagaimana diterangkan dalam salah satu hadis Rasulallh SAW: “Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai(HR Muslim)”

Dari Hadist Rasulallah SAW di atas ada beberapa informasi yang didapat:

1. Informasi datangnya hari akhir kiamat

2. Dahulu kala dataran / jazirah Arab pernah menjadi padang rumpur yang subur dan dipenuhi dengan sungai-sungai

3. Nanti, dataran Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai, sebagai salah satu tanda datangnya hari kiamat.





Salji turun pertama kali di negara Arab

DUBAI: Buat pertama kali sepanjang ingatan sejarah, salji turun di Emiriah Arab Bersatu (UAE), negara yang dikelilingi gurun dan padang pasir.

Pegawai Jabatan Kaji Cuaca Dubai semalam menyatakan, salji melitupi pergunungan al-Jees di Ras al-Khaimah, kawasan yang terletak di negeri paling utara di UAE.

Akhbar berbahasa Inggeris, Gulf News melaporkan, kawasan pergunungan yang terletak 1,737 meter dari paras laut itu menyaksikan salji turun pada malam hari sejak dua hari lalu berikutan cuaca sejuk sehingga mencecah suhu serendah -5 darjah Celsius dan mengejutkan ramai penduduk negara ini.

Kawasan pergunungan itu bermula di UAE sehingga ke Oman dan tempat tertinggi di

sesetengah tempat mencecah 2,500 hingga 3,000 meter. Isnin lalu, hujan lebat berukuran 12.6 milimeter berlaku di kawasan gurun Dubai, satu daerah yang jarang sekali menerima hujan.

Malah, polis melaporkan 500 kemalangan jalan raya berlaku dalam tempoh 24 jam, termasuk satu nahas maut yang berpunca daripada hujan lebat selama tiga hari berturut-turut.

Cuaca sejuk turut menyelubungi negara itu minggu ini dengan suhu turun mendadak kepada 12 darjah Celsius di Dubai, malam kelmarin.

Kenyataan Jabatan Kaji Cuaca itu bagaimanapun berkata, cuaca sejuk di Dubai yang sebelum ini suhu musim panasnya mencecah 50 darjah Celsius, akan berakhir minggu depan. UAE adalah antara tempat pelancongan popular, terutama kota Dubai di mana kebanyakan pelawat adalah dari negara sejuk yang datang untuk menikmati cuaca panasnya. AFP/Reuters

Apa kaitannya dengan Hadith ini:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”.

H.R.Muslim

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on January 2, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: