Untuk renungan bersama

Jika diteliti, ada satu yang pelik mengenai “timing” dua gempabumi besar ini. Yang terjadi tahun lalu, berukuran 9.0 Richter, terjadi pada 26 Disember, iaitu satu hari selepas Krismas. Yang baru-baru ini, berukuran 8.7 Richter, terjadi pada 28 March, iaitu satu hari selepas Easter, satu lagi hari besar untuk orang Kristian. Jika Krismas disambut oleh orang Kristian sebagai tarikh lahir Nabi Isa, Easter di sambut sebagai hari Jesus “dihidupkan semula”. Ianya disambut pada 27 March tahun ini. Pada hari Easter, orang Kristian akan berpakaian cantik serba baru dan akan berpesta. Kanak-kanak akan meraikannya dengan permainan “easter egg” dan “easter bunny”.

Mungkinkah ada yang mesej dari Allah SWT yang tersirat dalam pemilihan dua tarikh ini? Apakah ini lambang kemurkaan Allah SWT terhadap penolakkan kebenaran Al Quran dan pegangan pendapat bahawa Nabi Isa itu adalah anak tuhan yang mati disalib? Atau, adakah ini mesej untuk orang-orang Islam sendiri supaya cepat sedar dan jangan terikut-ikut dengan fahaman barat yang mengatakan bahawa kejadian tsunami tempoh hari adalah kuasa alam semulajadi dan bukan dari Allah SWT?

Mungkin ada yang bertanya mengapa mesej ini dalam bentuk bencana alam yang terjadi di sebuah negara Islam? Jawapannya, jika ianya terjadi di Vatican, tentu terlalu ketara kebenaran Islam itu, lalu, hidup ini yang sebenarnya ujian keimanan dan ketaqwaan, bukan lagi menjadi ujian. Ini adalah seolah-olah soalan peperiksaan yang
bocor. Walaupun begitu, mesej2 halus begini masih boleh dibaca oleh orang-orang yang mahu berfikir. Bagi yang telah hanyut, bencana ini semua tak lain tak bukan hanyalah “A Force of Nature”.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on April 9, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: