KEPUTUSAN AIM 12

Persembahan AIM 12 – Didominasi wajah baru

Hampir keseluruhan persembahan Anugerah Industri Muzik Ke-12 (AIM 12) didominasi oleh wajah-wajah baru. Dimulakan dengan dendangan lagu Asmaradana oleh Tiara Jacquelina, persembahan seterusnya menampilkan penyanyi-penyanyi pelapis.

Kalau Tiara memukau penonton dengan aksi terbang tinggi waktu per-sembahan, gabungan Jac, Dina, Farah dan Zahid dengan iringan orkestra pimpinan Ramli M.S. membuktikan mereka memang berkemampuan menyanyi live.

Persembahan calon-calon bagi kategori Artis Baru Terbaik seperti D-Va, Farahdhiya, The Times, Vince dan Waheeda dianggap sebagai kuasa muzik baru yang bakal meningkatkan kembali kegemilangan industri muzik tempatan.

Namun kehadiran kumpulan 60-an, Orkestra Nirwana pimpinan Datuk A. Rahman Hassan, tidak pula ada kurangnya. Mereka ini berjaya mengembalikan nostalgia kepada penonton.

Namun pada waktu yang sama ada juga terkilan dengan persembahan Siti Nurhaliza yang memilih lagu `kurang mesra’ pada pendengaran penonton. Biarpun begitu Siti berjaya menawan pemandangan penonton menerusi gerak tarinya yang lincah

SENARAI PENUH PEMENANG AIM 12

1. ARTIS BARU TERBAIK
1. D-Va
2. Farahdhiya
3. The Times
4. Vince
5. Waheeda

Pemenang: Vince
Vince membolot hampir kesemua anugerah untuk Artis Baru Terbaik tahun lepas. Tahun ini beliau tidak terlepas untuk menambahkan koleksi anugerah artist baru terbaik bagi AIM tahun 2005 ini. Tahun ini tidak menyaksikan saingan yang hebat berbanding tahun tahun yang sudah. Cuma saya agak hairan kenapa Jacklyn Victor, pemenang Malaysian Idol 2004 dan pemenang naib johan Akademi Fantasia musim pertama iaitu Khai tidak dicalonkan untuk kategori yang sama. Turut terbabas daripada senarai calon akhir AIM 2005 bagi kategori ini ialah Dia Fadilla yang amat popular dengan lagu Andai. D-Va dan The Times merupakan alternatif untuk mempelbagaikan genre muzik pada ketgori ini. Hasil kerja mereka ikhlas cuma elemen populariti agak kurang. Kumpulan The Times sebenarnya bukannya barupun dalam industri muzik. Mereka terdiri ahli kumpulan asal OAG. Selepas berbalah dengan Radhi, Naza dan Mono telah keluar dari kumpulan ini dan mencari tapak baru, maka wujudlah The Times. Melihat persembahan mereka malam AIM yang sudah, saya geleng kepala. Saya benar benar ada sindrom kurangan daya tahan karya duplikasi. Kehadiran mereka wajar diberi perhatian namun mereka tidak wajar dinobatkan sebagai artis baru terbaik sekiranya unsur plagiat dan duplikasi dirasakan terlalu berat dalam penghasilan karya mereka. Vince wajar menang kerana beliau mempunyai identiti yang cukup jelas.

2. ARTIS HARAPAN
1. Bob
2. Farah
3. Nana
4. Sahri
5. Zahid

Pemenang: Farah
Saya cukup hairan bagaimana Nana boleh dicalonkan untuk kategori ini. Dan rasanya bukan saya seorang sahaja yang hairan, malah ramai penonton yang hadir untuk siaran langsung melahirkan perasaan hairan. Sejurus nama beliau diumumkan pada klip nominasi, penonton di PWTC memberi respon yang sangat dingin menandakan tidak restu. Beliau saya akui agak cemerlang dalam melaksanakan tugas beliau sebagai seorang peyampai radio Era FM dan barangkali pengacara majlis secara kontrak. Tetapi untuk Anugerah Industri Muzik, sudah pasti tidak! Melihat senarai calon akhir untuk kategori ini, saya jangkakan Zahid atau Farah yang bakal bergelar pemenang. Kemenangan yang berpihak kepada Farah tidak wajar dipertikaikan. Cuma satu lagi persoalan saya ialah kategori ini seumpana disediakan khas untuk Bintang Akademi Fantasia yang saya sifatkan sebagai bintang mee segera. Apakah harapan yang disandarkan kepada mereka? Pemilihan artist untuk kategori harapan nyata kabur dari segi kriterianya. Jikalau ia benar benar dipilih menerusi bintang realitit TV dan menitik beratkan soal kualiti. Nama nama yang tercicir dalam ketegori ini pastinya ialah Jac dan Dina Malaysian Idol dan pemenang AF 1, Vince. Kenapa? Mereka tidak dipertaruhkan apa apa harapan kah?

3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)
1. Ezad Exists – Paragon
2. Saleem Iklim – Bunga Emas
3. Tam Spider – Nazraku
4. Vince – Vince
5. Zainal Abidin – Puteri

Pemenang: Zainal Abidin – Puteri
Dari awal lagi saya sudah menjangkakan Zainal Abidin bakal membolot anugerah ini. Zainal Abidin merupakan nama besar yang amat berpengaruh dalam industri muzik tanahair. Kretiviti, dan keagungan karya beliau setanding dengan sifu M Nasir. Vokal beliau bertenaga, sebutan beliau jelas, bulat dan tepat tidak kira dalam album atau menyanyi secara live. Melihat senarai calon akhir, saya rasa hanya Saleem Iklim yang mampu memberi saingan kepada Zainal Abidin berdasarkan ketelusan suara belum membentuk feel dalam lagu. Tam dan Ezad merupakan underdog yang tidak boleh dipandang remeh tetapi mutu vokal mereka agak tenggelam timbul dan tidak banyak membentuk variasi apabila bertemu dengan konsep lagu selain daripada genre pop rock. Garapan mood yang tepat juga dirasakan kurang di dalam album Paragon dan Nazraku. Vince cemerlang dalam bidang penciptaan lagu tetapi bukannya untuk persembahan vokal. Suara beliau kekadang agak ‘essy’ apabila terlalu ghairah mencari bunga bunga R&Bnya. Saya tidak mahu seorang penyanyi yang tidak reti menyebut perkataan cinta (chenta) dengan tepat dinobatkan sebagai pemenang. Tambahan pula bunga bunga vokal Vince terlalu over sehingga menjadi serabut dalam beberapa lagu yang zahirnya simple. Keunikan sebagai seorang penyanyi lagu Melayunya kurang menonjol kerana pelat keInggerisannya agak serius. Hairan juga saya, Anuar Zain tidak bertanding atau kecundang dalam kategori ini? Bukankah beliau baru release Semuanya Untukmu tahun lepas? Nasser Wahab – Memori Cinta Luka pula tak baguskah vokalnya? Bagaimana pula Pendusta Cinta oleh Rem?

4. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA)
1. Juwita Suwito – Brand New World
2. Misha Omar – Aksara
3. Ning Baizura – Erti Pertemuan
4. Siti Nurhaliza – Prasasti Seni
5. Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza Live In Concert 2004

Pemenang: Siti Nurhaliza – Prasasti Seni
Saya cukup terkilan diva jazz tanahair – Sheila Majid tidak menamakan diri beliau untuk tahun ini. Begitu juga dengan Dayang Nurfaezah, Juliza Alfizan, Azharina dan Jac Malaysian Idol yang tidak kelihatan dalam senarai calon akhir. Bagi saya, untuk memenangi vokal terbaik bukannya lontaran vokal semata mata. Garapan mood sangat diperlukan. Hampir setiap tahun Siti Nurhaliza berjaya meletakkan diri sebagai pemenang untuk kategori ini. Saya hormati pengalaman dan kegigihan usaha beliau mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa. Namun realitinya ialah album Prasasti Seni bukanlah album terbaik yang pernah beliau hasilkan. Beliau masih terhenti di satu takuk keSitian yang sukar untuk diubah titik tolaknya itu. Kalau saya bandingkan kemajuan yang Siti capai dari album pertama Jerat Percintaan sehingga album kedua Aku Cinta Padamu dengan kemajuan yang Misha Omar capai dari album pertama Bunga Bunga Cinta sehingga album kedua Aksara, nyata Misha lebih menyerlah dari segi lontaran vokal dan kawalan emosi semasa menyampaikan sesebuah lagu di dalam album. Identiti Misha jelas, setiap lagu yang berlainan konsep disampaikannya dengan baik dan penuh karektor. Kredit ini perlu diberikan kepada Misha sebagai pendatang yang agak baru dalam bidang seni suara tanahair cuma untuk memenangi kategori ini, mungkin belum masanya lagi. Ning Baizura merupakan underdog yang mencelah di antara Siti dan Misha, cuma Ning mempunyai masalah yang agak serius dari segi sebutan. Album Erti Pertemuan saya rasa adalah album yang sangat berkualiti dan teliti. Cuma beliau seakan sengaja mengubah diftong s kepada sy; c kepada ch. Juwita Suwito berjaya menyandarkan populariti yang beliau capai sewaktu menyanyikan lagu Menuju Puncak di Akademi Fantasia untuk mara ke senarai pencalonan akhir. Saya memiliki album Brand New World. Beliau memiliki lontaran vokal yang sangat persis, kawalan vokal beliau baik, dan segalanya cukup sempurna melainkan konsep keseluruhan sebuah album. Album tersebut ikhlas Cuma kurang komersial. 2 3 kali saya dengar saya rasa ‘kosong’ melainkan vokal beliau yang mantap. Beliau saya rasa sekadar memenuhi senarai penuh untuk mencukupkan kuata 5 orang. Kemenangan Siti adalah mutlak. Biarpun dicabar hebat, Siti masih terbaik dalam senarai calon akhir.

5. PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM
1. Gerhana Ska Cinta – The New Authentic
2. Rabbani – Yalla Beena
3. Raihan – Allahu
4. Ruffedge – Defined
5. Teh Tarik Crew – What’s Next?

Pemenang: Raihan – Allahu
UNIC, Mirwana, VE, Love Me Butch, 7 Color T, merupakan antara nama yang tercicir. Tahun lepas, Raihan yang mempertaruhkan album Gema Alam lagi sudah membuktikan mereka masih merupakan penyanyi nasyid berkumpulan yang terbaik di Malaysia biarpun tanpa gubahan lagu pelbagai gimik. Keharmonian paduan suara Raihan melahirkan keikhlasan yang tidak mampu ditandingi mana mana kumpulan yang turut tersenarai dalam kategori yang sama. Keikhlasan ini seterusnya berjaya membawa mood para pendengar untuk meneroka erti setiap bait kata kata lirik nasyidnya dan ia kemudiannya meninggalkan kesan kesedaran kepada pendengar. Berbanding dengan 4 kumpulan yang turut dicalonkan, saya sukar merasakan impak yang sama. Gerhana Ska Cinta pula dirasakan sebagai underdog yang mampu menggugat sekiranya apa yang dicari para juri ialah kelainan dalam versatiliti. Saya tabik kepada Gerhana Ska Cinta dengan dendangan lagu Tunggu Sekejab karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Antara Anyir Dan Jakarta oleh Sheila Majid. Saya teruja, terpana dan terpesona. Begitu fresh dan unik. Sebagai sebuah kumpulan ska jazz yang sering mengadakan persembahan underground, gigs dan night show, Gerhana Ska Cinta bukannya calang calang band yang boleh dipertikaikan kebolehan dan bakat mereka. The Tarik Crew dan Ruffedge mempunyai pendukung yang kuat dari kalangan peminat hiphop, saya rasa VE lagi elok vokalnya berbanding mereka. Seperkara yang saya rasa pelik ialah bagaimana album hiphop boleh dicalonkan untuk persembahan vokal berkumpulan terbaik di dalam album sedangkan lagu lagu hiphop semata mata lebih mementingkan karektor dari segi elemen muzik, lirik dan penyampaian mesej?

6. KULIT ALBUM TERBAIK
1. Fareeq (Kid) – D-Va (D-Va)
2. Kacun – Bermulanya Satu Evolusi (New Boyz)
3. Nizam Rahmat – Erti Pertemuan (Ning Baizura)
4. Rauna Jud – Prasasti Seni (Siti Nurhaliza)
5. Urba Ad – Sawo Matang (Noraniza Idris)

Pemenang: Nizam Rahmat – Erti Pertemuan (Ning Baizura)

7. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
1. Hanafi, Fadzli Fauzy, Shashi, Zairi & CL Toh – Nazraku (Spider)
2. Jig & Aliff – Bunga Emas (Iklim)
3. Mac Chew – Puteri (Zainal Abidin)
4. Mat, Ramlan Marzuki, Azlan Abu Hassan, Adnan Abu Hassan,Amir, Calvin, Ami, Zairi – Aksara (Misha Omar)
5. Peter Chong, Aubrey Suwito – Brand New World – Juwita Suwito

Pemenang: Mac Chew – Puteri (Zainal Abidin)
Mac Chew merupakan nama agung dan beliau diiktiraf sebagai pemuzik dan pemain piano tersohor di Asia. Beliau sering mengendalikan show secara live besar besaran yang melibatkan Sheila Majid, Ruth Sahayana, Siti Nurhaliza, dan beberapa nama besar yang lain. Selain itu, biarpun beliau diovershadow oleh Ramli MS, Sham Kamikaze, Roslan Aziz dan Idham Omar di Malaysia, beliau masih mendapat tempat di Indonesia, Singapore dan Brunei. Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik Indosiar dan beberapa malam anugerah tersohor di negara jiran sering menggunakan khidmat beliau untuk skor muzik. Gabungan kreativiti beliau bersama kebijaksaan Zainal Abidin dalam melahirkan album Puteri memperlihatkan 2 nama besar bersatu dalam sebuah album. Cuma saya tidak harus mempertikaikan kebolehan Mat, Ramlan Marzuki, Azlan Abu hassan, Adnan Abu Hassan, Amir, Calvin, Ami Zairi bagi album Aksara. Saya tidak pasti apakah kriteria untuk menilai sejauh mana ‘keterbaikan’ rakaman sesebuah album namun berasa senang dengan 2 buah album ini.

8. VIDEO MUZIK TERBAIK
1. Henry Ooi – Scarecrow (Disagree)
2. Henry Ooi – Suicide Note (Disagree)
3. Yusri – Seksis (Anita Sarawak)
4. Virginia Kennedy – Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
5. Virginia Kennedy – Senang Tari (Ning Baizura)

Pemenang: Virginia Kennedy – Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)
Awan yang terpilu nyata merupakan pilihan yang terbaik memandangkan video klip ini merupakan satu satunya video klip yang bermonolog. Ia menceritakan perjalanan Ning Baizura dari mula minat menyanyi, menjadi penyanyi dan bergelar penyanyi tersohor tahanair. Berkat restu daripada ayahanda beliau, kini nama Ning semakin menyerlah dan berjaya mengumpul sejumlah peminat yang bukannya sedikit. Ramai yang sedar sebenarnya pada awal pembabitan Ning, kerjaya Ning sebagai penyanyi tidak direstui ayah beliau dan kehidupan beliau agak kucar kacir. Namun kini, Ning come-back dan jujur menghadapi public. Beliau semakin diterima dan bintang beliau semakin menyerlah. Video klip awan yang terpilu adalah gambaran perjuangan beliau. Puitis dan penuh kasih sayang.

9. ALBUM POP ETNIK TERBAIK
1. Balaghah – Syura
2. Binafsha – Waheeda
3. Kekasih Kerinduan – Nas Adila
4. Sawo’ Matang – Noraniza Idris
5. Taat – Rohana Jalil

Pemenang: Sawo’ Matang – Noraniza Idris – Sawo’ Matang

10. ALBUM NASYID TERBAIK
1. Raihan – Allahu
2. Hijjaz – Damai
3. In Team – In Team ’04
4. Mirwana – Mirwana
5. Rabbani – Yalla Beena

Pemenang: Raihan – Allahu
Ini juga satu lagi kategori yang tersalah title. Kalau diubah menjadi Album Masyid Popular barangkali lebih elok. Saya tersangat terkilan kerana UNIC tidak dicalonkan. Mirwana yang muncul menjadi pemenang 2 kategori di anugerah Era yang lalu sangat mengecewakan saya. Saya beli album tersebut dan hanya sekali sahaja yang saya dengar. Macam album pop acabella. Saya kira hanya Raihan, Rabbani dan Hijjaz yang berjaya menghasilkan album Nasyid yang benar benar berkualiti. Dan memang 3 nama inipun yang menjadi jaminan mutu album nasyid di Malaysia. In Team merupakan penyanyi nasyid berkumpulan yang paling komersial di Malaysia. Mereka sangat watchable, mereka akan terus popular disebabkan mereka adalah wakil dari golongan pelajar pelajar Universiti dan Kolej. Untuk kategori ini, mereka terlalu dibayangi nama nama besar seperti Raihan dan Rabbani.

11. ALBUM POP ROCK TERBAIK
1. Nazraku – Spider
2. Paragon – Exists
3. Puteri – Zainal Abidin
4. Def Gaf C – Raw
5. Un. Metal Volume 2- XPDC

Pemenang: Nazraku – Spider
5 buah pencalonan, 5 style yang berbeza. Spider merupakan nama besar yang sangat popular kebelakangan ini. Siapa tidak kenal dengan Spider anak didik sifu M Nasir yang mana lagunya senang meniti di mulut para peminat muzik pop rock. Exists merupakan kumpulan yang sudah bertahan agak lama, sejak saya darjah 4 atau 5 lagi saya sudah mendengar lagu Oh Ibu. Def Gab C agak murung sejak kebelakangan ini namun kualiti album mereka masih terjaga manakala XPDC masih maintain seperti kumpulan rock lagenda Search, dan Wings. Come on. Ini kategori Album Pop Rock Terbaik bukannya kategori Artist Pop Rock Terbaik atau Artist Rock Jiwang Terbaik. Terdapat artist pop rock lain di Malaysia yang boleh menandingi senarai pencalonan ini. Contohnya Pop Shuvit, Seven Color T, Love Me Butch and a dozen more. Saya hairan kenapa artist artist urban tidak diberi perhatian dan peluang. Padahal nama nama seperti Pop Shuvit merupakan nama yang menjaja nama Malaysia di Japan, US, UK dan Europe even Thailand, Singapore, dan Indonesia?

12. ALBUM HARD ROCK TERBAIK
1. Dendam – Amuk
2. N. T Virus – Kristal
3. Otai Jamm – May
4. Perhentian Objektif – Viper
5. Real X – Real X

Pemenang: Otai Jamm – May

13. ALBUM POP TERBAIK
1. Misha Omar – Aksara
2. Ruffedge – Defined
3. Ning Baizura – Erti Pertemuan
4. Siti Nurhaliza – Prasasti Seni
5. Vince – Vince

Pemenang: Ning Baizura – Erti Pertemuan
Sebuah album yang baik terhasil daripada paduan kualiti kerja tersohor antara penyanyi, komposer, sususan muzik, penulis lirik, dan pelbagai aspek yang lain. Prasasti Seni Siti Nurhaliza bukanlah album yang wajar disenaraikan untuk Album Pop Terbaik kerana kualiti kerja yang kurang memuaskan dari segi penulisan lirik hasil daripada beberapa lirik picisan yang ditulis oleh Siti Nurhaliza sendiri. Saya cukup tidak berpuas hati dengan AIM yang terlampau menitik beratkan elemen populariti penyanyi. Beliau menghasilkan lirik picisan yang tanpa apa apa erti khusus yang membawa maksud ‘keagungan’ dalam konteks nilai sastera sebuah karya seni. Begitu juga Ruffedge yang cuba menghavockan album beliau dengan beberapa elemen yang diduplikasikan daripada idea seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Persembahan vokal kumpulan ini sekadar ‘OK’, mesej secara keseluruhan album ini tidak ubah seperti sebuah album hiphop urban yang mengajak peminat berdansa, bergoyang, bercinta dan bersuka ria. Saya suka album ini namun demi sebuah keadilan, album ini tidak wajar dicalonkan. Erti Pertemuan Ning Baizura telah mengabadikan hasil kerja yang bermutu daripada semua krew yang terlibat termasuk Ning Baizura. Namun album ini agak berat. Sebagai seorang penyanyi soul, Ning tidak perlu terlalu ‘ghairah’ untuk mengadun suara ‘emas’nya. Seperti Patti Labelle dan Queen Latifah. Mereka lebih mementingkan feel. Namun tiada pilihan yang lebih elok daripada album ini. Album Aksara dan Vince cukup memuaskan tetapi masih belum matang sepenuhnya.

14. ARTIS INGGERIS TEMPATAN BARU TERBAIK
1. Altered Frequency
2. Disagree
3. Gerard Singh
4. Juwita Suwito
5. Shelly Leong

Pemenang – Disagree
Gerhana Ska Cinta dan Seven Collor T adalah artist baru berjaya dicalonkan untuk Album Inggeris Tempatan Terbaik tetapi Artist Tempatan Baru Terbaik mereka kecundang? That was ridiculous. Mana Reshmonu? Dah tua sangat kah?

15. ALBUM INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
1. A Slice of The Pie – Gerard Singh
2. At The End of The Day – Disagree
3. Brand New World – Juwita Suwito
4. Drones – Seven Collar T-Shirt
5. The New Authentic – Gerhana Skacinta

Pemenang: Brand New World – Juwura Suwito

16. ALBUM INDONESIA TERBAIK
1. 30 Hari Mencari Cinta – Sheila On 7
2. Cahaya – Kris Dayanti
3. Eiffel… Im In Love – Melly
4. Hanya Memuji – Marcell
5. Pria Terhebat – Sheila On 7

Pemenang: 30 Hari Mencari Cinta – Sheila On 7
Ini kategori Album Indonesia Terbaik atau Album Indonesia Paling Popular? Di mana album Agnes Monica, Glenn. Ari Lasso, Gigi, Delon, Harianto, Dewa, Peterpan, Ruth Sahayana dan nama nama ‘terbaik’ dari Indonesia yang lain? Sekilas pandang senarai pencalonan akir, saya memilih Hanya Memuji dari Marcell sebagai pemenang. Pria Terhebat dan 30 Hari Mencari Cinta adalah album stereotyped Sheila On 7 yang dihasilkan dalam keadaan ketandusan idea. Variasi lagu tidak banyak dan berputar sekitar genre yang sewaktu dengan lagu Sephia dan Sahabat Sejati. Cahaya merupakan album Kris Dayanti yang popular di Malaysia. Saya sendiri memiliki album ini. Hakikatnya ialah album ini hanya menyelitkan 2 3 lagu sahaja yang ada jiwa. Yang selainnya saya tidak nampak keikhlasan Kris Dayanti, hanya keghairahan beliau untuk mencari kelainan yang saya sifatkan ‘tidak menjadi’. Album soundtrack Eiffel… I’m In Love is PATHETIC. Ia hanya hadir dalam pasaran muzik untuk mengaut keuntungan yang tidak ada nilai seni.

17. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU
1. Aubrey Suwito – Seindah Biasa
2. Edry Abd Halim – Seksis
3. Firdaus – Bagaikan Sakti
4. Firdaus – Dialah Di Hati
5. Mac Chew – Sakit Yang Sakit

Pemenang: Aubrey Suwito – Seindah Biasa
Susunan Muzik adalah elemen yang digunakan untuk mengindahkan lagi sesebuah lagu. Lagu Siti Nurhaliza Seindah Biasa amat saya sukai. Ia menjadi seakan sebuah lagu yang mudah diterima dan tidak keterlaluan saya mengatakan ia mampu menjadi sebuah lagu motivasi. Ini adalah pilhan peribadi saya tanpa mengambil kira keterbaikan lagu. Saya suka lagu ini. Cuma saya jadi sakit apabila Dialah Di Hati turut diangkat dalam kategori ini sedangkan lagu Erti Hidup – Dayang Nurfaizah, Allahu – Raihan, Elegi Sepi – Azharina, Semoga Abadi – Misha Omar, Goyang – Ruffedge merupakan permata yang tercicir. Saya tidak nampak kelainan dalam lagu Dialah Di Hati.

18. LAGU TERBAIK
1. Dialah Di Hati – Aidit Alfian, Habsah Hassan & Siti Nurhaliza
2. Erti Pertemuan – Aidit Alfian, Loloq, Ning Baizura & Jay Jay
3. Pulangkan – Ajai, Suhaimi Baba, Habsah Hassan & Misha Omar
4. Awan Yang Terpilu – Li Li Zhen, Loloq & Ning Baizura
5. Relaku Pujuk – Rustam Mustafa, Mohd Khirin Omar – Spider

Pemenang: Awan Yang Terpilu.
Ini merupakan kategori yang agak menarik. Jikalau saya diberi kebenaran, saya akan menggantikan Erti Pertemuan – Ning Baizura dengan Allahu oleh Raihan. Lagu lagu nasyid juga harus diberi peluang berbanding lagu cinta engcengkodok yang tidak punya apa apa erti yang agung. Saya sangat meminati lagu Relaku Pujuk oleh Spider dan Pulangkan oleh Misha Omar namun saya harus tabik spring kepada Ning kerana 2 tahun berturut turut beliau menungguli kategori ini. Saya setuju benar Awan Yang Terpilu dipilih menjadi pemenangnya berdasarkan kualiti lagu ini dari segi lirik dan lagu. Apabila dipadukan dengan feel dan mood yang mampu dicetuskan oleh Ning, lagu ini menjadi pil khayal yang boleh menerbangkan kita untuk terus menghayati bait bait mesej yang cuba disampaikan. Suara soprano beliau apabila diadunkan dengan mood yang tepat memang boleh menghasilkan kesan luar biasa yang tidak boleh dipertikaikan. Saya teringatkan Gloria Estefan, Diana Ross dan Patti Labelle yang memang jarang berjalan jalan di atas pentas apabila pekene lagu ballad. Di Malaysia, Ning adalah diva sebenar yang bijak berfesyen dan naluri fesyen beliau tidak pernah ditenggalami oleh suara dan vokal Ning yang vogue itu. Buktinya ialah persembahan Awan Yang Terpilu beliau yang soulful pada malam kemuncak segala-galanya itu. Lagu Dialah Di Hati adalah lagu picisan yang entah apa apa bagi saya. Saya rasa jikalau lagu Lagu Rindu – Siti Nurhaliza diletakkan dalam kategori ini, maka kategori ini menjadi lebih lengkap kerana semua genre muzik bertemu untuk merebut kategori lagu terbaik. Lagu Rindu menyaksikan kelainan yang dicipta khas oleh Yasin buat pemang Anugerah Kembara ini. Begitu juga dengan lagu Puteri oleh Zainal Abidin, ia merupakan lagu yang tercicir dalam kategori ini. Namun inilah citarasa juri profesional. Saya hanya mampu menolak pahat agar ia tetap berbunyi biarpun rumah sudah siap.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on May 2, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: