Mentor – Tunjuk Ajarku Sifu

Image hosted by Photobucket.com

Pengenalan
Mentor merupakan sebuah program pencarian bakat yang mempunyai kelainan. Bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru di persada seni tanahair, ia mempunyai citarasa yang akan membawa keseronokkan serta mempunyai unsur-unsur glamour dan profesionalism.

Setiap minggu Mentor disiarkan secara langsung. Penonton-penonton dapat menyaksikan protégé-protégé berusaha untuk menggondol gelaran juara dan pada masa yang sama melancarkan karier mereka sebagai penghibur profesional di bawah didikan dan bimbingan artis-artis Malaysia yang begitu berpengalaman yang memainkan peranan sebagai ‘mentor’ mereka. Mentor-mentor akan membimbing para protégé agar dapat memberikan persembahan yang terbaik dengan memberikan tip-tip yang membina serta kaunseling strategik, latihan vokal dan serta nasihat dalam pemilihan lagu.

Para penonton akan berkesempatan untuk melihat sendiri bagaimana bakat protégé dapat diketengahkan hingga mereka menjadi penghibur yang berpotensi. Antara yang menarik ialah sedutan di sebalik tabir yang menunjukkan protégé bekerjasama dengan mentor masing-masing.

Program Mentor yang membawa kelainan ini juga menawarkan hadiah menarik untuk kedua-dua protégé dan mentor mereka.

Pemenang program Mentor akan membawa pulang kereta Gen-2, wang tunai RM20,000, dua tiket pergi balik ke Los Angeles dan sebuah motorsikal Demak manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan sebuah motorsikal Demak. Dua orang protégé yang tersingkir di peringkat separuh akhir akan menerima sebuah motorsikal Momos setiap seorang (Momos Roadwind M1 dan Momos Daystar M2).

Pemenang bagi setiap episod adalah 70 peratus berdasarkan undian SMS oleh penonton Mentor dan 30 peratus selebihnya berdasarkan penghakiman oleh juri profesional.

Lapan finalis – tujuh peserta solo dan satu berkumpulan – telah dipilih dari 2,000 yang memohon semada ujibakat diadakan di lapan bandar utama antara bulan Februari dan pertengahan Mac tahun ini.

Protégé-protégé rancangan ini ialah Dewi Liana Seriestha, Mas Nabiella Nazari, Nabil Zamanhuri, Norafizah Mohd Yasin, Noor Arlinda Lajis, Siti Surianie Julkarim, Fahmi Jaafar dan FO’3 (tiga orang sekumpulan).

Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Dua finalis dengan markah tertinggi dari setiap kumpulan akan mara ke semi-final.

Untuk memeriahkan lagi program Mentor ini, TV3 telah mendapatkan artis terkenal tanah air sebagai ‘mentor’ dan mereka ialah Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Nora, Noraniza Idris, Liza Hanim, Hattan, Ning Baizura dan Cat dari kumpulan Ruffedge.

Melalui Mentor, TV3 akan memperkenalkan wajah-wajah baru bagi mewarnai lagi dunia hiburan tanahair. Selain daripada mempersembahkan bakat-bakat baru, TV3 juga komited untuk membantu protégé-protégé untuk menggilapkan lagi bakat mereka di bawah penyeliaan artis terkenal Malaysia.

Mengacarakan program realiti terbaru terbitan TV3 ini ialah penyanyi cilik Ezlynn dan deejay radio Johan Farid Khairuddin.

Mentor diterbitkan oleh Muhd Sufian Isa dan kumpulannya – Ahmad Shaifullizam Arshad dan Tengku Fadzil Tengku Hamzah. Ia disiarkan setiap hari Ahad jam 9.00malam selama sejam.

TIME merupakan penaja utama manakala Demak Motor dan Momos Edar Sdn Bhd ialah penaja hadiah, Intekma Resort ialah penaja penginapan manakala stesen radio Xfresh FM selaku rakan media rasmi program Mentor.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on May 17, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: