Malaysian Idol – Workshop 1

Image hosted by Photobucket.com

Workshop yang pertama menyaksikan nasib menyebelahi Atilia, Faizull dan Xerra yang antara mereka, ada yang telah memberikan persembahan yang mantap, tidak kurang juga yang memberi persembahan hambar.

Pilihan saya jika berdasarkan kebolehan vokal dan “star quality” pastinya Xerra sebagai pilihan utama. Lisa yang pernah merakamkan album juga tidak kurang hebatnya dan pilihan ketiga saya ialah Atilia.

1. Norsila – Kaulah Segalanya (Ruth Sahayana) 4.5/10 bintang
Gadis ayu dari Sarawak ini memilih salah satu lagu kegemaran saya yang dipopularkan oleh Ruth Sahayana – Kaulah Segalanya. Jikalau anda masih ingat, Norsila memperkenalkan imej gadis melayu lemah lembut penuh sopan santun pada sesi Audition di Kuching. Dan persembahan tersebut berjaya memikat hati Paul Moss. Namun untuk Workshop yang pertama ini, beliau berubah seribu batu. Tidak keterlaluan jikalau saya katakan beliau ‘over confident’ sehingga over done lagu tersebut. Garapan emosi Norsila tampak tidak bersesuaian dengan konsep lagu kerana facial expression beliau seakan terlalu passionate, agressive tetapi dalam masa yang sama, agak nervous. Sweet persona beliau hilang sama sekali, yang tinggal hanyalah seorang perempuan garang yang memaksa seseorang mencintai beliau dengan lafaz “KAULAH SEGALANYA!”.

2. Shone – I Could Not Ask For More (Edwin McCain) 5/10 bintang
Shone merupakan salah seorang peserta yang pada awalnya saya anggap mampu mengangkat martabat muzik punk rock di dalam Malaysian Idol. Beliau mempunyai pakej yang tersendiri, vokal beliau unik dan kemunculan beliau seakan sama seperti kemunculan Def Gab C suatu ketika dahulu kemudian diikuti kumpulan Spider yang berjaya memikat hati pendengar muzik punk rock, soft rock and ska bandy tanah air. Namun berdasarkan persembahan lembik I Could Not Ask For More itu, ternyata jangkaan saya meleset. Beliau tidak mempamerkan dinamik yang cukup untuk lagu agung seperti itu. Dan pitching Shone jatuh berkeliaran di segenap sudut pentas Malaysian Idol. Saya mula ragu apakah juri memilih Shone disebabkan beliau berbakat atau … something?

3. Faizull – Penunggu (Sweet Charity) 6.9/10 bintang
Rocker orang kampung. Beliau merupakan salah seorang peserta yang tidak akan berada di pentas MI jikalau 3 orang juri tidak pernah terasa kasihan untuk menyelamatkan kesilapan demi kesilapan yang pernah beliau lakukan. Saya tidak pernah sama sekali menaruh sedikitpun harapan kepada beliau namun unfortunately, beliau mempamerkan persembahan yang agak promising. Beliau menghadapi sedikit masalah pitching di sana sini namun secara keseluruhan, saya harus akui vokal ini ada keunikan yang tidak wajar dipertikaikan quality rock sensenya. Tone suara beliau jelas, lantang dan mempunyai range yang luas. Dinamik lagu yang Faizull persembahan juga sangat memuaskan cuma energy diri Faizull masih perlu diperbaiki agar tidak kelihatan termengah mengah di atas pentas. But next time, sila ubah penampilan Faizull. Outfit yang Faizull gayakan itu bebetul sebijik mat rempit! Sila take note, seperkara yang saya sangat tabik dengan beliau ialah: beliau tidak segan melakukan kesilapan.

4.Atilia – Natural Women (Celine Dion) 8/10 bintang
Atilia merupakan kuda hitam yang berjaya mencuri perhatian saya dengan dendangan lagu Natural Women dengan penuh soulful. Kawalan vokal beliau mantap dan vibrato beliau sangat powerful. Keinginan diri yang kuat apabila beliau berada di atas pentas berjaya mencetuskan mood persembahan yang ‘hangat’ pada malam tersebut. Cuma Atilia masih kelihatan seperti seorang kakak Melayu yang baru belajar menyanyi lagu Inggeris. Diction Atilia kurang jelas terutama perkataan yang memerlukan loghat orang putih r, s, sh dan tion. Entah di mana silapnya, dengan penampilan Atilia sebagai kak Long itu, saya rasa sehebat mana pun nyanyian Atilia, beliau kurang mampu menjadi Malaysian Idol. X factor beliau agak kurang.

5. Fauzi – Angel (Jon Secada) 6.5/10 bintang
Lagu yang teramat biasa kita dengar di corong corong radio Jazz tanahair. Persembahan Fauzi pada saya sekadar OK, ya, memadai kerana tidak melakukan kesilapan yang terlalu berat namun star quality beliau sangat kekurangan. Ini bukan pertandingan untuk mencari insan yang hanya tahu menyanyi, melalak atau menjerit. Ini pertandingan mencari IDOL, jadi Fauzi harus ada sesuatu yang akan menarik orang ramai untuk membeli album beliau. Voice control Fauzi juga agak tidak memuaskan terutama verse yang menuntut Fauzi hit notes yang agak tinggi. Ia agak sharpy, seperti Fauzi hanya menjerit tanpa tujuan.

6. Lisa – Ku Tak Sanggup (Kris Dayanti) 7/10 bintang
Dalam keadaan workshop yang tidak menyaksikan persaingan yang terlalu sengit, saya pada awalnya menjangkakan Lisa mampu menyengat. Tambahan pula dengan pilihan lagu yang sangat popular, saya bertambah yakin. Cuma yang mengilankan saya to the maximun ialah Lisa sebagai seorang ‘artis’ tidak memberikan persembahan yang memberangsangkan. Beliau kedengaran agak pitchy dan vibrato beliau sangat berserabut. Sekalipun beliau mempamerkan keyakinan diri yang tinggi semasa beraksi di atas pentas MI namun star quality yang dimiliki beliau belum mampu menyelamatkan beliau daripada disingkirkan. Pwrsembahan itu tidak bagus!

7. Faizal – Relaku Pujuk (Spider) 4/10 bintang
Persembahan Faizal tidak meninggalkan apa apa kesan kepada saya. Ia bukan sahaja tidak kreatif, malah saya tidak dapat mencari music sense Faizal dalam lagu ini. Relaku Pujuk merupakan lagu yang sangat popular; dengan memilih lagu yang over expose sebegini, Faizal harus lebih sensitive terhadap perbandingan yang akan diwujudkan dengan penyanyi asal. Ini merupakan persembahan yang sangat corot. Saya rasa Lee Kah Wei mampu memenangi beliau untuk single battle, secara percuma!

8. Xerra – Jalanan Hati (Kris Dayanti) 7.5/10 bintang
Xerra walaupun dipersetujui ketiga tiga juri sebagai perserta yang salah pilih lagu pada malam pertama workshop MI namun persembahan beliau masih berada di paras kawalan yang memuaskan. Garapan mood beliau bagus dan vokal beliau kedengaran gemersik dengan lagu Jalanan Hati. Attitude ‘kejalanan hatian’ itu sampai dan saya suka kesunyian jiwa yang beliau adunkan dalam suara beliau. Saya kira ini merupakan persembahan terbaik pada malam tersebut selepas Atilia. Cuma saya harus bersetuju dengan Kak Gee, lagu Jalanan Hati tidak menyerlahkan vokal Xerra. Namun saya percaya, Xerra pasti berjaya ke top 12. She’s a star.

Rating Fiqarash:
1. Atilia 8/10 bintang
2. Xerra 7.5/10 bintang
3. Lisa 7/10 bintang
4. Faizull 6.9/10 bintang
5. Fauzi 6.5/10 bintang
6. Shone 5/10 bintang
7. Norsila 4.5/10 bintang
8. Faizal 4/10 bintang

Pilihan Top 12:
1. Xerra
2. Lisa
3. Atilia

Keputusan Top 12:
1. Xerra
2. Atilia
3. Faizull

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 21, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: