Malaysian Idol – Workshop 2

Image hosted by Photobucket.com

8 lagi peserta berentap untuk workshop yang kedua. Suria, Dianne, Jerome, dan Azam sudah pasti bukan pilihan saya. Saya menyenangi persembahan Ash, Ejay, Adam dan Nita. 3 tempat yang kedua diisi oleh Ash, Ejay dan Nita. Tepat ramalan saya cuma sedikit terkilan kerana Adam disingkirkan. Berbekalkan persembahan Adam pada malam tersebut, saya kira ia jauh lebih bagus daripada Ash dan Ejay. Seharusnya tempat tersebut diisi oleh Adam instead of Ejay atau Ash. Namun itu adalah pilihan rakyat Malaysia. What else to say?

1. Ash – Kiss From A Rose (Seal) 6.7/10 bintang
Ash merupakan peserta yang saya kira mempunyai citarasa muzik yang agak global. Dari sesi Audition lagi beliau menampakkan potensi yang tinggi untuk mara ke top 12. Beliau pernah merakamkan album sendiri dan itu pasti memberi kelebihan ekstra kepada beliau. Pemilihan lagu Kiss From A Rose membuktikan lagi high classnya citarasa beliau cuma citarasa dan kebolehan vokal untuk sesebuah lagu adalah 2 perkara yang berbeza. Untuk workshop ini, beliau mempamerkan karisma yang tinggi dan persembahan yang berkualiti. Berdasarkan reaksi penonton, saya rasa beliau merupakan material ‘star quality’ yang sering diura urakan. Masalahnya ialah persembahan Ash malam tersebut tidak menampakkan kebolehan dan kemampuan vokal Ash. Pemilihan lagu yang sebegini membataskan Ash untuk mempamerkan identiti dan imej sebenar beliau. Ia sebuah pemilihan lagu yang ambitious cuma tidak mampu menyerlahkan kredibiti Ash sebagai penyanyi yang berpotensi. Lagu ini turut menyerlahkan kelemahan kelemahan Ash dari segi garapan mood, voice projection dan tempo.

2. Suria – Tiada Lagi (Mayang Sari) 5.5/10 bintang
Sebuah persembahan yang solid daripada Suria namun dalam kesolidan itu nampak sofistikated yang tidak harus ada untuk lagu seperti Tiada Lagi. Beliau tidak menyerlah dari segi penampilan dan vokal beliau juga kurang bersinar. Beliau berbakat namun bakatnya terbatas kerana vkal range beliau tidak besar. Satu masalah yang saya rasa amat serius pada Suria ialah x-factor. Selain itu, beliau menyanyi secara mendatar sahaja untuk lagu ini. Beliau tidak membuai emosi untuk lagi yang begitu asyik menjadikan persembahan beliau hambar dan kurang bermaya.

3. Dianne – Imagine (Randy Crawford) 3.9/10 bintang
Bagi mereka yang pernah dengar lagu ini sudah pasti anda akan ‘memuji’ Dianne telah memberi nafas baru kepada lagu ini, cuma kelemahan vokal Dianne pasti tidak mampu memberi kredit kepada kebolehan Dianne ini. Pemilihan Dianne untuk ke pentas workshop pada saya obviously was a mistake. Biarpun berpenampilan menarik dan fashionable pada malam workshop namun beliau seakan terkeluar daripada pertandingan apabila vocal ability beliau jauh ditinggalkan oleh peserta lain yang sama berpenampilan menarik. Beliau menyampaikan sebuah lagu yang soulful tetapi cara Dianne menyanyi seakan akan beliau tidak memahami langsung lirik lagu ini. Lacked spirit when carried such a meaningful song like this. Ia sebuah persembahan yang TERUK.

4. Jerome – This Love (Maroon 5) 1/10 bintang
Saya rasa ini merupakan persembahan yang paling teruk dan langsung tidak layak berada di pentas yang berkaliber seperti Malaysian Idol. Jerome tidak memanfaatkan peluang yang diberikan dan beliau biarkan peluang ini lalu begitu sahaja. Saya dapat teka lagu ini merupakan lagu favourite Jerome kerana saya telah dengar beliau nyanyikannya sebanyak 3 kali selama penampilan Jerome dalam Malaysian Idol. Beliau seperti menyanyi di dalam tandas untuk syok sendiri. Berpeleseren di atas pentas tanpa tujuan dan tidak menghayati lagu adalah 2 lagi perkara yang harus dihentam namun tidak diendahkan juri kerana ada lagi yang lebih teruk daripada itu. Pitching, tempo, emosi tidak ada yang kena pada persembahan Jerome. No doubt, tempat ini harus diisi orang lain dari awal. Lee Kah Wai, perhaps.

5. Adam – Setulus Cintamu (Hazami) 8.3/10 bintang
Showmanship wise, saya harus memuji Adam kerana berjaya menarik perhatian saya untuk menonton persembahan beliau sehingga habis dan memberikan tepukan gemuruh. Beliau merupakan peserta yang dikatakan memilik personaliti low profile. Namun low profile sekalipun beliau berjaya menyengat dengan kebolehan vokal beliau. Beliau menguasai pentas dan tidak menunjukkan sebarang kesilapan ketika mendendangkan lagu ini, tak tumpah seperti seorang penyanyi profesional. “Thank you for returning the credibility of MI after what the other four did”. Kata Roslan Aziz. Saya memuji persembahan Adam dan saya tumpang sedih atas penyingkiran Adam.

6. Ejay – The Trouble With Love (Kelly Clarkson) 7/10 bintang
Ejay did a great job but that was not enough. Saya percaya dengan vocal range Ejay, beliau mampu memberikan persembahan yang jauh lebih bagus. Persembahan Ejay dilimited oleh penghayatan yang kurang beremosi dan sebutan Inggeris beliau yang kucar kacir. Walaupun ia merupakan persembahan yang harus dibanggakan tetapi saya sebenarnya risau jikalau Ejay dituntut menyanyikan lagu dalam genre bukan pilihan beliau. Tone suara beliau unik namun Ejay kurang arif untuk melentur dan membentuk angin vokal yang diingini untuk konsep lagu yang pelbagai. Ini menjadikan Ejay seolah olah seperti mesin yang tidak berperasaan. Vocal wise, beliau memang mantap.

7. Azam – Kenangan Lalu (Flybits) 6.5/10 bintang
Memuaskan. Kaku. Tidak menonjol. Tidak menyerlah. Itulah kritikan – kritikan yang mampu saya lemparkan. Persembahan beliau tidak ada style. Kaku dan tidak ada feel. Sayang sekali kerana beliau sebenarnya mempunyai vokal yang besar potensinya. Technically, beliau merupakan penyanyi yang bagus.

8. Nita – Get Here (Oleta Adams) 8.6/10 bintang
Ini favourite saya selain Xerra dan Trish – 3 orang profesional singer yang berjaya mencuri perhatian ramai. Beliau menutup persembahan hambar peserta – peserta workshop kedua dengan persembahan yang menyakinkan. Biarpun sekadar OK, namun disebabkan pesaing beliau merupakan sayur sayur yang lembik, maka beliau berjaya menyerlah di celah celah kehambaran itu. Beliau memulakan persembahan dengan penuh yakin dan kawalan vokal beliau cukup cemerlang. Cuma gaya nyanyian beliau seakan ‘menyimpan-nyimpan’ dan tidak all out. Saya pasti beliau mampu memberikan persembahan yang lebih bagus. Nota rendah Nita terlalu deep dan nota tinggi Nita ada kalanya terseksa didengari. Itu antara focus yang harus Nita work on untuk perbaiki persembahan Nita.

Rating Fiqarash:
1. Nita 8.6/10 bintang
2. Adam 8.3/10 bintang
3. Ejay 7/10 bintang
4. Ash 6.7/10 bintang
6. Suria 5.5/10 bintang
7. Dianne 3.9/10 bintang
8. Jerome 1/10 bintang

Pilihan Top 12:
1. Nita
2. Adam
3. Ash

Keputusan Top 12:
1. Nita
2. Ejay
3. Ash

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 21, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: