Malaysian Idol – Workshop 3
Image hosted by Photobucket.com

Workshop yang ketiga merupakan workshop yang memeningkan kepala kerana peserta – peserta group ini mempunyai bakat yang agak seimbang. Saya percaya hanya “star quality” sahaja yang mampu membawa mereka ke mercu puncak jaya. Trish merupakan favourite saya dalam group ini dan saya pasti beliau akan dicabar hebat oleh Daniel yang mempunyai peminat yang agak besar jumlahnya.

1. Intan – Mencintaimu (Kris Dayanti) 6.9/10 bintang
Tiada kesilapan besar yang Intan lakukan melainkan kesilapan kesilapan umum seperti pitching dan tempo di sana sini semasa mendendangkan lagu Mencintaimu. Cuma satu masalah luaran yang agak besar ialah kesolidan penyanyi seperti Intan akan kurang mendapat votes jikalau penampilannya kurang pleasant. Suara Intan solid namun bayang bayang penyanyi yang sedia ada di Malaysia masa kini tetap ada. Pada pendapat saya, Malaysian Idol mencari seorang ‘Idol’ yang mampu membawa irama yang lebih fresh dan lain daripada lain kepada seantero rakyat Malaysia. Kita sudah jemu dengan versi baru atau duplikasi Ramlah Ram, Ziana Zain, dan Siti Nurhaliza yang bersuara solid, suka melalak terjerit jerit tanpa tujuan khusus – yang adakalanya membosankan anak anak muda masa kini, sedangkan mereka inilah yang harus dijadikan sasaran votes. Intan bakal menghadapi masalah yang sebegini. Saya setuju dengan Roslan Aziz dan Paul Moss.

2. Yasir – Coretan Cinta (Dayang Nurfaizah) 7/10 bintang
Yasir membeliakkan mata saya apabila menonton versi lelaki bersubang Misha Omar dan berambut Siti Nurhaliza pada sesi Audition. Namun suara beliau was very impressive. Beliau mempunyai vokal yang dalam (deep) dan tone yang matang (mature). Persis jantan macho. Suara beliau agak husky dan beliau menyampaikan lagu Coretan Cinta dengan alunan yang lunak dan mengasyikkan. Cuma masalahnya ialah gerak geri Yasir agak “mendayu dayu” di atas pentas. Agak menyakit mata. Lembut dan longlai pergerakan itu. Apa nak dikata? Anda tahu dia sesuatu.

3. Kash – Belaian Jiwa (Innuendo) 5.9/10 bintang
Reshmonu versi baru. Beliau memiliki tone suara yang soft tetapi cukup rasa maskulin. Beliau sesuai menyanyikan lagu yang agak uptempo, jenis groovy numbers. Namun kali ini beliau attempt untuk menyanyikan lagu R&B yang sangat popular dan sangat berpengaruh – Belaian Jiwa dengan cara yang tersendiri namun secara total, sorry to say it was a failure. Ia agak shaky walaupun Kash tidak mempamerkan masalah yang terlalu besar untuk lagu ini. Cuma lagu ini tidak bersesuaian dengan suaranya. Beliau sewajarnya sedar akan kebolehan vokal beliau dan tidak mengekperimentasikan vokal beliau di atas pentas yang sangat berkaliber ini. Kash boleh pilih lagu secara bebas dan pilihlah yang bersesuaian. Bukannya main ‘cuba cuba’.

4. Tricia – Praise Him (Dc Talk – Voices) 8.3/10 bintang
Tricia seorang penyanyi yang agak pleasant looking. Saya terhibur dengan dance moves, grooves and corak persembahan Tricia. Beliau mempamerkan attitude yang unik untuk konsep persembahan yang bersesuaian dengan konsep lagu yang dibawa. Satu kredit besar kepada keturunan penyanyi Soliano yang sangat berpengaruh itu. Cuma untuk persembahan malam ini, beliau pada pendapat saya masih menyimpan kredibiliti vokal beliau kerana ia sebuah lagu pop yang agak uptempo. Saya percaya vocal range Tricia mampu memberi saingan yang lebih sengit kepada mana mana peserta lain kerana beliau sememangnya bersuara lantang dan husky. Bukan senang untuk ditemui kualiti vokal sebegini. Cuma beliau tidak wajar memendekkan rythm untuk sesebuah note, lebih lebih lagi untuk notes tinggi. Beliau harus lebih let go and all out.

5. Aesar – Layu Sebelum Berkembang (Legendaris 6) 6.5/10 bintang
Pilihan lagu yang ambitious walaupun kurang popular di Malaysia. Aesar memberikan persembahan yang sederhana namun tidak cukup impressive. Peminat motif Zebra ini mempamerkan kredibiliti yang besar sebagai seorang penghibur namun persembahan Aesar kelihatan terlalu sarat. Agak beriya iya juga. Ke sini ke mari ke hujung ke hilir dan ia memenatkan mata saujana memandang. Aesar perlu lebih focus dan cari feel yang sederhana untuk digayakan di atas pentas. Vokal dan persembahan harus diseiringkan dan tidak wajar Aesar berat sebelahkan mana mana aspek. Technically, persembahan Aesar tidak menunjukkan masalah yang besar.

6. Farah – I Surrender (Celine Dion) 7.9/10 bintang
Farah merupakan seorang lagi peserta yang agak low profile namun lagu I Surrender ini berjaya mengeksploitasi kebolehan vokal Farah ke pengetahuan segenap Malaysian Idol. Ini sekaligus mengexposekan keayuan diri beliau ke serata mata yang memandang di dalam Malaysian Idol. What a pretty girl! Cuma agak sayang Farah membataskan persembahan beliau dengan dinamik lagu yang kurang aggressive. Beliau perlu bekerja keras untuk seiringkan kecantikan semula jadi yang beliau miliki untuk diadaptasikan ke dalam persembahan beliau kerana adakalanya, beliau seakan hilang punca dan nampak kaku di atas pentas. Bak kata Roslan, ia seakan sebuah persembahan yang nasi lemaknya tidak diletakkan sambal. Something was missing. Farah juga harus sentiasa maintain energy beliau. Beliau tidak wajar melakukan kesilapan seperti ‘fell apart’ daripada lagu half way.

7. Farish – Aku Cinta Kau Dan Dia (Dewa) 2/10 bintang
Farish memiliki kualiti pesona bintang yang dicari cari Yusof Haslam pada pengamatan saya. Beliau seorang jejaka yang good looking tetapi malangnya beliau tidak mengaplikasikan kelebihan ini untuk memancing voters. Dan persembahan Aku Cinta Kau Dan Dia ini secara total menjadikan ramai peminat Farish lari daripada mengundi beliau. Kita mencari bakat bukannya rupa di dalam Malaysian Idol. Pitching out, vocal control out. Segala technical aspect yang saya tahu tidak ada 1 yang kena. Beliau seperti membaca mantera daripada menyanyi. Hancur!

8. Daniel – Special Kind Of Somehing (Kavana) 6.8/10 bintang
Daniel mempamerkan perwatakan yang agak sissy dengan lagu Kavana sedemikian. Lontaran vokal Daniel agak jelas namun agak meleleh. Beliau juga sering mencipta bunyi ‘horny’ yang tidak perlu diadakan. Attitude beliau sebagai seorang penyanyi cute-miut harus dikurangkan. Saya adakalanya meluat dengan persembahan yang tidak dikontrol kemengada ngadaan itu. Pada saya Daniel mempunyai vokal yang sebenarnya agak easy listenning. Beliau tidak perlu terlalu membunga bungakan vokal beliau. Let it be as simple as it can. Sudah memadai. Daniel harus jaga picthing. Peredaran suara rendah ke suara tinggi juga harus diberi fokus. Teknik pernafasan Daniel masih lemah dan suka breaking a word into 2 semasa menyanyi. Tempo merupakan 1 lagi masalah Daniel. Sana sini persembahannya dapat dikesan kesilapannya. Cuma satu kredit besar saya ialah keikhlasan beliau beraksi. Daniel tidak fake.

Rating Fiqarash:
1. Tricia 8.3/10 bintang
2. Farah 7.9/10 bintang
3. Yasir 7/10 bintang
4. Intan 6.9/10 bintang
5. Daniel 6.8/10 bintang
6. Aesar 6.5/10 bintang
7. Kash 5.9/10 bintang
8. Farish 2/10 bintang

Pilihan Top 12:
1. Tricia
2. Farah
3. Daniel

Keputusan Top 12:
1. Tricia
2. Farah
3. Daniel

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 21, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: