Malaysian Idol – Wildcard Show
Image hosted by Photobucket.com

6 orang peserta Malaysian Idol yang tersingkir dari 3 workshop yang lalu ini telah dipilih oleh 3 orang juri profesional dalam Malaysian Idol iaitu Roslan Aziz, Fauziah Latif dan Paul Moss. Mereka rata rata telah mempamerkan persembahan yang lebih konsisten dan masing masing cuba memberikan persaingan yang hebat. Ada di antara perserta yang perlu melalui proses wildcard untuk diserap semula – technically jauh lebih baik daripada 9 peserta yang telah terpilih. Ada juga yang tidak mampu dikenalpasti kenapa mereka harus dipilih juri profesional. Cuma 2 senario yang dihadapi oleh keenam enam peserta ini agak mencacatkan persembahan mereka. 2 senario yang saya maksudkan ialah:

1. Kegugupan
2. Over confident

Menyedari persembahan malam ini merupakan satu satunya peluang mereka untuk diterima semula ke dalam Malaysian Idol, kesemua 6 orang pelajar pastinya cuba memberikan persembahan yang terbaik dengan 1 harapan dan 1 tujuan serta 1 destinasi yang nyata – AKU NAK DIPILIH. Harapan yang menggunung tinggi sebegini menjadikan persembahan mereka terlalu ambitious dan technical sehingga elemen ‘hiburan’ langsung dipertikaikan. I wasn’t impressed at all. Mereka gugup tetapi masih cuba berlakon menjadi condifent. Ada pula yang sememangnya over confident sehingga saya tidak tahu apa yang mereka cuba lakukan di atas pentas. Persembahan mereka fake dan tiada kejujuran dalam diri mereka apabila menapak di atas pentas. Saya rasa malam ini ‘entah apa apa’.

1. Fauzi – You Raise Me Up (Josh Groban) 5.5/10 bintang
Contoh peserta yang paling gugup ialah Fauzi. Kegementaran Fauzi telah menyebabkan persembahan beliau nampak kaku dan vocally unarranged dengan sistematik. Notes tinggi dan notes rendah dikendalikan dengan sambil lewa menyebabkan lagu yang sepatutnya mempunyai tujuan healing dan motivation ini hancur menjadi sebuah lagu cinta yang sang penyanyinya seolah olah baru putus cinta. Saya percaya Fauzi mampu memberikan persembahan yang lebih baik sekiranya kawalan emosi beliau dikendalikan dengan lebih baik. High notes beliau adakalanya terlalu sharpy dan adakala pula tercicir pitchingnya. Notes rendah Fauzi pula kurang kedengaran dan keseluruhan lagu menjadi tidak bermaya. Saya rasa Fauzi silap pilih lagu. Josh Groban bukannya penyanyi pop seperti Fauzi. Suara beliau seakan tenor. Pemilihan lagu Josh Groban menuntut seseorang penyanyi memiliki suara yang solid dan lantang. Vokal Fauzi sebenarnya mid-toned, ‘lemak’ lembut dan tidak cocok dengan lagu ini.

2. Azam – Kaulah Segalanya (Hazrul Nizam) 6/10 bintang
Saya rasa Azam mempunyai bakat yang bagus cuma perlu melalui pengalaman yang besar seperti Malaysian Idol untuk menjadi lebih baik. Beliau mempunyai penampilan yang menarik cuma vokal beliau masih berada pada tahap sekadar ‘ok’. Tak cukup intensity. Belum tiba masanya lagi untuk menjadi Malaysian Idol tetapi saya pasti jikalau diberi genre lagu yang bersesuaian dengan kemampuan vokal Azam, beliau mampu menyengat. Untuk lagu Kaulah Segalanya, satu masalah Azam yang agak ketara ialah pengendalian vibrato. Pitching beliau agak bagus dan garapan mood beliau juga mampu membuai emosi. Vibrato adalah kemampuan teknikal yang memerlukan latihan vokal yang kerap. Jadi kita masih boleh taruhkan harapan kepada Azam. Cuma untuk persembahan malam ini, adakalanya rythm yang dicipta Azam agak flat dan adakalanya pula beliau melakukan bunga bunga vokal yang tidak kena pada chord. Adlip beliau tidak pernah menarik. Cuma saya harus puji voice projection Azam. Beliau mampu sustain dari awal hingga akhir persembahan.

3. Aesar – Cinta Di Akhir Garisan (Nora, Ziana, Ning and Dessy )5.9/10 bintang
Aesar was obviously over confident! Beliau nampak begitu seksa untuk mencapai nota nota tinggi terutamanya verse selepas chorus. Bak kata juri, beliau seakan cuba menyampaikan persembahan ala musical show pada malam tersebut instead of cuba menyakinkan penonton yang hadir untuk mengundi beliau. Vocal range beliau agak luas tetapi beliau sering memilih lagu yang sukar untuk ditangani. Semangat untuk mencabar kemampuan diri itu bagus tetapi Aesar perlu juga mengukur badan sebelum tempah baju. Pitching Aesar berterabur dan Aesar mula mencipta notes sendiri apabila beliau sedar picthing beliau lari. Namun semua itu tidak akan terlepas sama sekali daripada pendengaran mereka yang biasa dengan lagu ini. Ada orang kata beliau sentiasa nampak confident; pada saya ia confident kosong yang hanya nampak pada kulit. Isinya gersang. Sayang Aesar tidak memanfaatkan peluang ini dengan baik kerana saya beliau satu satunya peserta lelaki yang mempunyai suara yang solid.

4. Kash – Walking Away (Craig David) 3/10 bintang
Kash kali ini menemui masalah pemilihan lagu yang serius. Juri pernah menasihati beliau untuk mencari fast numbers untuk persembahan beliau tetapi tidak bermaksud beliau boleh balun sahaja. Lagu Walking Away sebenarnya sukar untuk dinyanyikan mana mana penyanyi selain Craig David sendiri kerana identiti lagu tersebut terlalu Craiggy. Ia adalah sebuah lagu khas untuk Craig David sama seperti lagu lagu Sheila Majid, dicipta khas untuk beliau. Kash sepatutnya memilih lagu yang easy listenning untuk impressed penonton yang inginkan persembahan mantap daripada beliau. Untuk lagu ini, Kash memulakan persembahan dengan kesilapan teknikal yang kronik dan berlanjutan sehingga akhir. Masalah yang paling ketara ialah picthing, kemudian tempo. Tone Kash macam sissy kerana projection yang terlalu lemah. Horror! Just that, he had the right groove!

5. Lisa – How Could An Angel Break My Heart (Toni Braxton) 8/10 bintang
And now she picked the right one. Lagu ini cukup sesuai dengan vokal dan garapan konsep persembahan Lisa. Saya sukakan persembahan Lisa namun pada pendapat saya, beliau kurang kelihatan seperti idol. Saya sering terbayangkan kelab malam apabila melihat beliau melakukan persembahan, beliau nampak pro dan kurang ‘ayu’. Tone beliau kedengaran sangat profesional, tetapi tak cukup solid. Angin suara kurang terkawal menjadikan vibrato beliau agak serak dan basah. Namun ia sultry and deep enough untuk lagu ini. Dan saya juga percaya amat sukar untuk Lisa mengubah corak persembahan beliau pada masa akan datang kerana Lisa telah berada satu paras yang mana identiti beliau sudahpun ada di dalam diri beliau. She has the looks and the substance. Saya harap beliau akan menjadi pilihan juri.

6. Adam – Januari (Glenn) 7.5/10 bintang
Beliau pernah memberikan persembahan terbaik pada workshop ke-2 yang lalu tetapi bukan malam ini. Beliau agak relax namun corok persembahan Adam nampak biasa yang tidak menonjolkan kredibiliti beliau sebegai antara peserta yang memiliki vokal yang terbaik musim ini. Saya harus setuju dengan Paul Moss, garapan mood beliau agak cabaret, looked rehearsed and fake. Beliau suka bermain dengan tangan dan bergerak gerak di atas pentas tanpa tujuan penyampaian mood. Ia digerakkan untuk adlip namun nampak tidak ada jiwa. Beliau semamangnya mempunyai vokal yang bagus dan saya jangkakan kontroversi yang ditimbulkan beliau sendiri apabila gagal mara ke Top 11 semasa workshop akan membantu beliau memperoleh undian sms terbanyak untuk melayakkan beliau kali ini.

Rating Fiqarash:
1. Lisa 8/10 bintang
2. Adam 7.5/10 bintang
3. Azam 6/10 bintang
4. Aesar 5.9/10 bintang
5. Fauzi 5.5/10 bintang
6. Kash 3/10 bintang

Pilihan Wildcard
1. Lisa (Pilihan Juri)
2. Adam (Pilihan Undian SMS)

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 23, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: