Keputusan Wildcards Show
Image hosted by Photobucket.com

Malam yang dramatik. Pada awalnya pasti ramai yang menjangkakan jejaka yang berasal dari Sarawak – Adam telah menamatkan perjuangan beliau di dalam MI apabila Azam yang terlebih dahulu disebutkan nama untuk mara ke Top 11 setelah layak menerusi wildcard yang diberi oleh juri. Namun setelah Lisa dan Fauzi yang kedua duanya diumumkan tidak layak, Adam sudah tidak dapat menahan air mata gembiranya daripada jatuh bergelinangan. Adam layak.

Maka 2 tempat wildcards yang terakhir telah diisi oleh 2 peserta lelaki ini:

1. Adam b Alli @ Abu Kawi 23, Sarawak

2. Azam b Yakab @ Yakob – 21, Sabah

Lisa tidak layak
Saya tidak tahu di mana salah dan silap Lisa yang saya fikir telah memberikan persembahan yang bagus pada Wildcard Show Jumaat yang lalu. Beliau merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar dengan suara serak serak basahnya. Saya menjangkakan Lisa yang akan memperoleh Wildcard daripada juri profesional lalu mara ke Top 11 namun jangkakan saya jauh meleset. Tanpa saya duga sama sekali, Azam muncul sebagai pilihan juri. Jadi di mana salah dan silapnya?

Sekilas pandangan Lisa mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang penyanyi yang bakal menggegarkan industri seni suara tanahair namun itu kata saya, golongan minoriti barangkali. Realitinya ialah bakat dan personaliti harus seiringan. Di sini x-factor dan star quality mengambil tempat. Apabila saya cuba renung kembali kemunculan album solo beliau yang tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, saya mula terkenangkan nasib yang seakan sama dihadapi oleh beberapa penyanyi yang jatuh dalam kategori yang sama. Sekadar sebut beberapa nama – Azharina, Naufara Yasin, Nur Fatima, Syafinaz Selamat, Deja Moss sehinggalah Siti Sarah. Kesemua nama yang saya sebutkan ini mempunyai persamaan yang agak nyata – menampilkan imej yang agak kebaratan, tone suara lazim namun gaya dan corak nyanyian agak luar biasa dalam industri seni suara tanahair.

Malaysia cenderung mengangkat martabat penyanyi yang mampu mempamerkan ciri ciri Malaysiana. Siapa bilang Siti Nurhaliza vokal lebih bagus daripada Dayang Nurfaizah? Siapa kata Misha Omar menyanyi lebih bagus daripada Siti Sarah? Namun di Malaysia, Siti dan Misha mewakili ciri ciri umum pendengar urban dan local. Jadi itu kenyataan yang harus ditelan. Untuk menjadi penyanyi yang bagus dan popular seperti Sheila Majid dan Ning Baizura yang mewakili suara minoriti, mereka harus berjuang untuk satu tempoh yang agak panjang. Mereka harus ada pengaruh tersendiri.

Jadi pemilihan Azam oleh juri adalah sandaran terbaik, dan amat harus kita terima keputusan juri. Azam mampu mempelbagaikan variasi penyanyi lelaki yang ada di Malaysia ini. Berbanding Lisa, saya percaya ruang untuk Azam dibentuk dan digilap dalam acuan pertandingan MI lebih maksima dan Azam akan berjaya menyerlahkan lagi identiti beliau sebagai penyanyi pelapis yang berkaliber. Seorang penyanyi yang masih ‘teruk’ biasanya masih boleh dilentur. Lisa sudahpun berada dalam kelasnya yang tersendiri, beliau saya rasa sudah mencapai suatu tahap yang agak sukar untuk diganjakkan dari tempat sekarang, tidak kira personalitinya atau gaya persembahannya. Jikalau mahu berubah, ia memakan masa yang lama.

Jadi tribute saya untuk Lisa, tidak usahlah terlalu kecewa dengan kegagalan di dalam MI. Bak kata orang, rezeki itu tentuan Allah dan barangkali betul juga rezeki Lisa bukan di sini. Tahun depan boleh cuba lagi.

Tahniah untuk Azam dan Adam. Adam semenangnya pada saya layak kerana juri sendiri yang telah bersusah payah mengangkat nama beliau untuk menjadi perhatian umum. Saya percaya pilihan 11 orang ini adalah kombinasi yang unik, fresh, bermuka baru dan mampu menyengat untuk musim ini.

Peserta Favourite
Tahun ini nampak gaya tiada peserta yang benar benar menjadi favourite juri. Tetapi secara tidak langsung, tanggungjawab sama ada happening atau tidak happenningnya persembahan peserta MI akan jatuh di bahu beberapa orang peserta yang nama mereka agak menonjol contohnya Faizull, Adam dan Daniel. 3 jejaka cabaret yang saya kira sangat mendapat perhatian umum. Kemunculan mereka jelas berdasarkan populariti, bukan seratus peratusnya bakat.

Favourite saya ialah Xerra, Trish dan Ash. Saya menaruh harapan yang tinggi terhadap mereka dan harapan saya Xerra atau Trish akan muncul di final (Top 2) nanti. Itu harapan saya. Peserta yang bakal menjadi sefamous Saiful MI 1 pastinya Daniel. Tahun ini Trish merupakan versi Rydee yang punyai suara husky seperti penyanyi barat. Trish perlu lebih berhati hati dalam pemilihan lagu. Bukan sebarang genre sesuai dengan suara beliau.

Tiada duplikasi suara atau imej dalam senarai Top 11 tahun ini cuma ramai juga peserta yang masih mencari cari identiti dan pengaruh mereka di dalam MI. Mereka berada di tahap terlalu ‘low profile’ bagi saya. Senarai namanya adalah Farah, Ejay dan Atilia. Suara mereka agak solid namun selalunya peserta yang bersuara solid di dalam MI tidak mampu memberi saingan jikalau penampilan tidak menyerlah. Peserta yang menjadi pilihan ramai pengundi wanita pada saya ialah Daniel, Ash, dan Azam. Daniel dan Azam masih perlu bekerja keras untuk mengasah vokal dan persembahan mereka. Ash pula perlu low profilekan sedikit kerana tanpa kemampuan vokal seperti Jac, setampan mana pun seseorang peserta itu, beliau belum pasti mampu bergelar Malaysian Idol. Pengundi urban barangkali akan menyalurkan votes mereka kepada rocker orang kampung Faizull. Kemunculan Faizull menimbulkan persaingan yang sangat contradict. Peserta yang mendapat undian berdasarkan bakat ialah Trish, Xerra, Nita dan Adam no doubt. Tahun ini 8TV menjanjikan MI yang lebih hebat dan menyengat!!!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Malaysian Idol.
Sila lawati Malaysian Idol Official Website dan Malaysian Idol Viewer Site

Kedua dua laman web ini menyediakan pelbagai maklumat, klip dan gambar untuk dilayari.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 24, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: