Malaysian Idol = Melayu Idol?

Bunyi tajuk sahaja kedengaran berbaur kontroversi. Cuma seikhlasnya entry ini bukan bermaksud untuk memerli, mengeji malah jauh sekali mengkritik atau mempertikaikan kredibiliti 3 orang juri profesional yang mengisi kerusi tetap panel pengkritik Malaysian Idol. Rasa keterpanggilnya saya untuk menulis isu ini turut bukan untuk membangkitkan isu (yang tidak juga remeh temeh). Ini merupakan persoalan yang glokal – merenung dalam ke dasar isi hati diri kita sebagai rakyat Malaysia – bagaimana masyarakat kita menerima kehadiran ‘Malaysian’ Idol. Ia terbit dari pertikaian yang saya rasa rasional dan wajar. Ia satu mandat dari hati.

Malaysian Idol atau Melayu Idol?
Ini satu persoalan yang tidak akan mengundang sebarang jawapan yang khusus biarpun kajian secara ilmiah dijalankan ke atas persoalan ini tetapi saya mahu berkongsi pendapat saya berkaitan isu ini. Moga mogaan tulisan ini tidak menimbulkan perbalahan tetapi mampu mengembangkan minda bagi mereka yang suka berfikir. Bagaimana penilaian dan bagaimana pemilihan ‘Malaysian’ Idol itu harus lebih transparent, lebih telus. Persoalan ini bakal menjadi isu yang akan terus berjerat jerat sehinggi menyentuh fakta atau andaian yang sensitif. Namun saya harap halangan ini tidak dijadikan batu penghalang untuk mencari kebenaran yang hakiki.

Malaysian Idol ke arah pasaran antarabangsa?
Saya tidak tahu sama ada kita sebenarnya terlalu tandus untuk diketemukan seorang penyanyi yang benar benar mampu mengangkat nama Malaysia ke persada seni suara tanahair atau terdapatnya faktor lain yang menjadikan usaha ini sering menemui jalan buntu. Singapore melahirkan Vanessa Mae, Thailand melahirkan Tata Young, Taiwan melahirkan Coco Lee dan Indonesia melahirkan Anggun – itu contoh yang jelas, muzik mampu menjadi wadah integrasi minda dan muzik juga mampu berfungsi sebagai duta untuk tujuan akulturasi dan asimilasi kebudayaan nasional. Mereka membawa elemen kebudayaan dari satu nama yang bukannya besar dalam industri seni hiburan tanahair namun fungsinya tidak wajar dipertikaikan. Lupakan sahaja nama Siti Nurhaliza yang berulang kali disebut ‘mampu’ membawa nama kita namun hakikatnya terdapat nama yang jauh lebih hebat dari itu. Usah pertikaikan kejayaan mereka yang tidak membawa label ‘Melayu’ dan jangan pula label ‘Melayu’ itu dicop sebagai label yang tidak mampu melakukan apa apa.

Terbaik, terpopular dan terhebat di Malaysia wajib diMelayukan?
Fish Leong, gadis Johor ini menembusi pasaran pendengar Cina di Taiwan, China, Hong Kong, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, Philipines dan di mana sahaja terdapatnya bangsa berketurunan Cina. Beliau diva Malaysia di Taiwan. Nama beliau segagah Amei Chang, Coco Lee dan Jolin Tsai di Taiwan namun di Malaysia, hanya masyarakat berbangsa Tiong Hua sahaja yang saya percaya mengenali beliau. Siri-siri konsert jelajah Asia berlangsung dengan jayanya di Taiwan, Hong Kong dan Singapore dan jelajah itu akan terus menembusi pasaran terbesar di dunia – China. Saya pasti jikalau Anugerah Kembara dinilai berdasarkan prestij dan penyertaan album beliau di pasaran antarabangsa, Fish Leong jauh lebih layak daripada Siti Nurhaliza. 1 jualan album beliau sudah mampu menandingi kesemua hasil jualan album Siti Nurhaliza. Album terbaru beliau ‘Yan Wei Die’ menjadi pengisi carta carta utama di Taiwan dan China namun nama itu masih tidak diiktiraf biarpun sekali di malam anugerah paling berprestij di Malaysia – AIM kerana beliau tidak memperjuangkan muzik Melayu, bahasa Melayu. Jadi berdasarkan fakta dan penilaian ini, siapakah sebenarnya Penyanyi Nombor 1 Malaysia? Apakah seorang penyanyi lagu Inggeris akan diberi peluang yang sama nanti? Apa status bahasa Inggeris dan bahasa Cina itu tidak akan sama pula? Gelaran ini wajar mengambil kira sambutan orang ‘asing’ atau tidak? Apakah terbaik di “Malaysia” yang berbilang bangsa hanya diukur pada pasaran Melayu? Itu satu soalan yang saya tinggalkan untuk para pembaca.

Industri Muzik Tanahair Yang Tiada Integrasi
Kenapa perbandingan sebegini disebut? Kenapa nama Siti Nurhaliza juga dijadikan bahan kritikan? Minta maaf saya terpaksa meminjam nama Siti Nurhaliza namun saya tidak sama sekali mahu menjatuhkan beliau cuma apa yang saya coretkan itu ialah naked truth yang tidak mungkin harus saya perdiamkan diri sahaja. Siti adalah lambang ketertinggian pencapaian penyanyi Malaysia masa kini, beliau penyanyi yang dikatakan terbaik, terpopular dan paling berpengaruh di Malaysia. Pengalaman beliau seiring dengan zaman kegemilangan beliau, jadi sebarang perbandingan saya fikir wajar diukur dari standard dan level beliau.

Saya melahirkan rasa kesal kerana “muzik Malaysia” selalunya disalah-ertikan bertitik tolak dari bangsa Melayu, hanya mereka yang berbangsa Melayu boleh menyanyikan lagu Melayu dengan baik, penyanyi Cina hanya mahu memperjuangkan bahasa ibunda mereka, bangsa India pula suka nyanyi lagu Inggeris. Sama masalahnya di dalam Malaysian Idol. Sampai bila integrasi ini mahu dibiarkan berkubur dan siapa di antara kita yang mahu memulakan integrasi ini? Saya tidak menafikan bangsa bukan Melayu di dalam penglibatan pasaran Melayu namun jumlahnya teramat kecil dan tidak boleh dibanggakan biarpun bakat yang dianugerah Tuhan lebih kurang sama. Saya kesal.

Misi dan Visi Malaysian Idol
Tahun lepas Malaysian Idol memartabatkan penyanyi bukan Melayu – Jaclyn Victor sebagai pemenang sekaligus berjaya menjadikan lagu Gemilang sepopular lagu Belaian Jiwa dan Aku Cinta Padamu di kalangan pendengar berbangsa Cina. Ia satu permulaan yang harus dibanggakan, sama seperti kemenangan Vince – Akademi Fantasia. Malaysian Idol telah saya nampak memulakan niat ulung ke arah integrasi nasional namun tahun ini saya merasakan sentimen perkauman mula wujud apabila Lee Kah Wai disingkirkan dan tidak berjaya ke Top 24. Beberapa kali juga saya melihat Paul Moss menyesali tindakan Roslan Aziz dan Fauziah Latif menidakkan peluang dan bakat beberapa orang peserta berbangga Cina yang wajar diberi peluang sama seperti peserta Melayu di sesi Audisi. Apakah ini tidak wajar saya sebut sekadar kerana saya takut menimbulkan kontroversi dan spekulasi?

Konspirasi – Lee Kah Wai
Saya cuba mengheret senario ini untuk kita cuba renung dan lihat kembali spekulasi ‘Lee Kah Wai’ yang tidak berjaya ke senarai Top 24. Alasan yang diberi mungkin:

1. Bakat tidak cukup, nyanyi belum cukup bagus
2. Tiada x-factor, tak mampu meraih populariti
3. Tiada kelainan, tidak unik
4. Rupa tak cantik, kita mahu cari Idol yang fresh
5. Kalau dia menang pun dia tak nampak ada ciri ciri yang boleh mewakili Malaysia.

Jikalau benar ini alasan – alasan 3 orang juri profesional, maka ingin juga saya bertanya:

1. Apakah bakat Lee Kah Wai tidak setanding Jerome, Daniel, Farish, Norsila dan beberapa yang lain? 4 peserta ini nyata sumbang dan Lee Kah Wei belum pernah sumbang pun?
2. Apakah anda pasti Kash mempunyai x-factor seperti yang diperkatakan? Siapa tahu Faizull juga ada x-factor? Bukankah ini ditentukan mata penonton, bukan juri profesional? Inikan rancangan realiti?
3. Apa kelainan Azam dan uniknya suara Azam di dalam Malaysian Idol?
4. Apakah Intan itu lawa sangat? Rueben Studdard itu tampan?
5. Siapa berani cakap dalam senarai Top 24 itu ada di antara mereka yang mampu menaikkan bendera Malaysia untuk menjadi World Idol?

Saya tidak tahu apa spekulasi yang terdapat di atas meja 3 orang pengkritik tetap Malaysian Idol ini namun saya percaya kegagalan Lee Kah Wai untuk disenarikan ke Top 24 adalah sesuatu yang agak sukar diterima, mungkin lebih serius – ridicilous. Alasan apa sekalipun yang cuba diberikan, ia tampak keras dan terpaksa. Lee Kah Wai telah menjadi korban pilih kasih atas dasar sentimen perkauman. Dan senarai tahun ini hanya menampilkan beberapa sahaja penyanyi bukan Melayu biarpun sekali lagi saya ingin tegaskan bakat mereka sebenarnya sama rata.

Sebagai wadah integrasi yang seharusnya menampilkan ketelusan, kejujuran dan kejernihan para juri profesional, saya melahirkan rasa kesal kerana nampak gaya aspek humanity masih mengambil tempat di pentas yang saya kira sangat profesional ini. Semangat puak, perkauman, kenegerian, even kejantinaan juga mula menganakritikan keputusan juri profesional. Malaysian Idol mula menjadi pentas perlagaan antara kaum dan keikhlasan untuk melihat seorang Idol yang benar benar menjadi pilihan rakyat Malaysia telah ditapis oleh tangan anasir anasir yang mendukung ideologi ideologi jijik sebegini. Saya silap? Barangkali namun kalau angin tidak bertiup, pasti pokok tidak bergoyang!

Harapan
Saya harap Malaysian Idol bukannya alasan 8TV untuk mencari “Melayu Idol”. Jangan pergunakan pentas prestij bernama “Malaysian” untuk tujuan yang tampak jelek dan cetek ini. Kita mahu mengembangkan aplikasi bahasa Melayu ke arah pasaran industri seni hiburan bertaraf antarabangsa sekaligus mendominasi gelaran “talented Malaysian” dalam bidang penguasaan bahasa international semaksima yang mungkin.

Saya juga menyusun 10 jari memohon ampun sekiranya entry ini tidak disenangi. Kita sebagai bangsa Melayu wajar mengakui kelemahan dan mengetahui di mana kehebatan kita untuk terus survive di dalam environment yang sering disalah tafsir sebagai alam Melayu untuk Malaysia sahaja ini. Jangan cemari nama bangsa kita sendiri hanya dengan tindakan yang terlalu melulu.

Rujukan:
1. Messageboard Bluehyppo
2. Siapa Fish Leong?

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 26, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: