Blog Picisan

Rujukan: Pendapat Azhan Jusoh di Utusan

Pendapat yang saya baca:
1. Gurisan Intaglio
2. Detik Jantung Waktu
3. SM dan NizamZakaria

Hakikat dan Harapan
Pertama sekali, saya memang terasa apabila disebutkan perkataan “picisan” yang umpamanya melemparkan sebungkus sampah busuk ke arah muka saya. Rupa rupanya elitis di Malaysia menganggap blog seperti empunya saya ini sebagai blog picisan yang secara persepektifnya didefinisikan sebagai blog “sampah” yang tidak “berfaedah”; sedangkan saya berbangga blog ini dihasilkan oleh tangan dan otak saya sendiri? Hakikat ini pahit ditelan dan saya pasti ramai lagi di luar sana yang tidak menyenangi blog seperti ini – melahirkan perasaan yang sama, jadi masalahnya di mana?

Intipati Pertikaian
1. Kemunculan weblog dijadikan sebagai kayu pengukur kepada betapa terkebelakangnya masyarakat Melayu.

2. Blogger Melayu memperuntukkan masa yang banyak untuk menulis perkara-perkara remeh.

3.Kaum Melayu haruslah bangkit dan menyalurkan daya kreativiti mereka untuk menaiktarafkan daya pemikiran dan daya saing mereka sendiri sejajar dengan hasrat pertubuhan UMNO untuk menjana Melayu Glokal – yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan tidak takutkan kepada persaingan tempatan atau global.

4. Blogger yang ada harus tukar isi-isi blog itu agar lebih ilmiah dan dihormati. Sarankan apa yang patut, berasas untuk terus menjadikan negara Malaysia ini maju dalam masa 15 tahun dari sekarang.

Berdasarkan pertikaian ini, saya terlebih dahulu memuji keprihatinan saudara Adnan dalam usaha menelaah dan menjalankan kajian terhadap blog kepunyaan Melayu. Berdasarkan pertikaian itu juga saya salurkan sedikit pendapat saya untuk dikongsikan bersama.

1. Menjadikan isi kandungan weblog sebagai kayu pengukur progresif dan kemajuan bangsa Melayu di zaman ledakan bio-valley adalah pemikiran satu hala yang jelek. Saya mengajak saudaran Adnan membeliakkan lagi mata saujana memandang bagaimana sesetengah weblogger Melayu mampu menjana produktiviti melalui weblog sebegini. Weblog merupakan satu wadah integrasi minda bagi satu komuniti yang meminati satu perkara – Akademi Fantasia umpamanya. Maka kelahiran weblogger Melayu tidak wajar dilihat sebagai golongan yang keterbelakangan sewenang wenangnya. Pembangunan IT dan aturcara web development di Malaysia juga harus diberi perhatian. Ini diharap mampu membangkitkan generasi pro-Internet yang mantap dan kemudiannya bukan sekadar menjadi pengguna, malah sebagai pembekal pangkalan data terbesar ini. Weblogger yang multi talent dan berpengetahuan luas juga mampu berkembang menjadi content provider, novelis, pengkritik, webmaster dan sebagainya.

2. Peruntukan masa merupakan hal yang bersifat individu. Peminat futsal “memanfaatkan” masa di indoor stadium, peminat Siti Nurhaliza “memanfaatkan” masa mengikuti perkembangan dan aktiviti seni beliau, peminat fotografi “memanfaatkan” masa untuk mengambil gambar gambar yang cantik begitu juga peminat weblog, kecenderungan “memanfaatkan” masa untuk menulis perkara yang mereka minati dalah sesuatu yang tidaklah terlalu dangkal untuk disangkal. Masalahnya berkisar pada time management, – quality time dan wasted time. Jikalau saudara mengatakan ia membazir masa, maka ia telah membunuh golongan yang mempunyai hobi yang sama – melayari internet, meminati rancangan realiti TV dan sebagainya. Sama seperti kita menafikan futsal adalah kegiatan yang berfaedah, sedangkan ia adalah satu sukan yang berkembang dengan pesat di Malaysia.

3. Saranan penjanaan melayu glokal oleh saudara Adnan adalah niat yang bagus. Saya percaya ia lahir daripada niat yang suci kerana risau akan perkembangan weblog ‘picisan’ yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Memang ada weblog picisan yang tidak bagus umpumanya penyebaran ideologi dan fahaman songsang, sesat, fasik dan munafik. Namun “merancang teori” dan “melalak mengenai sesuatu isu” vs “melaksanakan tanggungjawab” dan “menyokong polisi pihak pemerintah” mengenai sesuatu isu seperti “Melayu Glokal” adalah 2 perkara yang berbeza. Daya saing bangsa kita tidak ditentukan oleh pengisi komunitinya, ia ditentukan oleh pemimpin negara. Kita sebagai rakyat hanya mampu menyahut saranan itu, dan saya tidak lihat “mengampu” Rafidah Aziz atau “mengutuk” Tun Mahathir dalam masalah AP di dalam blog peribadi adalah perkara yang wajar. Sama seperti fanatikkan diri terhadap seseorang selebriti, memuja beliau, menafikan kelemahan dan kesilapan beliau adalah tidak wajar. Kita harus adakan weblog seperti yang diperkatakan mampu menaiktarafkan daya pemikiran dan daya saing bangsa Melayu. Dan saya harap saudara mampu usahakannya. Selagi ia boleh digubah semantap weblog SultanMuzaffar, saya pasti ia bakal mendapat sambutan yang hangat!

4. Saya percaya ada di antara weblog Melayu kita yang menulis sesuatu yang tidak wajar dijadikan ikutan namun golongan ini amat sedikit. Kita sebenarnya mempunyai weblog ulung dalam variasi yang agak banyak dan kemunculan weblog ‘picisan’ seperti yang didakwa sebenarnya merupakan perasa yang ditambah ke dalam makanan. Ia menjadi pelengkap dalam dunia blogging. Adakalanya kita tidak hanya mahukan rasa masin, mungkin juga sedikit cuka, atau gula. Contoh blogger yang sangat saya hormati pastinya Pakdi. Dan saya rasa bilangan geliga seperti beliau ini bukannya sedikit. Adalah kurang wajar menafikan kemunculan garam dalam masakan. Ia menjadikan masakan itu tawar dan tidak menyelerakan.

Hiburan vs Isu Masyarakat
Hiburan dan isu masyarakat adalah dua skop yang agak sama – umpamanya mengundang kontroversi, melahirkan gosip, kabur dalam realiti, hakiki dalam samar, dan memerlukan publisiti. Penjana kedua dua arena ini adalah sama – manusia. Ada di antara artis yang memerlukan publisiti murahan untuk memancing minat, sama seperti golongan politikus yang memerlukan publisiti murahan untuk pancingan undi dan pengaruh. Mereka mempunyai hieraki yang berbeza dalam masyarakat tetapi fungsi mereka tidak lain dan tidak bukan, memberi “khidmat” kepada kepada masyarakat. 1 bersifat khidmat hiburan, 1 lagi khidmat secara serius dan berprotokol. Artis dalam ruang lingkung tugas beliau memaklumkan kepada kita bentuk hiburan yang dibawa untuk meredakan ketegangan rutin harian. Politikus pula perlu memaklumkan kepada kita bagaimana bentuk khidmat yang telah disalurkan kepada masyarakat. Ikhlaskah mereka menjalankan tugas mereka hanya Tuhan saja yang tahu. Namun sandiwara yang wujud dalam 2 arena ini tidak wajar dipertikaikan. Saya tidak mahu bicara bagaimana pincangnya UMNO dan palsunya PAS namun usaha saudara mengajak kita semua berubah fokus hanya kepada isu masyarakat yang dilakonkan oleh golongan politikus adalah tidak wajar sama sekali.

Perwakilan Adnan Jusoh
Ramai di kalangan penulis blog merupakan golongan berpendidikan tinggi. Ramai juga yang mampu menulis dengan bagus dan mampu meninggalkan kesan perubahan dan penjajahan minda terhadap pembaca di dalam tulisannya. Saudara Azhan telah membawakan pertikaian yang wajar tetapi kurang berasas. Mempertikaikan blog picisan adalah bagus namun menyuruh atau menyarankan blogger berubah arah tulisan hanya kepada sandiwara politik dan sosial adalah melanggar hak hak asasi penulis weblog. Adnan dikatakan mewakili golongan berpendidikan tinggi yang mengambil tahu isu masyarakat tetapi apa yang mampu diubah dengan polisi yang telah ditentukan? Itu persoalan yang perlu dijawab saudara Azhan dan kami mampu memberi jawapan untuk persoalan yang saudara Azhan utarakan.

Kami golongan weblog yang mengupas bidang yang kami minati, sambil menjalin silarutahim dan interaksi di antara penulis dan pembaca. Kami menyediakan wadah integrasi, kami juga saling hormati menghormati. Kami tidak melanggar undang undang negara dan kami tidak menjana jenayah. Kami berkumpul, kamu berhibur sejenak selpas penat bekerja. Kenapa harus ada yang mempertikaikan kewujudan ini? Fikir fikirkanlah.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 29, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: