Vector Challenge

Image hosted by Photobucket.com

Vector Challenge bersiaran sejurus selepas Malaysian Idol. Sebagai peminat bola sepak dan futsal, saya tak pernah miss program ini. Ia mula disiarkan bermula 17 Jun yang lalu dan anda dapat menyaksikan program ini setiap hari Jumaat menerusi 8TV. Ia dihoskan Daphne Iking, bermula jam 11 malam. Hari ini 29 Jul 2005, kesemua peserta yang layak ke final telah dipilih dan mereka akan beraksi untuk finale, 5 Ogos 2005 nanti.

Vector Challenge bukannya program realiti TV untuk mencari penyanyi atau penghibur tetapi seorang peserta lelaki yang memenangi challenge ini akan dipilih menjadi role model.Ia boleh dikatakan sebagai rancangan realiti pertama di Malaysia yang menjadikan bola sepak – sukan paling popular dalam sejarah ini sebagai agenda untuk menilai peserta berdasarkan empat kriteria – personaliti, paras rupa, kebolehan bermain bola sepak dan paling istimewa cara mereka memikat wanita.

Semua faktor yang menjadikan David Beckham sebagai ikon popular dijadikan kriteria untuk menilai para peserta. Agak pelik, tetapi itulah kelainan yang cuba dibawakan rancangan ini. Lebih menarik lagi, program ini tidak mencedok mana-mana rancangan terbitan luar negara yang menjadi fenomena baru di negara kita. Ia lahir daripada idea anak tempatan.

Penonton akan dapat menyaksikan persaingan sengit lapan lelaki kacak – Daniel Chong Liang Cern (Daniel), 19, Zaidee Zainal Abidin (Zaidee), 29, K Mohanaraj (Raj), 19, Chris Law Chin Chiang (Kris), 26, Amir Asyraf Abdul Rahim (Amir), 18, Christopher Koh Boon Han (Topher), 20 dan Nor Azmin Muhamad Sulong (Azmir), 29 menunjukkan aksi hebat mereka. Namun sehingga kini, Raj, Kris, dan Amir telah disingkirkan dan hanya 5 orang sahaja yang layak beraksi untuk final.

1. Azmir The Big Brother
Image hosted by Photobucket.com

2. Yusoff The Humble One
Image hosted by Photobucket.com

3. Topher The Average Guy
Image hosted by Photobucket.com

4. Zaidee The Strategist
Image hosted by Photobucket.com

5. Daniel The Joker
Image hosted by Photobucket.com

Rancangan ini dibawakan oleh jenama pisau cukur popular khusus untuk lelaki, Gillete (M) Sdn Bhd, kesemua peserta perlu berhadapan cabaran berbeza setiap minggu, termasuk perlawanan futsal satu lawan satu, kemahiran futsal dan rutin tarian. Mereka juga perlu menempuh cabaran personaliti seperti ‘speed dating’ bersama dua personaliti popular pilihan dan juga menunjukkan kemahiran bermain bola sepak di hadapan kanak-kanak.

Imbasan Cabaran Mingguan
1. Cabaran Pertama
Peserta diminta menimbang bola dalam masa dua minit yang diberikan. Mereka boleh menimbang menggunakan buku lali, kaki ataupun kepala. Markah dikira sebaik saja bola menyentuh lantai atau tangan.

2. Cabaran Ke-2
Mengawal bola di atas badan sambil membuat ‘push up’. Seperti juga menimbang bola, peserta diberikan tiga kali cubaan seberapa lama yang mampu atau selama tiga minit. Maksimum markah yang boleh dikutip dalam cabaran ini ialah 125 mata.

3. Cabaran Ke-3
Cabaran mengawal bola di atas kepala. Tiga kali cubaan dan selama satu minit cabaran Pengawalan setiap 10 saat akan diberi markah 5 mata.

4. Cabaran Ke-4
Peserta diberi tiga jarak berbeza untuk menendang bola ke dalam gol dengan mengikut gaya sepakan ala David Beckham.

5. Cabaran Ke-5
Lapan peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyuruh pihak lawannya, menjalankan beberapa ujian tertentu dan bila tamat mereka akan bertarung di dalam gelanggang. Peserta yang mengutip markah tertinggi layak mara ke peringkat akhir.

6. Cabaran Ke-6
Enam peserta yang layak mara ke peringkat ini, diberi peluang memilih pakaian kegemaran bagi persediaan sesi fotografi. Markah akan dinilai oleh jurugaya profesional, Sam Anuar.

7. Cabaran Ke-7
Bertempat di Rio De Futsal Subang Jaya, peserta dikehendaki memperdaya sekumpulan kanak-kanak yang menganggap mereka sebagai pemain bola sepak Kebangsaan dalam satu klinik bola sepak. Mereka perlu meyakinkan kanak-kanak dengan gaya permainan mereka tanpa menyerlahkan identiti sebenar.

8. Cabaran Ke-8
Diadili oleh pengulas sukan TV3, Abu Bakar Atan, mereka dikehendaki menghadiri sidang media dan berhadapan dengan soalan sukar daripada pihak dilantik serta wartawan sebenar. Markah dinilai jika mereka berjaya menarik perhatian wartawan.

9. Cabaran Ke-9
Inilah kesempatan kepada peserta menunjukkan kemahiran menari di hadapan juri selebriti, Linda Jasmin. Mereka dikehendaki mempamerkan gerak tari hip hop bersama bola mereka. Markah dikira berdasarkan berapa banyak rutin yang dipersembahkan.

10. Cabaran Ke-10
Hanya tiga minit masa yang diberikan untuk mereka berkenal mesra bersama 2 orang personaliti TV jelita iaitu Sofea dan Jojo dalam cabaran Speed Dating With Celebrity. Markah terendah, secara automatik akan keluar.

Cabaran Terakhir
Bertarung futsal bersama wanita bukanlah satu yang diinginkan. Tapi itulah yang terpaksa mereka hadapi apabila terpaksa bermain futsal bersama pasukan wanita digeruni di gelanggang futsal Rio De Futsal, Subang Jaya. Siapakah agaknya yang tewas dalam pertarungan selama 10 minit ini? Siapa pula yang akan dipilih menjadi pemenang Vector Challenge dan akan diterbangkan ke Real Madrid untuk berjumpa dengan idola mereka – David Beckham? Saksikan Vector Challenge jumaat depan.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 29, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: