Malaysian Idol – Spectaculars Show 1 (29 Jul 2005)

Saya melahirkan perasaan pelik kenapa Malaysian Idol yang diura-urakan realiti TV show paling berprestij di Malaysia begitu kurang mendapat sambutan berbanding Akademi Fantasia? Saya menonton live di rumah sahaja tetapi saya tidak dapat merasakan perasaan ‘berdebar debar’ sepertimana saya menonton Akademi Fantasia. Ketika ulasan ini ditaip, saya masih ‘berdebar debar’ menantikan konsert terakhir Akademi Fantasia sebelum ke final. Even rancangan Mentor yang bersiaran pada pukul 9 malam, hari Ahad di TV3 juga sering menjadi perhatian saya kerana salah seorang pesertanya Dewi, begitu mencuit hati.

Saya harap ini hanya perasan temporary. Saya cuba selidik di mana kurangnya Malaysian Idol berbanding Akademi Fantasia ataupun Mentor. Saya rasa satu elemen yang kurang itu ialah “KEJUTAN.” Ya, saya berdebar debar kerana takut favourite saya Marsha terkeluar di dalam Akademi Fantasia. Saya meminati Mentor kerana pesertanya muda muda lagi berbakat. Malaysian Idol adalah satu show yang kurang ada kejutan, ia berlangsung dengan cara yang paling tipikal dan adakalanya keselurahan persembahan itu membosankan. Para peserta yang dipilih merupakan profesional yang amateur. Tahun ini, minta maaf saya katakan ia membosankan. Satu show itu wajar ada watak utamanya, kemudian watak sampingan akan mencuri perhatian penonton sekali sekala dengan persembahan yang memberangsangkan. Watak utama boleh ditukar tukar menerusi reaksi penonton namun jelas, show Malaysian Idol ini belum tampak lagi watak utamanya berbanding Akademi Fantasia – Mawi World! Musim kedua bagaikan satu lagi show ala bintang RTM versi 8TV. Pesertanya bervokal mantap tetapi x-factor kurang. Imej dan identiti masih belum menonjol.

Tema: Hit Songs, Local or Foreign
Tema yang kurang mencabar. Agaknya memang tepat pilihan tema untuk spectaculars yang pertama kerana nyata pemilihan tema ini menyenangkan para peserta memilih lagu favourite mereka, tanpa terlalu banyak perlecehan. Namun saya agak curious juga kerana setakat mana Joss Stone, Gavin Degraw dan Ryan cabera boleh dikatakan hit? Maka disebabkan pemilihan lagu sebeginilah penonton pasti mula merungut, kenapa suka sangat memilih lagu yang tidak bertepatan dengan selara penonton umum. Nampak sangat ada beberapa peserta yang begitu ambitious.

Pengkritik Tetap:
1. Roslan Aziz
2. Fauziah Latiff
3. Paul Moss

Pengkritik Jemputan:
1. Nora

Persembahan Berkumpulan: Fame
OK. Ada yang nyanyi off-pitch, dan kedengaran jelas sumbangnya.

1. Atilia – You Had Me (Joss Stone) 7/10 bintang
Penuh intensity! Saya suka dengan persembahan Atilia yang tampak decent dan soulful. Beliau telah attempt garapan emosi dan adlip yang sesuai dengan konsep lagu dan persembahan namun Atilia perlu berhati hati kerana adakalanya Atilia kedengaran sedikit staccato kerana terlalu banyak vibrato panjang yang tidak perlu telah ditambah ke dalam nyanyian beliau. Adakalanya beliau kedengaran flat dan monotonous. Seorang penonton yang tipikal, saya tidak akan menyalurkan vote yang terlalu banyak untuk beliau. Saya appreciate beliau sebagai penyanyi yang mantap tetapi beliau bukan idol saya. Bervokal mantap vs berpersonaliti menarik di dalam rancangan Realiti TV show seperti Malaysian Idol adalah 2 perkara yang jauh berbeza. Vokal Atilia tegar, dalam dan lantang. Technically beliau tidak melakukan terlalu banyak kesilapan melainkan sedikit over done the song, keseluruhan persembahan macam cake yang overbaked.

2. Ash – I Don’t Wanna Be (Gavin Degraw) 4.9/10 bintang
Satu persembahan yang menghambarkan. Ash merupakan seorang peserta yang sepatutnya mampu mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan beliau di dalam muzik untuk memberikan persembahan yang mantap namun persembahan beliau malam ini mampu mengheret beliau untuk berada di bottom 3. Vokal beliau solid, dan tone beliau sedap kerana di dalam pasaran Malaysia sekarang ini kita belum jumpa lagi vokal yang sexy dan Ashy sebegini. Diction beliau bagus dan jelas, artikulasinya agak lancar cuma melainkan perkara yang ‘remeh temeh’ sebegini, saya tidak nampak apa lagi kelebihan beliau dalam persembahan itu. Saya rasa beliau salah pilih lagu, atau beliau salah pilih genre lagu. Beliau tidak mempunyai the rocker edge untuk vocal range sepertimana yang beliau rasakan. Beliau wajar memilih lagu yang lebih ‘normal’ sahaja instead oleh slow rock yang sangat ambitiuos sebegini. Intensity lagu beliau teruk dan sense of adlip juga tidak cukup menyerlah. Masalah picthing, tempo, falsetto, vibrato dan beberapa kesilapan major was killing him. That was hilarious!

3. Azam – Salsabila (Yasin) 6.5/10 bintang
Saya sering percaya Azam memerlukan lebih banyak ruang untuk membuktikan kebolehan beliau. Beliau harus berhati hati apabila memilih lagu kerana bukan sembarangan lagu sesuai dengan kemampuan vokal beliau yang agak limited range-nya itu. Namun untuk malam ini, Azam membuka mata ramai penonton dengan pemilihan lagu yang sesuai dan berjaya menyerlahkan vokal beliau. Techninally, beliau tidak melakukan kesilapan yang besar untuk vocal wise dan saya impressed dengan nyanyian beliau cuma beliau perlu memainkan lebih peranan sebagai seorang penghibur di atas pentas, beliau perlu lebih berinteraksi dengan penonton sambil menjiwai keseluruhan maksud lirik lagu tersebut, otherwise beliau akan kelihatan robotic. Rendition beliau indah dan saya sukakan rhytm beliau. Beliau juga memberikan nafas baru kepada lagu Yasin tersebut. Cadangan saya cuba buang sissyness in sense of fashion di dalam Adam. Ini bukan drag show. Fashion is good but please don’t dressed like a fashion victim.

4. Trish – A Woman’s Worth (Alicia Keys) 6/10 bintang
Pemilihan lagu A Woman’s Worth tampak sesuai secara teorinya tetapi persembahan Trish was too safe and limited. Ia tidak menonjolkan kredibiliti dan kemampuan vokal Trish dan ia kedengaran flat dan kurang intensity. Lagu ini disampaikan without putting a soul in it, ia kosong dan kedengaran tidak bermakna. Trish tidak memberikan klimaks dan garapan mood A Woman’s A Worth yang sesuai untuk persembahan beliau menjadikan kawalan beliau agak tersasar dari konsep lagu. Beliau kurang attitude. Corak persembahan beliau juga tidak menarik. Beliau memendekkan chord dan ulangi kesilapan yang sama semasa workshop. Saya juga rasa pelik Trish semacam perempuan antagonis apabila menyampaikan lagu ini.

5. Adam – Mentera Semerah Padi (M Nasir) 7.9/10 bintang
Adam sebenarnya mempunyai vokal yang sedap didengar, rangup dan sizzling. Biarpun lagu Mentera Semarah Padi merupakan sebuah lagu agung yang berfalsafah, bermesej dan memerlukan suara jantan macho untuk dikenakan pada keteragungan lagu ini, namun persembahan Adam masih berada di paras kawalan yang baik dan mampu dibanggakan biarpun tidak segagah laksamana Melayu. Lagu ini jikalau salah interpretasi akan menyebabkan mesej tidak sampai dan lagu tersebut mati. Mujur Adam tidak melakukan kesilapan teknikal yang besar dan beliau nampak natural di atas pentas. Keyakinan dan naturaliti beliau mampu merebak sehingga penonton di Sri pentas turut bersorak dengan gemuruh sekali. Ia sederhana, pleasantable dan watchable.

6. Farah – Cobalah Untuk Setia (Kris Dayanti) 8.3/10 bintang
Wow. Versi Cobalah Untuk Setia paling sedap selain Kris Dayanti yang pernah saya dengar. Farah menyampaikan lagu ini dengan bagus dan projection beliau benar benar memberi kepuasan kepada sesiapa yang mendengar nyanyian beliau. Perwatakan Farah yang ayu dan menawan itu adalah bonus terhadap persembahan beliau dan saya terpesona dengan Farah. Saya harap Farah tidak anti-climax dan akan memberikan emosi yang lebih untuk lagu seperti ini. Outfit Farah juga harus lebih vogue dan bukan sekadar jeans dan top single tone. Technically, notes tinggi farah terlalu sharpy terutama pada bahagian chorus. Peredaran notes rendah ke notes tinggi juga wajar diperbaiki dan jangan memberikan terlalu banyak ruang untuk pernafasan sehingga kedengaran bunyi ‘haummm’ itu. Perlu diingatkan, Farah sedikit lari tempo untuk lagu ini. Otherwise, it was the best performance for the night!

7. Ejay – We Belong Together (Mariah Cerey) 4.5/10 bintang
Bold! Bad diction, tone tidak keluar. Pemilihan lagu Mariah Carey ini sangat tidak sesuai dan benarlah kata uncle Roslan, saya tidak faham satu haram pun apa yang cuba disampaikan Ejay. Bukan saya tidak faham sebutannya cuma saya tidak faham dengan konsep persembahannya. Ia seperti sebuah persembahan musical oleh seorang pelajar yang baru belajar 2 hari dan hanya tahu shrieking all the way. Tidak ada attiude, tidak ada jiwa dalam nyanyian beliau. Tone suara beliau tidak cukup solid dan grooves Ejay di atas pentas sangat limited dan tidak indah pergerakannya. Another killing performance of the night. Killing me softly!

8. Faizull – Semangat Zaman (Nash) 8/10 bintang
Rocker orang kampung rocks the night. Saya terpesona dengan Faizull. Bagi mereka yang tidak berjiwa rock 80an, you won’t get it. Faizull sebutir permata yang semakin gilap dan saya percaya pentas pretij Malaysian Idol mampu membantu beliau untuk menjadi sebutir permata yang sinarnya gemerlapan. Beliau mempunyai semangat rock kental yang bagus dan audience menyukai persembahan beliau. Saya terhibur dengan tone yang basah itu dan beliau memberikan persembahan yang quite promising. Constantine Maroulis versi Malaysia. Cuma Faizull harus hati hati dengan breathing dan freezing. Adakalanya words break into 2 dan ia melanggar peraturan teori vokal. Artikulasi wording harus lebih lancar dan tidak tersekat sekat untuk perkataan yang panjang. Notes tinggi wajar dikawal lagi agar tidak kedengaran sharpy. Persembahan yang mantap oleh Faizull. X-factor juga ada jika dilihat dari reaksi penonton.

9. Daniel – True (Ryan Cabera) 5.5/10 bintang
Tukang kulum perkataan ini masih lagi melakukan kesilapan yang lazim. Mengulum perkataan sehingga sebutan menjadi kabur, nyanyi lagu Inggeris tapi diction berbunyi Chinese. Tone beliau sangat slim, lembut dan lemah. Pitching here and there namun masalah utama Daniel ialah attitude. Beliau terlalu lemah gemalai sehingga persembahan beliau kelihatan ‘longlai’. Perwatakan sissy beliau berleluasa sehingga bunyi ‘horny’ jelas kedengaran dalam persembahan beliau. Namun saya percaya beliau salah seorang peserta yang mempunyai x-factor yang kuat. Seperti Saiful MI musim pertama dulu. Pemilihan lagu yang selamat, tidak terlalu ambitious.

10. Xerra – Karma (Alicia Keys) 7.5/10 bintang
Stunning Xerra dengan outfit yang seksi dan suara yang seksi – beliau kelihatan cukup yakin dan persembahan beliau sangat groovy. Cuma sayangnya lagu ini tidak menyerlahkan vokal Xerra. Namun sebagai pembuka tirai, persembahan Xerra agak safe dan tidak terlalu menonjol atau low profile. Pengalaman dan pendedahan beliau menyanyi di dalam kelab malam pasti memberi kelebihan pengawalan pentas kepada beliau. The stage was full utilized dan persembahan beliau mampu dikawal dengan baik. Beliau memilih lagu yang tidak terlalu complicated. Ini strategy yang bagus dan beliau akan terus berada di tengah tengah votes. Tetapi Xerra tidak seharusnya terlalu scripted seperti beliau telah lama menyanyi di atas pentas sehingga feel lagu tak mampu disampaikan dengan baik. Xerra perlu lebih focus dan lebih kreatif. Untuk persembahan malam ini, tidak ada yang terlalu kurang atau terlalu lebih, sederhana sahaja.

11. Nita – Left Outside Alone (Anastacia) 6/10 bintang
Nita yang tidak memberi kreativiti terhadap lagu ini kedengaran agak boring pada malam ini. Beliau harus menanamkan semangat kentalan di dalam diri beliau untuk lebih tampil dan aggresive lagi. Namun bunyi cadangan macam tidak ada kena mengena kerana beliau used to be an pub singer? Saya tidak tahu kenapa beliau masih kelihatan takut untuk beraksi di atas pentas. Untuk lagu Left Outside Alone oleh Anastacia, persembahan beliau sederhana dan tidak memberangsangkan. Biarpun beliau tidak melakukan kesilapan yang besar namun persembahan itu tidak mencukupi. Ada kurangnya garam atau gula di dalam persembahan itu. Nita mempunyai pakej yang bagus cuma beliau perlu berdiri sebaris dengan peserta perempuan yang ada. Outshine lagi kemampuan Nita dan serlahkan lagi vokal untuk terbang lebih jauh, panjat lebih tinggi.

Rating Fiqarash:
1. Farah 8.3/10 bintang
2. Faizull 8/10 bintang
3. Adam 7.9/10 bintang
4. Atilia 7/10 bintang
5. Xerra 7.5/10 bintang
6. Nita 6.9/10 bintang
7. Azam 6.5/10 bintang
8. Trish 6/10 bintang
9. Daniel 5.5/10 bintang
10. Ash 4.9/10 bintang
11. Ejay 4.5/10 bintang

Pilihan Bottom 3:
1. Ejay – out?
2. Atilia – out?
3. Trish – berbahaya?

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 29, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: