Malaysian Idol – Keputusan Spectaculars Show 1

Ramalan Ku Benar Belaka
Mendebarkan! Malam ini kali pertama saya rasa berdebar dengan Malaysian Idol. 3 orang yang telah saya namakan berpotensi untuk meninggalkan Malaysian Idol musim ke-2 untuk spectaculars show yang pertama jumaat yang lalu ialah Ejay, Trish dan Atilia. Saya pernah mengatakan hampir pasti Ejay akan ditendang keluar namun keputusannya memihak kepada beliau. Beliau terselamat. Ini tidak bermakna saya gembira Atilia dan Trish terpaksa meninggalkan MI, ia cukup pahit namun harus ditelan seluruh peminat Malaysian Idol. Trish dan Atilia, antara 2 orang pelajar yang dikatakan paling berbakat tidak berjaya menarik perhatian peminat untuk meraih undian yang secukupnya untuk terus berada di dalam Malaysian Idol. Mereka meninggalkan Malaysian Idol untuk Spectaculars Show yang pertama!

Keputusan Penyingkiran Muktamad:
1. Trish
2. Atilia

Ramalan Juri Profesional:
1. Roslan – Ejay dan Ash
2. Kak Gee – Ejay dan Ash
3. Paul – Atilia dan Ejay

Ramalan Fiqarash:
1. Ejay
2. Atilia
3. Trish

Trish
Mengapa Trish? Saya rasa beliau sama level dengan Nita dan Xerra, 3 serangkai ini merupakan divas yang disebut akan mengungguli Malaysian Idol musim yang ke-2 namun Nita dan Xerra sebenarnya sudah ada golongan peminat mereka yang tersendiri. Golongan ini terdiri daripada pendengar atau penyokong mereka yang menyaksikan persembahan mereka di pub dan kelab-kelab malam. Tidak kurang juga peminat yang terpesona dengan imej, perwatakan dan identiti yang mereka bawa di dalam Malaysian Idol. Trish bukan seorang penyanyi kelab malam namun disebabkan Soliano’s influence, beliau mampu setanding dengan kehebatan Nita dan Xerra. Tambahan pula imej mereka bertiga begitu menyerlah di dalam Malaysian Idol. Benarlah mereka bertiga mempunyai golongan peminat yang tersendiri tetapi itu tidak bermakna peminat mereka mengundi untuk mereka. Peminat vs pengundi adalah 2 panggilan yang sifatnya hampir sama tetapi mempunyai fungsi yang berbeza. Saya merupakan peminat Trish, bukan pengundi. Jikalau saya fanatik sikit, saya akan undi.

Namun penyanyi seperti mereka ini lazimnya akan menghadapi 2 situasi terutamanya jumlah kutipan undian terkini tidak pernah diterakan di mana mana:

1. Menganggap mereka mempunyai votes yang mencukupi untuk survive dan tidak perlu mengundi mereka apabila melakukan persembahan yang bagus.
2. Menganggap mereka masih mempunyai votes yang mencukup untuk survive dan tidak perlu mengundi terlalu kencang untuk mereka apabila melakukan persembahan yang kurang bagus.
3. Faktor sampingan – undian kronisme dan nepotisme, undian fizikal, undian rupa paras, undian simpati dan etc.

Maka inilah hasilnya. Trish menjadi mangsa korban situasi yang kedua. Instinct saya mengatakan beliau akan tersingkir namun saya tidak pernah sangka jangkaan dan tekaan saya begitu tepat sekali. Cuma berdasarkan killer comments oleh Paul malam jumaat yang lalu. Bahang kemungkinan Trish disingkirkan itu memang dirasakan ada.

Atilia
Atilia seorang penyanyi yang berbakat. No doubt. Jikalau Malaysian Idol ingin menyandarkan kepercayaan seratus peratus kepada pengundi yang terdiri daripada masyarakat umum, maka jangan salahkan pengundi, salahkan formatnya jikalau penyanyi yang berbakat disingkirkan.

Atilia adalah korban mereka yang tidak memandang bakat. Penyanyi seperti Atilia jikalau ingin memastikan tempat beliau sentiasa selamat di dalam pentas berprestij Malaysian Idol, beliau harus melakukan sesuatu yang sangat luar biasa. Tanpa keluar-biasaan seperti apa yang mampu Fantasia Barino lakukan pada lagu Signed, Sealed Delivered dan Ruben Studdard untuk lagu I Believe I Can Fly, Atilia akan kurang mendapat perhatian. Sekadar golongan merungut selepas Atilia tersingkir sebagai tanda sokongan itu pasti ada, malah jumlah bukannya sedikit.

Saya rasa faktor penyanyi glokal juga menyebabkan Atilia kurang menyengat. Beliau seorang peserta yang ambitious dengan pemilihan lagu dan gaya persembahan ala ala penyanyi barat. Sejarah membuktikan penyanyi yang “ganas” sebegini pasti kurang mendapat votes berbanding penyanyi wanita yang ayu, bersopan santun dan sejuk mata memandang. Beliau pada saya begitu aggresive ketika berada di atas pentas. Di Malaysia, kita lebih menyukai penyanyi yang sederhana penampilannya, persis gadis Melayu yang mempunyai ciri ciri local tetapi mampu menginjakkan kaki ke pasaran global. Itulah penyanyi glokal. Namun pada Atilia, malangnya beliau kurang elemen ini.

Reality TV Show – Format vs Bakat
Saya tersenyum sinis sejenak melihat reaksi Roslan dan Kak Gee yang begitu emosional melihat 2 orang peserta yang dikatakan berbakat besar tetapi tidak rupawan meninggalkan Malaysian Idol. Macam tak tahu pula inilah realiti TV show. Kata kata seperti ‘voters sudah bijak menilai bakat’ itu tidak pernah akan menjadi realiti di dalam reality TV show, sampai bila pun ia akan menjadi fantasi golongan elitis. Minat terhadap seseorang itu subjektif. Tidak bermakna apabila seseorang itu berbakat, beliau akan disukai kerana bakat juga sesuatu yang subjektif. Begitu juga sandaran penyanyi yang bersuara barat seperti yang diminati Roslan Aziz, jikalau hanya beliau seorang saja yang minat orang umum tidak, maka jangan salahkan penonton, kerana hak mengundi terletak di tangan kami. Terpulang kepada individu tertentu untuk menilainya.

Untuk menjadi seorang Malaysian Idol pilihan masyarakat itu sendiri, selalunya mereka yang mempunyai bakat dan personaliti itu yang akan lebih menawan hati peminat. Ya, saya percaya Malaysian sudah bijak mengundi, tetapi tidak ada yang bodoh dalam bab mengundi – saluran undi itu sudah pastilah kepada mereka yang diminati sahaja. Bakat boleh diasah namun x-factor dan star quality itu hanya boleh ditentukan oleh masyarakat yang memiliki hak mutlak untuk memilih dan mengundi.

Harapan Untuk Malaysian Idol dan Pengundi
Berapa ramai lagi penyanyi yang berbakat harus ditendang keluar apabila kuasa mengundi diberikan seratus peratus kepada para penonton dan peminat? Fikir fikirkanlah. Biarpun saya harus akur sepenuhnya dengan keputusan hari ini tetapi andai kata lebih ramai lagi peserta yang berbakat telah disingkirkan, Malaysian Idol bukan lagi Malaysian Idol tetapi ia akan menjadi Malaysian Idiot. Sebab itulah saya rasa pissed off awal awal lagi dengan pemilihan para peserta yang kurang konsisten untuk diterap dalam Top 24 oleh 3 juri yang so called juri profesional.

Untuk 9 lagi peserta yang masih berpeluang merebut gelaran Malaysian Idol, sila struggle real hard untuk Spectaculars yang akan datang. Ini adalah peluang yang diberikan oleh penonton yang mengundi anda. Jangan persiakan amanah itu. Manakala untuk para pengundi, undilah dengan bijak. Sampai ke satu tahap, peminat harus undi dengan bijak dan bukan berdasarkan personal favourite. Jangan hancurkan kredibiliti Malaysian Idol. Jadikan episod episod awal sebagai pengajaran!

Tahniah untuk Farah, Ash dan Xerra. At least 3 favourite saya masih berada di dalam Malaysian Idol dan meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar sang juara. Tahniah juga kepada peserta yang lain.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on July 31, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: