Mentor – Final
Image hosted by Photobucket.com

Pija VS Nabil

1. Pija (17 tahun, Sabah)
Image hosted by Photobucket.com“Pelajar yang paling versatile di dalam rangan Mentor. Pija boleh membawa pelbagai genre lagu tidak kira lagu rock, lagu pop, lagu balada mahupun lagu berbentuk irama Malaysia. Pija juga merupakan antara peserta yang paling muda di dalam rancangan ini namun kredibiliti Pija sebagai penyanyi yang dikatakan paling berbakat di dalam rancangan ini tidak boleh dipertikaikan. Pija sering mendapat markah tertinggi daripada juri profesional dan Pija tidak pernah lagi dikalahkan oleh protege lain dalam mana mana battle dari peringkat saringan sehinggalah peringkat separuh akhir. Pija akan bertarung dengan Nabil yang seringkali digosipkan bersama namun publisiti itu tidak pernah diakuinya benar. Penyanyi yang bervokal mantap ini tidak pernah mengecewakan penonton setiap kali beraksi di atas pentas.”

Nama : NORAFIZAH BINTI MOHAMMAD YASIN
Tarikh Lahir : 30 November 1988
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Agama : Islam
Bangsa : Bajau @ Suluh
Cita-Cita : Pereka Fesyen
Hobi : Membaca komik dan mendengar radio
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar
Pengalaman Seni :
1. Jaya Jusco (Maluri 2000) Saguhati.
2. Menara Kuala Lumpur (2002) Media Hiburan (Personaliti Terbaik).
3. Menara MPJJ – Tempat Ketiga.
4. Sungai Buluh Paya Jaras (2004) – Tempat Pertama.
5. Ideal Studio (2004) – Tempat Pertama.
6. Taman Tasik Titiwangsa (2004) – Tempat Pertama.
7. Sure Heboh Maggie (2004) – Tempat Pertama.
8. Sure Heboh Pesce Cold (2004) – Tempat Pertama.
9. My Friend Station Club N Corner Club (2005) – Tempat Pertama.
10. Bukit Jalil Sure Hebat (2004) – Tempat Pertama.
11. Karnival Bebas Cukai (2004) – Tempat Pertama.
12. Bintang Sensasi Majalah Hai – Persembahan Terbaik Di Tempat Pertama 2005.

2. Nabil (18 tahun, KL)
Image hosted by Photobucket.com“Antara protege yang dikatakan paling tidak konsisten namun berjaya membeliakkan mata para peminat rancangan ini pada peringkat separuh akhir menentang Yanie. Nabil memperolehi 47.5/50 daripada juri profesional dan berjaya melayakkan diri dengan jurang markah yang agak besar. Nabil mencipta sejarah apabila berjaya memperoleh markah tertinggi daripada juri profesional dengan 47.5/50 markah. Kredibiliti beliau sebagai penghibur semakin hari semakin menyerlah dan tidak hairan jikalau Nabil mampu menyalahkan Pija di peringkat akhir. Nabil seorang penyanyi yang pandai membawa diri di atas pentas, lincah beraksi dan mahir menari. Sepanjang rancangan ini berlangsung, Nabil menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan tidak kira dari segi aspek persembahan pentas mahupun persembahan vokal. Nabil mempunyai golongan peminat yang cukup ramai dan pastinya mampu memberi saingan yang hebat kepada Pija.”

Nama : NABIL BIN ZAMANHURI
Tarikh Lahir : 13 September 1987
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Hobi : Menyanyi, menari, melukis, bermain gitar, melayar internet dan mendengar radio.
Tinggi : 5’5″
Berat : 50 kg
Artis Kegemaran : Voices Of Euphonious(Ve), Boyz 2 Men, Justin Timberlake,Jackson 5, Michael Jackson
Musik Kegemaran : R&B, Pop, Hip-Hop, Top’s Retro
Pengalaman Seni :
1. Menari dan menyanyi di sekolah ketika Hari Kanak-kanak Sedunia
2. Menyertai Sekolah Teater ‘Tunas Budaya’di Matic
3. Membuat persembahan di MATIC
4. Persembahan tarian semasa Minggu Sukan di Sekolah
5. Persembahan tarian di Konsert Kebajikan Sekolah
6. Persembahan tarian untuk perjumpaan pengakap
7. Persembahan nyanyian semasa Hari Guru
8. Menyertai kumpulan muzik “Flowidduz”
9. Persembahan di Caravan Club pada Hari Valentine.
10. Persembahan di D’Amor Cafe
11. Persembahan di Batu Pahat Club 2000
12. Persembahan di Planet Hollywood

Untuk mengundi mereka, sila taip Mentor Pija atau Nabil dan hantar kepada 32121.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 1, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: