Mentor TV3 – Tribute To FO’3
Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

FO’3 – Peserta Yang Menunjukkan Peningkatan Terbanyak
Bermula dengan aksi yang kurang menyengat, kumpulan ini meningkat sedikit demi sedikit, setapak demi setapak mereka melangkah sehingga berjaya mara ke semi final sebelum dikalahkan peserta favourite – Pija.

Saya memberi kredit besar kepada Cat Ruffedge, sejujurnya kumpulan ini merupakan peserta yang telah menunjukkan peningkatan paling memberangsangkan berbanding dengan mana mana pserta yang ada di dalam Mentor. Sayangnya tempoh masa 3 bulan yang diberi nyata belum cukup untuk membina kredibiliti yang lebih besar kepada FO’3. Entry ini saya karang khas untuk FO’3, antara peserta yang paling saya minati di dalam Mentor selain Dewi, Alynn dan Pija.

FO’3 Sebagai Sebuah Kumpulan
Sebagai sebuah kumpulan dalam genre muzik R&B Pop dan Hiphop, FO’3 masih memerlukan masa untuk membina identiti dan kredibiliti terutamanya ketika beraksi di atas pentas. Ewan, Nana dan Zarul harus sentiasa memikul tanggungjawab sebagai pelengkap kepada mana mana kelemahan anggota di dalam FO’3. Menyanyi hanya memerlukan bakat, ramai orang mempunyai bakat tetapi tak ramai yang mampu menjadi penyanyi. Penyanyi memerlukan bakat dan personaliti. Bakat boleh diasah tetapi penyanyi memerlukan x-factor dan star quality seperti yang sering diura-urakan, namun 2 perkara ini bukan senang untuk dicari. Ia sesuatu yang subjektif. Ukuran sejauh mana star quality seseorang penyanyi itu terletak kepada jumlah dan kutipan peminat secara mutlak. Dalam rancangan Mentor, saya mampu mengatakan FO’3 bukan sahaja mempunyai golongan peminat tersendiri, malah FO’3 juga mempunyai segerembolan peminat fanatik yang sering berdiri di belakang, di depan, di kiri dan di kanan FO’3 untuk menyokong kerjaya FO’3. Berbanding dengan beberapa penyanyi yang dikatakan lebih berbakat, elemen ini nyata satu bonus besar yang mampu membantu kejayaan FO’3 di hari muka. Harus diingatkan, peminat adalah aset seseorang penyanyi. Bukannya komposer yang mencipta album untuk dinyanyikan penyanyi.

Perlawanan Dalam Mentor
Saringan
1. FO’3 vs Yanie (Kalah)
2. FO’3 vs Biella (Menang)
3. FO’3 vs Fahmie (Menang)

Separuh Akhir
1. FO’3 vs Pija (Kalah)

Pertandingan Tempat Ketiga
1. Taip Mentor FO3
2. Send to 32121

Point out kelebihan dan kelemahan anggota FO’3
1. Ewan – Untuk Ewan, andalah sebenarnya kekuatan dan tunjang utama FO’3. Sebelum Cat Ruffedge menyatakan kedudukan sebenarnya anda sebagai lead singer secara rasmi di dalam FO’3, saya sebenarnya merestui pemilihan anda sebagai lead singer di dalam FO’3 secara tidak rasmi semenjak kemunculan anda di episod kedua lagi. Anda mempunyai mid tone yang sedap didengar. Kelebihan utama Ewan ialah kemampuan anda mencipta rendition yang indah bersesuaian dengan chord lagu. Saya memuji kebanyakan melodi line yang dicipta Ewan untuk lagu lagu balada. Ia tampak profesional, R&B secara glokal dan lain daripada lain. Anda mempunyai projection yang bagus untuk nada rendah, namun adakalanya anda belum mampu mencapai nada tinggi dengan tepat. Kelemahan Ewan adalah suara Ewan adakalanya terlalu firm, sehingga kedengaran suaranya tak cukup wide. Falsetto adakalanya agak berserabut, technically Ewan harus terus practise dan practise lagi. Anda mempunyai potensi yang sangat besar.

2. Nana – Untuk Nana, no doubt anda perlu lebih banyak practises dan hanya practises sahaja yang mampu membawa level anda setanding dengan Ewan sebagai seorang penyanyi. Saya memuji Nana dari segi kejujuran Nana, Nana tahu di mana kelemahan Nana dan tahu anda tidak mempunyai suara yang solid. Jadi Nana tahu ukur badan sendiri sebelum buat baju. Itu sangat bagus, selama berada di dalam Mentor, Nana jarang attempt sesuatu yang sukar dicapai dan part yang telah diamanahkan dilakukan dengan baik, biarpun belum cukup cemerlang. Nasihat saya untuk Nana ialah cuba bermain lebih dengan dinamik. Anda tidak cukup intensity selain aspek teknikal yang lain seperti vocal ability, pitching, tempo, dan falsetto. Anda memerlukan projection yang lebih bagus untuk nada rendah dan open throat semasa nota tinggi. Adakalanya anda kedengaran flat dan monotonous apabila anda tidak menjiwai lagu yang anda sampaikan. Seperti kata Syafinaz Selamat, singing is a journey of emotion jadi put more emosi di dalam persembahan Nana, supaya crowd juga boleh participate.

3. Zarul – Untuk Zarul, saya tahu anda seorang rapper profesional sebab saya sudah beberapa kali melihat anda mengiringi persembahan Ruffedge dan VE. Saya memuji artikulasi rapping Zarul, ia lancar dan jarang ada kesilapan. Keep it up the good work. Cuma Zarul, biarpun anda bertanggungjawab sebagai rapper, itu tidak bermakna anda boleh syok sendiri. Adakalahnya saya rasa rapping Zarul tidak membawa kesan yang effektif untuk membantu Ewan dan Nana. Anda harus memikul tanggungjawab sebagai adlip untuk FO’3. Setiap perkataan yang anda sebut haruslah jelas sebutan vokal dan konsonannya tidak kira dalam BM atau BI. Lebihkan usaha untuk study arrangement lagu sebelum buat freestyle anda. Otherwise, you’re almost perfect.

Image hosted by Photobucket.com

Show us the right attitude seperti yang telah anda tunjukkan selama ini. Perjuangan anda di dalam Mentor sudah berakhir namun perjuangan FO’3 di dalam dunia hiburan sebenarnya baru sahaja bermula. Selamat maju jaya FO’3.

Perhatian:
1. Laman Web Rasmi Mentor
2. Forum Mentor
3. Pertandingan tempat ketiga masih memerlukan anda memberikan sokongan kepada FO’3. Sila vote FO3.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 1, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: