Finalis Akademi Fantasia Musim Ke-3
Image hosted by Photobucket.com

Prolog
Inilah kali pertama saya menulis berkisahkan Akademi Fantasia Musim Ke-3 setelah sekian lama saya menjadi pembaca dan pemerhati. Blog pilihan saya selama ini ialah SultanMuzaffar dan Klubbkidd. Kalau untuk ulasan Diari, saya pilih Elkapitan. Ramai yang tanya kenapa tidak menulis ulasan untuk Akademi Fantasia? Secara peribadi, saya rasa ulasan Akademi Fantasia tidak perlu berlandaskan terlalu banyak aspek teknikal untuk vokal kerana semua ini tidak terlalu berguna untuk pembaca atau penontonnya. Peminat AF cenderung mengundi star quality dan x-factor seseorang pelajar itu. Tidak semestinya seseorang itu berbakat, dia akan ditakhtakan kejuaraan Akademi Fantasia. Juara Akademi Fantasia hanya layak untuk mereka yang mempunyai aura yang sukar dimengertikan – ia sesuatu yang abstrak untuk diulas dan subjek kepada penilaian individu tertentu. Keseimbangan bakat dan personaliti akan membantu seseorang pelajar itu melonjak popular dengan lebih pantas di dalam Akademi Fantasia.

Sebab kedua, saya kurang layak mengulas Akademi Fantasia kerana saya kurang arif, kurang tauliah dan kurang taksub mengenai Akademi Fantasia. Saya lebih minat terhadap Malaysian Idol, dan barangkali juga saya lebih tauliah dalam hal ehwal yang menjadi fokus Malaysian Idol – aspek vokal. Namun kemunculan Marsha dengan lagu Tunggu Sekejab versi baru Jaclyn Victor Malaysian Idol benar benar membuka mata dan minda saya untuk menilai semula tahap penerimaan saya terhadap Akademi Fantasia Musim Ketiga. Sama seperti Mas pada Musim Kedua dan Nana pada Musim Pertama, inilah yang dikatakan ‘hak mutlak mengundi berada di dalam tangan penonton’. Penilaian bakat boleh dibuat berdasarkan aspek teknikal yang teorinya telah dicetak di dalam buku buku ilmiah namun penilaian star quality dan x-factor memerlukan pengamatan individu terhadap ciri ciri bintang idola pilihan individu. Selain Marsha, pilihan kedua saya adalah Mawi.

Sabtu ini 06 Ogos bakal menyaksikan AF akan diketemukan dengan juaranya yang ketiga. 4 pelajar yang terpilih ke finale terdiri daripada Marsha, Mawi, Felix dan Amylea.

1. Marsha
Image hosted by Photobucket.comNama Penuh : Marsha Milan Londoh
Tarikh Lahir : 6 Disember 1985
Umur : 20 tahun
Tempat Asal : Tamparuli, Sabah
Zodiak : Sagittarius
Tinggi/Berat : 167cm/48kg
Bangsa : Dusun
Agama : Kristian

Rating Persembahan:
1. Awan Yang Terpilu 5.5/10
2. Ingin Bersamamu 7/10
3. Lelaki Idaman 7.5/10
4. Tunggu Sekejab 8/10
5. Bossanova 7/10
6. Destiny 9/10
7. Jambatan Tamparuli 8/10
8. Cobalah Untuk Setia 6.5/10
9. Ku Pendam Sebuah Duka 6/10

Rating Terbaik: Destiny 9/10
Rating Terburuk: Awan Yang Terpilu 5.5/10

Bakat: 7/10
Personaliti: 7.5/10
Populariti: 7.5/10

Komen Fiqarash:
Saya harus akui semasa Impromptu Konsert Pertama, beliau “agak” tidak layak untuk diserap semula kerana jelas pada malam tersebut ramai lagi peserta khususnya Diana telah mempamerkan persembahan yang lebih menyerlah berbanding Marsha. Namun saya percaya para tenaga pengajar mempunyai alasan yang tersendiri dan lebih kukuh lagi profesional untuk menyerap Marsha kembali ke dalam Akademi Fantasia. Terbukti pilihan itu dimanfaatkan dengan baik oleh Marsha dan disambut riang oleh para peminat sehingga melayakkan Marsha berada di dalam konsert final Sabtu ini. Persembahan pertama Marsha untuk lagu Awan Yang Terpilu amat menghampakan dan kedudukan Marsha di dalam AF mulai goyah dan dipertikaikan. Namun personaliti beliau yang agak disenangi berjaya memikat lebih ramai pengundi untuk mengAFUNDI Marsha dan Marsha terus survive sehingga konsert yang keempat untuk membuka mata lebih ramai peminat dengan dendangan bersahaja Tunggu Sekejab, versi Jaclyn Victor. Konsert yang ke-6 merupakan konsert yang menyaksikan Marsha menjadi diva dengan lagu Destiny dendangan asal Misha Omar. Marsha mempamerkan persembahan vokal yang begitu ayu, gemersik dan menyakinkan. Buat pertama kalinya juga di dalam konsert mingguan, Marsha memperkenalkan lagu Pokok Klapaknya untuk Adlin. Segala fokus beralih kepada Marsha malam tersebut biarpun Marsha masih dibayangi Mawi – pria pilihan musim ini. Persembahan lagu Jambatan Tamparuli yang sebenarnya merupakan sebuah lagu tradisional etnik Kadus di Sabah juga merupakan sebuah persembahan yang cukup exclusive dari Marsha. Marsha berjaya memperkenalkan lagu yang sedia popular di kalangan pendudukan Sabah itu ke dalam hawa pendengaran seluruh rakyat Malaysia pada konsert yang ketujuh.

Aspek vokal:
Marsha memiliki suara yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya persis kemunculan Misha Omar dengan album pertama suatu ketika dahulu. Berbanding peserta seperti Idayu dan Akma, suara Marsha boleh dikatakan kurang solid. Adakalanya untuk persembahan lagu balada yang perlu garapan emosi yang lebih mengalun jiwa, suara seperti ini belum mampu memberi kepuasan yang paling maksima. Namun kelebihan vokal Marsha terletak pada tone yang sedap didengar, artikulasi sebutannya lancar dan jelas. Sekilas pandangan suara seperti ini kurang ada pada mana mana penyanyi wanita yang sedia ada di pasaran sekarang ini. Saya merasakan Marsha wajar diketengahkan untuk memenuhi citarasa pasaran muzik Melayu yang semakin terbuka dan beraneka. Secara teknikalnya, Marsha harus bekerja keras untuk kendalikan larynx, untuk mengawal tone agar menjadi full atau thin nya warna suara yang dikehendaki, ability untuk mengawal kedudukan larynx semasa melontar vokal adalah sangat penting. Vibrato Marsha agak stabil dan cara projection itu mirip tuan empunya lagu Ingin Bersamamu – Syafinaz Selamat. Cuma vibrato yang tidak dikawal dengan bagus akan menjadi staccato sekaligus mencacatkan sesebuah lagu yang smooth seperti Cobalah Untuk Setia. Marsha harus berhati hati dengan teknik pernafasan, Marsha perlu menghabiskan satu cord dengan melodi line yang lebih sustain, dan tidaklah ia dikendalikan dengan sewenang wenangnya. Seperkara lagi yang ingin saya sentuh ialah intensity. Marsha harus lebih banyak mendengar lagu Melayu untuk mencari sense of music yang lebih glokal – untuk menjadi penyanyi di Malaysia, Marsha harus sentiasa peka bukan sahaja terhadap perkembangan lagu Inggeris, tetapi lagu Melayu juga. Persembahan lagu Melayu Marsha sentiasa terbatas kerana kurang yakin dan selasa dengan genre ini, maka Marsha telah melimitkan diri agar tidak melakukan kesalahan. Ini menyebabkan intensity lagu kurang dan keseluruhan persembahan Marsha tampak tidak cukup aggresive.

2. Mawi
Image hosted by Photobucket.comNama Penuh : Asmawi bin Ani
Tarikh Lahir : 25 Ogos 1981
Umur : 24 tahun
Tempat Asal : Kulai, Johor
Zodiak : Virgo
Tinggi/Berat : 173cm/56kg
Bangsa : Melayu
Agama : Islam

Rating Persembahan:
1. Kekasih Awal Dan Akhir 7/10
2. Dari Kekasih Untuk Kekasih 5.5/10
3. Gadis Melayu 8.5/10
4. Nou’rel Ain 9/10
5. Beautiful Maria 4/10
6. Memori Cinta Luka 8/10
7. Oh Fatimah 6/10
8. Pupus 7.5/10
9. Pergi Tak Kembali 7/10

Rating Terbaik: Nou’rel Ain 9/10
Rating Terburuk: Dari Kekasih Untuk Kekasih 5.5/10

Bakat: 6.5/10
Personaliti: 8.5/10
Populariti: 9/10

Komen Fiqarash:
Pria pilihan Akademi Fantasia musim ketiga dan mungkin juga tidak keterlaluan saya katakan Mawi adalah pria terhebat dalam sejarah Akademi Fantasia. Setiap kali kemunculan pelajar di malam konsert, Mawilah yang mendapat sorakan paling gemurahan dan setiap lafaz kata dan gerak geri Mawi dijadikan fokus perhatian. Mawi mencipta kontroversi awal dengan keciciran mendapat tempat di dalam AF3 setelah berjaya mempamerkan antara persembahan yang paling menarik dengan lagu Intifada dendangan asal kumpulan nasyid Rabbani di konsert prelude AF3. Mawi kemudiannya diserap masuk dengan penuh dramatik untuk mencipta gelombang TsuMawi dan World. Sejujurnya, Mawi bukanlah pelajar yang konsisten, Mawi pernah lupa lirik dan ditegur pengetua M Nasir sendiri apabila lupa tempo namun persembahan bertenaga Gadis Melayu dan Nou’rel Ain pada konsert ke-3 dan ke-4 berjaya meletakkan Mawi sebaris dengan peserta peserta yang dikatakan mampu menjadi pelapis untuk arena seni suara tanahair. Populariti Mawi semakin memuncak pada konsert keenam dan sehingga kini, saya rasa kedudukan Mawi amat sukar untuk digugat. Penampilan exclusive Mawi untuk persembahan Reza Alah Mak Kahwinkan Aku untuk konsert yang keenam dengan silat belaganya cukup mencuit hati. Aura pria terhebat ini menular sehingga sekerat bunyi Mawi berzanji di dalam diari pun mendapat sambutan hangat untuk didownload.

Aspek Vokal:
Inilah suara asli dari lelaki Melayu zaman sekarang yang harus diketengahkan untuk mengembalikan zaman kegemilangan suara suara penyanyi lelaki 80an dan awal 90an yang terkenal dengan loghat Johor Riau yang baku. Mawi mempunyai sebutan yang jelas untuk lagu Melayu kerana Mawi tidak terlalu terikut ikut dengan gaya sebutan mat salleh yang sesat di bumi Malaysia. Open throat Mawi agak wide dan lantang cuma kawalan vokal Mawi agak tidak stabil dan adakalanya jelas berserabut, pengendalian alihan dan edaran angin perut dari nada rendah ke nada tinggi dan dari nada tinggi ke nada rendah agak off tune dan pitchy apabila Mawi hilang fokus dan keadaan ini agak sering terjadi. Untuk Mawi, saya cadangkan agar Mawi lebih exploitasi lagi chest voice, middle voice, dan head voice sahaja terlebih dahulu sebelum cuba bermain dengan whistle dan falsetto. Mawi harus berusaha dengan lebih besungguh sungguh kerana perkara yang bersifat fundamental ini belum mampu dikendalikan dengan berkesan apatah lagi kebolehan menambah adlip dan perisa ke dalam persembahan. Seperkara lagi yang saya ingin sentuh mengenai Mawi ialah kebolehan melembutkan bridges, Mawi harus tahu bagaimana untuk melentur suara Mawi untuk feel yang berbeza, dan Mawi juga harus lebih peka bila shift seamlessly to the next register. Setakat ini, mujurlah Mawi tidak diberi lagu berentak R&B gaya Anuar Zain selama berada di dalam AF3 kerana saya pasti rendition yang Mawi cipta tidak akan kena dengan lagu yang jatuh dalam genre ini. Marsha mempunyai sense of music yang agak satu hala. Percubaan untuk menyanyikan lagu berentak padang pasir dan nasyid adalah cadangan yang ideal memandangkan vibrato Mawi kedengaran bertajwid. Suara emas ini mahal dan saya percaya jikalau Mawi bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan penghayatan tempo, pitching dan penggayaan falsetto, Mawi mampu menjadi penyanyi yang berjati diri asli dari Malaysia menggantikan Jamal Abdillah.

3. Amylea
Image hosted by Photobucket.comNama Penuh : Amylea binti Azizan
Tarikh Lahir : 26 November 1986
Umur : 19 tahun
Tempat Asal : Langkawi, Kedah
Zodiak : Sagittarius
Tinggi/Berat : 149cm/42kg
Bangsa : Melayu
Agama : Islam

Rating Persembahan
1. Inikah Cinta 5/10
2. Asmara 7/10
3. Anggapanmu 8/10
4. Don’t Know Why 9/10
5. Hak Milik kekal 7.5/10
6. Hati Ini telah Dilukai 8.9/10
7. Penawar Rindu 7.9/10
8. Dua Insan Bercinta 8.5/10
9. Gemilang 8.3/10

Rating Terbaik: Don’t Know Why 9/10
Rating Terburuk: Inikah Cinta 5/10

Bakat: 8.5/10
Personaliti: 6/10
Populariti: 7/10

Komen Fiqarash:
Insiden Amylea “dibasuh” para pelajar (lelaki khususnya) adalah antara insiden yang paling menarik pernah saya tonton dalam Diari Akademi Fantasia selama 3 musim ia berlangsung. Ia juga merupakan insiden yang paling menyayat hati dan meninggalkan kesan penjajahan minda secara tidak langsung terhadap pelajar bernama Amylea. Saya tidak harus melupakan insiden ini semata mata kerana Amylea seorang pelajar yang berbakat dan konsisten dalam persembahannya. Amylea bukan artis, sehingga kini, Amylea masih lagi seorang pelajar. Namun mujur juga kesilapan sebegini tidak membunuh peluang Amylea untuk terus berada di dalam Akademi Fantasia. Saya rasa Amylea wajar dikekalkan sehingga bila bila untuk menyeimbangi peserta yang dikatakan mempunyai bakat dan peserta yang mempunyai personaliti menarik. Amylea membuka mata peminat AF3 dengan persembahan Don’t Know Why dendangan Norah Jones yang begitu menawan hati pada konsert yang keempat. Penghayatan Amylea amat kena pada feel lagu tersebut dan Amylea seakan akan seorang penyanyi profesional yang sudah biasa beraksi di atas pentas persembahan jazz yang breprestij. Selain itu persembahan Anggapanmu dan Hati Ini Telah Dilukai juga merupakan persembahan yang wajar diberi pujian kerana ia mempamerkan versatiliti Amylea sebagai penyanyi yang mampu membawa pelbagai genre lagu. Ramai yang menantikan persembahan Gemilang oleh Amylea menjelangnya konsert kesembilan yang lalu. Biarpun dikatakan belum mampu menandingi kehebatan vokal juara Malaysian Idol itu, namun persembahan itu masih lagi berada di paras kawalan yang bagus oleh Amylea. Teristimewa, Amylea tidak dibayangi corak persembahan Jac dan nyata Amylea berjaya memberi nafas baru kepada lagu tersebut.

Aspek Vokal:
Nada suara Amylea sebenarnya tidaklah terlalu unik. Sekilas pandangan ramai lagi pelajar AF dari 2 musim yang lepas dan musim terbaru ini mempunyai suara yang lebih unik daripada Amylea. Dari musim pertama saya sebutkan nama Azza dan Nana, dari musim kedua Mas dan Linda, dari musim ini Marsha dan Ekin. Sebagai seorang penggiat muzik, saya lebih teruja dengan suara yang mahal dan lain daripada yang lain seperti yang ada pada mereka. Cuma memiliki suara yang unik VS memiliki daya usaha yang kental adalah 2 perkara yang berbeza. Amylea adalah pelajar yang saya percaya membina kredibiliti nyanyiannya menerusi usaha dan pengalaman. Kelebihan ini sahaja sudah mampu menjadikan Amylea jauh lebih baik daripada mereka yang disebutkan namanya tadi. Pengalaman Amylea sebagai penyanyi kelab kelab malam menjadikan Amylea lebih arif dalam soal penggayaan vokal untuk lagu yang mempunyai mood yang berbeza. Technically, saya berani katakan Amylea adalah antara pelajar yang mempunyai mutu vokal yang terbaik untuk musim ini. Cuma kalau mutu vokal ini dipadankan untuk nada suara yang lebih unik seperti Mas, Amylea pasti lebih menyerlah. Amylea saya lihat telah berada pada satu tahap yang ada kelasnya yang tersendiri. Amylea hanya perlu lebih fokus, lebih tampil dan lebih agressif lagi dalam persembahannya untuk memancing lebih ramai peminat untuk mengAFUNDI Amylea. Seperkara yang agak sukar namun mampu dilakukan Amylea ialah belajar lagi bagaimana untuk manipulasi resonance Amylea untuk mencipta a variety of unique textures untuk diaplikasikan dalam nyanyian Amylea. Cadangan ini hanyalah untuk mereka yang sudah layak dikatakan serba serbinya tahu secara vokalnya.

4. Felix
Image hosted by Photobucket.comNama Penuh : Felix bin Agus
Tarikh Lahir : 3 April 1982
Umur : 23 tahun
Tempat Asal : Tawau, Sabah
Zodiak : Aries
Tinggi/Berat : 180cm/61kg
Bangsa : Dusun
Agama : Kristian

Rating Persembahan:
1. Tiada lagi Kidungmu 8/10
2. Berjuta Batu 7.5/10
3. Memori Bahagia 7.6/10
4. Aku Semut Merah 8.5/10
5. Hari Ini Dan Semalam 7/10
6. Smooth 3/10
7. Fantasia Bulan Madu 7.5/10
8. Hukum Karma 8/10
9. Anak 6/10

Rating Terbaik: Aku Semut Merah 8.5/10
Rating Terburuk: Smooth 3/10

Bakat: 7/10
Personaliti: 7.5/10
Populariti: 8.5/10

Komen Fiqarash:
Terus terang saya katakan persembahan yang saya anggap terbaik daripada Felix sebenarnya ialah persembahan lagu Cinta Seorang Teman pada konsert prelude sebelum Felix menjadi pelajar AF lagi. Selama berada di dalam Akademi Fantasia, agihan lagu yang diberi kepada Felix tampak ‘pelik’ dan jenis bukan main stream dan dakalanya amat tidak sesuai dengan vokal Felix. Kalau ya pun sekadar 1 2 buah sahaja. Felix seorang pelajar yang pandai mencipta gimik dengan aksi spontannya, persembahan Aku Semut Merah pada konsert yang keempat adalah persembahan Felix yang saya rasa paling efektif dan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para peminat Felix. Grooves Felix tidak firm namun melucukan kerana ia tampak amatlah kaku. Biar apapun, persembahan sebegitu memberikan effect yang bagus dan menjadi sebahagian daripada daya tarikan persembahan Felix. Selain itu, persembahan Hukum Karma pada konsert kelapan dan Tiada Lagi Kidungmu pada konsert pertama juga agak promising. Kawalan pentas Felix sangat tertakluk kepada gimik spontannya. Andai kata sense of humor ini ditarik keluar daripada Felix, persembahan Felix akan jadi kaku dan tidak menarik. Melainkan 2 persembahan yang saya sebutkan tadi, saya rasa persembahan lain hanyalah sekadar genap genap rasa sahaja. Biarpun begitu, Felix masih lagi mampu menyengat dengan personalitinya yang pleasant looking dan watchable itu, Felix mampu buat lawak spontan, dan gerak gaya serta percakapannya amat melucukan, ia nampak ikhlas; lahir dari hati yang jujur.

Aspek Vokal:
Saya tidak tahu genre lagu apa yang sebenarnya paling sesuai dengan Felix. Balada kurang feel, rock kurang attitude, dangdut belum cukup open minded. Ini sebenarnya bukan aspek vokal namun ia bersangkut paut juga dengan keseluruhan mood persembahan Felix. Felix kurang pandai bangkitkan mood semasa mendendangkan lagu yang sedih dan feeling – agak monotonous dan kaku menjadikan crowd kurang participate. Suara Felix sebenarnya agak solid dan mampu mencapai notes yang agak tinggi pitchnya kerana vokal range Felix agak luas dan andai kata Felix lebih rajin lagi membuka rahang menjadi lebih luas, suara Felix mampu keluar dengan penuh dan lantang lagi. Felix harus bekerja keras untuk melakukan latihan cord adducting atau shortening. Kegagalan menguasai teknik ini akan menyebabkan cords kedengaran kasar dan range akan menjadi limited. Satu lagi yang ingin saya sentuh ialah sifat lurus bendulnya, disebabkan hal ini, setiap persembahan Felix tampak kurang intensity. Ia kurang hangat dan belum diekspolitasi sepenuhnya. Saya cadangkan Felix bekerja lebih keras untuk energy agar persembahan Felix lebih ada dinamik. Diction Melayu Felix jelas dan projectionnya lantang. Felix harus lebih menjiwai lagu dan konsep lagu agar lebih mampu buai emosi. Untuk menjadi seorang penyanyi, Felix perlu lebih exposekan kemampuan diri lagi.

Penutup
Saya tidak mampu memberi analisa yang lebih lengkap untuk personaliti kerana pengamatan saya lebih cenderung terhadap aspek teknikal kerana jelas saya hanya terasuh dalam bidang sebegini. Namun saya cadangkan pembaca melayari ulasan Elkapitan untuk ulasan dalam aspek itu. Hasil tulisan ini saya usahakan sekadar sebagai pelengkap untuk aspek teknikal.

Semoga percubaan pertama ini memuaskan hati semua pihak.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 4, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: