Malaysian Idol – Spectaculars Show 2 (5 Ogos 2005)

Setalah melalui malam yang cukup disastrous showing yang menyaksikan penyingkiran 2 orang peserta yang berbakat pada minggu lepas, Malaysian Idol musim kedua kembali dengan Spectaculars Show yang kedua – lebih improved dan lebih promosing. Pelik sekali apabila kita tidak menyandarkan harapan yang terlalu tinggi terhadap 9 peserta yang tinggal, mereka mampu menyerlahkan serba sedikit abiliti dan versatiliti untuk menyakinkan peminat MI bahawa keberadaan mereka di dalam MI adalah worth it.

Tema: Colors
Peserta diminta menyanyikan lagu yang bertemakan Colors – Warna. Apa saja tajuk lagu atau penyanyi yang ada kemunculan sifat warna di dalam lagunya atau nama penyanyinya dibenarkan. Contohnya lagu Yellow Oleh Coldplay, semua lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Blue, lagu lagu oleh kumpulan Indigo dan sebagainya. Saya rasa pemilihan tema ini kabur intipatinya dan para peserta pasti hairan juga mengapa tema sebegini harus dipilih. Apakah para juri inginkan persembahan yang lebih meriah dan berseri seri? Atau para juri ingin menjadikan pemilihan genre lagu lebih sempit lagi kerana tidaklah terlalu banyak lagu yang boleh dipilih dengan tema ini.

Pengkritik Tetap:
1. Roslan Aziz
2. Fauziah Latif
3. Paul Moss

Pengkritik Jemputan:
Dayang Nurfaizah

Persembahan Top 9
1. Daniel – Somewhere Over The Rainbow (Judy Garland) 5/10 bintang
Umum sedia maklum Daniel mempunyai tone suara yang easy listenning. Pemilihan lagu Somewhere Over The Rainbow jelas adalah sebuah lagu yang bercitarasa tinggi dan ambitious namun Daniel secara total, gagal menyampaikan lagu ini dengan tune yang betul. 2 3 orang kawan yang menyaksikan MI bersama saya bercakaran mengenai pelangi sebagai ‘warna’. Pelangi sepatutnya adalah kejadian alam, bukan warna. Namun golongan gay mengangkat ‘rainbow’ sebagai official anthem mereka untuk menunjukkan betapa adi warnanya kehidupan mereka. So, get a life. Saya rasa genre lagu ini tidak bersesuaian dengan range Daniel. Saya setuju Daniel wajar memilih lagu yang lebih uptempo dan boy bandish kerana itu obviously adalah genre yang sesuai dengan kemampuan vokal Daniel. Minggu ini Daniel telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan untuk aspek diction biarpun masalah mengulum perkataan belum diselesaikan sepenuhnya. Pitching wise, teruk! Daniel menyanyi out of tune sebenarnya untuk beberapa part dan persembahan itu nampak pucat biarpun jelas sudah kurang cutesy berbanding minggu minggu yang lepas. Masalah pernafasan untuk lower register Daniel juga menjadi silent killer untuk persembahan yang sedia hambar, totally a freaking performance.

2. Nita – Tenda Biru (Dessy Ratnasari) 7/10 bintang
Saya pelik juga dengan pemilihan lagu Dessy Ratnasari bernada tinggi begini, mengapa Nita masih belum mampu menyerlahkan lagi vokalnya. Saya pohon juri yang mengkritik dengar dulu versi asal lagu ini sebelum melakukan komen yang so called profesional. Lagu ini merupakan lagu yang penuh emosi dan ia boleh disampaikan dengan baik sekiranya seseorang penyanyi itu menjiwai bait bait kata liriknya sepertimana yang pernah dilakukan Farah AF2, despite kata kata Paul Moss ia adalah sebuah lagu yang bosan melodinya. Nita memulakan persembahan dengan lontaran dan kawalan vokal yang agak pitchy dan shaky, sehinggalah chorus, Nita masih belum mampu project suaranya dengan berkesan. Low registernya kurang kedengaran dan saya juga rasa pemilihan key kurang sesuai dengan Nita. Persembahan itu dimulakan dengan kurang bagus kemudian diakhiri dengan average dan tidak memorable. Saya puji keyakinan yang Nita tunjukkan namun di atas pentas yang berprestij seperti Malaysian Idol, kemampuan vokal seharusnya dijadikan sandaran utama.

3. Farah – The Colors Of The Wind (Vanessa Williams) 7.9/10 bintang
Farah menyanyi dengan baik dan tidak menunjukkan kesilapan teknikal yang kronik namun gaya persembahan Farah kelihatan seperti menyertai sebuah pertandingan bercerita yang disertai budak budak berumur 12-15 tahun. Adalah perlu seseorang penyanyi make full use of the stage tetapi ulitization itu perlu kena dengan konsep dan gaya persembahan. Farah tidak perlu berjalan sana sini atau menggerakkan tangannya ke atas ke bawah untuk menyampaikan mesej lagu, cukuplah sekadar melontarkan vokal dengan jelas dan menjiwai lagu tersebut. Saya rasa berdiri sahaja di atas pentas sudah cukup memadai untuk memperlihatkan betapa sweet and preciousnya Farah. Ini bukanlah persembahan Farah yang terbaik dan saya yakin Farah mampu lakukannya dengan lebih baik sekiranya Farah cungkil lebih banyak garapan emosi untuk menyampaikan mesej lagu daripada percubaan untuk melontarkan vokal secara flourishes untuk memancing undi. Lagu ini sepatutnya dinyanyi dengan gaya yang lebih bersahaja untuk menyampaikan appreciation dan cinta terhadap setiap kandungan alam semesta. Farah tidak cukup enjoy persembahannya dan ia nampak agak bosan dan message delivery tidak sampai.

4. Azam – Sekuntum Mawar Merah (Hattan) 6/10 bintang
Penggunaan props yang sangat tidak relavan! Saya ketawa kecil melihat Azam keluar dengan sejambang mawar merah dan kemudian saya rasa malu pula kalau kalau persembahan ini disaksikan orang asing khususnya orang Singapore. Come on Azam, ini Malaysian Idol bukannya pencarian Bintang Kecil Daerah Tawau! Selain daripada itu, picthing Azam juga sentiasa terkucil terutama part chorus yang menuntut Azam capai notes yang tinggi. Azam juga menghadapi masalah tempo dan penggunaan vibrato yang staccato. Persembahannya tampak old-fashioned dan tidak bermesej. Saya teringat selum Azam memulakan persembahannya, Azam kata dia akan menyanyi dengan penuh emosi. Only now i get what he was trying to tell – overacting! Ini satu lagu contoh penyanyi yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kelebihan vokal untuk diadaptasikan ke dalam persembahan.

5. Ash – Lady In Red (Chris DeBurgh) 7.5/10 bintang
Ash merupakan salah seorang peserta MI yang tidak mempunyai vokal yang mantap tetapi dia tidaklah sekonservatif Azam. At least Ash mempunyai sense of dilivery yang bagus dan tone suaranya solid dan macho. Kali ini Ash berjaya memilih lagu yang agak bersesuaian dengan citarasa juri namun tidak bagi Ash saya rasa. Minggu lepas Ash dikritik hebat kerana dikatakan tidak sesuai menyanyikan lagu rock. Tetapi secara peribadi, saya rasa percubaan menyanyikan rock dan pretend menjadi pseudo-rocker adalah 2 perkara yang berbeza. Ash mampu menyanyikan lagu rock dengan baik cuma jangan terlalu fake, cukuplah nyanyi dengan simple dan ikhlas. Minggu ini Ash memilih satu lagu lagi yang ambitious dan secara peribadinya, saya harus akui, vocal range Ash adalah crooner instead of rocker. Ash lebih relax dan lebih fokus cuma vocally, Ash masih perlu banyak practise terutamanya aspek chest voice, middle voice, dan head voice. Ia masih lagi berada di tahap yang terlalu low register. Saya harap pemilihan lagu yang dipersetujui sesuai oleh juri profesional Iakan menyerdarkan Ash mengenai jenis genre yang paling sesuai dengan suaranya dan berhentilah pretend to be a fake rocker.

6. Xerra – Brown Eyes (Destiny’s Child) 8.1/10 bintang
Saya hairan mengapa Xerra suka memilih lagu yang bernada rendah sedangkan nada tingginya solidnya dan indah gaya renditionnya. Pada part permulaan saya kurang dengar low register Xerra tetapi sampai bahagian chorus, vokal Xerra menjadi solid pada high register dan persembahan itu berjaya sustain dengan nada yang powerful itu sampai ke akhir persembahan. Saya sukakan growls yang digayakan Zerra untuk lagu ini, mengghairahkan cuma garapan emosi Xerra masih belum cukup biarpun jauh lebih baik berbanding 5 peserta yang sudah. Xerra kalau bergaya lebih tampil dan lebih getek lagi pasti lebih hangat sorakan daripada penonton. Technically, Xerra belum lagi menyerlahkan vocal ability nya secara maksima namun ia masih berada pada tahap kawalan yang bagus. Saya harap Xerra akan lebih mencabar dirinya sendiri untuk menyanyikan lagu yang lebih sukar seperti lagu Christina Aguilera, Patti Labelle, atau Sarah McLaran kalau boleh.

7. Adam – Pelangi Petang (Sudirman) 7.4/10 bintang
Minggu demi minggu, persembahan Adam tidak menunjukkan peningkatan yang bagus dan Adam mula kedengaran bosan. Tapi vokal Adam masih antara yang terbaik musim ini, no doubt. Kalau pejamkan mata, saya dapat rasakan betapa sedih dan poignantnya vokal Adam in his rendition of Sudirman’s Pelangi Petang. Emosi lagu dan gaya persembahan begitu click dan connected tetapi benarlah kata 4 orang juri, Adam perlu mencari ‘sesuatu’ dalam diri Adam untuk menjadikan persembahan Adam nampak kreatif. Saya curious, adakah Adam ni anti-hedonistic. Setakat kini, Adam belum lagi senyum di atas pentas semasa melakukan persembahan. Kali ini percubaan Adam untuk kurangkan pergerakan di atas pentas adalah fairly watchable tetapi outfit yang disediakan itu kurang indah dipandang orang. Adam perlu ada imej, perlu lebih serlahkan lagi personaliti dan x factor kalau mahu kekal di dalam MI.

8. Ejay – Black-Eyed Boy (Texas) 6.9/10 bintang
At last Ejay telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Rendition Black Eyed Boy oleh Ejay berjaya memperlihatkan perubahan yang Ejay cuba lakukan, terutamanya aspek sebutan, intensity dan confidence level. Saya memberi kredit besar kepada Ejay biarpun jika dibandingkan dengan peserta yang lain, Ejay masih lagi lemah serba serbinya. Untuk malam ini, Ejay lebih relax dan lebih banyak pergerakan di atas pentas. Ejay sebenarnya kurang sesuai bergaya rock sebegini, namun kita telah menyaksikan Ejay nyanyi lagu balada, bukankah lagu rock ini lebih sesuai sikit?

9. Faizull – Peronda Jaket Biru (Wings) 7.1/10 bintang
Saya tak suka gaya dan cara watak perwatakan Faizull namun saya sukakan suaranya. Faizull mempunyai suara yang betul betul rock tetapi saya kira saya cepat bosan dengan gayanya persembahannya yang old-fashioned. Zaman sekarang generasi baru lebih suka punk rock, seperti Pop Shuvit, Matchbox Twenty, atau Simple Plan. Sekali sekala kita layan Incubus, Jimmy Eat World atau Blink 182. Rock zaman 60an atau 70an seperti Faizull hanya sesuai untuk nenda dan ayahanda saya. Faizull akan mengalami masalah jikalau genre R&B dijadikan pilihan tema persembahan kerana Faizull sebenarnya peserta yang paling tidak versatile di dalam MI musim ini. Saya sarankan Faizull cuba untuk membawakan lagu yang tidak terlalu old-fashioned untuk minggu depan. Otherwise, Faizull tidak akan layak digelar Malaysian Idol.

Kontroversi dan Pemikiran Sehala Roslan Aziz
Antara komposer yang paling kurang berhemah semasa bertutur kata di Malaysia setakat yang pernah saya tahu/kenal/jumpa ialah Roslan Aziz. Beliau sentiasa cuba membangkitkan persoalan yang tidak memberi makna apa apa melainkan mencipta publisiti murahan dengan mulut 5 cents worthnya. Bukan sahaja kritikannya tidak memberi makna apa apa malah tidak mengambangkan minda, tidak educative dan tidak pulak academical. You’re getting personal RA. Pemikiran RA nyata sehala dan bersifat pesimistik – ada orang kalau mengkritik dengan pedas, biarpun pedih hati memikul, apa yang diucapkannya adalah rasional dan bertujuan untuk menyedarkan tetapi kata kata RA saya sifatkan sebagai menjatuhkan, menghentam dan kurang ajar kerana apa yang diucapkannya nyata tidak rasional malah melibatkan pendapat yang terlalu personal. Saya mula hilang hormat dengan manusia sebegini. Mulut adalah cerminan betapa buruknya personaliti dan sosialiti seseorang. Saranan untuk RA, sila tapis bahasa anda kerana satu Malaysia menyaksikan/mendengar kata kata anda. JANGAN CIPTA PUBLISITI MURAHAN!

Masalah RA:
1. Racist – suka melaga lagakan soal perkauman terutamanya antara peserta MI.
2. Pemikiran sehala – favourite juri mesti dapat votes, kalau tidak pengundi adalah bodoh, dan tidak semena mena kene marah denganya.
3. Kontroversi – dijemput untuk menghentam dan mengutuk, bukan mengkritik, komentarnya tidak mengembangkan minda, pujiannya pula tidak kena pada tempatnya.
4. Mencipta konspirasi mulut – untuk tujuan publisiti.
5. Konservatif – ego, suka menjajah minda orang.

Rating Fiqarash:
1. Xerra 8.1/10
2. Farah 7.9/10
3. Ash 7.5/10
4. Adam 7.4/10
5. Faizull 7.1/10
6. Nita 7/10
7. Ejay 6.9/10
8. Azam 6/10
9. Daniel 5/10

Pilihan Bottom 3:
1. Azam – out?
2. Ejay
3. Adam

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 5, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: