Malaysian Idol – Keputusan Spectaculars Show 2

Image hosted by Photobucket.com

Layunya Sekuntum Mawar Merah
Azam disingkirkan kerana tidak berjaya mendapat undian yang cukup untuk terus kekal di dalam Malaysian Idol. Tidak memeranjatkan biarpun pun sedikit kerana keberadaan Azam di dalam Malaysian Idol adalah pilihan juri, bukan pilihan peminat Malaysian Idol. Namun saya melahirkan rasa hairan, 2 lagi peserta yang berbakat besar iaitu Xerra dan Nita, the pub divas turut berada di dalam bottom 3 seawal Spectaculars Show yang kedua. Ini merupakan tanda yang merbahaya. Apakah penyudahan Malaysian Idol musim ini bakal menobatkan seorang peserta yang tidak berbakat sehebat mana namun berwajah tampan atau cantik sebagai juaranya? Ia masih terlalu awal untuk dirunguti namun pontensinya cukup besar. Just wait and see.

Terus terang saya katakan, secara peribadinya saya rasa Azam tidak mempunyai aura sebagai Malaysian Idol. Vokalnya masih belum mantap, bakatnya juga tidak cukup menyerlah dan kemunculan Azam di dalam Malaysian Idol lebih cenderung sebagai ‘seorang’ pasu bunga untuk mengindahkan pemandangan dan menyaratkan lagi pentas. Di atas pentas berprestij seperti Malaysian Idol, ruang untuk mempelajari perkara yang baru itu tetap ada namun semua ini tidak terlalu ditikberatkan oleh para pengundi. Pentas ini adalah untuk mereka yang terbaik dari segala segi. Azam bukan seorang pesaing yang bagus jikalau berbanding dengan Trish dan Atilia. Ya, penyingkiran Trish dan Atilia masih ditangisi. Namun episod ini menyaksikan ramai yang redha dan menyetujui penyingkiran Azam.

X Factor vs so-called Quality
Azam tidak berjaya ke top 9 semasa Workshop dan hanya mendapat Wildcard oleh juri. Azam dikatakan mempunyai potensi yang kononnya besar untuk berjaya di industri seni suara tanah air, itulah alasan yang diberikan oleh 3 orang juri. Pemilihan Azam yang penuh kontroversi ini membenarkan spekulasi untuk mengorbankan penyanyi yang jauh lebih berbakat – Lisa. Jadi tahun seperti yang saya katakan pada awal lagi, adalah sebuah show yang cuba ditapis oleh tangan anasir anasir yang mahu menegakkan pandangan satu hala yang jijik dan tidak profesional. Jadi kali ini Azam disingkirkan dengan penuh rasa hormat dan hidden agendas di belakang penyingkiran Azam tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai maksud yang terang lagi bersuluh untuk 3 orang juri – ini show untuk Malaysian, bukan untuk juri Malaysian Idol. Get a life!

Favourite saya Xerra berada dalam keadaan yang merbahaya. Soal ini tidak perlu juga saya runguti kerana realiti TV memang begini. Minat adalah sesuatu yang abstrak seninya, dan favourite adalah sesuatu yang subjektif; despite cara Roslan yang suka menjajah dengan kata kata yang mencerminkan ketidak profesionalan Roslan yang mahukan favouritenya diundi untuk terus kekal dan menjadi juara. Heck!

Sehingga ini serba sedikit kita sudah boleh agak trend pengundi Malaysian Idol. Ya, mereka mengundi mengikut kesukaan masing masing. No doubt. Jadi semua peserta harus lebih tampil dan menyerlah lagi untuk memancing undi, otherwise, anda akan menyertai Azam, Trish dan Xerra!

Keputusan Penyingkiran Muktamad:
1. Azam

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 8, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: