Masalah Jerebu
*Macam Contoh Karangan SPM

Jerebu melanda lagi. Kalau anda masih ingat, masalah jerebu sekarang mengulangi keadaan di Sarawak yang pernah menjadi satu-satunya negeri yang diisytiharkan darurat jerebu pada 19 Sept 1997 apabila IPUnya mencatatkan angka melebihi 650. Statistik Jabatan Alam Sekitar (JAS) beberapa hari kebelakangan ini mencatatkan putara index 350 di paras berbahaya. Penilaian ukuran IPU adalah secara berikut iaitu dari 0-50 dikategorikan sebagai Baik; 51-100 Sederhana; 101-200 Tidak Sihat; 201-300 Sangat Tidak Sihat; dan melebihi dari angka itu adalah Berbahaya.

Sehingga kini, pihak kerajaan membenarkan sekolah ditutup sesi persekolahannya menurut budi bicara pengetua di sekitar Gombak. Ini perlu untuk mengelakkan para pelajar terdedah kepada kualiti udara yang teruk lalu menghidap penyakit berbahaya akibat daripada pencemaran udara seperti asma, lelah, pening kepala, batuk dan sebagainya.

Darurat Diisytihar
Buat masa kini, pihak kerajaan masih lagi mengkaji dan menunggu sejauh mana keperluan darurat diisytiharkan khususnya di kawasan lembah kelang yang lain selain kawasan pelabuhan Klang dan Kuala Selangor. Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor telah diisytiharkan darurat berikutan index pencemaran udara telah mencecah IPU500 dengan PM3. Merujuk kepada arahan Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Jabatan Perdana Menteri apabila sesuatu keadaan darurat jerebu diumumkan beberapa langkah segera akan diambil antaranya:

1. Semua pejabat kerajaan dan swasta termasuk kilang, pembinaan dan kuari ditutup kecuali kedai-kedai menjual barangan makanan dan minuman serta pasar raya; klinik-klinik, farmasi dan kedai ubat dan perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

2. Pemberhentian serta merta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.

3 Menggalakkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.

4. Penguatkuasaan pengharaman serta merta semua kerja pembakaran terbuka.

Setelah pengisytiharan darurat jerebu, Kumpulan Kerja, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara akan digerakkan serta merta dan beroperasi 24 jam di bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, semua bilik gerakan negeri yang terlibat akan beroperasi secara 24 jam bagi memantau keadaan. Bagaimanapun, perintah darurat jerebu ini tidak melibatkan sebarang perintah berkurung serta menyekat kebebasan bergerak atau berlaku penyerahan kuasa kepada polis atau tentera.

Bantuan Antarabangsa
Masalah jerebu bukanlah masalah negara Indonesia semata mata, selagi ia menggangu dan turut mencemari kualiti udara di Malaysia, maka adalah perlu kerajaan Malaysia turut membantu untuk menjamin kesejahteraan rakyat negara kita. 3 langkah yang ditawarkan ialah:

1. Memadamkan kebakaran di titik-titik panas yang telah kesan.

2. Menjalankan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan buatan.

3. Membantu merangka program jangka panjang untuk mengelak berulangnya kejadian begini

Bahaya Jerebu – A scientific Approach
Imej satelit menunjukkan lebih 220 ‘kawasan panas’ berpunca daripada kebakaran hutan dan pembakaran untuk membersihkan tanah di Kalimantan Barat semalam. Lebih 300 titik panas lagi dicatatkan di wilayah Sumatera Utara, kata ketua pasukan bomba hutan, Kusnadi. Jerebu bukan sekadar asap biasa. Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium.

Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 11, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: