Malaysian Idol – Spectaculars Show 3 (12 Ogos 2005)

Tema: R&B
Pemilihan tema R&B untuk spectaculars yang ketiga nampak ‘kacang’ untuk 8 peserta yang tinggal. Nyata tema ini agak menepati citarasa kebanyakan peserta melainkan Faizull (obviously) dan Daniel yang tak pernah tahu genre apa yang paling sesuai dengannya. Selepas show tamat, saya mula fikir sejak bila lagu Ain’t Nobody by Chaka Khan dan lagu Snow In The Sahara – Anggun jatuh dalam kategori R&B? Atau apakah jika sesebuah lagu yang asalnya bukan genre R&B, kemudian di R&B kan boleh diterima sebagai ‘lagu’ R&B? Curious. Malaysian Idol sampai ke tahap ini masih belum mampu menyengat secara keseluruhannya. Di mana salah dan silapnya? Saya rasa host memainkan peranan yang penting. Cheryl dan Jien nampak terlalu scripted. Saya bosan dengan gandingan yang tidak punyai sense of humor yang tinggi tetapi masih cuba untuk melawak ini. Boleh tak tahun depan kita minta Sarimah Ibrahim sahaja yang host program ini – speaking both English and Malay?

Satu lagi ialah faktor peserta. MI tahun ini kekurangan seorang watak utama seperti Jac menjadikan tumpuan penonton agak tidak bersepadu. Macam AF3, andai kata Mawi tiada, saya pasti keuntungan kutipan SMS bukan setakat jatuh 5 juta, mungkin lebih banyak!

Pengkritik Tetap:
1. Roslan Aziz
2. Fauziah Latif
3. Paul Moss

Pengkritik Jemputan:
Anuar Zain

Persembahan Top 8
1. Faizull – Jangan Lafaskan (KRU) 6/10 bintang
Dari minggu lepas lagi saya tertunggu tunggu persembahan Faizull untuk genre selain rock. Ya, ternyata ini merupakan sesuatu yang agak mencabar Faizull namun hasilnya tidaklah terlalu menyakitkan berbanding dengan sesetangah peserta seperti Daniel yang kononnya pop-ish dan R&B-ish, namun haram satu jadah pun tak menjadi. Rendition Faizull nampak agak awkward, dan kurang intensity. Percubaan Faizull tidak cukup attitude, gaya nyanyian kurang dilentokkan atau diR&Bkan dan apa yang sangat memeranjatkan saya ialah Faizull menghabiskan lagu ini dengan adaptasi low register dari awal hingga penghujung lagu. Nampak sangat Faizull tidak selesa dengan genre ini kerana Faizull sedar yang dirinya mempunyai suara yang high pitch, extremely sesuai untuk lagu old school rock ala ala Amy Search tetapi secara peribadinya, itu tidak bermakna apabila seseorang rocker menyanyikan lagi R&B, rocker tersebut tidak boleh mengadaptasikan rocker twistnya ke dalam genre lagu R&B seperti Jangan Lafazkannya yang sangat mudah ini. Masih lagi nasihat yang sama – jikalau Faizull ingin move ahead di dalam MI, Faizull benar benar harus lebih versatile.

2. Ash – Ain’t Too Proud to Beg (Temptations) 7.5/10 bintang
Ash berjaya mempamerkan sebuah persembahan yang boleh dikatakan great vocally namun kurang perasa secara keseluruhannya. Ash tidak menjiwai persembahannya menjadikan persembahan itu soulless tidak meninggalkan kesan yang mendalam di dalam deria pendengaran dan penglihatan penonton. Ini turut mengakibatkan Ash tidak meninggalkan secebis dirinya di atas pentas untuk mengaut undian para peminat. Ash sebenarnya seorang peserta yang saya harus kata agak competent dan promising untuk berjaya menobatkan diri sebagai Malaysian Idol cuma Ash terlalu ambitious. Keyakinan diri itu bagus namun Ash harus lebih low profile – low profile in sense of menyedari kebolehan dan kelemahan diri dan menyanyi mengikut kebolehan dan kelemahan diri. Pemilihan lagu yang bercitarasa tinggi vs kebolehan untuk menyampaikan lagu itu adalah 2 perkara yang berbeza. Ash harus lebih menajamkan lagi vokalnya dari segi solidity. Adakalanya persembahan Ash switched off tiba tiba apabila dinamik dan intensity tidak cukup hasil daripada garapan emosi yang tidak cukup dalam.

3. Adam – Semua Untukmu (Anuar Zain) 8.1/10 bintang
Satu masalah agak serius yang melanda 3 orang juri lokal selepas menyaksikan rendition Adam untuk Semua Untukmu ialah kurang berani – kurang berani untuk mengkritik dan kurang berani untuk menunjukkan masalah Adam, yang tinggal hanya puji pujian yang direpeat berkali kali dari sesi workshop lagi kerana no doubt persembahan Adam sentiasa konsisten dan tidak perlu dipertikaikan lagi Adam merupakan antara peserta yang memiliki vokal yang terbaik di dalam MI musim ke 2 ini. Masalah terutama Adam ialah kelihatan boring all the time. Yes, almost all the time. Tone suara Adam bagus, projectionnya lantang, jelas dan indah. Adam tidak overdone the song, seperti tuduhan Bosan Aziz (eh it’s Roslan Aziz) terhadap Anuar Zain. Adam tidak mencipta terlalu banyak melodi line yang tidak kena dengan chord lagu dan garapan emosi untuk lagu ini juga bagus, tetapi Adam tidak menunjukkan kreativiti di dalam nyanyiannya. Gaya persembahannya agak signifikan dari Workshop sehinggalah kini, memasuki Spectaculars Show yang ke-3. Adam merupakan peserta yang boleh dikatakan antara yang terbaik namun menunjukkan peningkatan dan perubahan yang sangat sedikit. Jadi pada tahap ini, Adam perlu mencabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, kreatif dan lain daripada yang lain. Otherwise, kedudukan Adam dalam bahaya!

4. Farah – Don’t Let Go (EnVogue) 8.3/10 bintang
Farah sebenarnya menghadapi masalah yang sama seperti Adam cuma Farah lebih versatile dari segi pemilihan lagu. Farah boleh menyanyikan both Engish and Malay numbers dengan baik. Rendition Don’t Let Go by Farah dendangan asal EnVogue kedengaran agak promising, even better then the original track itself cuma masalah Farah sekali lagi ialah garapan emosi. Farah terlalu menitikberatkan lontaran vokal instead of putting more effort on menjiwai, memahami dan menangisi lagu yang emotional sebegini. Saya pelik bagaimana Paul Moss boleh membandingkan persembahan Farah dengan typical Ashlee Simpson show kemudian mengatakan persembahan itu tiada melodies dan high notes kerana the original performance has a billion high notes? Saya pasti Paul Moss belum pernah dengar lagi lagu lagu Ashlee Simpson, apatah lagu ini! Satu masalah Farah yang agak ketara ialah Farah harus lebih berhati hati dengan body languange supaya tidak overacting. Adakalanya untuk mencapai tujuan utilize the stage, Farah terlalu banyak bergerak menjadikan persembahannya nampak messy.

5. Ejay – All Around the World (Lisa Stansfield) 7/10 bintang
Saya tak nampak di mana kesilapan besar yang Ejay lakukan dari segi teknik nyanyian dan keseluruhan persembahan Ejay. Menghentam Ejay dengan melulu tanpa sebarang point-out-point adalah childish – ayat ini ditujukan khas untuk Bosan Aziz (erm again it’s Roslan Aziz). Persembahan Ejay malam ini biarpun agak average, sesuai dengan level Ejay namun ia tidaklah seteruk mana seperti yang Bosan Aziz (shit it’s Roslan Aziz ok) tuduh selama ini tanpa dalil dalil yang berasas. Ejay menghadapi masalah low register di permulaan verse dan she swtched it on selepas mencapai chorus. Kesilapan Ejay ialah pemilihan lagu yang kurang menyengat untuk membuktikan pontensi vokalnya yang lemak merdu dan tajam. Ejay menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dan saya mula impressed dengan persembahan ‘so-what-if-they-voted-me’ kinda attitude. Hentaman Bosan Aziz (damn la, ROSLAN ok) hanya akan membawa lebih banyak votes untuk Ejay. Wait and see.

6. Daniel – Obsession (Frankie J) 2.5/10 bintang
I’m sick. Daniel should just stop singing. “I don’t think that I have ever heard this song before so when Daniel came on stage mumbling the words so badly tonight I couldn’t help but getting distracted by trying to figure out what he was singing about. After his performance last week, he was back to mumbling the words to the song and oozing the boyband smaltz that his voting fans would unquestionably lap up like it was the best thing on Earth. I thought that the performance was a tuneless mess and fairly inconsistent which was a pity as I was expecting a better performance that the one he gave last week. There were more than a few pitch problems and there was little to no projection in his thin reedy voice. Without question his performance tonight was the worst out of the remaining 8 contestants.” – Nickxander

7. Nita – Snow On the Sahara (Anggun) 8/10 bintang
Snow On The Sahara dendangan asal Anggun adalah sebuah lagu yang anggun, vogue, passionate dan erotic (erm…). Rendition Nita untuk Snow On The Sahara tampak lebih selesa, easy listenning, relax, pop-ish dan uptempo, which is good. Saya sukakan persembahan Nita dan saya rasa Nita berjaya memberi nafas baru terhadap sebuah lagu yang terlalu ambitious, high class dan ke’Anggun’an itu. Cuma saya agak kecewa dengan Nita kerana obviously Nita masih belum melaburkan suaranya yang solid untuk persembahannya. Nita memulakan persembahan dengan bagus biarpun terdapatnya sedikit masalah pitching tetapi berakhir dengan tremendously bizzare. Saya melahirkan perasaan pelik bagaimana persembahan Nita boleh berahir dalam situasi begitu – secara tiba tiba dan signalless. Malam ini Nita lebih berkeyakinan dan persembahannya lebih menyengat namun saya pasti kebolehan sebenar Nita masih belum ditionjolkan secara menyeluruh. Nita masih simpan ‘sesuatu yang tak pernah disangka’ di dalam dirinya. Entah bila, she will release the dragon.

8. Xerra – Ain’t Nobody (Chaka Khan) 8.5/10 bintang
Lagu Ain’t Nobody, lagu favourite saya. Lagu ini sentiasa menjadi pilihan peserta AI, II, CI, Mentor, AFI dan banyak lagi pertandingan pertandingan menyanyi yang lain. Setiap penyanyi mempersembahan rendition yang jauh berbeza daripada penyanyi asal Chaka Khan, yang dirakamkannya berpuluh tahun dahulu I guess. Xerra menyanyikan lagu ini dengan gaya yang tersendiri, menyakinkan dan lebih modernize temponya dan melodinya. Xerra menghadapi masalah falsetto di tengah tengah verse dan saya rasa breathing technic juga terdapat sedikit masalah namun secara keseluruhan, ia masih stunning. Selain daripada itu, adlips Xerra agak tidak kena dengan maksud lagu terutama pada bahagian chorus namun grooves itu bersesuaian dengan melodi. Xerra adalah satu satunya peserta yang saya rasa berjaya connected with audiences. Rata rata penonton terasa terhibur dengan persembahan ini.

Daniel Must Leave!!!
Dear readers, having an opinion is a great asset in our society,which is currently seeing a lack of graduates who are capable of commmunicating and expressing original ideas. But when you choose to stand up to express your thots, you have to accept that the world is so diverse that not everyone is going to see eye to eye with you. So having the guts to voice out your thoughts must be complimented with an open mind for accepting or respecting other people’s ideas. It’s like that saying; “.. Pray for the strength to change what I can, the xxxx (patience?) to accept what I cannot change, and the wisdom to know the difference.” (forgot what is the xxx)

So guys, just because someone may not be supportive of your comments, doesn’t mean it is a personal attack which you must defend to death. Continue sharing your thots but it’s a reality show after all, no reason to start a warfare over it.

So guys, I’m so sorry to say this. Daniel MUST leave!

Rating Fiqarash:
1. Xerra 8.5
2. Farah 8.3
3. Adam 8.1
4. Nita 8
5. Ash 7.5
6. Ejay 7
7. Faizull 6
8. Daniel 2.5

Pilihan Bottom 3:
1. Daniel – out?
2. Adam
3. Nita

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 13, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: