Malaysian Idol – Keputusan Spectaculars Show 3

Image hosted by Photobucket.com

Say Good By To Ejay
Penyinkiran Ejay malam ini tidaklah terlalu memeranjatkan biarpun saya berharap sangat Daniel yang akan meninggalkan MI. Ejay merupakan salah seorang peserta yang agak lemah di dalam Malaysian Idol biarpun minggu demi minggu, Ejay telah menunjukkan sedikit peningkatan. Namun julat peningkatan itu belum cukup untuk menyelamatkannya dan malam ini, perjuangan Ejay di dalam Malaysian Idol bakal tercatat sebagai sejarah lalu menjadi kenangan yang paling manis buat dirinya.

Rating Persembahan Ejay
1. Workshop 2: The Trouble With Love (Kelly Clarkson) 7/10 bintang
Tempat ke-3 dalam Workshop ke-2

2. Spectaculars Show 1: We Belong Together (Mariah Cerey) 4.5/10 bintang
Tempat ke-11 dalam Top 11

3. Spectaculars Show 2: Black-Eyed Boy (Texas) 6.9/10 bintang
Tempat ke-7 dalam Top 9

4. Spectaculars Show 3: All Around the World (Lisa Stansfield) 7/10 bintang
Tempat ke-6 dalam Top 8

Nyata Ejay bukanlah yang paling lemah di dalam Malaysian Idol namun itulah nasib Ejay, Ejay tidak mempunyai star quality yang akan menyebabkan peminat Malaysian Idol idolizekannya berbanding Daniel.

Tak Puas Hati
2 orang juri iaitu Bosan (wei, Roslan lah) dan Paul Moss mengatakan peserta tidak all out, menjadikan Malaysian Idol musim ini tidak menyengat. Saya tidak merasakan begitu, ya faktor persembahan juga memainkan peranan yang penting namun banyak faktor lain yang turut menjadikan Malaysian Idol tahun ini kelihatan kurang berseri.

Secara peribadi, saya menggariskan beberapa faktor tersebut:

1. Pengacara yang tidak ada karisma.
Pengaracara atau host juga memainkan peranan yang penting untuk menghangatkan sesuatu show. Pengacara Malaysian Idol tahun ini terus terang saya katakan merupakan raja dan permaisuri script yang tidak tahu bagaimana menghangatkan penonton yang menonton secara live atau di rumah. Mereka terlalu scripted, kaku dan biarpun ada chemistry namun gandingan itu tidaklah berkesan. Pada mulanya saya sangka penyerapan Cheryl Samad mampu menambah seri persembahan Malaysian Idol secara keseluruhannya namun saya silap. Saya tak nampak karisma Cheryl apatah lagi di samping Jien. Saya rasa Sarimah Ibrahim adalah pemilihan yang jauh lebih ideal, kerana beliau mampu bikin havoc, dan dalam masa yang sama menguasai kedua dua jenis bahasa utama iaitu BM dan BI.

2. Tiada watak utama
Tahun ini MI tiada watak utama yang terlalu menonjol. Ia macam sekumpulan penyanyi yang dikumpul dari mereka yang tidak popular kemudian ditarukkan dalam sebuah persembahan live untuk dipersaksikan kepada para penonton. Sudah pastilah persembahan tersebut tiada bahan utama yang memancing minat orang ramai untuk terus stay sampai akhir rancangan. Bayangkan sahaja kalau sebuah malam yang berprestij seperti Anugerah Industri Muzik tidak dihadiri penyanyi tersohor tanahair seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura atau yang sewaktu dengannya dan hanya diisi Sharifah Zarina, Intan Sarafina, Elly Mazlein dan yang sewaktu dengannya. Apakah anda akan terus stay dengan persembahan ini? Mungkin tidak. Senarai 7 orang perserta yang tinggal harus peka dengan isu ini dan cuba tonjolkan diri menjadi diva untuk menyelamatkan malam Spectaculars Show yang seterusnya. Otherwise, MI akan menjadi semakin hambar dan kurang diminati.

3. Penonton tidak response
Penonton tidak memberikan reaksi yang hangat disebabkan masalah yang pertama dan kedua. Secara peribadi, kualiti peserta MI tahun ini agak seimbang dan secara keseluruhanya lebih bagus daripada Akademi Fantasia 3 namun senarai 11 orang ini tiada aura untuk menarik minat orang ramai terus lekat dan fanatik dengan rancangan ini. Saya kesal kerana MI bukan mencari bakat baru yang betul betul mampu membawa perubahan di dalam arena seni suara tanahair, tetapi seumpana menyelamatkan penyanyi yang tidak popular. Kalau berjaya macam Jac, all right, ia experimen yang berjaya, tetapi usahlah terlalu excited untuk terus menggilakan penyanyi penyanyi kelab malam atau penyanyi yang pernah rakamkan album tetapi tidak popular. Ia akan menjadikan MI tidak fresh macam AF.

Ini hanya pemikiran saya semata mata. My 5 cents worth. Last but not least, good luck Ejay.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 14, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: