Malaysian Idol – Spectaculars Show 4 (19 Ogos 2005)

Tema: Local Songwriters
Local songwritters dikatakan belum mampu untuk showcase penyanyi Malaysia ke satu tahap yang membanggakan. Diva jazz yang paling berpengaruh di Malaysia iaitu Sheila Majid turut terbang ke Indonesia untuk bekerjasama dengan komposer di sana. Bukan itu sahaja, Siti Nurhaliza, Fazley, Misha Omar dan beberapa nama besar dalam industri seni suara tanahair yang lain turut merisik risik peluang untuk mendapatkan khidmat komposer dari seberang. Apakah benar Malaysia ketandusan komposer yang benar benar menepati citarasa muzik pasaran Melayu zaman kini? Saya secara peribadi meminati lagu lagu ciptaan M Nasir, Johan Nawawi, Azlan Abu Hasan, dan Mac Chew yang sangat sedikit lagu ciptaannya. Ajai, Azmeer, Fauzi Marzuki, Jenny Tan, Farihin Abdul Fatah, M Nasir, Adnan Abu Hasan, Johan Farid Kamarudin, Azman Abu Hasan, Aidit Alfian adalah antara nama nama tersohor yang terdapat di Malaysia. Ilham rasa mereka tidaklah harus kita pandang kecil kerana kalau kena dengan penyanyinya, lagu lagu mereka mampu menjadi gah. Jadi salahnya bukan komposer kerana sebagai peminat, kita beli album bukan disebabkan komposer, tetapi disebabkan penyanyi. Bagi sahaja apa bentuk lagu untuk Idola saya Sheila Majid, saya telan bulat bulat dan saya kata sedap kerana beliau memang idola saya sejak sekolah menengah lagi.

Pemilihan tema ini adalah tepat kerana ini membenarnya 7 peserta MI yang tinggal pilih apa sahaja genre asalkan lagu yang dipilih seboleh bilehnya Melayu. Bukan Malaysia tidak mempunyai komposer lagu Inggeris tetapi ini adalah hint yang harus difahami. Instead of local singers, tema local songwritters mungkin lebih sempit sedikit luas pengaruhnya, dan lagu tersebut originally terhasil oleh orang Malaysia.

Pengkritik Tetap:
1. Roslan Aziz
2. Fauziah Latif
3. Paul Moss

Pengkritik Jemputan:
1. Izham Omar


Persembahan Top 7
1. Nita – Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti) 8.5/10 bintang
Image hosted by Photobucket.comBlossoming Nita dengan persembahan Hati Ini Telah Dilukai yang bertenaga. Inilah kali pertama saya kira saya dengar suara Nita yang solid dikeluarkan dengan sepenuhnya. Kawalan pentas Nita bagus dan garapan mood juga sesuai dengan dengan lagu yang dipilih. Cuma kalau ditinjau dari aspek kreativiti, ya, biarpun benar Nita telah memberikan identiti Nita dalam lagu ini namun keNitaan itu tidak cukup kreatif, ia adalah adaptasi daripada gaya persembahan penyanyi Aishah, dicampur dengan Agnes Monica dan sedikit alun Dayang Nurfaizah. Saya tidak harus bercakap mengenai picthing, tempo, falsetto dan hal hal asas mengenai vokal pada tahap sebegini. Ia memalukan MI. Yang penting bagi seorang peserta MI untuk tahap ini adalah aura, imej dan cara pembawaan diri di atas pentas yang mampu mengheret penonton untuk menghayati persembahan mereka sampai habis. Nita belum lagi menunjukkan kebolehan untuk menjadi penghibur, tetapi untuk menjadi seorang penyanyi yang merakam album. Nita jauh daripada layak.

2. Adam – Seribi Impian (Casey) 8/10 bintang
Image hosted by Photobucket.comSaya melahirkan rasa pelik, hairan dan janggal dengan 2 orang juri local iaitu Bosan (so?) dan kak Gee kerana tidak langsung point out masalah Adam sekali lagi. Kredit diberi kepada Paul Moss, hanya beliau sahaja yang menolak untuk menjadi tukang ampu 8TV di depan CEOnya. Ya, lagu ini terlalu rendah keynya untuk Adam jadi suara Adam yang solid tidak keluar dengan dinamik sekaligus menjadikan persembahan itu hambar dengan lower register yang agak membosankan deria pendengaran. Nasib baik ini adalah sebuah fast numbers yang membolehkan Adam melompat lompat di atas pentas, sambil menguasai pentas dengan intensity yang agak berhati hati namun berkesan secara keseluruhannya.

3. Ash – Mustika (M Nasir) 7.0/10 bintang
Image hosted by Photobucket.comSaya ingat Ash akan pilih lagu yang lebih senang seperti lagu lagu Band Spider, Def Gab C atau apa saja lagu genre yang lebh rock sesuai dengan imej Ash sebagai pseudo rocker. Jangkaan saya meleset kerana Ash memilih sebuah lagu yang cukup ambitious, lagu dari sifu M Nasir, Mustika. Lagu lagu M Nasir memerlukan penghayatan yang berseni, setiap bait kata kata dalam lirik Mustika terkandung dengan falsafah yang besar dan lagu M Nasir sememangnya tidak sesuai untuk dijadikan pilihan kalau menyertai pertandingan menyanyi. Falsafah lagu Mustika ini bersiratkan cinta agong, mesejnya sarat dan hanya seniman yang benar benar memahami lagu ini sahaja yang boleh menafsirkan lagu dengan berkesan. Ash tidak menghampakan peminat MI. Saya terperanjat dengan Ash kerana usahanya biarpun belum cukup cemerlang namun ia harus dibanggakan. Vokal Ash cendeung ke arah baritone, dalam dan bermagnet. Suara itu menjadi lebih berkualiti dengan adanya masculine stature yang ada pada diri Ash. Higher register Ash didelivery dengan baik dan sedap didengar. Namun seperkara yang harus Ash benar benar fahami adalah kata kata Izham Omar – antara penyanyi dan seorang bintang. Ash boleh menyanyi namun Ash masih gagal membuktikan kepada peminat MI yang Ash seorang bintang.

4. Daniel – Kini Bebas (Camelia & Anuar Zain) 7.5/10 bintang
Image hosted by Photobucket.comAkhirnya Daniel mampu memberikan persembahan yang setaraf dengan pentas berprestij seperti Malaysian Idol. Harus saya ucapkan tahniah atau harus saya teruskan kritikan saya? Peserta lain sudah switched on since 1st spectaculars dan mereka tersingkir. Adam baru sahaja swithed it on untuk spectaculars yang keempat, kalau saya memberikan pujian saya rasa saya harus tutup sahaja blog ini. Saya memalukan nama saya sendiri. Persembahan Daniel malam ini tidak cukup bagus namun ramai yang akan memperingati persembahan yang so-called terbaik daripada Daniel malam ini. Harapan peminat kepada Daniel begitu tinggi, mujurlah Daniel tidak melakukan kesilapan teknik nyanyian yang kronik dan ia masih boleh diterima sebagai listenable. Rendition Kini Bebas oleh Daniel pada hakiknya tidak ada intensity dan dimanik lagu hancur tetapi itulah Daniel, he’s too good in it. Jadi despite apa kata orang, Daniel lakukannya dengan cara yang tersendiri dengan berkesan, sehingga menjadikan lagu Kini Bebas itu lagunya sendiri.

5. Faizull – Menggapai Sinarmu (Spring) 1/10 bintang
Image hosted by Photobucket.comFaizull now shows up to sing Menggapai Sinarmu after getting some pointers from the drunken-sounding original singer and composer frontsman of Spring. It’s a very listenable song in the tradition of Wings, Search, and Spring with high notes and all, although I do feel that he lost his sense of rhythm and pitch quickly into the song. Bosan Aziz tears Faizull for being stuck in a rut, saying that people are voting for him out of pity. Kak Gee says that the performance went downhill after the middle portion. She reprimands Faizull for not being into his performance. Izham Omar tells him to concentrate because people from recording studios are watching this show. Ang Moss says that he has no idea what Faizull is doing and he knows that “this” is not “Faizull”. I wonder how much of their criticisms have to do with the article on Harian Metro today stingingly and, in my opinion, completely missed-the-point criticizing Faizull’s “insolence” in talking back to the judges. I honestly don’t think it’s as wretched as the judges insist that it is – it sounds exactly like a typical Malay rock ballad performance. But I guess I should be used to the judges overreacting to everything by now so that the papers will have something to write about come Tuesday. See: Ejay, currently tarred by the same paper I’ve mentioned as “the worst Malaysian Idol contestant of this season” by the interviewer who obviously has never watched the show and is merely parroting the words of the judges in the footnotes passed on to her by some junior copywriter. Then again, this same person liked Saiful from the previous season so what do I know?

6. Farah – Aku Hanya Pendatang (Francessca Peter) 7.1/10 bintang
Image hosted by Photobucket.comSaya menaruhkan harapan yang tinggi kepada Farah kerana Farah juga antara penyanyi yang diura-urakan menjadi antara pilihan untuk bergelar Malaysian Idol. Namun persembahan Aku Hanya Pendatang tidak sebagus yang disangka. Farah memulakan persembahan dengan kawalan teknik pernafasan yang agak bermasalah kerana Farah half-lay on the floor. Kemudian seperti kata Paul Moss, tiba tiba selepas chorus kedua, Farah terjerit jerit sampailah akhir lagu menjadikan rendition Aku Hanya Pendatang seperti ‘entah apa apa’. Tidak melodic and tidak smooth reditionnya. Masalah Farah yang paling utama ialah low register. Projection farah untuk low register tidak cukup peralihan angin perut untuk keluarkan suara dengan solid kemudian tidak pula cukup tenaga untuk tolak vibrato sehingga sustain satu full note. High register Farah agak sharpy dan tidak indah sekiranya pemilihan key tidak tepat. Farah jarang menghadapi masalah pitching namun rendition secara keseluruhan tidak cukup indah kerana notes peralihan dari nada rendah ke nada tinggi tidak dikendalikan dengan cermat. Farah suka menjerit and singing isn’t just about screaming.

7. Xerra – Ku Mohon (Sheila Majid) 8.9/10 bintang
Image hosted by Photobucket.comBaru semalam saya tahu kenapa saya begitu meminati suara Xerra. Ya, selepas menyaksikan rendition superb oleh Xerra dengan lagu Ku Mohon, saya hampir pasti. She’s my idol. Suara itu suara emas yang begitu kelas untuk pendengar bercitarasa tinggi. Suara itu sesuai menyanyikan lagu lagu yang Jazz, classical dan world music. Suara itu mirip Sheila Majid. Bertahun tahun rakyat Malaysia disogokkan dengan penyanyi duplikasi kampungan seperti Siti Nurhaliza namun kali ini kita ter’serempa’ dengan seorang penyanyi yang kampungan itu mampu mara ke pentas dunia. Xerra harus berusaha lebih gigih untuk perbaiki masalah masalah asas dalam nyanyi, aura dan star quality semasa beraksi di atas pentas itu sudah ada, hanya perlu diasah dan digilap dengan pengalaman yang lebih banyak. Nescara Xerra akan menjadi superstar di masa akan datang. Saya teruja dan saya terpegun dengan Xerra. What a wonderful end to a boring presentation night tonight!

Malaysian Idol = versi 8TV for Bintang RTM
Listen, “I’ve lost all enthusiasm for this show and I can’t be bothered now with any of these contestants. I’m tired of Bosan Aziz’s vulgar and tasteless attacks on the contestants one week and then he fawning over the same people next week – so schizophrenic, I tell you – I’m sick of Ang Moss’ insipid babblings, and Kak Gee is a waste of space. The contestants are boring. Can we pull the plug on this season and start again a new?” – Mrs Giglles

You see, satu show itu tidak hanya disandarkan kepada pesertanya semata mata. Ia hanya boleh dijayakan dengan kerjasama semua pihak. Baik pengacara, pengkritik, tenaga pengajar dan semua yang terlibat. MI tidak mempunyai peserta yang beraura seperti Mawi dan Felix, maka MI harus sandarkan kepada pengkritiknya juga. Masalahnya para pengkritik yang terdiri khususnya daripada Bosan Si Racist dan Kak Gee Minah Turut dan Paul Moss si Mat Salleh baru belajar BM tidak mampu menyelamatkan kehambaran Malaysian Idol. Jikalau perubahan drastik tidak dilakukan untuk menyelamatkan keadaan, MI musim kedua hanya akan menjadi sebuah show ala ala Bintang RTM yang semakin dilupakan lantaran kehebatan Akademi Fantasia dari segala aspek.

Rating Fiqarash:
1. Xerra 8.9/10
2. Nita 8.5/10
3. Adam 8/10
4. Daniel 7.5/10
5. Farah 7.1/10
6. Ash 7.0/10
7. Faizull 1/10

Pilihan Bottom 3:
1. Ash – out?
2. Nita
3. Faizull

p/s: Saya ada video clip persembahan peserta. Memandangkan Idolfan tidak boleh membekalkan video penuh minggu ini. Jadi saya usahakan instead of jadikan ia koleksi peribadi. Saya cuba upload dalam rapidshare dan sendtd namun agak lambat.

Jadi kepada sesiapa yang berminat sila tinggalkan email address di dalam comment box. Saya akan send kepada anda dalam email dengan seberapa yang segera. Sila pastikan anda tidak provide email dari hotmail. Yahoo mail dan Google mail will definitely be a better choice sebab file yang saya converted adalah bentuk RMVB, biarpun agak kecil namun ia masih mencecah 5MB bagi setiap persembahan dari peserta. Harap maklum.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 19, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: