Malaysian Idol – Keputusan Spectaculars Show 4

Image hosted by Photobucket.com

Mengapa Harus Xerra
I know that I am not the only one who feels this way, this time. Never have I been one to protest and raise hell. That was then and this is now though. Every time I watch Malaysian Idol and get more and more frustrated at what is happening to our great country. Keep wanting rubbish to be published and talented people were kicked ass! I’m getting real pissed off with the voting trend. It was freaking sucks and ridiculous. Satu demi satu peserta yang berbakat diundi keluar. Dan Xerra, antara peserta yang paling berbakat sebaris dengan Nita dan Trish terpaksa mengusung… no tiada beg tetapi meninggalkan Malaysian Idol. Yang tinggal hanya 4 orang peserta lelaki yang hidup segan, mati tak mahu bakat mereka. Mengapa harus Xerra?

Inilah hakikat sebenarnya realiti show. Kita menangisi pemergian peserta yang berbakat selepas mereka disahkan mendapat undian terendah tetapi ramai yang leka untuk menyelamatkan peserta yang diminati. Antara Daniel yang paling teruk, Faizull yang rock korok, Ash si fake rocker, dan Adam yang setengah baldi. Siapa mereka ini akan menjadi Malaysian Idol lalu menjahanamkan nama Malaysia di persada seni suara tanahair. Memang terletak di tangan rakyat Malaysia kini. Tiada yang harus dihairankan tetapi harus disuarakan. Diprotes dan terus dikritik agar voters di Malaysia sedar dan ‘insaf’ mereka mengundi untuk peserta yang paling LAYAK untuk bergelar Malaysian Idol, bukan peserta yang paling DIKASIHANI agar menjadi Malaysian Idol.

Rating Persembahan Xerra
1. Workshop 1: Jalanan Hati (Kris Dayanti) 7.5/10 bintang
Tempat ke-2 dalam Workshop 1

2. Spectaculars Show 1: Karma (Alicia Keys) 7.5/10 bintang
Tempat ke-5 dalam Top 11

3. Spectaculars Show 2: Brown Eyes (Destiny’s Child) 8.1/10 bintang
Tempat Pertama dalam Top 9

4. Spectaculars Show 3: Ain’t Nobody (Chaka Khan) 8.5/10 bintang
Tempat Pertama dalam Top 8

5. Spectaculars Show 4: Ku Mohon (Sheila Majid) 8.9/10 bintang
Tempat Pertama dalam Top 7

Berdasarkan rating saya, Xerra adalah pilihan yang cukup ideal untuk mengisi Top 3 bersama Nita dan Farah. Saya tak tahu. Inilah hakikat yang harus ditelan. Kalau Carrie Underwood yang asyik diselamatkan berjaya dinobatkan menjadi American Idol lalu menjadi antara Idol yang paling lemah, maka saya tak hairan mana mana peserta lelaki yang tinggal akan menjadi Malaysian Idol yang seterusnya. Xerra menangisi pemergian dirinya biarpun sering diura urakan bakal menjadi Malaysian Idol, begitu juga saya sebegai peminatnya. Selepas ini, saya sandarkan harapan yang tinggi kepada Farah dan Nita. Best women win. Worst men blah!

Say good bye to Xerra. Untuk pembaca sekalian, ini mungkin satu spekulasi perkauman untuk mengurangkan jumlah peserta Melayu. I don’t know. Kalau Top 3 tahun lepas diisi Jac, Dina dan Vic, mungkin tahun ini kita ada Ash, Daniel dan Faizull. Bezanya ialah Jac memang layak. Adakah mereka ini layak? Tepuk dada tanya minda, jangan tanya selera!

p/s: Saya masih tak faham dengan Bosan Aziz dan Kak Gee, apa mereka masih belum memahami konsep pertandingan Malaysian Idol yang sebenar dengan memberi andaian yang tidak berakal umbi? Sila jawab soalan berdasarkan soalan yang diberi. Jangan jawab soalan berdasarkan hasrat di hati. Terima kasih.

Download Video Klip Ku Mohon oleh Xerra.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 21, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: