Malaysian Idol – Spectaculars Show 5 (26 Ogos 2005)

Tema: Rock
Dengan tema rock malam ini, persembahan (satu lagi malam MI yang hambar) dimulakan dengan kolaborasi 6 peserta Top 6 mendendangkan lagu We Will Rock You by Queen. Masing masing cuba mengenakan pose rockness nya namun agak menjijikkan pandangan mata saya. Tapi saya rasa ini jauh lebih baik daripada permintaan untuk bercat walk seperti pemilihan Miss/Mr Malaysian Idol minggu minggu yang lepas. Kemudian sebuah lagu yang dipopularkan oleh Search, Fantasia Bulan Madu mengambil tempat. Fokus utama diberikan kepada Faizull, the so-called-real-rocker di dalam Malaysian Idol tahun ini. Saya rasa sungguh tertekan melihat gelagat mereka. Tak tahu mengapa. Saya rasa stressed. Gelagat mereka betul betul killing me softly, week after week.

Malam ini penonton di studio agak ramai, mungkin disebabkan oleh kehadiran Simon Timmons, bekas anggota kumpulan 98 degrees yang kacak tampan bermuscle itu.. Beliau berkata semua yang berada di atas pentas itu semua genuinely talented, unlike American version. Oh, it that true? Strategi pemasaran yang baik untuk mempromosikan CD yah, betul Simon perlu lebih hebat lagi mengampu kalau mahu lebih ramai rakyat Malaysia membli album barunya.

Pengkritik Tetap:
1. Roslan Aziz
2. Fauziah Latif
3. Paul Moss

Pengkritik Jemputan:
1. Jeff Timmons

Persembahan Top 6
1. Farah – You Oughta Know (Alanis Morissette) 7.9/10 bintang
Permulaan yang agak pitchy namun yang saya pelik ialah low register itu masih kedengaran melodic; saya beri kredit besar untuk Farah kerana jelas, dia mempunyai asas vokal yang bagus. Farah menghadapi sedikit masalah dengan lower registernya kerana adakalanya low tone Farah menjadi berserabut dan kedengaran tidak terkendali dengan indah disebabkan dengan peredaran angin perut yang tidak cukup. Terutamanya apabila melody line itu panjang, vibrato Farah menjadi tidak solid. Bagi mereka yang sudah biasa dengan lagu besar dari Alanis Morissette ini, mungkin mereka kurang dapat cam lagu ini kerana Farah telah memberikan interpretasi yang berbeza terhadap lagu ini. Ia adalah usaha yang bagus namun attitude Farah masih tidak cukup menyerlah untuk memberikan rendition yang lebih convicing. Jiwa rock Farah masih belum cukup kuat untuk membawakan lagu yang agung sebegini.

2. Adam – Ada Apa Denganmu (Peter Pan) 6.9/10 bintang
Adam tampak begitu controlled dan strained apabila menyanyikan lagu Ada Apa Denganmu ini. Adam membataskan diri di depan mic stand untuk memberikan garapan mood yang lebih bagus namun I’m so sorry to say that ia tidak berjaya. Adam tidak menampilan penghayatan yang bagus pada konsep lagu, rock menjadi ballad pula. Attitudenya kurang rock dan character development juga tidak berjaya menyakinkan para penonton yang Adam sedang menyanyikan lagu rock. Elemen femininnya masih menebal dalam diri Adam dan ada kala sebuah lagu yang begitu beridentiti kePeterPanan ini menjadi mendayu dayu berikutan rendition Adam yang agak over acting dengan controllednya. Adam menghadapi sedikit masalah tempo; apabila Adam mengenakan lower register, ia kedengaran shacky. Satu persembahan yang, seperti biasa – tiada kreativiti daripada Adam. Mesej delivery juga tidak sampai biarpun Adam sebenarnya telah – sekali lagi, memberikan persembahan vokal yang agak mantap.

3. Nita – Bring Me To Life (Evanescence) 4.5/10 bintang
Hancur. Nita nyanyi off pitch. Di pentas berprestij Malaysian Idol sebegini, tambahan pula ini sudah Spectaculars yang ke-5 – sumbang dalam nyanyian adalah satu masalah yang besar, apatah lagi kesumbangannya berlanjutan sehingga satu lagu penuh. Nita kekurangan satu backing yang solid to hold the notes, sebab itulah Nita kehilangan hala tuju lontaran vokalnya apabila pemilihan key terlalu tinggi. She sounds really strained and forced then, not to mention wooden and flat. This young lady is too ambitious sometimes – she should understand that the likes of Anggun, Anastascia, and now Evanescence are too high for her. (Mrs Giggles) Otherwise sebenarnya Nita mempunyai kawalan pentas yang bagus, Nita mampu communicate dengan bagus with audiences dan kelihatan natural di atas pentas. Cuma Nita perlu sentiasa beringat, kemampuan vokal sepatutnya dijadikan aset dan taruhan terbesar Nita dalam pertandingan ini. Bukannya cerminan ‘mungkin dia bagus sebab dia penyanyi pubs’ atau andaian serta harapan palsu yang Nita berikan.

4. Daniel – In The Shadow (Rasmus) 6.5/10 bintang
Saya terpanggil untuk memperkatakan grammarnya. Listen – “The children is so cute, a pity they HIV kids. They look normal I wish they live happily in the future.” Ini 8TV, salah satu stesen TV yang paling popular di Malaysia. Ini Malaysian Idol, satu lagi Reality TV show yang paling berpengaruh di Malaysia. But fine. Sebab Daniel akan sentiasa dapat votes bertan tan. Nyanyian Daniel minggu ini sekadar OK. Sebutan Englishnya teruk. He is back to mumbling the lyrics again this week selepas mendapat pujian daripada kesemua juri minggu lepas. He started off a bit shaky in the beginning with his weak lower registers but recovered well as he built towards the chorus. I have to agree with the judges that he sounds so much better when he sang a Malay song and I think that partly the melodies and the flow in Malay songs were much simpler than an English song. His performance tonight reminded me of how much of a fan base he has to be thankful for continuing to vote to keep him on the show. (Nick, I’m sorry, I’m soo-so-so sick of Daniel!)

5. Ash – With Or Without You (U2) 8.5/10 bintang
Malam rock Ash mengenakan baju seperti malam ballad. Malam ballad Ash pakai baju rock. Ash ada masalah menafsir konsep? Kenapa dressed up mamat jiwang nak ke ball room untuk menyanyikan lagu U2? Nasib baik persembahan Ash untuk lagu With Or Without You ini cukup berkesan. Saya sebenarnya merupakan salah sorang peminat Ash kerana Ash mempunyai tone yang sedap, maskulin dan matang; persis seorang lead singer untuk international band – 3 Doors Down. Minggu ini Ash betul betul full utilize kelebihannya itu dan berjaya memberikan persembahan yang memikat hati para juri dan penonton. Ash memulakan persembahan dengan low tone yang dikawal dengan cemerlang kemudian built up dengan vokalnya dengan indah sehingga chorus. Ash kemudian berjaya sustain dengan penuh dramatik sehingga penghujung persembahan. Karisma Ash sebagai penyanyi rock akhirnya tertonjol jua apabila Ash berjaya membawakan character yang sesuai untuk konsep lagu sebegini. Untuk menyanyikan lagu U2 bukannya senang kerana U2 merupakan rock band yang agung dalam persada seni rock antarabangsa, harapan saya, Ash boleh developkan lagu aura Ash sebagai seorang bintang dan sentiasa konsisten dalam persembahannya.

6. Faizull – Don’t Cry (Guns N’ Roses) 6/10 bintang
Dude, sebutan Englishnya penuh kejawaan dan saya hampir terteka teka apakah Faizull menyanyikan lagu Jawa atau lagu English. Rock night sepatutnya adalah tema khas untuk Faizull, dan Faizull ditempatkan di giliran yang terakhir. Saya ternanti nanti sebenarnya apakah bentuk gimik yang akan Faizull bawakan. Ya, gimik yang sangat kelakar dan lawak – bad diction ‘rock orang kampong night’! Faizull memulakan persembahan dengan lower registernya yang tidak ada dinamik dan itensity, Faizull sendiri kelihatan kurang selasa pada awalnya. Namun apabila sampai bahagian chorus dan bila Faizull started hitting the high notes, barulah Faizull kelihatan mula menunjukkan keyakinan beraksi di atas pentas. Saya setuju Faizull adalah satu elemen yang lain daripada lain di dalam Malaysian Idol kerana Faizull jelas adalah seorang rock singer yang bermutu namun tanpa versatiliti, Faizull susah bergelar Malaysian Idol. Percubaan untuk menyanyikan lagu English itu bagus namun Faizull perlu mengambil kira aspek penghayatan lagu, garapan mood dan sebagainya, bukan sekadar melalak dengan syok sendiri yang lebihnya itu. Ukur badan dulu sebelum buat baju.

Malaysian Idol – Sentimen Perkauman Semakin Menebal?
Cakaplah apa sahaja yang anda suka namun saya harus perkatakan saya rasa sentimen perkauman sudah semakin menebal di dalam peminat Malaysian Idol. Faizull, Daniel dan Ash semacam sudah mula menjadi delagasi kepada perwakilan kaum Melayu, Cina dan India dan mereka akan terselamat lagi dan lagi biarpun menampilkan persembahan yang buruk minggu demi minggu. Hasilnya, peserta yang berbakat akan tersingkir kerana yang penting, sentimen perkauman itu harus dikekalkan oleh mereka yang mengundi – kuasa mengundi di atas tangan pengundi juga kan? Saya dari mula lagi sudah gusar dan risaukan persoalan ini. Lihatlah trend undian terkini, peserta Melayu akan diundi keluar satu demi satu biarpun menyanyi dengan baik. Haruskah saya menyangkal andaian ini? Siapa yang makan cili dia terasa pedas. Fikir fikirkan.

Rating Fiqarash:
1. Ash 8.5/10
2. Farah 7.9/10
3. Adam 6.9/10
4. Daniel 6.5/10
5. Faizull 6/10
6. Nita 4.5/10

Pilihan Bottom 3:
1. Adam – out?
2. Nita
3. Farah

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 28, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: