Malaysian Idol – Keputusan Spectaculars Show 5

Ada Apa Dengan Adam
Seperti sudah terlalu lama Adam berada di dalam Malaysian Idol; sekarang dengan officialnya, Adam tidak berjaya untuk terus menjadi survival lalu meninggalkan Malaysian Idol. Bukannya Adam tidak bagus tetapi percayalah, Adam bukan Malaysian Idol yang kita cari. Habis apakah Daniel, Faizull atau Ash yang terselamat daripada pengisi bottom 3 itu lebih layak? Juga bukan, Malaysian Idol tahun ini awal awal lagi sudah meninggalkan show ini – Trish, kemudian minggu lepas, Xerra. Jadi Malaysia Idol tahun ini saya hanya boleh sandarkan kepada Farah. None of the guys earned my votes since day 1. Itu pilihan saya, tidak mewakili mana mana pendapat profesional.

Adam seorang penyanyi yang bagus cuma dia bukan idola, atau penghibur yang ada aura untuk terus berada di dalam Malaysian Idol. Adam tidak mempunyai ‘sesuatu’ seperti yang Zahid atau Mawi ada untuk terus melekat di hati dalam hati peminat. Dia tidak berjaya menimbulkan kegilaan orang ramai kerana personalitinya begitu kurang menonjol. ‘Sesuatu’ itu could be aura, star quality, or pesona bintang. Whatsoever you want me to name it. Adam kekurangan elemen itu. Jadi pemergian Adam boleh dijangka, masa ini dan malam ini sudah sesuai benar. Bakatnya membolehkannya berada sampai ke tahap ini, namun kekurangan personaliti yang menarik pasti akan mengheret Adam keluar dari Malaysian Idol. Sejarah realiti TV membuktikan semua ini.

Rating Persembahan Adam
1. Workshop 2: Setulus Cintamu (Hazami) 8.3/10 bintang
Tempat ke-2 dalam Workshop 2

2. Wildcards Show: Januari (Glenn) 7.5/10 bintang
Tempat ke-2 daripada 6 peserta wildcards show

3. Spectaculars Show 1: Mentera Semerah Padi (M Nasir) 7.9/10 bintang
Tempat ke-3 dalam Top 11

4. Spectaculars Show 2: Pelangi Petang (Sudirman) 7.4/10 bintang
Tempat ke-4 dalam Top 9

5. Spectaculars Show 3: Semua Untukmu (Anuar Zain) 8.1/10 bintang
Tempat ke-3 dalam Top 8

6. Spectaculars Show 4: Seribi Impian (Casey) 8/10 bintang
Tempat ke-3 dalam Top 7

7. Spectaculars Show 5: Ada Apa Denganmu (Peter Pan) 6.9/10 bintang
Tempat ke-3 dalam Top 6

Berdasarkan rating saya yang saya nilai berdasarkan 5 kriteria penting iaitu vokal, persembahan, sebutan, kreativiti dan imej; jelas Adam seorang peserta yang konsisten. Adam selesa berda di tempat kedua, ketiga dan keempat kerana persembahan Adam bagus cuma senang dilupakan begitu sahaja. Ia tidak meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penonton. Jadi penyingkiran kali ini bukanlah disebabkan Adam tidak bagus, cuma Adam tidak diingati untuk menjadi pilihan pengundi.

Persembahan Adam dari seminggi ke seminggu tidak menampakkan perubahan yang ketara. Julat peningkatan dan daya tahan dirinya agak rapuh apabila terlalu terpaksa-paksa untuk menyesuaikan diri dengan tema tema yang tidak bersesuaian dengan citarasa muziknya. Penonton cenderung bosan dengan Adam. Natijahnya telah membawa kepada keputusan yang sebegini.

Ramalan Juri:
Roslan : Adam, Nita
Jee : Adam, Nita, Ash
Paul : Nita, Adam

Ramalan juri agak tepat, ramalan saya juga tepat (ehem). Kini hanya 2 peserta wanita yang terselamat, iaitu Farah dan Nita. 2 peserta ini merupakan peserta yang dikatakan paling berbakat antara 5 yang tinggal. 3 peserta lelaki yang tinggal itu hanyalah sesuai untuk menjadi pengisi undian ‘picisan’ berbaur sentimen yang tidak sihat. Saya tidak berani mengatakan andaian saya seratus peratus benar, namun pada pendapat saya, peminat Malaysian Idol yang terdiri daripada 3 bangsa utama di Malaysia ini cenderung menjadikan Faizull, Daniel dan Ash sebagai deligasi ‘kebangsaan’ mereka. Jadi Malaysian Idol akan menyaksikan ramai dan ramai lagi peserta Melayu tersingkir kerana tidak mendapat jumlah vote yang mencukupi daripada pengundi bangsa mereka sendiri. Jadi disebabkan sentimen sebeginilah, Daniel yang kebolehannya hidup segan mati tak mahu, Ash yang baru nak pick up biarpun dah sampai Spectaculars Show ke-6 dan Faizull yang orang kampung rock yang benar benar kampongan itu terus terselamat sehingga kini sedangkan ramai yang lebih layak telah meninggalkan Malaysian Idol. Harapkan pagar, pagar boleh runtuh; lebih baik harapkan diri sendiri.

Say good bye to Adam. Semoga cita cita Adam untuk menjadi penyanyi tetap akan terlaksana suatu hari nanti. Sila berikan sedikit kemaskulinan untuk peminat Adam, pasti lebih baik hasilnya nanti.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on August 28, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: